Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

30
18 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, saya Muhammad Khuzaifah bin Azli BPKA 2011- 0074 telah berjaya menyiapkan laporan tugasan yang telah diamanahkan oleh pihak kolej kepada saya. Saya dan rakan pelatih lain merupakan pelatih tahun 2 semester 1 dari Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kuala Terengganu telah menjalankan latihan klinikal di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPKP Pn Zahreen Binti Mokhtar Khan, PPKP En Zulfadhli dan semua staf Unit Vektor, yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang saya membuat latihan klinikal di dalam unit berkenaan. Sepanjang saya menjalani latihan, banyak pengalaman yang telah saya perolehi daripada staf unit bakas terutamanya semasa berada di lapangan. Tunjuk ajar yang diberikan akan saya praktikkan apabila saya berkhidmat kelak. Bagi melengkapkan tugasan yang telah saya jalankan, saya juga telah menyediakan satu laporan berkenaan Pemeriksaan Premis Aedes yang dilaksanakan dalam Unit Vektor PKD Hulu Perak. Akhir sekali, penghargaan ini saya susuli dengan doa semoga jasa dan budi semua staf yang terlibat diberkati. Amin.

Transcript of Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

Page 1: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, saya Muhammad

Khuzaifah bin Azli BPKA 2011- 0074 telah berjaya menyiapkan laporan tugasan

yang telah diamanahkan oleh pihak kolej kepada saya. Saya dan rakan pelatih lain

merupakan pelatih tahun 2 semester 1 dari Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kuala

Terengganu telah menjalankan latihan klinikal di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak,

Perak Darul Ridzuan.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPKP Pn Zahreen

Binti Mokhtar Khan, PPKP En Zulfadhli dan semua staf Unit Vektor, yang telah banyak

membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang saya membuat latihan

klinikal di dalam unit berkenaan. Sepanjang saya menjalani latihan, banyak

pengalaman yang telah saya perolehi daripada staf unit bakas terutamanya semasa

berada di lapangan. Tunjuk ajar yang diberikan akan saya praktikkan apabila saya

berkhidmat kelak.

Bagi melengkapkan tugasan yang telah saya jalankan, saya juga telah

menyediakan satu laporan berkenaan Pemeriksaan Premis Aedes yang dilaksanakan

dalam Unit Vektor PKD Hulu Perak.

Akhir sekali, penghargaan ini saya susuli dengan doa semoga jasa dan budi

semua staf yang terlibat diberkati. Amin.

Sekian Terima Kasih.

Page 2: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

1.PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG AKTIVITI

Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya disebarkan oleh

nyamuk aedes betina yang terinfektif. Bagi mengelakan penyakit ini dari terus merebak,

Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah unit Kawalan Vektor telah menjalankan

berbagai bagi aktiviti bagi menyekat dan mengawal penyakit ini dari terus merebak dan

antara aktiviti yng telah di jalankan adalah seperti aktiviti fogging, Larvaciding, oiling,

PPA dan lain lain lagi.

Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) merupakan salah satu aktiviti utama

yang dijalankan oleh unit vektor bagi menyekat dan mengawal penyakit demam denggi

ini. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari tempat tempat pembiakan

nyamuk aedes atau yang berpotensi bagi pembiakan vector ini dan seterusnya

menghapuskan dalam usaha mengurangkan kejadian penyakit bawaan vektor

khususnya Demam Denggi.

Bertempat di kampung Ulu Kenderong pada 22/3/2012, pada jam 8.30 pagi, satu

aktiviti PPA ( Pemeriksaan Pembiakkan Aedes) telah dijalankan. Aktiviti yang turut

dianggotai oleh PKA Wan Mohammad Zailani, PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar)

dan rakan pelatih Muhamad Khairul Azizi Bin Ayob.

