laporan malaysia cergas.docx

6
PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1 Slot : Senaman pagi Tarikh : 02/07/2013 Masa : 7.30 pagi Aktiviti : senaman pagi Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang kreatif dan menyeronokkan. Pada pagi hari kedua kami telah berkumpul di dataran pada tepat pukul 7.30 pagi untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG. Encik. Khairuddin telah mengendalikan slot ini. Beliau menunjukkan cara- cara menaikkan bendera dengan betul. Seterusnya kami melakukan sedikit senaman ringkas dan jogging dalam kawasan tapak perkhemahan tersebut. Melalui aktiviti seperti ini, kami diajar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat di mana kami ditekankan supaya selalu bersenam dan pentingnya bagi kita untuk menjaga kesihatan. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan mengenai cara- cara untuk menjadikan senaman pagi lebih menarik iaitu dengan melakukan senaman ringkas dalam bentuk permainan. Senaman dalam bentuk permainan adalah lebih menyeronokkan dan apa yang penting di sini ialah kami sebagai guru pelatih di ajar supaya menggunakan cara ini untuk menarik murid – murid yang tidak gemar kepada bersenam menjadi suka kepada bersenam.

Transcript of laporan malaysia cergas.docx

Page 1: laporan malaysia cergas.docx

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

Slot : Senaman pagi

Tarikh : 02/07/2013

Masa : 7.30 pagi

Aktiviti : senaman pagi

Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Selain menyihatkan

badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang

kreatif dan menyeronokkan.

Pada pagi hari kedua kami telah berkumpul di dataran pada tepat pukul 7.30

pagi untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera sambil

menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG. Encik. Khairuddin telah mengendalikan slot

ini. Beliau menunjukkan cara- cara menaikkan bendera dengan betul. Seterusnya kami

melakukan sedikit senaman ringkas dan jogging dalam kawasan tapak perkhemahan

tersebut.

Melalui aktiviti seperti ini, kami diajar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup

yang sihat di mana kami ditekankan supaya selalu bersenam dan pentingnya bagi kita

untuk menjaga kesihatan. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan mengenai cara-

cara untuk menjadikan senaman pagi lebih menarik iaitu dengan melakukan senaman

ringkas dalam bentuk permainan. Senaman dalam bentuk permainan adalah lebih

menyeronokkan dan apa yang penting di sini ialah kami sebagai guru pelatih di ajar

supaya menggunakan cara ini untuk menarik murid – murid yang tidak gemar kepada

bersenam menjadi suka kepada bersenam.

Di samping itu, sesi ini juga ada melibatkan peserta kem program ini. Ini menjadi

slot ini lebih menarik dan menyorokkan. Sesi ini berakhir tepat pukul 7.45 pagi untuk

memberi ruang kepada waktu sarapan dan slot yang seterusnya iaitu aktiviti air dan

aktiviti kembara.

Page 2: laporan malaysia cergas.docx

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

Sepanjang program BIG ini dijalankan, saya berasa sangat seronok ketika

bersenam pagi ini kerana setiap pagi saya akan tertunggu apakah senaman baru yang

akan diajar oleh ahli-ahli kumpulan lain.

Page 3: laporan malaysia cergas.docx

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

Slot : Senaman pagi

Tarikh : 03/07/2013

Masa : 7.30 pagi

Aktiviti : Permainan kecil

Seperti biasa, kami akan melakukan aktiviti senaman pagi dengan rakan- rakan

serta pensyarah. Kami lebih bersemangat pada hari yang ketiga ini.

kami telah berkumpul di dataran pada tepat pukul 7.30 pagi untuk menjalani

aktiviti yang seterusnya iaitu upacara menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu

Negaraku, lagu IPG serta lagu BIG . Seperti biasa Encik. Khairuddin telah

mengendalikan slot ini. Beliau menunjukkan cara- cara membuat kawad dengan betul.

Seterusnya kami melakukan sedikit senaman ringkas dan bermain permainan kecil

seperti galah panjang, serigala dengan ayam dan harimau dengan kambing bersama

ahli kumpulan masing – masing.

Melalui aktiviti, kami mempelajari cara – cara untuk bekerjasama antara satu

sama lain. Selain itu, kami juga diberikan pendedahan mengenai cara- cara bermain

permainan kecil dengan tepat mengikut peraturan yang ditetapkan. Permainan ini amat

menyeronokkan dan kami bermain seperti kanak- kanak.

Di samping itu, sesi ini juga ada melibatkan peserta kem program ini. Ini menjadi

slot ini lebih menarik dan menyorokkan. Sesi ini berakhir tepat pukul 7.45 pagi untuk

memberi ruang kepada waktu sarapan dan slot yang seterusnya iaitu aktiviti air dan

aktiviti kembara.

Saya berasa sangat seronok ketika bermain permainan kecil dengan seronok

sekali. Kami tertunggu – tunggu aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan harinya.

Page 4: laporan malaysia cergas.docx

PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5, FASA 1

Slot : Senaman pagi

Tarikh : 04/07/2013

Masa : 7.30 pagi

Aktiviti : Permainan tradisional

Seperti biasa, saya melakukan senaman pagi dengan rakan- rakan dan

pensyarah. Kali ini Encik Khairuddin mengendalikan aktiviti senaman pagi bersama

dengan penghulu pada hari tersebut dengan iringan lagu. Beliau telah mengajar

senaman yang ringkas untuk merelakskan badan dan minda kami.

Pada pagi hari yang keempat ini, kami telah berkumpul di dataran seperti biasa

pada tepat pukul 7.30 pagi untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu upacara

menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPG.

Pada hari ini kami bermain permainan tradisional seperti kabadi, congkak, gasing

dan ting- ting. Kami bermain dengan penuh semangat kerana kami pernah bermain

permainan-permainan ini ketika mempelajari subjek pendidikan jasmani. Walaupun

kami sangat penat tetapi kami tidak menghiraukan kepenatan itu dan bermain dengan

bersungguh – sungguh. Kami berasa segar selepas bermain permainan- permainan

tradisional ini.

Selepas itu, kami makan sarapan. Disebabkan hari ini adalah hari yang terakhir

dan kami dikehendaki balik ke IPGKTB, kami menyusun khemah dan membersihkan

kawasan perkhemahan supaya kembalikan tempat yang asal. Kami meletakkan

khemah di tempat yang disediakan dan pensyarah – pensyarah memberi sedikit

taklimat tentang aktiviti keseluruhan BIG ini. Secara keseluruhannya proses BIG ini,

dijalankan dengan lancar walaupun hujan lebat.

Sementara menunggu slot refleksi kami mengemaskan dewan dan tempat

masakan serta mencuci khemah kami yang kotor akibat daripada hujan lebat. Akhirnya

kami melakukan segala kerja serta aktiviti yang diberikan kepada kami oleh pensyarah

dengan jayanya.