Laporan media mengenai Melamine dlm Prog susu 1Msia · PDF filemengaudit sebuah loji...

3
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 20 Mei 2011 KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 1 B ERTAMBAHM UT U BE RSEKUTU KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62630 PUTRAJAYA , MALAYSIA Telefon : 03 – 8870 2217, 03 – 8870 2248 Faks : 03 – 8888 0579, 03 – 8888 4457 (KP), E-mail : [email protected] KENYATAAN MEDIA Oleh; DATO’ DR. ABD. AZIZ B. JAMALUDDIN Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar 20 Mei 2011 LAPORAN MEDIA MENGENAI PENCEMARAN MELAMINE DALAM SAMPEL SUSU UNTUK PROGRAM SUSU SEKOLAH 1MALAYSIA 1. YAB Perdana Menteri telah menyarankan supaya Program Susu Sekolah (PSS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dijenamakan semula sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan dilaksanakan segera dengan menggunakan susu segar tempatan. Untuk merealisasikan hasrat murni ini, status keselamatan susu segar tempatan masih perlu dipertingkatkan. 2. Bekalan susu segar tempatan setahun yang berjumlah 24 juta liter setahun tidak mampu untuk menampung PS1M yang memerlukan sebanyak 55 juta liter setahun. Program ini melibatkan bekalan 2 kotak seminggu bagi seorang murid dibeberapa sekolah yang terpilih (luar bandar) yang berjumlah 275 juta kotak susu UHT. Sementara itu hanya separuh (12 juta liter) sahaja dari pengeluaran susu segar tempatan di Semenanjung dan Sabah yang ditawarkan kepada pasaran bagi tujuan pemprosesan. Maka untuk memenuhi keperluan PS1M program ini penggunaan susu tepung dari luar negara perlu digunakan.

Transcript of Laporan media mengenai Melamine dlm Prog susu 1Msia · PDF filemengaudit sebuah loji...

Page 1: Laporan media mengenai Melamine dlm Prog susu 1Msia · PDF filemengaudit sebuah loji pemprosesan susu UHT di Korea, iaitu Namyang Dairy Products Co.Ltd pada 31 Mac hingga 2 April 2011

Jabatan Perkhidmatan Veterinar 20 Mei 2011

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 1

BERTAMBAH MUTU

BERSE

KUTU

KEMENTERIAN PERTANIAN

DAN INDUSTRI ASAS TANI

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1, PRESINT 4

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62630 PUTRAJAYA , MALAYSIA Telefon : 03 – 8870 2217, 03 – 8870 2248 Faks : 03 – 8888 0579, 03 – 8888 4457 (KP),

E-mail : [email protected]

KENYATAAN MEDIA

Oleh;

DATO’ DR. ABD. AZIZ B. JAMALUDDIN

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar

20 Mei 2011

LAPORAN MEDIA MENGENAI PENCEMARAN MELAMINE DALAM SAMPEL SUSU

UNTUK PROGRAM SUSU SEKOLAH 1MALAYSIA

1. YAB Perdana Menteri telah menyarankan supaya Program Susu Sekolah

(PSS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dijenamakan

semula sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan dilaksanakan segera

dengan menggunakan susu segar tempatan. Untuk merealisasikan

hasrat murni ini, status keselamatan susu segar tempatan masih perlu

dipertingkatkan.

2. Bekalan susu segar tempatan setahun yang berjumlah 24 juta liter

setahun tidak mampu untuk menampung PS1M yang memerlukan

sebanyak 55 juta liter setahun. Program ini melibatkan bekalan 2 kotak

seminggu bagi seorang murid dibeberapa sekolah yang terpilih (luar

bandar) yang berjumlah 275 juta kotak susu UHT. Sementara itu hanya

separuh (12 juta liter) sahaja dari pengeluaran susu segar tempatan di

Semenanjung dan Sabah yang ditawarkan kepada pasaran bagi tujuan

pemprosesan. Maka untuk memenuhi keperluan PS1M program ini

penggunaan susu tepung dari luar negara perlu digunakan.