Page 3: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

1.2 KEPENTINGAN PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Pemeriksaan Pembiakan aedes merupakan salah satu aktivit penting dalam

menyekat atau menghalang berlaku penularan virus penyakit demam denggi dan

demam denggi berdarah dengan cara mencari dan memusnahkan tempat tempat

pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti.

Selain itu Pemeriksaan Premis Aedes ini juga bertujuan untuk membanci sesuatu

lokaliti untuk mengesan kawasan pembiakan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk

Aedes. Melalui jumlah jentik dan takungan yang dijumpai ia akan dikira dengan

menggunakan kaedah A.I (Aedes Index) dan B.I (Breatau Index). Kajian ini dapat

memastikan samada perlunya langkah pengawalan dan pencegahan dilakukan pada

sesebuah lokaliti tersebut.

Page 4: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

2. OBJEKTIF PEMERIKSAAN

2.1 OBJEKTIF AM

Menyekat dan memusnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada

sesebuah lokaliti.

Mencari dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada

sesebuah lokalti.

Bagi mempelajari kaedah kaedah dan prosuder dalam menjalankan aktiviti PPA

(Pemeriksaan Pembiakan Aedes).

2.2 OBJEKTIF SPESIFIK

Untuk menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah

penyakit denggi.

Untuk menguatkuasakan peraturan Akta Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Mengetahui peralatan yang digunakan serta mempelajari cara penggunaanya

ketika melakukan kajian Aedes.

Untuk mengetahui cara cara mengenalpasti dan melihat jentik jentik di bawah

mikroskop dan cara mengawetnya.

Memberikan Pendidikan kesihatan secara bersemuka dengan tuan rumah

mengenai bahaya aedes dan demam denggi.

Mengetahui borang borang, peralatan dan prosedur yang digunakan dalam

aktiviti PPA ini.

Page 5: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

3. PEMERIKSAAN

3.1 DATA PENTADBIRAN

Berikut adalah data pentadbiran dimana aktiviti PPA ini dijalankan :

Tarikh Kajian 2/4/2012

Masa 9.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari

Tempat Kampung Ulu Kenderong, Gerik

PKA Terlibat PKA Wan Muhammad Zailani

PKA Joe (Zulfadhli Mohammad Tahar)

Pelatih PKA Muhammad Khuzaifah

Pelatih PKA Muhammad Khairul Azizi

Data Rumah Yang Mempunyai Pembiakan

Nama Tuan Rumah Nasir bin Mat Piah

No IC 520923-08-5217

Alamat Rumah No 37 A

Jalan Kolam Air Panas

Kg Ulu Kenderong.

Page 6: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

3.2 BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

SENARAI SEMAK PERALATAN KAJIAN

Kad kuasa atau surat perakuan kuasa.

Kad pegenalan.

Borang Kajian Aedes.

Borang Pengumpulan Data Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes.

Pelan lokasi dan pelan lantai tempat pembiakan larva nyamuk.

Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit Dari Premis.

Borang Perakuan Mengambil Bekas / Barang Dari Premis.

Risalah atau poster.

Pipet

Beg kajian Aedes

A4 clipboard

Lampu suluh

Alat tulis

Kamera dan filem

Abate 1%SG

Label

Lak rasmi KKM

Universal bottle

SENARAI SEMAK PERALATAN UNTUK PENGECAMAN LARVA DIBAWAH

MIKROSKOP DAN MENGAWET LARVA

Mikroskop

Slaid

Pipet

Botol sampel

Alcohol 70%

Page 7: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

3.3 KAEDAH/PROSUDER PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN

1. Semasa dipejabat (sebelum bergerak kelapangan)

Mendengar taklimat dari PPKP bagi menetapkan kawasan kajian.

Mengenalpasti lokaliti yang hendak di tuju.

Menyemak segala peralatan untuk di bawa ke lapangan mengikut senarai

semak.

2. Semasa di lapangan

Membahagi kumpulan dengan seorang PKA menjadi ketua, bagi kawasan

tertentu seperti kawasan industri,tapak,pembinaan atau institut pengajian

tinggi hendaklah diketuai oleh PPKP kanan dan begitu juga untuk

melakukan operasi khas mestilah diketuai oleh PPKP kanan.

