Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

13
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL LAPORAN PROJEK MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN BBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SEKSYEN 2 AHLI KUMPULAN SAFINAH BT ABU TALIP UMMI NAJWA BT MOHD BAKRI NUR AMANI LOWE BINTI MOHD SHAFIQ LOWE NAMA PENSYARAH: TARIKH HANTAR: 21/5/2016

Transcript of Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

Page 1: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL

LAPORAN PROJEK MONTAJ

KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATANBBP10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

SEKSYEN 2

AHLI KUMPULAN

SAFINAH BT ABU TALIP

UMMI NAJWA BT MOHD BAKRI

NUR AMANI LOWE BINTI MOHD SHAFIQ LOWE

NAMA PENSYARAH:

TARIKH HANTAR: 21/5/2016

Page 2: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

2LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

HALAMAN ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Abstrak 3

1.0 : Pendahuluan 4 - 5

2.0 : Sorotan Penulisan 6

3.0 : Metolodogi 7 - 9

4.0 : Kelebihan 10

5.0 : Kekurangan 11

6.0 : Kesimpulan 12

7.0 : Rujukan 13

Page 3: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

3LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

ABSTRAK

“Technology provides a tool for solving problems such as instructional problem.”

(Cennamo, KS2010)

Petikan di atas menerangkan bahawa teknologi membantu manusia dalam menyelesaikan

masalah. Oleh itu, mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mendorong kepada reformasi ke atas corak dan pendekatan seseorang pengajar atau guru

kepada pelajar untuk mereka lebih berminat dan menghayati setiap pengajaran yang ingin

disampaikan. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah teori dan amalan dalam

membentuk, membangun, menggunakan, mengurus dan menilai proses sumber

pembelajaran. Sumber adalah bahan sokongan untuk pembelajaran berlaku, ianya termasuk

bahan instruksional dan persekitaran. Teknologi pengajaran dan teknologi pendidikan

adalah suatu konsep yang berbeza dan luas. Projek montaj yang dibangunkan ini adalah

termasuk dalam teknologi pengajaran dan teknologi pendidikan. Projek ini bermatlamat

untuk mendorong pembelajaran dan menambahbaik prestasi guru dalam mengajar secara

berkesan dan membantu dan menarik minat pelajar dalam memahami dan menghayati ilmu

yang akan disampaikan.

Page 4: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

4LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

1.0 PENDAHULUAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman

baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar

kemana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu

jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa

seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai

contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya

dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping

memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam

Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu sesuatu media berbentuk simulasi

adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-

olah berada ditempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video

juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan

sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan.

Tajuk “Ergonomik dan Kesihatan” ini dipilih berdasarkan kepada pilihan soalan yang diberi.

Ergonomik merupakan sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan

di antara pekerja dan persekitaran kerjanya. Dengan kata lain, ia merupakan hubung kait di

antara manusia dengan reka bentuk peralatan dan persekitaran kerjanya. Menurut Board of

Certification for Profession al Ergonomists (BCPE) (1993), ergonomik ditafsirkan sebagai

‘bagaimana untuk menyesuaikan keperluan kerja kepada kebolehan dan keupayaan

manusia’. Sesungguhnya, ergonomik adalah penting dalam menjamin keselamatan,

kesihatan, keselesaan, keberkesanan dan kualiti setiap pekerja.

Secara purata, kebanyakan pekerja menghabiskan masa selama lapan (8) jam

sehari atau lebih di tempat kerja. Penggunaan komputer telah menjadi suatu elemen penting

dalam melaksanakan tugas harian di tempat kerja. Namun begitu, ada sesetengah individu

yang tidak memahami dengan jelas cara penggunaan komputer dengan betul. Pengabaian

cara penggunaan komputer yang betul memberi kesan negatif kepada kesihatan dan

kehidupan manusia. Kesan daripada faktor fizikal seperti ini boleh membawa kepada kesan

lain kepada organisasi seperti ketidakpuasan pekerja dan seterusnya pengurangan

kecekapan dan produktiviti. Dengan mengaplikasikan prinsip ergonomik, keletihan dan

stress dapat dikurangkan. Kakitangan bukan sahaja boleh menyempurnakan tugas, tapi

dapat mempercepatkan perlaksanaan tugas dan meminimumkan stress di tempat kerja.

