Laporan MTQ Pendidikan Khas 2012

2

Click here to load reader

description

Pertandingan untuk anak-anak istimewa...

Transcript of Laporan MTQ Pendidikan Khas 2012

Page 1: Laporan MTQ Pendidikan Khas 2012

LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH GOMBAK 2012

Tarikh : 23 Mei 2012 Hari : Rabu Masa : 8.00 pg-5.00 ptg Tempat : SK Taman Permata

Laporan : Program Majlis Tilawah Al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Daerah Gombak telah diadakan pada 23 Mei 2012 bertempat di SK Taman Permata. PPKI SMK Rawang telah menghantar wakil seramai 12 orang dan mereka telah diiringi oleh lima orang guru PPKI. Majlis Tilawah Al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan pertandingan yang mempunyai beberapa aktiviti iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Azan Subuh, dan Nasyid bagi pelajar Bemasalah Pembelajaran (BP) dan Bermasalah Penglihatan (BL) dengan tema ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’, Khat Jawi dan Bercerita Kisah Dari Al-Quran bagi pelajar Bermasalah Pendengaran (BD). SMK Rawang telah menghantar wakil bagi aktiviti Tilawah Al-Quran bagi kategori BP Menengah Lelaki, Hafazan Al-Quran kategori BP Menengah Lelaki dan Perempuan, Azan Subuh kategori BP Menengah Lelaki dan Nasyid kategori BP Menengah. Setiap kategori tersebut sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil lelaki dan perempuan.

Guru Pengiring : Pn. Marhaini Bt Dasiron Pn. Rosita Bt Mohd Said Pn. Nirmala a/p Palaniandy Pn. Nur Hidayah Bt Abdul Aziz Pn. Mastura Bt Abd HAmid

Peserta : Muhammad Roszaiman Bin Hasnol Muhammad Hazrul Bin Husin Ainur Shakira Bt Jamaludin Muhamad Firdaus Bin Hasim Nur Hamizah Bt Rosli Nur Afiq Hakim Bin Mohd Aris Muhammad Afiq Bin Abdul Rahman Sulaiman Bin Ismail

Page 2: Laporan MTQ Pendidikan Khas 2012

Nurul Nadia Bt Kassim Nurizzati Bt Sallehodin Jamuna A/P Veraiah Surendran A/L Thanaraja

Pencapaian Pelajar : Johan Nasyid Kategori BP Menengah

(Mewakili Daerah ke Peringkat Negeri)