Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

6
Laporan Masalah Kerosakan Jalan Di Kampung Tegayong Jalan merupakan salah satu jaringan perhubungan yang terpenting. Dengan adanya jalan, aktiviti harian manusia dapat berjalan dengan lancar contohnya pengguna dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Untuk memastikan keselesaan pengguna jalan, keadaan jalan yang baik perlu dititikberatkan. Oleh itu, untuk memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat untuk menjamin keselesaan pengguna jalan. Namun, terdapat situasi yang amat menyedihkan apabila melihat keadaan jalan yang rosak teruk akibat pihak yang berkenaan tidak memainkan peranan mereka mengenai tanggunngjawab masing-masing. Sepertimana kerosakan jalan yang berlaku di Kampung Tegayong iaitu jalan yang boleh dikatakan menjadi pilihan penduduk menuju ke Kota Bharu di mana penduduk lebih gemar menggunakan jalan ini kerana ianya tidak terlibat dengan kesesakan lalulintas dan lebih cepat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Walaupun begitu, kerap kali terdengar rungutan para penduduk mengenai jalan yang mengalami retakan, lelubang, tidak rata, ketiadaan lampu jalan dan sebagainya. Secara amnya, jenis kerosakan jalan yang mengalami keretakan boleh berlaku dalam berbagai bentuk iaitu daripada satu retakan

Transcript of Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Page 1: Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Laporan Masalah Kerosakan Jalan Di Kampung Tegayong

Jalan merupakan salah satu jaringan perhubungan yang terpenting. Dengan adanya jalan,

aktiviti harian manusia dapat berjalan dengan lancar contohnya pengguna dapat sampai ke

destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Untuk memastikan keselesaan pengguna

jalan, keadaan jalan yang baik perlu dititikberatkan. Oleh itu, untuk memastikan jalan sentiasa

berada dalam keadaan yang baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat untuk menjamin

keselesaan pengguna jalan.

Namun, terdapat situasi yang amat menyedihkan apabila melihat keadaan jalan yang

rosak teruk akibat pihak yang berkenaan tidak memainkan peranan mereka mengenai

tanggunngjawab masing-masing. Sepertimana kerosakan jalan yang berlaku di Kampung

Tegayong iaitu jalan yang boleh dikatakan menjadi pilihan penduduk menuju ke Kota Bharu di

mana penduduk lebih gemar menggunakan jalan ini kerana ianya tidak terlibat dengan kesesakan

lalulintas dan lebih cepat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Walaupun begitu, kerap kali

terdengar rungutan para penduduk mengenai jalan yang mengalami retakan, lelubang, tidak rata,

ketiadaan lampu jalan dan sebagainya.

Secara amnya, jenis kerosakan jalan yang mengalami keretakan boleh berlaku dalam

berbagai bentuk iaitu daripada satu retakan kecil sehingga saling bersambung dan meliputi

keseluruhan turapan. Antara faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya keretakan ialah

tekanan daripada beban gandar, perubahan suhu dalam lapisan jalan, serta kandungan lembapan

yang berlebihan. Keretakan yang berlaku pada jalan menyebabkan pengguna tidak selesa melalui

jalan kerana keretakan yang teruk boleh menghakis permukaan tayar bagi setiap kenderaan yang

melalui jalan ini. Jadi ia akan mengundang kemalangan juga kerana, pengguna tidak dapat

mengawal kenderaan apabila melalui jalan yang mengalami keretakan. Terdapat beberapa jenis

retakan iaitu retak memanjang, retak pinggir, retak blog, retak buaya, retak pantulan, dan retak

bulan sabit. Rajah 1 menunjukkan retak buaya yang berlaku pada permukaan jalan di Kampung

Tegayong.

Page 2: Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Rajah 1 : Jalan yang mengalami keretakan (retak buaya) akibat daripada kegagalan

patah permukaan turapan.

Selain keretakan, jalan di Kampung Tegayong ini juga turut mengalami lekukan.

Sepertimana yang diketahui, lekukan ini terjadi apabila sesuatu kawasan di mana arasnya lebih

rendah daripada kawasan sekitarnya atau deformasi yang berlaku pada laluan roda kenderaan

yang selari dengan jalanraya. Ia berlaku disebabkan oleh penggenapan subgred ataupun kerja-

kerja pembinaan jalan yang kurang baik serta akibat beban dari roda kenderaan yang dikenakan

ke atas jalanraya. Lekukan yang berlaku menyebabkan ketidakselesaan kepada pemanduan dan

air yang bertakung akan melemahkan turapan seterusnya membawa kepada kerosakan yang lebih

besar.

Page 3: Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Rajah 2 : Lelubang yang berlaku di jalan Kampung Tegayong

Di samping itu juga, ketiadaan lampu jalan turut berlaku di Kampung Tegayong ini.

Disebabkan oleh tiadanya lampu jalan, kemalangan sering berlaku di sini. Ini menyebabkan

nyawa pengguna terancam. Hal ini berlaku kerana keadaan jalan yang gelap gelita tanpa cahaya

lampu pada waktu malam. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini pihak yang terlibat mestilah

memasang lampu jalan di kampung ini untuk memudahkan lagi pengguna melalui jalan ini dan

untuk menerangi jalan ini pada waktu malam supaya tidak terjadinya kemalangan.

Rajah 3 : Ketiadaan lampu jalan di Kampung Tegayong.

Page 4: Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Keadaan papan tanda yang terlindung oleh semak samun juga turut berlaku di Kampung

Tegayong. Papan tanda yang terhalang oleh semak samun boleh menyebabkan pengguna ragu-

ragu mengenai jalan yang dilalui. Hal yang berlaku ini akan menghalang pandangan pengguna

terhadap papan tanda tersebut. Jadi semak samun ini mestilah dibuang supaya pengguna boleh

melihat papan tanda dengan lebih jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

Rajah 4 : Keadaan papan tanda yang terhalang oleh semak samun yang berada di tepi jalan.

Selain itu, jambatan yang sempit di kampung ini menyebabkan hanya satu arah

kenderaan sahaja yang boleh melalui jambatan dalam satu masa. Ini akan menyebabkan

kenderaan yang datang dari arah bertentangan perlu menunggu kenderaan tersebut melepasi

jambatan dahulu sebelum melaluinya. Jadi, ia akan melambatkan lagi perjalanan para pengguna.

Oleh itu, saya cadangkan, jambatan tersebut perlulah diperlebarkan supaya dua kenderaan dari

arah bertentangan boleh melalui jalan bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan dan

mempercepatkan lagi pengguna melalui jambatan itu. Rajah 4 menunjukkan jambatan yang

sempit yang berada di Kampung Tegayong yang merumitkan pergerakan kenderaan untuk

melaluinya.

Page 5: Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong

Rajah 5 : Jambatan yang sempit yang berada di Kampung Tegayong.

Segala yang dicadangkan adalah untuk keselamatan pengguna yang jalan ini. Jadi, saya

harap pihak tuan dapat menitikberatkan cadangan saya untuk proses menyelenggara jalan di

Kampung Bukit Tegayong seperti yang diterangkan. Jasa baik pihak tuan amat dihargai dan

semua yang dicadangkan adalah demi memastikan keselamatan pengguna terjamin.