Page 5: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

5LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

Rajah 1.0: Posisi penggunaankomputer yang tidak

ergonomik

Rajah 1.1: Posisi penggunaankomputer secara Ergonomik

Page 6: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

6LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

2.0 SOROTAN PENULISAN

Dalam usaha membangunkan projek ini, beberapa kajian telah dilakukan agar

objektif tercapai. Dalam mereka bentuk video montaj ini, perlaksanaannya mestilah

dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin. Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan

projek ini merujuk kepada model ADDIE. Model ADDIE menghasilkan rancangan pengajaran

dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih

efektif dan efisien. Dalam pengajaran model ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis,

rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Fasa pertama ADDIE adalah menganalisa stail belajar pelajar dan penyampaian

pengajaran yang ingin disampaikan. Perkara ini perlu ditiitkberatkan agar objektif

pembelajaran yang dirancang berhasil. Fasa pembangunan pula, melibatkan elemen-

elemen yang diterapkan dalam projek ini iaitu elemen audio, gambar dan simulasi untuk

menarik minat pelajar. Selain itu di bahagian aktiviti, dimasukkan juga permainan talian yag

berkaitan dengan topik pembelajaran.

Fasa ADDIE yang ketiga adalah rekabentuk. Reka bentuk video montaj untuk

pembeajaran subtopik mestilah menarik minat pelajar dan tumpuan mereka. Dalam masa

yang sama ia juga membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar sepanjang pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Perlaksanaan model ADDIE ini dapat membantu guru merancang pembinaan dan

penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Pembelajaran menjadikan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah lebih teratur serta membantu guru membuat persediaan yang

dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 7: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

7LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

3.0 METODOLOGI

Reka bentuk dan susun atur projek mengikut story board.

1. Gimik Permulaan Montaj 2. Tajuk Utama

“KOMPUTER DANRISIKO KESIHATAN”

3. Objektif

Mengenalpasti risiko kesihatan dalam

penggunaan komputer.

Menerangkan konsep ergonomic dalam

penggunaan komputer

Mempraktikkan kesihatan dalam

penggunaan komputer dalam kehidupan

seharian.

4. Pengenalan

► Penggunaan komputer menjadi satu

keperluan dalam kehidupan seharian

dalam membantu memudahkan

pekerjaan manusia.

► Penggunaan komputer secara meluas

dan berpanjangan akan menyebabkan

kepada beberapa masalah kesihatan.

Dalam hal ini, pengguna perlu proaktif

dan mengurangkan risiko kesihatan

dan menjejaskan kehidupan di hari tua

kelak.

5. Video Ergonomik

Penerangan mengenai ergonomik Penerangan mengenai penggunaan

komputer pada masa yang panjang.

6. Gambaran apa itu ergonomik ?

7. Penerangan mengenai ‘Apa itu Ergonomik?’ 8. Matlamat Ergonomik

Mengurangkan kecederaan semasa

bekerja.

Meningkatkan produktiviti.

Meningkatkan kualiti kerja.

Mengurangkan ketidakhadiran.

Page 8: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

8LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

9. Apakah kesan apabila menggunakan

komputer berpanjangan ?

10. Kesihatan Ergonomik

Epikondilitis

Sindrom Rotator Cuff

Sindrom Terowong Karpal

Ketegangan leher

Kesakitan tulang belakang

11. Situasi ideal semasa menggunakan

komputer.

12. Situasi salah semasa menggunakan

komputer.

13. Tayangan video mengenai situasi

penggunaan komputer.