Memberi salam dan memperkenalkan diri bersama pembantu dengan

menunjukan kad kuasa kepada penduduk/pemunya rumah (mereka yang

berumur 18 tahun keatas) yang berada di tempat lawatan.

Meminta kebenaran untuk memasuki dan memeriksa premis.

Menjalankan pemeriksaan bersama sama pembantu dan

penduduk/pemunya rumah di rumah dan di luar premis.

Jika ada pembiakkan, tunjukan tempat yang ada pembiakkan kepada

penduduk/pemunya premis.

Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk/pemunya premis.

Ambil gambar tempat pembiakan secara overview, focus dan zoom

(pastikan kamera mempunyai tarikh dan masa yang betui)

Tunjuk botol kosong dan pipet kepada penduduk/pemunya premis.

Pungut sejumlah jentik-jentik(3-5) ekor dan masukkan ke dalam botol dan

tunjukan kepada penduduk/pemunya premis bersama pembantu.

Page 8: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Tutup, lak botol menggunakan lak rasmi dan labelkan botol seperti

berikut:

Nama

Alamat

Tarikh

Masa

Mengisi borang perakuan pungutan jentik jentik dalam 3 salinan sebagai

barang kes dan menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya

premis.

Menyediakan peta lakar tempat pembiakan dan premis (pelan lantai).

Mengambil barang barang sebagai barang kes, jika sesuai dan mengisi

borang perakuan mengambil barang barang kes dalam 2 salinan dan

menyerahkan satu salinan kepada penduduk/pemunya premis.

Labelkan barang barang yang diambil seperti berikut :

Nama penduduk/pemunya

Alamat

Tarikh

Masa

Nama barang

Mencatatkan butir butir kajian aedes dalam buku harian rasmi.

Memberitahu penduduk/pemunya premis langkah langkah yang akan

diambil seterusnya oleh pihak jabatan kesihatan.

Page 9: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

CARTA ALIR PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

Taklimat

Semakan Peralatan Check List

Bertolak ke Lapangan

Tak ada Pemilik/Pemunya Ada Pemunya/

Pemilik

Memperkenalkan Diri

Berikan Notis Pemeriksaan selepasPukul 6.00 ptg

Di Benarkan MasukTak Benarkan Masuk

Rujuk GP Memulakan Pemeriksaan

Tak ada Pembiakan

Ada Pembiakan

Ambil Gambar Tempat Pembiakan

Pastikan Larva Nyamuk Hidup

Tunjukan Peralatan

Ambil Spesimen Larva

Tutup Bekas Spesimen dan Dilak

Tamat

Page 10: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Isikan Borang Perakuan

Diterima

Ditandatangani

Tidak Diterima

Labelkan BekasSpesimen (barang Kes)

Catat maklumat

Tinggalkan Premis

Lukis pelan lakarTempatPembiakan

Pendidikan kesihatan

Page 11: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

GARIS PANDUAN: JIKA PEMUNYA MENGHALANG MENJALANKAN PEMERIKSAAN

Enggan membenarkan Memasuki Premis

Terangkan Akibat

Mengizinkan

Masih Enggan

Jalankan Pemeriksaan Lapor Polis

Lapor Kepada PPKP

Lapor Kepada PPPKP

Tindakan Mahkamah

Page 12: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

3.4 KAEDAH DAN PROSUDER MENGENALPASTI DAN MENGAWET LARVA

1. Universal bottle yang berisi jentik-jentik dibawa ke pejabat untuk dikenalpasti

jenisnya.

2. Botol sampel diserahkan kepada pegawai yang telah diberi kuasa untuk

melihatnya.

