LAPORAN PCK

6
5 PISMP SNPCMO 2013301340073 KANDUNGAN PEDAGOGI PENGETAHUAN 1 (Pedagogical Content Knowledge Activities) TAJUK : Untuk menyiasat perubahan tenaga AKTIVITI : Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah: a) Pasangkan lampu meja b) Menyalakan lilin c) Menghidupkan kalkulator kuasa solar d) Masukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkannya e) Meregangkan gelang getah f) Memerhatikan telefon berbunyi JADUAL PEMERHATIAN : Bi l. Aktiviti Pemerhatian (Perubahan tenaga) Penerangan a) Lampu meja dipasangkan. Tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga haba Tenaga elektrik bertukar kepada tenaga cahaya (lampu menyala) dan tenaga haba (rasa panas). b) Lilin dinyalakan. Tenaga kimia tenaga cahaya + tenaga haba Semasa lilin yang diperbuat daripada bahan hidrokarbon dinyalakan, tenaga kimia dalam lilin telah berubah menjadi tenaga cahaya (boleh

description

sce

Transcript of LAPORAN PCK

5 PISMP SNPCMO2013301340073KANDUNGAN PEDAGOGI PENGETAHUAN 1 (Pedagogical Content Knowledge Activities)

TAJUK: Untuk menyiasat perubahan tenaga AKTIVITI: Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah:a) Pasangkan lampu mejab) Menyalakan lilinc) Menghidupkan kalkulator kuasa solard) Masukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkannyae) Meregangkan gelang getahf) Memerhatikan telefon berbunyiJADUAL PEMERHATIAN :Bil.AktivitiPemerhatian(Perubahan tenaga)Penerangan

a)Lampu meja dipasangkan.

Tenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga habaTenaga elektrik bertukar kepada tenaga cahaya (lampu menyala) dan tenaga haba (rasa panas).

b)Lilin dinyalakan.

Tenaga kimia tenaga cahaya + tenaga habaSemasa lilin yang diperbuat daripada bahan hidrokarbon dinyalakan, tenaga kimia dalam lilin telah berubah menjadi tenaga cahaya (boleh nampak) dan tenaga haba (rasa panas).

c)Kalkulator kuasa solar dihidupkan.

Tenaga solar tenaga elektrik tenaga cahayaApabila kalkulator didedahkan di bawah matahari, tenaga solar telah bertukar kepada tenaga elektrik di mana kalkulator dapat berfungsi dan juga tenaga cahaya (nombor dipaparkan).

d) Dua bateri dimasukkan ke dalam kereta permainan dan dihidupkan.

Tenaga kimia + tenaga elektrik tenaga kinetikSel bateri mengeluarkan tenaga kimia yang menghasilkan tenaga elektrik kepada kereta permainan supaya ia bergerak iaitu tenaga elektrik bertukar menjadi tenaga kinetik.

e)Gelang getah diregangkan.

Tenaga kinetik tenaga keupayaanGelang getah ditarik (tenaga kinetik) dan dilepaskan supaya kembali ke bentuk asal (tenaga keupayaan).

f)Telefon berbunyi diperhatikan.

Tenaga elektrik tenaga bunyi Apabila terdapat panggilan masuk, tenaga elektrik dari telefon telah bertukar menjadi tenaga bunyi apabila telefon berdering.

Pada akhir aktiviti ini, jawap soalan-soalan berikut :a) Apakah yang anda dapati daripada aktiviti ini?Daripada aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mengetahui bahawa apabila kita menggunakan tenaga, tenaga itu tidak akan hilang tetapi menukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Perubahan tenaga ini dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Hukum ini mematuhi prinsip keabadian tenaga di mana tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Selain itu, saya juga telah mengingat balik pelbagai jenis bentuk tenaga melalui aktiviti ini seperti tenaga kinetik, tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga elektrik, tenaga nuklear dan tenaga mekanikal.

b) Bahagian yang manakah kurikulum sains sekolah rendah boleh anda ajar bagi tajuk seperti ini?Saya boleh mengajar tajuk ini dalam sukatan Tahun 5 di bawah tema Sains Fizikal Unit 5 Tenaga. Standart kandungan : 5.1 Sumber dan bentuk tenaga.Standart pembelajaran : 5.1.3 Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk lain melalui pemerhatian pelbagai peristiwa yang berlaku di persekitaran.

c) Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran?Pertama sekali, saya akan memulakan set induksi dengan menutup lampu dan buka lagi. Perlakuan ini akan saya ulangi selama dua kali. Lalu, saya bersoal jawab dengan murid berdasarkan pemerhatian mereka terhadap lampu tersebut. Soalan saya adalah seperti berikut :i. Apakah yang anda telah perhatikan kepada lampu tersebut ?ii. Apakah yang menyebabkan lampu tersebut menyala ?iii. Nyatakan perubahan tenaga bagi lampu tersebut.

Selepas itu, saya akan menjalankan aktiviti ini sebagai eksperimen untuk menguji perubahan tenaga. Langkah 1, Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan dan diberi bahan-bahan yang diperlukan iaitu lampu meja, lilin, mancis, kalkulator kuasa solar, kereta permainan bateri, gelang getah dan telefon. Setiap kumpulan perlu menjalankan aktiviti ini berdasarkan prosedur yang dinyatakan. Sebarang pemerhatian khasnya perubahan tenaga perlu dicatat dan berbincang dengan ahli kumpulan. Langkah 2 pula, setiap kumpulan perlu membentangkan pemerhatian serta perbicangnan mereka di depan kelas. Saya akan membetulkan miskonsepsi yang berlaku pada murid serta menerangkan konsep tenaga dan perubahan tenaga bagi mengukuhkan pengetahuan para murid. Akhirnya, murid perlu menulis pemerhatian mereka dalam bentuk jadual lalu hantar kepada saya.

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?PERANANPENJELASAN

FasilitatorGuru merangsang pemikiran murid untuk mengenalpasti perubahan tenaga pada setiap aktiviti tersebut.

PembimbingGuru membimbing murid agar dapat mengendalikan eksperimen dengan baik dan mendapat pemerhatian yang tepat.

PengawasGuru mengawasi keselamatan murid semasa eksperimen ini dijalankan.

Penunjuk caraGuru mendemostrasikan cara menjalankan aktiviti ini sebelum eksperimen mula.

Penyampai maklumatGuru menerangkan dan menjelaskan konsep tenaga dan perubahan tenaga kepada murid. Semasa penerangan, guru juga membetulkan miskonsepsi yang ada pada murid.

SUMBER RUJUKAN

Aifa, C. (2014, April 9). Perubahan tenaga. Retrieved from pnp-helper-sains-sekolah-rendah.blogspot.com: http://pnp-helper-sains-sekolah-rendah.blogspot.com/2014/04/perubahan-tenaga.htmlBalian, R. A. (2013, Mac 13). Nota Tingkatan 1 : Bab 6 Tenaga. Retrieved from ruzlinaamir.blogspot.com: http://ruzlinaamir.blogspot.com/2013/03/nota-tingkatan-1-bab-6tenaga.htmlHukum Termodinamik Pertama. (2013, Disember 17). Retrieved from ms.wikipedia.org/wiki: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_termodinamik_pertama