Laporan Maulidur Rasul 2012

download Laporan Maulidur Rasul 2012

of 1

Transcript of Laporan Maulidur Rasul 2012

  • 8/2/2019 Laporan Maulidur Rasul 2012

    1/1

    Laporan Maulidur Rasul

    Peringkat Sekolah Kebangsaan Ganun

    24 Februari 2012 (Jumaat)

    Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Ganun dengan

    kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam telah berjaya diadakan pada 24 Februari

    2012. Murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan bagi majlis bacaan Yaasin

    mingguan yang diketuai oleh Ustaz Mahadi Bin Suboh. Kemudiannya Guru Besar,

    Puan Hajah Fordzisah Binti Ismail telah memberi ucapan dan sedikit kata-kata

    nasihat kepada semua warga SK Ganun. Selesai ucapan Puan Guru Besar, murid-

    murid diberi taklimat perjalanan majlis dan mula berbaris bagi perarakan Maulidur

    Rasul. Warga sekolah telah berarak ke padang sebanyak 3 pusingan sambil

    mengalunkan selawat nabi bersama-sama. Selesai acara perarakan Maulidur

    Rasul, murid-murid masuk ke dalam dewan serbaguna dalam keadaan terkawal dan

    duduk mengikut susunan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin dan kawalan murid.Majlis di dewan telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis, Ustaz

    Mahadi bin Suboh. Seterusnya bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Mohd Fadhil

    bin Hassim. Ustaz , guru dari SK telah dijemput khas bagi menyampaikan ceramah

    yang bertajuk . Menerusi ceramah yang telah disampaikan, murid-murid dapat

    menghayati sirah dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w dan mengambil iktibar

    dan pedoman daripadanya. Semua murid memberi tumpuan sepenuhnya terhadap

    apa yang cuba disampaikan oleh penceramah. Majlis diakhiri dengan selawat dan

    pengagihan makanan.

    Gmbar2

    Disediakan oleh,

    .(HASHIMAH ISMAIL)J/K Dokumentasi,

    Majlis Sambutan Maulidur Rasul

    SK Ganun 2012.