3. Gunakan mikroskop untuk melihat larva.

4. Ambil larva dan letak ke dalam mangkuk berisi air panas

5. Kenalpasti jenis jentik-jentik. Berikut adalah langkah langkah pengecaman

dilakukan :

Tuang larva dari botol ke dalam mangkuk

Bilas larva dengan air yang peram

Ambil larva satu per satu dengan menggunakan pipet plastik dan letak

atas slaid kaca

Tutup larva dengan cover slaid

Buang air berlebihan dari cover slaid (guna tisu)

Letak larva atas mikroskop

Hidupkan mikroskop dan Pastikan sumber cahaya drpd mikroskop

berfungsi terlebih dahulu

Selaraskan kanta dan focus pada jentik jentik berkenaan .

Laras kedudukan spesimen dan fokus imej hingga tajam dan jelas

6. Lakukan pengawetan larva dan lakkan botol berisi larva tersebut berisi ¼ air

dan 70% alkohol . (tujuan-mengawet larva)

7. Lengkapkan borang dan berikan kepada PKAK atau PPKP untuk cadangan

kompaun.

Page 13: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

3.5 PENEMUAN KAJIAN (A.I & B.I) DAN KEPUTUSAN ANALISA

1. PENGIRAAN AEDES INDEX (A.I)

Bilangan Rumah Positif Jentik Jentik X 100%

Bilangan Rumah Yang DiPeriksa

= Peratus Rumah yang positif jentik jentik * A.I hendaklah tidak lebih dari 1%

1 X 100%

26

= 0.04 % (Peratus Rumah yang positif jentik jentik.)

2. PENGIRAAN BRETEAU INDEX (B.I)

Bilangan Bekas Positif Jentik Jentik X 100

Bilangan Rumah Yang DiPeriksa

= Bilangan Bekas Positif / 100 Rumah * B.I Hendaklah tidak melebihi lima

= 4

KEPUTUSAN ANALISA

1 X 100

26

Page 14: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Nama En Nasir bin Mat Piah

No K/P 520923-08-5217

Alamat No 37 A,

Jalan Kolam Air, 33300 Gerik

Jenis Larva Yang ditemui Aedes Agypti

No. Label Botol D 2156

3.6 DIARI SIASATAN (INVESTIGATION DIARY)

Nama : Muhammad Khuzaifah bin Azli

Page 15: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

No Kad Pengenalan : 921121-05-5347

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam

Pejabat :Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.

TARIKH DAN MASA

NO BUTIR SIASATAN

BUTIR-BUTIR SIASATAN

22/3/20128.30 pagi

1 Saya membuat persiapan di pejabat untuk pergi ke lapangan bagi membuat kajian aedes. Saya kemudian memeriksa alat-alat untuk memastikan bahawa semua alat adalah lengkap dan dalam keadaan bersih dan baik . Saya keluar bersama PKA Wan Zailani Bin Wan Jusoh (830330-03-5795) dan PKA Zulfadhli Mat Tahar (890227-03-5395).

9.00 pagi 2 Saya bersama PKA Wan dan PKA Zulfadhli Mat Tahar telah pergi ke Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak untuk membuat Pemeriksaan Premis Aedes. Pemeriksaan dari rumah ke rumah telah dilaksanakan.

10.30 pagi 3 Saya bersama PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar sampai ke rumah No 37 A Kampung Ulu Kenderong, 33300 Gerik, Perak. Ini adalah rumah ke-9 diperiksa, saya mengetuk pintu rumah tersebut dan memberi salam.

10.31 pagi 4 Seorang lelaki dewasa yang berbangsa melayu menyambut salam dan membuka pintu rumah berkenaan.Nama beliau ialah En Nasir bin Mat Piah, saya memperkenalkan diri saya sebagai pegawai diberi kuasa bawah sek 5(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan menunjukkan kad kuasa dan diikuti oleh PKA En Wan Zailani kepada Tuan rumah tersebut.

