Laporan Minggu KK 1

5
AKTIVITI BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2 PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA JAGOI \ LAPORAN

description

Kokurikulum

Transcript of Laporan Minggu KK 1

AKTIVITI BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2

PERINGKAT SEKOLAH

SK NANGA JAGOI

\

LAPORAN

PENGENALAN

Hari kokurikulum memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.

Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai

kecmerlangan di bidang kokurikulum, malahan juga dalam pengalaman lain seperti

sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan kokurikulum di

peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan

secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu

meningkatkan corak pengurusan kokurikulum di sekolah dengan mengadakan kegiatan

kokurikulum sepanjang tahun . Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan

ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi

masalah sosial pelajar.

Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Nanga Jagoi sentiasa

memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan kokurikulum

yang melibatkan pelajar. Pengalaman mengikuti kokurikulum penting sebagai asas

pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

MATLAMAT

1.0 Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam aktiviti bercerita dalam bahasa melayu

1.1 Memupuk pelbagai nilai murni dikalangan murid

1.2 Memantapkan lagi teknik bercerita di kalangan murid-murid

OBJEKTIF

1. Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke

pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPD Kanowit

2. Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.

3. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

4. Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui aktiviti kokurikulum

Gambar aktiviti bercerita bahasa melayu

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh

___________________ _________________ _______________

(MOHD NURMISUARI QAZREEN ) (LAYANG AK KURONG) (CHAPOK AK KIRAK)

Setiausaha KK/Guru Sukan Penolong kanan KK Guru Besar

SK Nanga Jagoi. SK Nanga Jagoi. SK Nanga Jagoi