Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

17
Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2013 Pada 30 Disember 2013, SMK Sri Utama telah berjaya mengadakan satu Majlis Orientasi Murid Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014. Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8:00 pagi sehingga jam 12:00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SMK Sri Utama. Cuaca yang baik membolehkan majlis berjalan lancar dan kedatangan ibu bapa para pelajar baharu juga amat menggalakkan. Selain ibu bapa dan pelajar, program tersebut juga turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada guru-guru SMK Sri Utama yang diketuai oleh Pengetua SMK Sri Utama iaitu Cik Mah Pin Sin.

description

laporan orientasi

Transcript of Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Page 1: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2013

Pada 30 Disember 2013, SMK Sri Utama telah berjaya mengadakan satu Majlis Orientasi Murid Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014. Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8:00 pagi sehingga jam 12:00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SMK Sri Utama.

Cuaca yang baik membolehkan majlis berjalan lancar dan kedatangan ibu bapa para pelajar baharu juga amat menggalakkan. Selain ibu bapa dan pelajar, program tersebut juga turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada guru-guru SMK Sri Utama yang diketuai oleh Pengetua SMK Sri Utama iaitu Cik Mah Pin Sin.

Page 2: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

2 Objektif Program

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014 mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :

1. Memperkenalkan kepada ibu bapa dan pelajar barisan pentadbir sekolah SMK Sri Utama

2. Memberi penerangan mengenai pentadbiran, peraturan, pencapaian dan senario alam persekolahan menengah di SMK Sri Utama

3. Memberi panduan kepada para pelajar tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi

4. Memberi peluang kepada ibubapa dan para pelajar untuk mengenali guru tingkatan masing-masing

5. Memberi pendedahan akan fungsi dan peranan PIBG di sekolah6. Mengingatkan ibubapa akan peranan mereka untuk bekerjasama dengan

pihak sekolah bagi mendidik anak-anak terutamanya ketika di rumah 7. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibubapa pelajar dengan

pihak sekolah

Page 3: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

3 Aturcara Majlis Orientasi Murid Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014

3.1 Sesi Suai Kenal Kakitangan Sekolah SMK Sri Utama

Setelah semakan kelas dilakukan, kesemua ibu dan bapa pelajar yang hadir telah mengambil tempat di Dewan Gemilang, di Blok A.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan pengerusi majlis iaitu Puan Ruazlina binti Mohd Rosdi dan En. Nor Azrul Ikwan. Mereka mengalu-alukan kehadiran semua pihak terutamanya ibu dan bapa pelajar. Ibubapa yang hadir telah diperkenalkan dengan Pihak Pentadbir Sekolah, Guru Disiplin, Kaunselor dan Guru Tingkatan Satu dan Peralihan SMK Sri Utama Sesi 2013. Melalui sesi pengenalan ini, adalah diharapkan supaya ibubapa dapat mengenali kakitangan pihak sekolah yang merupakan tulang belakang kejayaan SMK Sri Utama selama ini.

sesi pengenalan guru tingkatan.

Setelah ibu dan bapa pelajar diperkenalkan dengan warga pendidik sekolah ini, kesemua hadirin telah dipertontonkan dengan satu paparan powerpoint ”SMKSS Sepintas Lalu”. Paparan tersebut bertujuan untuk membolehkan para ibu bapa mengetahui serba sedikit tentang SMK Sri Utama dari segi kedudukan fizikal.

3.2 Taklimat daripada Pihak Pentadbir Sekolah SMK Sri Utama

Page 4: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

3.2.1 Taklimat oleh Pengetua SMK Sri Utama

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK Sri Utama iaitu, Cik Mah Pin Sin. Puan Pengetua amat berbangga dengan kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan. Beliau memaklumkan bahawa para pelajar yang berjaya menempatkan diri di sekolah ini merupakan para pelajar yang amat bertuah. Ini kerana, SMK Sri Utama adalah di antara sekolah yang terbaik di Wilayah Persekutuan terutamanya di zon Bangsar.

Selain keputusan akademik yang memberangsangkan, sekolah ini juga amat terkenal dengan pencapaian sukannya terutama olahraga. Selain itu, beliau juga telah mengumumkan keputusan peperiksaan PMR 2012 yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Terdapat peningkatan dalam gred purata sekolah iaitu sebanyak 2.25. Beberapa mata pelajaran juga mencatatkan peningkatan iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Sejarah berikutan kejayaan program ultra intensif dan sistem set sekaligus menjadikan SMK Sri Utama masih lagi menjadi di antara sekolah yang terbaik di Zon Bangsar.

Page 5: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan.

Pencapaian dalam SPM 2011 berjaya menunjukkan prestasi dalam semua subjek merangkumi pencapaian dua orang pelajar yang berjaya mendapat A+ dalam sepuluh mata pelajaran yang diambil. Kejayaan yang sama juga dikecapi dalam keputusan STPM 2011 yang mana seramai 11 orang memperoleh 3A dan 4A.