5 Saya memberitahu tujuan kedatangan saya ke premis beliau iaitu untuk membuat pemeriksaan larva nyamuk aedes.

10.35 pagi 6 Setelah mendapat kebenaran dari tuan rumah untuk membuat pemeriksaan di dalam dan di luar

Page 16: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

premis tersebut bersama PKA En Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar diiringi tuan punya rumah.

7 Saya tidak menemui sebarang tempat pembiakan larva nyamuk aedes di luar rumah.

10.50 pagi 8 Saya dan PKA En Wan Zailani telah memeriksa di kawasan dalam rumah pula dan mendapati pembiakan larva nyamuk di dalam sebuah balang ikan kaca di dalam bilik air.

9 Saya kemudiannya menunjukkan tempat pembiakan larva nyamuk itu kepada tuan punya rumah. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah yang saya akan mengambil gambar dan Sebanyak 3 keping gambar iaitu gambar Overview, Fokus dan Zoom telah saya ambil. Kemudian saya memaklumkan kepada tuan rumah bahawa saya akan memungut larva nyamuk berkenaan.Saya telah menunjukkan pipet dan botol kosong kepada tuan rumah disaksikan oleh PKA Wan Zailani dan PKA Zulfadhli Mat Tahar. Kemudian saya telah memungut larva nyamuk dan masukkan 7 ekor larva ke dalam botol di hadapan tuan rumah.

10 Saya telah menunjukkan botol yang mengandungi larva nyamuk tersebut kepada tuan rumah tersebut.

11.12 pagi 11 Saya telah meminta kad pengenalan dari tuan punya rumah untuk mencatatkan butir-butir peribadi beliau dalam borang Laporan APSPP 1975.

12 Saya kemudiannya mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan pungutan dan meminta tuan rumah tersebut untuk menandatangani surat berkenaan.

11.20 pagi 13 Saya kemudian mencatatkan butir-butir tuan rumah bersama dan juga butir-butir tempat pembiakan larva nyamuk dalam surat perakuan mengambil bekas dan meminta pembantu saya menandatangani borang tersebut sebagai saksi.

Page 17: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

11.25 pagi 14 Saya menyerahkan salinan borang-borang tersebut kepada tuan rumah.

15 Saya kemudian juga mencatatkan butir-butir tuan punya pada label dan menyerahkan kepada PKA En Wan Zailani untuk dilekatkan di botol yang mengandungi larva nyamuk aedes No rujukan – D 2156

16 Saya mengarahkan PKA En Wan Zailani menyimpan botol tersebut dalam begnya dan bekas pembiakan dipegang bersamanya.

11.38 pagi 17 Saya kemudiannya membuat peta lakaran untuk menunjukkan rumah dan tempat pembiakan larva nyamuk yang di temui.

11.45 pagi 18 Saya dan pembantu saya meninggalkan rumah tersebut.

12.00 tengah hari 19 Saya menyerah dokumen, botol larva, dan bekas pembiakan kepada Pembantu Kesihatan Awam iaitu En Reddzuan di Unit Kawalan Denggi di Pejabat Kesihatan Gerik untuk tindakan selanjutnya.Saya juga melihat En Redduan Bin Hasan mengakui penerimaan di dalam borang Akuan Penerimaan Penyerahan Spesimen Larva yang telah saya lengkapkan.

4. MASALAH DAN CADANGAN

4.1 MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PEMERIKSAAN LARVA DIJALANKAN

Page 18: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Pemilik premis enggan memberikan kerjasama sewaktu anggota kesihatan

hendak menjalankan tugas seperti tidak membenarkan masuk premis, melihat

sekeliling premis dan meminta kad pengenalan.

Terdapat segelintir penduduk yang bersikap kasar seperti memaki serta

mempertikai anggota kesihatan.

Sewaktu Pemeriksaan Pembiakan Aedes dijalankan, kebanyakan rumah kosong

kerana pemunya pergi berkerja dan terdapat juga rumah yang berpenghuni

tetapi tidak mencukupi umur 18 tahun.

