laporan lawatan SYARIKAT AIR MELAKA
-
Upload
pismpsainsjan10 -
Category
Documents
-
view
306 -
download
7
Transcript of laporan lawatan SYARIKAT AIR MELAKA
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE LOJI RAWATAN AIR BERTAM (DAF) DAN
EMPANGAN DURIAN TUNGGAL
Pada 10 September 2013 yang lalu, unit PISMP Sains ambilan Januari 2010
telah mengadakan lawatan ilmiah ke Loji Rawatan Air Bertam (DAF) dan Empangan
Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini adalah merupakan kelolaan Puan Fatimah binti
Yusof selaku pensyarah subjek serta Mathila binti Haji Mansor, Nur Azira Farhana
binti Ahmad Sabri dan Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki selaku ahli jawatankuasa
tertinggi. Lawatan ini disertai oleh 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah
pengiring. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran
Sains Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114). Selain itu, lawatan ini adalah untuk
memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai pemprosesan air serta
pemuliharaan air.
Sebelum lawatan ini dilaksanakan, kami terlebih dahulu telah merangka kertas
kerja bagi memohon kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan
Melayu, Melaka (IPG KPM). Di samping itu juga, kerta kerja ini dihantar kepada
pihak loji dan empangan bagi mendapatkan persetujuan penerimaan lawatan ini.
Setelah hampir tiga minggu berurusan, kami akhirnya berjaya mendapatkan tarikh
lawatan serta tentatif program yang akan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah
mengadakan taklimat ringkas kepada semua guru pelatih yang akan menyertai
lawatan ini terutamanya dari aspek tentatif, keselamatan dan kod pakaian.
Lawatan ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua guru pelatih berkumpul di
garaj bas IPG KPM. Guru pelatih dikehendaki memakai pakaian baju korporat dan
seluar slack serta berkasut sukan. Kod pemakaian ini telah ditetapkan oleh pihak loji
dan empangan. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami bersama-sama
membaca doa agar perjalanan kami ke lokasi selamat. Perjalanan kami bermula
pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 9.00 pagi.
Sebaik sahaja kami tiba di kawasann loji, kami telah disambut baik oleh Cik
Maslina selaku wakil pihak loji dan beberapa pegawai lain. Kemudian, kami dijemput
ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat keselamatan. Seterusnya, Cik Maslina
memberi penerangan mengenai profil syarikat, loji DAF dan proses-proses yang
1
dijalankan. Kami juga, dibekalkan dengan risalah syarikat sebagai maklumat
tambahan.
Loji DAF merupakan loji rawatan air yang tercanggih dan pertama
menggunakan teknologi pengapungan secara udara terlarut (Dissolved Air
Floatation) di Malaysia.Loji ini, dibina dibawah Projek Bekalan Air Melaka Peringkat 2
pada pertengahan 90-an dan siap dibina pada 1996. Kos projek yang terlibat ialah
sebanyak RM 110 juta. Loji ini berkeupayaan untuk memproses sebanyak 24 MGD
air mentah dari Empangan Durian Tunggal.
Setelah tamat sesi taklimat, kami dijemput untuk menikmati sarapan
pagi.Kemudian, kami dibawa oleh Cik Maslina untuk melawat kawasan operasi
sekitar loji. Kami turut diberikan taklimat dari masa semasa. Guru pelatih juga
diberikan peluang untuk bertanya semasa lawatan dijalankan. Taklimat tersebut
turut dilengkapi dengan penerangan pelan lantai seluruh kawasan loji. Secara
langsung, kami dapat melihat pelan keseluruhan kawasan serta bahagian-bahagian
operasi.
Kami berasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk melihat
bagaimana operasi koagulasi, flokulasi, DAF dan penapisan dijalankan. Terdapat
tiga jenis filter media digunakan di tangki flokulasi iaitu pasir kasar, pasir halus dan
anthrazite. Proses ini memakan masa selama 30 minit yang melibatkan
pengumpulan lumpur-lumpur dan keladak yang menjadi gumpalan yang akhirnya
menjadi satu rantaian dan boleh disingkirkan daripada air. Proses ini merupakan
salah satu proses yang penting. Antara kelebihan proses DAF ialah, proses ini
sesuai untuk air yang mempunyai kekeruhan yang rendah, menjimatkan ruang
kerana tangki pemendapan dan tangki penapisan boleh digabungkan bersama
menjadi tangki flokulasi. Selain itu, proses ini tidak dipengaruhi oleh suhu dan
menjimatkan kos.
Di samping itu, kami dibawa untuk melihat kawasan proses post-chemicals.
Bahan kimia yang terlibat ialah gas klorin, sodium silikofluorida dan kapur terhidrat.
Gas klorin ditambah kedalam air untuk pembasmian kuman. Manakala, sodium
silikofluorida digunakan untuk mencegah kerosakan gigi. Kapur terhidrat pula
berfungsi untuk pembetulan pH. Standard ketiga-tiga bahan tersebut adalah
mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
2
Malaysia.Namun, kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut kerana kami
tidak mempunyai pakaian serta peralatan keselamatan yang lengkap. Akhir sekali,
sebelum bertolak ke empangan, kami bertukar cenderamata sebagai kenang-
kenangan dan tanda penghargaan.