Beliau juga menegaskan bahawa pencapaian yang cemerlang ini menepati sasaran sekolah yang dipilih untuk melaksanakan ISO 9001 dan 5S yang seterusnya melonjakkan SMK Sri Utama sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan sepertimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Harapan Pengetua adalah agar kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah terus utuh bagi memastikan kelestarian dan kecemerlangan sekolah akan terus meningkat.

Dalam ucapan, beliau juga memberi makluman tentang tiga blok bangunan baru yang telah dibuka yang diharapkan akan memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif. Namun begitu, sedikit kekurangan dan kekangan akan dirasai berikutan kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di Blok F dan G dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam ucapan beliau adalah berkenaan Transformasi MBMMBI yang mana pihak sekolah menggunakan kaedah ”soft landing” dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains. Pelajar-pelajar akan diajar dalam dwibahasa dalam nisbah 80% Bahasa Inggeris dan 20% Bahasa Melayu. Namun, ia bergantung kepada kesesuaian di dalam kelas.

Page 6: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Selain itu, Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga telah dimulakan dan mengharap pelajar-pelajar bersedia menghadapi sistem itu dan sentiasa hadir ke sekolah untuk mengelakkan mereka ketinggalan. Seterusnya, Program NILAM yang membantu pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis. Manakala Program NILAM untuk subjek Moral diadakan pada setiap hari Selasa.

3.2.2 Taklimat Khas – Sarana Ibu Bapa

Puan Pengetua sekali lagi dijemput untuk memberikan satu taklimat khas berkenaan Sarana Ibu Bapa yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Sarana Ibu Bapa ini diperkenalkan adalah sebagai satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka dan seterusnya memberikan sokongan kepada matlamat pihak sekolah dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar.

Dalam taklimat tersebut, ibu bapa diedarkan satu borang soal selidik yang perlu diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah. Antara item yang dikaji adalah berkenaan interaksi, komunikasi dan sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka termasuklah penyediaan suasana pembelajaran di rumah.

Selain itu juga, ibu bapa juga boleh menawarkan khidmat bantu kepada sekolah dalam bidang-bidang tertentu mengikut kemahiran masing-masing selain mencadangkan isu yang perlu dibinangkan dengan pihak sekolah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ibu bapa diminta memaklumkan hari dan waktu kelapangan seperti di dalam borang tersebut. Ibu bapa yang tidak sempat menghantar borang soal selidik tersebut, diminta untuk berbuat demikian pada hari pertama persekolahan melalui anak-anak mereka.

Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi menyeru ibu bapa agar sentiasa menyokong pihak sekolah dalam mempertingkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

3.2.3 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan

Taklimat diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan, Puan Hajah Noraini binti Omar pula telah memberi penerangan tentang perancangan akademik sekolah bagi murid Tingkatan Satu. Di samping itu, beliau juga menyentuh mengenai peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh para pelajar . Beliau menegaskan tentang kesalahan disiplin yang sering dilakukan oleh para pelajar. Tindakan yang keras akan diambil sekiranya para pelajar melakukan kesalahan yang menyalahi peraturan sekolah SMK Sri Utama.

Page 7: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Pn. Hajah Noraini Menyampaikan Ucapan

Ibu bapa harus maklum sekiranya anak-anak mereka dikenakan sebarang tindakan kerana pihak sekolah terlebih dahulu mengkehendaki ibu bapa supaya menandatangani borang persetujuan mematuhi peraturan sekolah seperti yang tercatat di dalam Buku Peraturan Sekolah. Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan. Selain daripada itu, ibu bapa harus memastikan supaya anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah yang telah diberi semasa cuti sekolah iaitu 20 contoh karangan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk diserahkan pada hari pertama persekolahan.

Page 8: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

3.2.3.1 Taklimat Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Oleh Guru Penolong Kanan

3.2.4 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Husain Menyampaikan Ucapan

Taklimat daripada pihak Pentadbir Sekolah telah dimulakan oleh Encik Husain bin Ayob selaku Guru Penolong Kanan HEM. Beliau telah mengalu-alukan kedatangan ibu bapa pelajar ke SMK Sri Utama. Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan mengenai masalah disiplin para pelajar dalam era yang mencabar kini. Beliau juga menerangkan mengenai tatacara berpakaian, rambut, kasut serta perhiasan yang tidak dibenarkan di sekolah.

Page 9: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Beliau juga memberi penekanan kepada isu telefon bimbit yang mana jika pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit, telefon tersebut dirampas oleh pihak sekolah.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi kelakuan anak-anak mereka. Beliau meminta kerjasama daripada ibu bapa bagi memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah bagi mengelakkan kes ponteng. Kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak.

Akhir sekali Encik Husain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa satu surat akujanji berkelakuan baik akan ditandatangani oleh semua pelajar. Dengan menandatangani akujanji tersebut bermakna bahawa mereka bersetuju dengan peraturan sekolah dan hukuman yang akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

3.2.5 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Taklimat diteruskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Goh Kok Kheong. Beliau telah memberi taklimat tentang aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seperti aktiviti kelab dan persatuan, permainan serta badan unit beruniform. Beliau telah menerangkan mengenai penglibatan kokurikulum yang perlu disertai oleh para pelajar sebagai kunci kejayaan untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Pn. Goh menyampaikan ucapan.