Keadaan cuaca yang kadangkala tidak menentu seperti hujan menyebabkan

aktiviti PPA ditanguhkan.

Kekurangan peralatan seperti tertinggal peralatan untuk menjalankan aktiviti

PPA.

Terdapat sesetengah rumah yang terletak jauh dikawasan pendalaman dengan

jalan yang tidak sesuai menyebabkan perjalanan ke kampung tersebut hanya

boleh dilalui dengan berjalan kaki menyebabkan berlaku pembaziran masa.

Terdapt juga sesetengah keadaan dimana terdapat anjing liar yang merbahaya

di sesebuah kawasan.

Terdapat juga penduduk kampung yang tidak mendapat maklumat akan bahaya

denggi dan tidak mendapat maklumat akibat jika terdapat pembiakan aedes

dirumah mereka menyebabkan mereka bersikap acuh tak acuh.

4.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SERTA LANGKAH UNTUK MENGATASI

MASALAH

Memberitahu kepada penduduk dengan cara yang baik dan cermat mengenai

tujuan kedatangan dan jika perlu memberitahu kepada penduduk (jika ada yang

Page 19: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

melawan) tentang akibat yang bakal mereka hadapi jika menghalang pegawai

kesihatan dari melakukan aktiviti PPA ini.

Premis yang berkunci - berikan notis 24 jam (makluman kepada tuan rumah

bahawa pihak kesihatan akan memeriksa rumah tersebut pada masa yang

ditetapkan)

Premis kosong dan terdapat pembiakan – terbalikkan bekas tersebut jika bekas

itu kecil. Sekiranya bekas itu besar, abate perlu diletakkan.

Setiap aktiviti yang hendak di jalankan perlulah membuat persiapan dengan rapi

termasuk jarak sesebuah kawasan, keadaan cuaca keadaan masyarakat ketika

aktiviti PPA ini hendak dijalankan (seperti keluar bekerja dan rumah tiada orang)

supaya segala aktiviti akan berjalan lancar dan menjimatkan masa.

Sentiasa melakukan check list alatan di pejabat sebelum bergerak ke lapangan

bagi mengelakan ada barang yang tertinggal semasa aktiviti PPA ini dibuat bagi

mengelakan masaalah ketika berkerja.

Setiap kawasan/premis yang telah dilakukan aktiviti PPA ini hendaklah diberikan

pendidikan kesihatan dan informasi terkini mengenai aedes kepada pemunya

/pemilik premis agar mereka sentiasa peka tentang bahaya aedes.

Meminta bantuan dari penduduk kawasan tersebut yang arif bagi menangani

masalah anjing liar bagi memudahkan kerja atau tangguhkan dahulu aktiviti PPA

di kawasan/premis terbabit dengan pergi ke premis lain dahulu.

Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta

Sasaran Kerja Tahunan bagi seseorang PKA akan membantu bagi

mengurangkan masalah aedes.

Video dokumentari denggi di pasang di sekolah sekolah agar dapat mendidik

jiwa kanak kanak sekolah akan bahaya denggi.

5. KESIMPULAN

5.1 KAWASAN KEUTAMAAN

Page 20: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Bagi mengurangkan lagi risiko penyakit demam denggi ini kaedah yang terbaik

adalah menjalankan Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) pada kawasan utama yang

mempunyai ramai orang, tempat yang kurang menjadi perhatian ataupun kawasan yang

menjadi tumpuan manusia, hal ini kerana salah satu faktor bagi penyebaran virus

denggi ini juga adalah disebabkan oleh kehadiran manusia, dan kawasan yang kurang

menjadi perhatian manusia seperti rumah kosong/terbiar menyebabkan nyamuk aedes

senang untuk membiak kerana tiada aktiviti pembersihan dan selain itu turut dapat

dapat mengelakan dari kemungkinan berlakunya wabak pada tempat tempat

berkenaan.

