LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

3
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING ASRAMA PUTERI SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM 33000 KUALA KANGSAR, PERAK. OBJEKTIF PROGRAM: i. Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuklah ilmu berkaitan sejarah tokoh, situasi penjara, sejarah dan salasilah keturunan diraja serta pengetahuan tentang spesies fauna yang tedapat di Malaysia. ii. Lawatan ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara penghuni-penghuni asrama dengan warden dan pihak pentadbir. iii. Membuka minda pelajar dalam menerima segala input yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam pengurusan asrama setelah melawati semua tempat-tempat lawatan. BUTIR-BUTIR LAWATAN: TARIKH : 7 JUN 2010 MASA : 7 PAGI 8 MALAM NAMA GURU PEMBIMBING : PUAN RAFIDAH BINTI YEOP MOHD.ROSE CIK FATIMAH ZAHIRAH BINTI KHAIRUDIN PUAN AZURA BINTI ZULKAPLI PUAN NOR SHAZLIANA BINTI ZULKIFLI TEMPAT YANG DILAWATI : MAKAM NGAH IBRAHIM PENJARA TAIPING MUZIUM TAIPING ZOO TAIPING TAMAN TASEK TAIPING

Transcript of LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

Page 1: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING ASRAMA PUTERI SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

OBJEKTIF PROGRAM:

i. Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuklah ilmu berkaitan

sejarah tokoh, situasi penjara, sejarah dan salasilah keturunan diraja serta pengetahuan

tentang spesies fauna yang tedapat di Malaysia.

ii. Lawatan ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara penghuni-penghuni

asrama dengan warden dan pihak pentadbir.

iii. Membuka minda pelajar dalam menerima segala input yang bermanfaat untuk

diaplikasikan dalam pengurusan asrama setelah melawati semua tempat-tempat

lawatan.

BUTIR-BUTIR LAWATAN:

TARIKH : 7 JUN 2010

MASA : 7 PAGI – 8 MALAM

NAMA GURU PEMBIMBING : PUAN RAFIDAH BINTI YEOP MOHD.ROSE

CIK FATIMAH ZAHIRAH BINTI KHAIRUDIN

PUAN AZURA BINTI ZULKAPLI

PUAN NOR SHAZLIANA BINTI ZULKIFLI

TEMPAT YANG DILAWATI : MAKAM NGAH IBRAHIM

PENJARA TAIPING

MUZIUM TAIPING

ZOO TAIPING

TAMAN TASEK TAIPING

Page 2: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

TENTATIF PROGRAM:

7.00 pagi – Berkumpul di Pagar Utama Sekolah7.30 pagi – Bertolak dari asrama8.00 pagi – Sarapan di R&R Bukit Gantang9.00 pagi – Lawatan 1: Makam Ngah Ibrahim,Matang10.00 pagi - Lawatan 2: Penjara Taiping1.00 petang - Solat Zohor dan makan tengahari di Bandar Taiping2.45 petang - Lawatan 3: Muzium Taiping5.00 petang - Solat Asar dan lawatan ke Zoo Taiping7.00 malam - Membeli belah di Tesco dan solat

HASIL LAWATAN:

LAWATAN 1: MAKAM NGAH IBRAHIMi. Mengetahui pelbagai sejarah silam tokoh ini melalui pembantu muzium iaitu

Encik Sazali Sabu.ii. Wujudnya nama tempat Kelian Pauh melalui terjumpanya gajah yang dipenuhi

dengan bijih timah di seluruh badannya.iii. Makam ini mula dibina pada tahun 1856 dan siap sepenuhnya pada tahun 1860.iv. Pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh Ngah Ibrahim untuk mempertahankan

kawasan itu sehingga nyawa yang terakhir pada 4 Februari 1895.

LAWATAN 2: PENJARA TAIPING

i. Dibina bermula daripada campur tangan Inggeris di Tanah Melayu melalui Perjanjian Pangkor pada 1874.

ii. Semua banduan adalah lelaki sahaja dengan pelbagai kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol, dadah dan rasuah serta pelbagai lagi.

iii. Terdapat pelbagai hukuman seperti hukuman singkat dan hukuman lama.iv. Mempunyai pelbagai warna baju mengikut tempoh masa masuk ke penjara

seperti warna merah, hijau, biru, putih dan baju yang berjalur-jalur.

LAWATAN 3 : MUZIUM TAIPING

i. Pelbagai spesies haiwan yang diawet untuk pameran seperti rusa, spesies burung, tupai harimau dan tulang buaya yang panjang serta yang lain-lain.

ii. Selain itu, ditunjukkan singgahsana dan pelbagai peralatan muzik untuk pelbagai acara dan urusan rasmi diraja.

iii. Juga ditunjukkan sejarah perlombongan dan asal-usul tenaga pekerja yang berbilang kaum khususnya kaum Cina dan India.

Page 3: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM

iv. Muzium ini akan diperbaharui semula untuk tujuan pengubahsuaian pada masa hadapan.

LAWATAN 4 : ZOO TAIPING

i. Melawat ke Zoo Taiping untuk mengetahui pelbagai fauna yang masih wujud di Malaysia.

ii. Fauna seperti zirafah, buaya, ular yang berbisa dan sebagainya.iii. Pelbagai nama-nama saintifik yang diketahui selain daripada dalam buku teks

dan buku rujukan.iv. Mengenali pelbagai ragam haiwan dan jenis-jenis habitat serta segala perbuatan

yang dilakukan dengan jelas.

Secara keseluruhannya, semua penghuni dapat menerima input yang bermanfaat sepanjang lawatan serta mengeratkan silaturahim sesama penghuni asrama dan pihak pengurusan asrama. Selain itu, kami juga dapat memperbaiki bidang pengurusan asrama dengan lebih baik apabila mempraktikkan segala informasi yang diperoleh seperti disiplin sepanjang menguruskan rombongan dan sebagainya.

Disediakan Oleh:

SAIDATUL HANIS BINTI IBRAHIM

Disemak Oleh:

CIK FATIMAH ZAHIRAH BINTI KHAIRUDINWARDEN ASRAMA