Page 10: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Beliau telah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa latihan rumah sukan akan dimulakan pada minggu kedua persekolahan bermula dari puluk 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Para pelajar tidak dibenarkan pulang selepas latihan rumah sukan. Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa perjumpaan unit beruniform, permainan dan kelab dan persatuan akan diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 12:30 tengahari sehingga jam 2:00 petang. Pemakaian semasa aktiviti kokurikulum pada hari Rabu telah diseragamkan dengan mewajibkan semua pelajar memakai baju kemeja-T ko-kurikulum yang dijual di koperasi sekolah dan berseluar sukan panjang yang mempunyai logo sekolah.

Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka bagi menyertai aktiviti kokurikukum yang diadakan di sekolah bagi memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu permainan.

Program Taklimat Ibubapa dan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2013 telah dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan segala objektif yang digariskan telah dapat dicapai. Semoga program ini telah dapat memberikan manfaat kepada semua pihak baik kepada ibubapa, pelajar mahupun pihak sekolah sendiri.

Bagi pihak sekolah pula, adalah diharapkan segala kelemahan dan kekurangan semasa dan selepas program berlangsung dapat ditambah baik untuk majlis-majlis yang akan datang.

4 Aturcara Program Pelajar Baharu

4.1 Penyemakan Kedudukan Kelas Para Pelajar

Pendaftaran para pelajar telah bermula seawal jam 8:00 pagi. Para pelajar baru akan menyemak kedudukan kelas masing-masing dengan merujuk kepada lampiran kedudukan kelas yang telah ditampal di Laluan Gemilang di Blok Mutiara. Mereka akan dibantu oleh para Pengawas yang bertugas pada hari tersebut. Setelah para pelajar mengetahui kedudukan kelas, mereka akan dikumpulkan di Dewan Gemilang SMK Sri Utama mengikut kelas masing-masing mengikut label yang dipegang oleh wakil pengawas untuk setiap kelas.

Page 11: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Pelajar menyemak kedudukan kelas.

4.2 Taklimat Disiplin

Tepat jam 8:30 pagi, kesemua pelajar baru yang telah mendaftar telah berkumpul di Dewan Gemilang SMK Sri Utama. Semua pelajar diminta duduk mengikut kelas masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Page 12: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Pelajar berkumpul mengikut kelas masing-masing.

Taklimat dimulakan dengan penerangan daripada Puan Er Gek Gor selaku Ketua Guru Disiplin sesi petang. Beliau menegaskan agar pelajar memaklumkan sebarang masalah yang mereka hadapi di sekolah kepada Guru Tingkatan, Kaunselor, atau mana-mana guru sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Para pelajar juga diingatkan agar tidak menghebohkan perkara yang kecil kepada ibu bapa atau orang luar sebelum memaklumkannya kepada pihak sekolah. Beliau juga berharap semua pelajar mempamerkan tahap disiplin yang tinggi dan sentiasa gembira menjadi warga SMK Sri Utama.

4.3 Perjumpaan dengan Guru Tingkatan

Kedatangan para pelajar telah dicatatkan oleh Guru Tingkatan dan mereka telah diberikan taklimat secara ringkas mengenai sesi persekolahan yang akan ditempuhi kelak. Guru Tingkatan telah menjelaskan mengenai bayaran yang harus dibuat oleh setiap pelajar termasuklah jualan pelbagai, sumbangan PIBG, majalah sekolah dan saham koperasi. Borang maklumat murid juga diedarkan pada hari yang sama.

Page 13: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

sesi penerangan daripada guru tingkatan.

Kemudian, para pelajar dibenarkan rehat sambil menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Mereka dilatih untuk membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah. Para pelajar juga diperingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan sekolah.

Setelah pelantikan AJK kelas oleh Guru Tingkatan, para pelajar diingatkan supaya membawa dokumen penting seperti salinan sijil lahir pelajar, salinan kad pengenalan ibu dan bapa berserta salinan keputusan UPSR pada hari pertama persekolahan. Selain itu, tugasan semasa cuti iaitu 20 contoh karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran. Pelajar juga diingatkan membawa sebuah buku cerita setiap hari bertujuan untuk mengisi masa terluang dengan membaca.

4.4 Pemberian buku teks

Para pelajar Tingkatan 1A1 hingga 1A4 telah diberikan buku teks pada hari tersebut. Mereka dipanggil secara bergilir-gilir mengikut kelas untuk turun mengambil buku teks di bilik BOSS yang berada di tingkat bawah Blok C. Bagi Tingkatan 1A5 hingga 1A12, pemberian buku teks adalah pada waktu perhimpunan dan waktu rehat pada hari pertama persekolahan. Kemudian, semua pelajar dikehendaki berkumpul semula di tapak perhimpunan SMK Sri Utama,

Page 14: Laporan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Dan Peralihan Sesi 2014

Setelah urusan yang berkaitan selesai, ibubapa boleh membawa anak mereka pulang. Perjumpaan ibubapa dan pelajar tamat pada jam 11:30 pagi.

Laporan oleh, Puan Nor Farahiyah binti Abdul Rahman(AJK Dokumentasi Program)