Laporan Lawatan Ke Rumah Pelajar

4
LAPORAN LAWATAN KE RUMAH PELAJAR (JAMALIAH BT KALBADOR@MOHD DIN) TARIKH: 27.8.2015 (KHAMIS) TEMPAT: KAMPUNG PADANG BESAR 09300 KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

Transcript of Laporan Lawatan Ke Rumah Pelajar

Page 1: Laporan Lawatan Ke Rumah Pelajar

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH PELAJAR

(JAMALIAH BT KALBADOR@MOHD DIN)

TARIKH:

27.8.2015

(KHAMIS)

TEMPAT:

KAMPUNG PADANG BESAR

09300 KUALA KETIL

KEDAH DARUL AMAN

Page 2: Laporan Lawatan Ke Rumah Pelajar

Pada 27 Ogos 2015 (KHAMIS) yang lalu, Guru Penolong Kanan HEM SK Teloi Kanan

Pn. Zalina bt Yob bersama dengan Guru Pendidikan Khas Pn. Siti Mawarni Murat dan

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pn. Nor Syuhaida bt Ishak telah melakukan lawatan ke

rumah pelajar Jamaliah bt Kalbador@Mohd Din yang terletak di kampung Padang Besar,

Kuala ketil yang telah lama tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui masalah sebenar

pelajar tersebut. Di samping itu cuba menasihati penjaga pelajar tersebut pentingnya

mengambil berat pelajaran anak mereka.

Perjalanan kami ke rumah pelajar tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit

untuk sampai kerana rumahnya yang terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai

kemudahan jalanraya yang baik. Setibanya kami di rumah Jamaliah, kami disambut baik oleh

ibunya Pn.Hamidah bt Ahmad. Tinjauan kami mendapati keadaan rumah Jamaliah sangat

daif dan tidak terurus. Hasil perbincangan dengan ibunya, Jamaliah memang tidak dapat

meneruskan persekolahan di SK TELOI KANAN disebabkan oleh masalah pengangkutan

untuk ke sekolah yang terletak agak jauh. Tambahan pula, ibunya terpaksa keluar awal pagi

untuk pergi bekerja di ladang kelapa sawit dan pulang lewat malam kerana terpaksa

menyambung kerja sebagai peniaga di pasar malam sehinggakan dia tidak mempunyai masa

untuk menghantar dan mengambil anaknya pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

Keputusan akhir dari kunjungan kami , ibu Jamaliah akan hadir ke sekolah dan

berbincang dengan PK HEM Pn. Zalina bt Yob untuk membuat keputusan samada Jamaliah

akan meneruskan sesi persekolahan atau tidak. Segala maklumat peribadi Jamaliah dan juga

buku akaun bank akan diserahkan kepada ibunya apabila dia hadir ke sekolah berjumpa

dengan pihak pentadbir untuk urusan berhenti sekolah.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………. ………………………………

Pn Siti Mawarni Murat, Pn. Norkamilah bt Ismail,Guru Pendidikan Khas, Guru Besar,SK Teloi Kanan SK Teloi Kanan

Page 3: Laporan Lawatan Ke Rumah Pelajar