LAPORAN MALAM PENGHAYATAN

download LAPORAN MALAM PENGHAYATAN

of 2

Transcript of LAPORAN MALAM PENGHAYATAN

LAPORAN MALAM PENGHAYATAN Pada 20 Mac 2012 (Selasa), iaitu malam kedua Bina Insan Guru, malam penghayatan telah diadakan di dewan terbuka Kem Intan Suraya. Malam Penghayatan ini telah dibimbing oleh pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu En. Azmi Bin Abdul Hamid. Malam Penghayatan telah bermula pada pukul 9 malam. Semua ahli dikehendaki berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Pada mulanya, kami telah diarahkan untuk mengingati dan membuat tindakan mengikut nombor yang telah disebut oleh pensyarah. Kebetulan pada masa tersebut lampu di sekitar kem telah terpadam dan aktiviti ini telah mengalami sedikit gangguan. Pensyarah telah mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti yang lain bersama kami. Kami telah belajar untuk menyanyi lagu Saya Ada Topi. Kami berpeluang untuk menyanyi lagu ini dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa India. Aktiviti ini sangat seronok kerana ia membolehkan semua ahli menfokuskan minda terhadap lagu tersebut. Aktiviti ini amat sesuai untuk diaplikasikan di sekolah kerana ia meransang minda dan pelajar dapat belajar bahasa lain selain daripada bahasa ibunda sendiri. Aktiviti kedua yang telah dilakukan pada malam tersebut ialah membuat baju dengan menggunakan surat khabar tanpa menggunakan alat dan bahan lain. Kami telah diberi surat khabar dan setiap kumpulan perlu memilih seorang model untuk memakai baju surat khabar yang dibuat oleh ahli kumpulan sendiri. Dalam aktiviti ini, kami mendapati bahawa kreativiti merupakan nilai yang penting untuk menghasilkan pakaian daripada surat khabar tanpa bantuan daripada alat dan bahan lain. Melalui aktiviti ini, nilai kerjasama juga merupakan nilai yang penting untuk menghasilkan pakaian yang menarik. Hal ini kerana setiap ahli mempunyai idea tersendiri untuk menjayakan aktiviti ini. Aktiviti seterusnya yang telah dijalankan pada malam penghayatan ialah Tangram. Tangram merupakan potongan kertas yang perlu disusun menjadi bentuk yang diingini. Kami telah diberi arahan untuk berada di kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini, secara tidak langsung sikap kerjasama antara ahli telah dipupuk kerana ini bukan senang untuk

menghasilkan bentuk yang telah disuruh oleh Encik Azmi. Aktiviti ini juga menguji kreativiti setiap kumpulan untuk menghasilkan bentuk dalam masa yang singkat. Selepas aktiviti tamat, kami telah diberi peluang untuk membuat refleksi tentang malam penghayatan. Setiap wakil daripada kumpulan telah diminta untuk membuat refleksi untuk melihat kelemahan dan kekuatan sepanjang menjalankan aktiviti pada malam itu. Semua ahli berasa seronok dan amat menghargai setiap masa bersama dengan Encik Azmi. Hal ini kerana Encik Azmi merupakan seorang pensyarah yang amat prihatin dan aktiviti yang dilakukan oleh beliau amat menyeronokan dan mencabarkan minda kami.

Disediakan oleh,

______________________ () Ketua Kumpulan, Kumpulan Cheetah, IPG KAMPUS TUANKU BAINUN