LAPORAN PEMENTORAN PPGB

4
MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3 LAPORAN PEMENTORAN UNTUK FOLIO GURU BAHARU BULAN : KEDUA TARIKH : 28 OGOS 2013 AKTIVITI : SESI PERKENALAN ANTARA MENTOR DAN MENTI KAEDAH PERLAKSANAAN - Berbincang mengenai latar belakang mentor dan menti. - Berbincang mengenai skop guru mentor. - Penjelasan cara menghasilkan Fail Folio Guru Baharu. - Penjelasan tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan pengurusan buku rekod pengajaran. - Berbincang mengenai isu-isu pembelajaran. PROSES PERLAKSANAAN - Menti mencari maklumat sekolah seperti pelan sekolah, visi, misi, dan sebagainya. - Menti merujuk Buku Rancangan Pengajaran Harian guru-guru yang mengajar subjek KBSR terutamanya matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. - Menti menghasilkan Fail Guru Baharu. REFLEKSI - Menti dapat menyesuaikan diri dengan rakan sekerja, komuniti sekolah, dan persekitaran sekolah

description

ppgb

Transcript of LAPORAN PEMENTORAN PPGB

Page 1: LAPORAN PEMENTORAN PPGB

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

LAPORAN PEMENTORAN UNTUK FOLIO GURU BAHARU

BULAN : KEDUA

TARIKH : 28 OGOS 2013

AKTIVITI : SESI PERKENALAN ANTARA MENTOR DAN MENTI

KAEDAH PERLAKSANAAN

- Berbincang mengenai latar belakang mentor dan menti.

- Berbincang mengenai skop guru mentor.

- Penjelasan cara menghasilkan Fail Folio Guru Baharu.

- Penjelasan tentang penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan pengurusan buku

rekod pengajaran.

- Berbincang mengenai isu-isu pembelajaran.

PROSES PERLAKSANAAN

- Menti mencari maklumat sekolah seperti pelan sekolah, visi, misi, dan sebagainya.

- Menti merujuk Buku Rancangan Pengajaran Harian guru-guru yang mengajar subjek

KBSR terutamanya matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

- Menti menghasilkan Fail Guru Baharu.

REFLEKSI

- Menti dapat menyesuaikan diri dengan rakan sekerja, komuniti sekolah, dan

persekitaran sekolah

- Menti dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam aspek pembangunan diri

dan kerjaya sebagai seorang pendidik.

RUMUSAN

- Secara keseluruhannya menti perlu banyak berkolaborasi dengan guru-guru lain

supaya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang berada di

sekolah ini. Selain itu, ia juga dapat membantu kelancaran menti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: LAPORAN PEMENTORAN PPGB

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

BIL PERKARA : KETERANGAN1. Tarikh : Minggu 5 (29Julai - 2 Ogos 2013)2. Masa : 7.00 pagi – 1.30 petang3. Bidang : Pengurusan Sekolah4. Aspek : i. Pengajaran dan pembelajaran

ii. Kokurikulumiii. Kerjasama antara guru dan masyarakat

5. Objektif : 1. Ujian formatif 3 / Ujian Percubaan 2 UPSR

2. Taklimat Program Pembangunan Guru Baharu

3. Iftar Jamai’e4. Majlis Khatam Al-Quran

6. Aktiviti : 1. Menjalankan Ujian Formatif 3 bagi murid-murid Tahap 2.

Membuat soalan ujian untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4.

2. Taklimat Program Pembangunan Guru Baharu

Penerangan tentang Program PPGB oleh Encik Mohammad.

Perlantikan mentor PPGB. Mentor (Encik Zaluwi b. Khalid) Puan Normah memberi taklimat

tentang Program Khidmat Bantu. Jadual mentor (Rujuk En.

Noorafiq) Jadual mentor dan mentee

diselaraskan iaitu 2 waktu ditambah dalam jadual waktu.

3. Iftar Jamai’e Dijalankan pada seawal jam 6.45

petang Berbuka puasa bersama guru-

guru dan staf SK Kopok. Solat Maghrib berjemaah

bersama-sama.

BIL PERKARA : KETERANGAN4. Majlis Khatam Al-Quran

Diadakan pada hari Jumaat (2 Ogos 2013) sempena Majlis Penutupan Sambutan Ihya’ Ramadhan 2013.

Dilantik sebagai AJK Backdrop. Memasang dan menghias tirai. Mengemas tirai selepas majlis

berakhir.7. Penilaian : Sebagai guru baharu saya dapat menjalankan

amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan. Dengan menjalankan ujian formatif, guru dapat melihat tahap kefahaman dan prestasi murid dalam sesuatu topik yang diajarkan. Selain itu dengan adanya Program Pembangunan Guru Baharu ia merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kualiti guru. Program Iftar Jamai’e pula telah mengeratkan hubungan antara guru-guru di SK Kopok dimana kami bersama-sama bersolat jemaah dan berbuka puasa. Manakala Majlis Khatam Al-Quran memberi pengalaman dan peluang kepada saya dalam menguruskan sesuatu majlis yang diadakan di sekolah.

8. Rumusan : Secara keseluruhannya, minggu ini saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara dan pengalaman baru sepanjang berada di sekolah. Dengan melihat prestasi murid-murid pada ujian formatif, ia memberi semangat kepada saya untuk meningkatkan lagi pencapaian murid dengan mengaplikasikan beberapa kaedah dan teknik pengajaran bersesuian dengan kepelbagaian murid. Selain itu Program Pembangunan Guru Baharu telah memberikan kesan yang positif kepada saya di samping memupuk budaya kerja cemerlang supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih bersistematik.

Page 3: LAPORAN PEMENTORAN PPGB

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LAMPIRAN 3

……………………………................ ........………………………………

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor

(FARAH NADIA BT. YAHYA) (ZALUWI B. KHALID)