Seterusnya, kami dibawa ke Empangan Durian Tunggal selama 20 minit
perjalanan daripada loji. Perjalanan kami diiringi oleh pengawai-pegawai empangan.
Setelah tiba ke lokasi, kami dibawa untuk melihat secara dekat kawasan sekitar
empangan serta melihat sendiri kebersihan serta kejernihan air di empangan
tersebut. Panorama di kawasan tersebut sangat menarik dan masih mengekalkan
eleman semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan batuan. Kami juga dapat melihat
beberapa haiwan yang menambahkan keindahan tempat tersebut seperti ikan dan
burung bangau. Keadaan ini membuktikan kebersihan air di empangan tersebut
masih terpelihara. Setelah itu, kami diberikan taklimat oleh pegawai empangan.
Kami difahamkan sumber air empangan tersebut adalah daripada sungai
Muar, Johor yang dibeli dan sumber air semulajadi iaitu air hujan. Empangan Durian
Tunggal juga merupakan empangan terbesar di negeri Melaka. Kemudian, kami
dibawa ke bilik kawalan air empangan. Bilik ini berfungsi apabila kapasiti air di
empangan berlebihan. Lebihan air tersebut akan mengalir ke sungai-sungai yang
berdekatan. Selain itu, kawasan ini menjadi kawasan rekreasi terkawal bagi orang
awam serta penduduk sekitar empangan. Terdapat tempat rehat yang disediakan
bagi aktiviti riadah, kem motivasi, perkhemahan dan sebagainya. Namun, individu
yang terlibat perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Akhir sekali, kami
mengadakan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak empangan atas kesudian
menerima lawatan daripada pihak kami. Kami bertolak balik ke IPG pada pukul
12.30 tengah hari.
Setelah selesai lawatan, kami bekerjasama mengumpul semua gambar-
gambar semasa lawatan, catatan maklumat serta risalah yang kami terima untuk
dijadikan bahan bukti serta panduan penulisan laporan dokumentasi. Kami juga turut
memuat naik laporan lawatan beserta gambar-gambar semasa lawatan
dilaksanakan. Kami berharap dokumentasi lawatan ini dapat dijadikan garis
panduan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mengadakan lawatan ke loji dan
empangan ini.
3
Kami berasa amat gembira kerana banyak ilmu pengetahuan baharu
mengenai pemuliharaan air dapat kami perolehi sepanjang lawatan tersebut. Kami
juga turut merasakan betapa pentingnya menghargai air kerana proses merawat air
merupakan satu proses yang sukar dan menelan belanja yang besar. Kami
berharap lawatan seumpama ini dapat meningkatkan bukan sahaja ilmu
pengetahuan namun nilai kemanusiaan dalam diri guru pelatih iaitu menggunakan air
dengan berjimat cermat serta cintailah alam sekitar untuk generasi akan datang.
Laporan disediakan oleh, 19 SEPTEMBER 2013.
.......................................
( NUR AZIRA FARHANA BINTI AHMAD SABRI )
4
LAPORAN LAWATAN KE LOJI AIR BERTAM (DAF) DAN EMPANGAN DURIAN TUNGGAL
Pesertalawatansedangmenaiki bas untukkeLoji Air DAF
PerjanananmenujukeLoji Air DAF
5
BangunanpejabatBahagianPengeluaran Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
PuanMazlinamemberitaklimatkepada para pesertalawatan
6
Peneranganmengenai proses rawatan air denganmenggunakansistem DAF (Dissolved Air Floatation)
Para pensyarahpengiringdanpesertalawatankhusyukmendengarpenerangandaripihakLoji Air DAF
7
Parameter ujianuntuk air mentahdan air bersih
Proses pengudaraandalamkawasanloji
8
CikMazlinamemberipeneranganmengenai proses koagulasidanflokulasi
Para pesertamembuatlawatankeproses koagulasidanflokulasi
9
Gumpalanlumpurdankeladakdiapungkan di permukaantangkimelalui proses pengapungansecaraudaraterlarut (DAF) danpenapisan
Proses pengasinganmendakandankeladaksemasa proses prosesDAF danpenapisan
10
Rajah skematikLojiRawatan Air Bertam (DAF)
Di sini proses pencampuranbahankimiakedalamtapisanmengikut Standard KementerianKesihatan Malaysia dilakukan
11
Mendakanlumpurdankeladakdibuang di ‘Drying Bed’
Sisa air rawatan yang akandirawatsemuladiletakkan di ‘Wash Water Recovery Tank’
12
PenyampaiancenderahatikepadapihakBahagianPengeluaran SAMB
PenerimaancenderahatidaripihakBahagianPengeluaran SAMB
13
KawasanEmpangan Durian Tunggal
14
Pesertalawatanberjalanmenujukebilikkawalan air di kawasanempangan
Air dariempanganakandialirkansemulakesungaijikakapasiti air di empanganberlebihan
Bilikkawalan air
15
Penyampaian cenderahati kepada pihak Empangan Durian Tunggal
16