Berikut adalah senarai kawasan keutamaan:

Jika dilihat pada kawasan keutamaan di atas, kawasan seperi rumah kosong, tanah

kosong dapat dilihat apabila kami menjalankan aktiviti PPA dan mendapati terdapat

banyak pembiakan di situ mungkin kerana faktor kurang aktiviti pembersihan dikawasan

tersebut.

5.2 KEBERKESANAN AKTIVITI KEPADA KESIHATAN AWAM

Rumah Kedai

Tapak pembinaan

Kilang

Sekolah

Tempat pembuangan sampah

Tanah kosong

Taman rekreasi

Tempat Ibadah

Fasiliti Kesihatan

Rumah terbengkalai

Pejabat Kerajaan

Tanah Perkuburan

Page 21: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Antara keberkesanan yang dapat dilihat hasil dari aktiviti Pemeriksaan Pembiakan

adalah penurunan jumlah index A.I dan B.I pada sesuatu kawasan kerana dengan

adanya aktiviti PPA ini sentiasa dijalankan dapat mengurangkan jumlah pembiakan

larva aedes disamping dapat menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes

dan dapat memupuk minda masyarakat tentang bahaya aedes disamping itu juga dapat

bekerjasama dalam menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Selain itu kesan dari kurangnya pembiakan nyamuk aedes akan turut mengurangkan

risiko demam denggi kepada masyarakat dan mengelakan dari berlakunya wabak

aedes. Kurangnya pembiakan nyamuk aedes turut mengurangkan risiko penyebaran

penyakit lain bawaan nyamuk aedes seperti chikungunya dan demam kuning.

5.3TINDAKAN SUSULAN YANG DIAMBIL

Page 22: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

Selepas melakukan aktiviti PPA (Pemeriksaan Pembiakan Aedes) terdapat

beberapa tindakan susulan yang boleh diambil seperti membubuh ubat pembunuh

jentik-jentik (Mass-Abating) - Abate 1% SG pada bekas bekas air yang mengandungi

jentik jentik. Selepas selasai membuat aktiviti PPA pada sesebuah rumah jangan

mengucapkan terima kasih duhulu, tetapi lakukanlah pendidikan kesihatan kepada tuan

empunya rumah berkenaan.

Selepas selesai membuat aktiviti PPA pada sesebuah kawasan, perlu untuk

melakukan pengiraan A.I dan B.I bagi memastikan kawasan tersebut sama ada di

spesifikasikan sebagai wabak atau bukan. Jika pengiraan A.I dan B.I menunjukan

kawasan tersebut wabak, aktiviti fogging adalah diperlukan dan kemudian

melaksanakan aktiviti Ovitrap bagi menentukan populasi Aedes. Sebagai indikator

untuk penilaian kualiti PPA dan evaluasi aktiviti semburan kabus.

. Jika telah melakukan aktiviti PPA, perlu juga untuk merekodkan segala aktiviti

tersebut ke dalam e-dengue bagi rujukan Pejabat Kesihatan Daerah sendiri dan

seterusnya bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Sebagai kesimpulanya Apa yang kami lihat daripada kajian aedes yang dijalankan

masyarakat tidak begitu menekankan aspek kebersihan dan kekemasan kawasan

sekeliling rumah mereka. Kebersihan kawasan sekeliling adalah tidak memuaskan

dimana terdapat banyak tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk

aedes ditemui. Justeru itu, dengan adanya kajian aedes. Pengedaran risalah-risalah

dan penguatkuasaan melalui undang-undang dibawah Akta Pemusnahan Serangga

Pembawa Penyakit 1975, diharap masyarakat dapat mengubah sikap dan tingkahlaku

mereka supaya kebih mementingkan kebersihan persekitaran sekeliling mereka secara

tidak langsung dapat mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan penyakit

demam denggi. Semoga kita dapat merealisasikan .

6. LAMPIRAN

Page 23: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

OVERVIEW

FOCUS

ZOOM

Page 24: Laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes

18

BOTOL SPESIMEN