Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

download Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

of 8

description

vbchnb hnv h

Transcript of Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS IV) REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Nama:MAREA SANTHANASAMYNo. A/G:2013242340048No. K/P:880426-02-5300Program:PISMPAmbilan:Jun 2013Unit:M 4Nama Pensyarah:EN. TAN BENG TIAM Tarikh Serahan:03 APRIL 2015

Laporan Pengalaman Berasaskan SekolahPengalaman berasaskan Sekolah pada kali ini adalah berkenaan dengan subjek major saya iaitu Reka bentuk dan Teknologi atau dikenali sebagai subjek Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Pada kali ini sekolah yang telah saya lawati ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Perbadanan Sungai Petani.Apabila menjejakkan kaki di situ, saya merasakan sekolah tersebut mempunyai iklim sekolah yang baik serta berjaya mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar. Tugasan yang pertama ialah mendapatkan maklumat mengenai kemudahan persekitaran sekolah/bengkel yang digunakan untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Reka Bentuk dan Teknologi(RBT),waktu RBT,Sumber kewangan,bilangan guru yang mengajar RBT dan cadangan meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.

1.Kemudahan persekitaran sekolah /bengkel yang digunakan untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT) di sekolah yang anda ditempatkan

Alatan yang disediakan dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi

Peraturan yang disediakan dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi

Kelengkapan bengkel merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil perhatian bagi membantu objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Bengkel Kemahiran Hidup yang lengkap sudah semestinya memberi kelebihan kepada guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Antara kelengkapan yang perlu ada di dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah alatan tangan, bahan projek, perabot dan bahan bantu mengajar. Selain daripada kelengkapan tersebut, kelengkapan bengkel juga perlu mengambil kira matlamat dan objektif Kemahiran Hidup seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran seperti penyediaan akuarium dan alat keselamatan di dalam bengkel.

2.Waktu RBT diaturkan dalam jadual waktu kelas

3.Pendekatan /strategi yang digunakan untuk penyampaian topic-topik tertentuSetiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di dalam bengkel untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. pembelajaran koperatif murid dapat mengasah kemahiran kinestetik pergerakan merekakerana masing-masing belajar dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Selain itu,mereka juga boleh mengasah kemahiran interpersonal mereka melalui hubungansosial yang terjalin semasa berhadapan dengan ahli kumpulan masing-masing. Setelah saya menerapkan kaedah pembelajaran secara koperatif,saya dapati ramai murid-murid mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaranyang dijalankan. Murid-murid tidak lagi segan untuk bertanya berkaitan masalah yangdihadapi dalam pengajaran guru. Ini adalah kerana mereka mempunyai semangat yangtinggi dan ingin menjadi kumpulan yang terbaik semasa sesi pengajaran danpembelajaran yang dijalankan. Justeru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Strategi iniboleh dilaksanakan dengan mudah kerana murid-murid di dalam satu kelas yang sama dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan terdiri darimurid yang berbeza dari segi kebolehan dan pencapaiannya. Kumpulan yang telahdibentuk kemudiannya diwajibkan duduk pada meja yang sama agar proses pembelajaran koperatif dapat dijalankan dengan lancar.Penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupunsuasana di dalam kelas agak riuh sedikit semasa pembelajaran koperatif berjalan, namundapat dilihat dengan jelas proses pembelajaran sedang berlaku pada tahap yang amat baikdimana semua murid masing-masing menjalankan tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

4.Sumber kewangan yang diperolehi oleh sekolah untuk Panitia RBT bagi membeli bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

Pertamanya saya ingin memperkatakan mengenai pengurusan bengkel iaitu perancangan perbelanjaan, pengurusan inventori dan stok, penyenggaraan bengkel dan susun atur mesin. Menurut ketua panitia KH sekolah tersebut, beberapa garis panduan yang telah ditetapkan dalam proses untuk memohon membeli keperluan dan kemudahan bengkel. Perkara yang utama perlu dilakukan sebelum membuat pesanan ialah perancangan pembelian peralatan dan bahan Kemahiran Hidup. Pihak pentadbir sekolah akan mengenal pasti jenis serta bilangan peralatan dan bahan yang perlu dibeli mengikut kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan tersebut perlulah mengambil kira beberapa perkara iaitu :a. Jenis, kualiti dan kuantiti peralatan yang diperlukan b. Bahan dan peralatan baru yang diperlukan c. Kadar PCG bagi aktiviti KHSR, Reka cipta dan mata pelajaran vokasional.Menurut beliau lagi proses untuk memohon membeli barang perlu mengikuti beberapa prosedur pembelian. Pertama ialah mengisi borang untuk membuat pesanan. Kemudian borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk disahkan. Seterusnya pemilihan barang melalui katalog oleh pembekal barangan. Pemeriksaan barang pesanan hendaklah dilakukan oleh ketua panitia. Apabila barang yang dipesan telah sampai, rekod pembelian barang dimasukkan di dalam buku stok dan borang Daftar Harta Modal OS 35000 (KEW.PA-4) [ KEW.312 dan 312B/A ] dan Daftar Inventori (KEW.313), OS 35000 (KEW.PA-5).

Kad petak

5.Tiada guru yang berkelulusan RBT/KH atau yang pernah mendapat latihan dalam mengajar RBT yang sama ada major /minor.

Kesimpulannya,Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah ini telah diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)