Laporan Naib Pengerusi

3
LAPORAN NAIB PENGERUSI Laporan sebelum Sebelum hari program, iaitu pada 13 March 2015 kami telah mengadakan satu mesyuarat untuk mengagihkan jawatankuasa untuk program ini. Setiausaha telah mencatat kehadiran mesyuarat tersebut. Selepas itu, 27 Mac 2015 juga kami telah mengadakan satu mesyuarat sebagai persediaan awal. Justeru, pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi telah dibuat dengan menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian yang tertinggi, Wong Yu Wen telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi semester 2 tahun 2015 ini. Mesyuarat ini diadakan untuk persediaan awal iaitu memastikan semua tugasan AJK sudah siap sedia Seterusnya, Suki Ha Chi Wei telah dilantik sebagai setiausaha dan diiikuti oleh Megalah Parthipan sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk dokumentasi, ajk makanan dan ajk peralatan dan ajk perhubungan. Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 2 ini. Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan perkhidmatan yang telah diberikan ialah Aktiviti Keceriaan bengkel Pendidikan Seni Visual. Akhirnya, berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk memilih menceriakan bengkel PSV sebagai program khidmat masyarakat pada kali ini. Selepas perbincangan selesai, pengerusi telah mengambil alih perbincangan dengan

description

How to Write Laporan

Transcript of Laporan Naib Pengerusi

Page 1: Laporan Naib Pengerusi

LAPORAN NAIB PENGERUSI

Laporan sebelum

Sebelum hari program, iaitu pada 13 March 2015 kami telah mengadakan satu

mesyuarat untuk mengagihkan jawatankuasa untuk program ini. Setiausaha telah

mencatat kehadiran mesyuarat tersebut. Selepas itu, 27 Mac 2015 juga kami telah

mengadakan satu mesyuarat sebagai persediaan awal. Justeru, pemilihan ahli

jawatankuasa tertinggi telah dibuat dengan menggunakan kaedah undian. Berdasarkan

undian yang tertinggi, Wong Yu Wen telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi

semester 2 tahun 2015 ini. Mesyuarat ini diadakan untuk persediaan awal iaitu

memastikan semua tugasan AJK sudah siap sedia Seterusnya, Suki Ha Chi Wei telah

dilantik sebagai setiausaha dan diiikuti oleh Megalah Parthipan sebagai bendahari. Ahli

jawatankuasa lain juga turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk dokumentasi, ajk

makanan dan ajk peralatan dan ajk perhubungan.

Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat

masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 2 ini.

Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap

orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan

perkhidmatan yang telah diberikan ialah Aktiviti Keceriaan bengkel Pendidikan Seni

Visual.

Akhirnya, berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk

memilih menceriakan bengkel PSV sebagai program khidmat masyarakat pada kali ini.

Selepas perbincangan selesai, pengerusi telah mengambil alih perbincangan dengan

memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi memastikan

kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring dengan

kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.

Laporan semasa

Pada 16 April 2014, kita berkumpul di bengkel Pendidikan Seni Visual pada

pukul 7.00 pagi. Saya berasa gembira kerana semua orang datang pada masa yang

ditetapkan. Selepas kita menyediakan alatan yang diperlukan, kita terus bermula

program khidmat masyarakat kita. Pada pertama sekali, kita sama-sama telah

menyusun karya-karya lama yang berselerak serta menyusun rak-rak yang ada pada

Page 2: Laporan Naib Pengerusi

bengkel PSV dan menyusun atur meja dan kerusi. Saya dan rakan-rakan bertungkus-

lumus menjalankan tugasan yang diamanahkan walaupun penat dan tidak kecukupan

masa masih bekerjasama antara satu sama lain. Kami melakukan kerja dengan

mementingkan keselamatan agar kecederaan dapat dielakkan. Sikap saling menolong

juga diterapkan dalam aktiviti tersebut bagai aur dengan tebing.

Seterusnya. pada hari kedua iaitu pada 17 April 2015 kita telah melakukan

aktiviti menyapu lantai, mengemop lantai, mengilap tingkap serta mop meja-meja dan

juga papan putih supaya dapat kelihatan yang lebih bersih dan ceria bagi Bengkel

Pendidikan Seni Visual oleh kita.

Saya berasa sangat berpuas hati setelah menghabiskan semua kerja yang diberi.

Jabatan Sains Sosial mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami sebab kehadiran

kami sedikit sebanyak telah meringankan kerja mereka untuk membersihkan dan

menceriakan Bengkel Psv. Ajk makanan telah menyediakan makanan. Selepas habis

menceriakan Bengkel PSV kami makan makanan yang disediakan. Kami

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan juga mentor kami

sebab banyak memberi tunjuk ajar dan pertolongan sepanjang proses menceriakan

yang dijalankan.

Laporan selepas

Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk

menyediakan satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -

royong yang telah kami laksanakan. Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan

pelbagai maklumat program. Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan

di dalam buku catatan untuk rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar

untuk dimuatkan di dalam laporan.

Laporan disediakan oleh,

________________________

(SAKILA A/P G.KRISHNAN)

Naib Pengerusi