Page 2: Laporan media mengenai Melamine dlm Prog susu 1Msia · PDF filemengaudit sebuah loji pemprosesan susu UHT di Korea, iaitu Namyang Dairy Products Co.Ltd pada 31 Mac hingga 2 April 2011

Jabatan Perkhidmatan Veterinar 20 Mei 2011

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 2

3. Selaras dengan keperluan ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar,

Kementerian Pertanian dan Industri Asastani, Malaysia (DVS) telah

mengaudit sebuah loji pemprosesan susu UHT di Korea, iaitu Namyang

Dairy Products Co.Ltd pada 31 Mac hingga 2 April 2011 bersama juruaudit

dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Wakil Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah dijemput menyertai lawatan

pemeriksaan ini. Walau bagaimanapun, pihak KKM tidak dapat

menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Syarikat Korea ini juga mengeksport produk susu seperti susu cair UHT,

makanan bayi berasas susu dan infant formula ke negara-negara seperti

Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat yang mempunyai peraturan

yang ketat untuk pengimportan produk susu.

4. Hasil pengauditan tersebut mendapati loji tersebut menggunakan bahan

mentah skimmed milk powder dan demineralized whey powder yang

diimport hanya dari negara Belgium dan Holland (EU) yang juga

merupakan salah sebuah negara pengeluar susu utama dunia. Negara

pengeluar susu utama ini mengamalkan prosedur keselamatan makanan

yang ketat dan diiringi dengan Certificate of Analysis yang mengesahkan

keselamatan bahan mentah tersebut. Contohnya, bagi produk susu dari

Holland terdapat sistem kualiti dan pensijilan seperti Eurep-GAP, HACCP,

ISO9000 dan Keten kwaliteit Melk yang dikeluarkan oleh kerajaan dan

badan pensijilan bebas seperti RvA (Dutch Council for Accreditation) dan

Keurmerkinstituut (Certification Institute).

5. Susu UHT berperisa coklat yang dikeluarkan oleh loji ini didapati mematuhi

semua keperluan import Malaysia yang dikawalselia oleh DVS. Akan

tetapi ujian untuk mengesan kandungan melamine di dalam susu adalah

tidak mandatori berdasarkan sumber bahan mentah tersebut adalah dari

negara yang mempunyai kewibawaan dalam pengeluaran susu.

Page 3: Laporan media mengenai Melamine dlm Prog susu 1Msia · PDF filemengaudit sebuah loji pemprosesan susu UHT di Korea, iaitu Namyang Dairy Products Co.Ltd pada 31 Mac hingga 2 April 2011

Jabatan Perkhidmatan Veterinar 20 Mei 2011

KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA 3

6. Dalam pada itu, Veterinary Health Certificate dikeluarkan pihak berkuasa

veterinar negara berkenaan iaitu Korea National Veterinary Research and

Quarantine Service (NVRQS) yang memastikan produk susu tersebut

selamat untuk diminum. NVRQS Korea juga mempunyai Pelan Residu

Kebangsaan untuk memantau dan menjamin keselamatan serta kualiti

makanan untuk kegunaan manusia.

7. Laporan media (TV3 pada 19 Mei dan Utusan Malaysia pada 20 Mei,

2011) yang menyatakan kemungkinan sampel susu yang dibekalkan oleh

syarikat Hybrid Allied Sdn Bhd bagi Prog Susu Sekolah 1Malaysia dicemari

melamine adalah tidak berasas, mengelirukan penggunan dan boleh

membantut usaha murni program kerajaan seperti yang dimaklumkan

oleh YAB Perdana Menteri.

8. Pihak JPV akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

melaksanakan ujian keatas sampel susu yang dibekalkan oleh syarikat

dari Korea ini sepanjang masa dan memperolehi jaminan dari pengeluar

menerusi sijil akreditasi loji, kualiti dan keselamatan produk dari kerajaan

berkenaan bagi mempastikan susu yang dibekalkan adalah bebas dari

pencemaran melamine sepenuh masa.

Bahagian Direktorat

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.