14. Tatacara penggunaan komputer oleh

Board of Certification for Profession al

Ergonomists (BCPE) (1993)

Skrin

Keyboard

Tetikus

Kebisingan dan radiasi komputer

Masa dan penggunaan komputer

Jauhi penggunaan komputer seketika

15. Penggunaan Komputer Yang Betul 16. Senaman Regangan Di Pejabat

Page 9: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

9LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

17. Aktiviti Kuiz 18. Gimik Quiz

19. Soalan-soalan Kuiz

Soalan 1 : Apakah yang di maksudkan

dengan Ergonomik?

Soalan 2 : Nyatakan beberapa masalahkesihatan fizikal yang berkaitan dengan

kekerapan menggunakan computer ?

Soalan 3 : Apakah yang anda paham

tentang konsep Perkomputeran Hijau ?

Soalan 4 : Apakah aktiviti yang boleh

anda lakukan untuk mengelakkan

tekanan pada mata, sakit kepala, sakit

belakang dan leher yang berkaitan

dengan penggunaan komputer ?

Soalan 5 : Senaraikan tiga Kaedah

Pengkomputeran Hijau ?

20. Jawapan Kuiz

21. Penghargaan 22. Gimik penutupan montaj.

Page 10: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

10LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

4.0 KELEBIHAN

Antara kelebihan projek ini adalah :-

1. Pelajar boleh mempelajari dan memahami mengenai komputer dan risiko terhadap

kesihatan dengan lebih mendalam lagi. Pelajar akan belajar merangkumi risiko

kesihatan dalam penggunaan komputer, konsep ergonomic dalam penggunaan

komputer dan mempraktikkan kesihatan dalam penggunaan komputer dalam kehidupan

seharian.

2. Projek ini mempunyai perisian mengintegrasikan elemen multimedia seperti teks, audio,

video, animasi dan grafik. Ianya sangat bersesuaian dengan strategi pengajaran yang

berkesan kepada para pelajar.

3. Pelajar boleh terlibat secara langsung dengan aktiviti dan kuiz yang disediakan dalam

projek ini. Pelajar juga akan didedahkan kepada satu aplikasi pembelajaran terbaru iaitu

menghasilkan montaj dengan menggunakan Microsoft Power Point yang pada

umumnya hanya digunakan untuk menghasilkan ‘slide’ pembentangan sahaja.

Page 11: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

11LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

5.0 KEKURANGAN

Antara yang menjadi kekurangan pada projek ini adalah :-

1. Projek ini hanya akan memfokuskan kepada risiko kesihatan ergonomik menggunakan

komputer sahaja tanpa mengkaji risiko-risiko ergonomik di tempat kerja yang lain.

2. Projek kami ini tiada menggunakan aplikasi permainan di atas talian seperti Kahoot.it,

quizizz dan sebagainya.

3. Projek kami menggunakan aplikasi slaid Power Point, jadi dari segi pengawalan dan

pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam

pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antara guru

dengan pelajar.

Page 12: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

12LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

6.0 KESIMPULAN

Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah

memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan

alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat

diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pengajaran.

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif

dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar,

meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan.

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar,

sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini

akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut.

Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya

dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu

konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih

berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan

menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan

penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang

diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, diharapkan projek “Ergonomik dan Kesihatan” ini dapat diterima oleh

para guru sebagai alat bantuan bahan mengajar dan mudah dipahami oleh para pelajar

serta berpotensi untuk menjadi bahan bantuan pengajaran yang sesuai.

Page 13: Laporan montaj ergonomik dan kesihatan

13LAPORAN MONTAJ KOMPUTER DAN RISIKO KESIHATAN

6.0 RUJUKAN

1) http://www.ukm.my/wadahict/penggunaan-komputer-secara-ergonomik/. Capaian

pada: 13 Mei 2017.

2) https://www.idfr.gov.my/images/stories/Did_U_Know/adakah_anda_tahu/amalam

ergonomik.pdf . Capaian pada: 13 Mei 2017.

3) http://www.bcpe.org/wp-content/uploads/TPE_Fall_1993.pdf . Capaian pada: 13

Mei 2017.