Laporan Majlis Khatam Al-Quran
Transcript of Laporan Majlis Khatam Al-Quran
-
7/27/2019 Laporan Majlis Khatam Al-Quran
1/2
Laporan Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah diadakan pada 2
Ogos 2013. Majlis dilangsungkan di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan
Sungai Serai. Majlis Khatam Al-Quran ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan bacaan doa dan alunan Asma
Ulhusna. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Serai, Dr.Hajah Nazirah binti Mohd Nordin.
Seterusnya, murid-murid khatam Al-Quran mengambil tempat di atas pentas
dan mengalunkan bacaan masing-masing. Selesai sahaja majlis khatam Al-Quran,
murid-murid tersebut dianugerahkan cenderahati. Saya dan guru-guru pelatih yang
lain membantu dalam penyampaian cenderahati kepada murid-murid.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan lagu hari raya oleh murid-murid
Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan sumbangan hari raya kepada murid-murid
yang kurang berkemampuan. Selain itu, sedikit tazkirah juga telah disampaikan
kepada murid-murid berkenaan bulan Ramadhan. Majlis berakhir kira-kira jam 11.45
tengah hari dengan sesi bersalaman antara guru-guru dan murid-murid.
Gambar 1 : Murid-murid khatam Al-Quran
-
7/27/2019 Laporan Majlis Khatam Al-Quran
2/2
Gambar 2 : Majlis Penyampaian Hadiah
Gambar 3 : Persembahan murid-murid
Gambar 4 : Sesi bersalaman