laporan ldk

6
PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1 Slot 2 : LDK 1 Tarikh/Hari : 01 Julai 2013 (Isnin) Masa : 2.30ptg – 4.30ptg Aktiviti : Ice Breaking Encik.Khalil dan Encik.Syukor telah mengendalikan sesi ini. Pada permulaannya Encik. Khalil suruh kami berdiri dalam satu bulatan yang besar dan seterusnya orang yang sebelah berdiri di hadapannya dan diberi tugasanya menyayikan satu lagu iaitu “langkah ke kanan, langkah kiri dan langkah ke kiri. Apabila melakukan aktiviti ini, kami akan mengenali semua kawan yang ada di situ antara satu sama lain. Dengan aktiviti ini, kami dapat mengenali biodata mereka. Seterusnya, saya turut belajar sesuatu daripada Encik.Khalil iaitu kita seharusnya berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan. Ice breaking ini memang menarik dan menyenangkan. Sudah pasti jikalau tiada ice breaking kami akan terasa hambar dan membosankan. Ice breaking membuat perserta bersemangat serta enjaga mood agar selalu positif. Dengan ini, saya sedar bahawa aktiviti ice breaking memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan diri dengan

Transcript of laporan ldk

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1Slot 2:LDK 1Tarikh/Hari:01 Julai 2013 (Isnin)Masa:2.30ptg 4.30ptgAktiviti:Ice Breaking

Encik.Khalil dan Encik.Syukor telah mengendalikan sesi ini. Pada permulaannya Encik. Khalil suruh kami berdiri dalam satu bulatan yang besar dan seterusnya orang yang sebelah berdiri di hadapannya dan diberi tugasanya menyayikan satu lagu iaitu langkah ke kanan, langkah kiri dan langkah ke kiri. Apabila melakukan aktiviti ini, kami akan mengenali semua kawan yang ada di situ antara satu sama lain. Dengan aktiviti ini, kami dapat mengenali biodata mereka.Seterusnya, saya turut belajar sesuatu daripada Encik.Khalil iaitu kita seharusnya berbeza daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.Ice breaking ini memang menarik dan menyenangkan. Sudah pasti jikalau tiada ice breaking kami akan terasa hambar dan membosankan. Ice breaking membuat perserta bersemangat serta enjaga mood agar selalu positif. Dengan ini, saya sedar bahawa aktiviti ice breaking memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan diri dengan peserta. Oleh itu, ilmu ini akan saya gunakan kelak sebagai seorang guru sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1LDK 1:Ice-BreakingTarikh/Hari:01 Julai 2013 (Isnin)Masa:2.30ptg 4.30ptg

Dalam LDK pertama ini, En.Khalil telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:- Mengumpulkan kad nama di suatu tempat dan apabila tiup viselnya, setiap orang perlu mengambil satu kad nama dan pulangkan kad nama tersebut kepada orang yang sepatutnya. Berkumpul mengikut nama huruf pertama. Berkumpul mengikut bulan lahir yang sama Berkumpul mengikut negeri yang sama Berkumpul mengikut saiz kasut yang sama Berkumpul mengikut ketinggian yang lebih kurang sama Berkumpul mengikut umur yang sama. Para guru pelatih berkumpul mengikut nilai wang yang secukupnya. Setiap guru pelatih diberikan sehelai kertas A4, dan mengoyakan kertas tersebut mengikut arahan fasilitator. Dalam kertas tersebut, mereka menulis huruf yang disukai dan seterusnya membina beberapa cogan kata dengan menggunakan huruf-huruf yang sedia adaAktiviti sebegini telah mengeratkan hubungan silathurahim antara satu sama lain. Beliau telah menjalankan aktiviti ini dengan penuh semangat dan berwibawa. Keadaan ini telah membakar semangat kami sebagai seorang yang bakal menjadi guru di sekolah kelak.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1LDK 2:Kemahiran berfikirTarikh/Hari:01 Julai 2013 (Isnin)Masa:9.30mlm 12.00t/mlm

Dalam LDK kedua ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik tetapi di sebalik aktivitinya juga tersirat beberapa makna. Beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti yang berikut:- Secara berkumpulan kami menyanyi satu lagu yang dicipta oleh fasilitator kami Encik.Syukor iaitu lagu kami anak muda. Seterusnya,beliau telah mengajar satu tepukan terimah kasih. Aktiviti sterusnya adalah menyusun satu kad board mengikut (ILT) Ikat tali secara bersilang antara dua orang dan cara mengeluarkan balik tali tersebut.(menyelesaikan masalah) Aktiviti kira petak 16.(kecerdasan untuk minda) Memberikan satu kertas A4 setiap kumpulan dan perlu berdiri diatas kertas tersebut. Ini adalah satu aktiviti rangsangan pemikiran. Seterusnya refleksi perlu membentangkan refleksi kumpulan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau telah merangksangkan fikiran serta telah mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan kerana berlaku komunikasi antara kita bagi mendapatkan jawapan untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Selain daripada itu, kerjasama antara kumpulan adalah amat penting dalam aktiviti-aktiviti ini. Sekiranya tidak ada kerjasama antara kumpulan kita tidak boleh Berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1LDK 3:Latihan Dalam KumpulanTarikh/Hari:02 Julai 2013 (Selasa)Masa:9.30mlm 12.00t/mlm

Dalam LDK ketiga ini, En.Syukor telah menjadi fasilitator kami. Beliau telah menjalankan satu aktivitinya juga tersirat beberapa makna. Iaitu yang bertajuk Dara dan Uda. Aktiviti ini sedikit berbeza daripada aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Pada permulaannya beliau telah memberikan satu cerita pendek yang bertajuk Dara dan Uda. Beliau telahpun memberikan kami 15 minit untuk membaca cerita tersebut. Selepas itu, beliau memberikan kami satu kertas mah-jong dan pen marker bagi setiap kumpulan. Seterusnya beliau menyuruh kami menulis nilai-nilai murni yang ada pada semua watak yang ada dalam cerita tersebut. Soalan keduanya perlu menulis watak yang paling suka dan watak yang paling benci. Soalan seterusnya adalah perlu menyenaraikan sebab-sebabnya sekali.Apabila sudahpun selesai tugasan yang pertama ini, tugasan keduanya adalah setiap kumpulan perlulah membuat pembentangan di hadapan semua dan memberi hujah-hujah mereka. Sebelum membuat pembentangan setiap kumpulan perlulah membuat satu cogan kata mengikut kumpulan. Setiap kumpulan membuat dengan baik dengan kreativiti masing-masing. Aktiviti ini berakhir dengan refleksi kumpulan.