Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

download Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

of 3

Transcript of Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

    1/3

    LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : Chen Siew Fong

    PROGRAM : Motivasi

    NAMA SEKOLAH : SK Kampung Chempedak

    NAMA PROJEK/AKTIVITI : Program Peningkatan Jati Diri Tahun 6

    TEMPOH PELAKSANAAN: 2 hari 1 malam (5 6 Julai 2013)

    OBJEKTIF :

    1) Membuka minda murid akan terus membaiki kelemahan diri.

    2) Meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan mereka dalam

    pelajaran.

    3) Menjana minda yang kreatif untuk mengembangkan kemampuan mereka.

    STRATEGI PELAKSANAAN :

    1) Merancang program bersama-sama rakan guru pelatih dan guru

    pembimbing.2) Menyusun dan merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang

    program tersebut dijalankan.

    3) Membentuk jawatankuasa program bagi memastikan kelancaran program.

    4) Menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak

    sekolah.

    5) Menyediakan segala kelengkapan peralatan yang akan digunakan

    semasa program berlangsung.

    6) Memastikan pengangkutan cukup dan selesa untuk membawa murid-

    murid dan para guru.

    7) Menjalankan program dengan sebaik mungkin mengikut perancangan

    yang telah dirancangkan.

    REFLEKSI :

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

    2/3

    1) Kekuatan Projek/Aktiviti

    Aktiviti telah berjaya dirancang dengan teratur dan teliti sehingga dapat

    menghasilkan sebuah program yang menarik serta lancar.

    Program yang dijalankan mempunyai objektif dan matlamat yang jelas serta

    berjaya dicapai.

    Penglibatan murid-murid/peserta kem sangat menggalakkan dan

    memberikan komitmen yang maksimum.

    Penerangan semasa slot LDK diberikan dengan jelas, ringkas dan padat

    serta dapat disampaikan dengan baik.

    2) Kelemahan Projek/Aktiviti

    Kawalan murid-murid kurang memuaskan.

    Sistem siaraya kurang memuaskan sehingga terdapat masalah teknikal

    semasa mengendalikan program tersebut.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Pada masa akan datang, beberapa perkara perlu diperbaiki agar menjadikan

    sesuatu program berjalan dengan lancar. Antara perkara yang perlu ditambahbaik

    ialah dari segi pengawalan murid-murid. Oleh itu, apabila mengendalikan sesuatu

    program perlulah bersikap lebih tegas dalam pengawalan murid agar program dapat

    dijalankan dengan lebih lancar. Seterusnya, sistem siaraya juga perlu dicuba

    terlebih dahulu. Perlulah memastikan sistem siaraya dalam keadaan baik dan tiada

    masalah sebelum memulakan sesuatu program.

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Pelbagai

    pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi sepanjang mengendalikan program.

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship Pismp

    3/3

    Diharap agar segala pengalaman ini dapat dijadikan panduan apabila

    mengendalikan apa-apa program di sekolah pada masa akan datang.