Laporan Pengerusi Koku'14

7
KARNIVAL KOKURIKULUM 2014 LAPORAN PENGERUSI Pada 18 & 19 Oktober 2014, telah berlansung Hari Karnival Kokurikulum 2014. Karnival ini merupakan salah satu aktiviti tahunan IPG Kampus Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar PISMP Semester 6 dengan kerjasama Unit Gerko. Karnival tersebut telah diadakan di tapak Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Perlis. Bagi tahun ini, saya telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan pengerusi induk hasil daripada undian oleh ahli mesyuarat. Terdapat 17 kelas kesemuanya bagi semester 6 Ambilan Januari 2012. Setiap kelas telah diberi tanggungjawab untuk menggerakkan satu jawatankuasa induk yang tertakluk kepada portfolio tugas masing-masing. Pensyarah Unit Gerko, Puan Che Som Binti Baharom bertindak sebagai penasihat bagi Jawatankuasa Induk. Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada beliau. Selain membimbing, beliau juga mempunyai autoriti untuk mengeluarkan arahan dan mengesahkan perkara yang berkaitan dengan gerak kerja karnival. Penganjuran program berskala besar ini nyata memerlukan kerjasama yang tidak berbelah bagi oleh semua pihak yang terlibat secara langsung. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab saya sebagai

description

gerko IPGubahsuai ler

Transcript of Laporan Pengerusi Koku'14

KARNIVAL KOKURIKULUM 2014

KARNIVAL KOKURIKULUM 2014

LAPORAN PENGERUSI

Pada 18 & 19 Oktober 2014, telah berlansung Hari Karnival Kokurikulum 2014. Karnival ini merupakan salah satu aktiviti tahunan IPG Kampus Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar PISMP Semester 6 dengan kerjasama Unit Gerko. Karnival tersebut telah diadakan di tapak Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Perlis.

Bagi tahun ini, saya telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan pengerusi induk hasil daripada undian oleh ahli mesyuarat. Terdapat 17 kelas kesemuanya bagi semester 6 Ambilan Januari 2012. Setiap kelas telah diberi tanggungjawab untuk menggerakkan satu jawatankuasa induk yang tertakluk kepada portfolio tugas masing-masing.

Pensyarah Unit Gerko, Puan Che Som Binti Baharom bertindak sebagai penasihat bagi Jawatankuasa Induk. Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada beliau. Selain membimbing, beliau juga mempunyai autoriti untuk mengeluarkan arahan dan mengesahkan perkara yang berkaitan dengan gerak kerja karnival.

Penganjuran program berskala besar ini nyata memerlukan kerjasama yang tidak berbelah bagi oleh semua pihak yang terlibat secara langsung. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab saya sebagai pengerusi induk untuk menggerakkan semua jawatankuasa bagi memastikan objektif pengajuran dapat dicapai.

SEBELUM

Atas arahan daripada penasihat, saya dan beberapa ahli mahlis tertinggi telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk yang pertama pada 24 September 2014. Setiap ahli jawatankuasa yang menerima portfolio tugasan akan diterangkan apa yang perlu mereka lakukan bagi sebelum,semasa dan selepas penganjuran.

Perkara pertama yang dilakukan setelah jawatankuasa dibentuk ialah dengan membuat kertas cadangan aktiviti. Sesi meja bulat bersama beberapa ahli jawatankuasa dilakukan bagi menentukan objektif dan tentatif program yang akan diadakan. Saya telah menganalisis kelemahan dan kekuatan karnival tahun menjadikannya sebagai penanda aras bagi penganjuran pada tahun ini. Setiausaha telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan kertas cadangan. Setelah disemak oleh saya, kertas cadangan dibawa ke penasihat untuk penambahbaikan seterusnya disahkan oleh Timbalan Pengarah Institut

Sebagai pengerusi, saya sentiasa mengemaskini laporan gerak kerja daripada setiap ahli jawatankuasa dari semasa ke semasa. Saya juga mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat tertutup bersama beberapa ahli jawatankuasa secara berasingan.

Oleh kerana berlaku kekangan masa sebagai seorang pelajar, saya memanfaatkan media yang sedia ada seperti laman sosial dan sebagainya untuk memastikan komunikasi antara setiap ahli jawatankuasa berlaku dengan baik. Ini kerana, dalam sesuatu gerak kerja berkumpulan, komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat penting. Dengan laman sosial ini juga, setiap ahli jawatankuasa diberi peluang untuk memberi pendapat, berbincang dan sebagainya yang berkaitan dengan program tersebut.

Sesi mesyuarat bersama telah diadakan sebanyak 3 kali dimana setiap jawatankuasa membentangkan indeks pencapaian gerak kerja masing-masing.

SEMASA

Hari Karnival Kokurikulum 2014 berlansung pada 18 & 19 Oktober. Bagi memastikan program dapat dilansungkan dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan, Saya bersama beberapa ahli jawatankuasa bersetuju untuk membawa masuk segala keperluan logistik dan peralatan dua hari lebih awal iaitu pada 16 haribulan. Setelah perlatan seperti khemah, pentas persembahan, dan sebagainya dibawa masuk, saya turun padang bagi memastikan perlatan tersebut selamat untuk digunakan.

Program bermula seawal jam 8 pagi pada 18 haribulan dengan dirasmikan oleh Wakil Timbalan Pengarah institut. Sebagai pengerusi, saya telah dipertanggungjawabkan oleh penasihat untuk mengiring wakil timbalan pengarah untuk melawat ke setiap gerai pameran dan juga gerai pameran.

Sepanjang program berlansung, saya akan sentiasa berhubung dengan semua ahli jawatankuasa. Saya juga melawat ke setiap gerai jualan,gerai pameran. Saya amat menitikberatkan soal komunikasi. Jika ada masalah yang timbul, ianya akan cuba diselesaikan oleh saya sendiri ataupun ahli jawatankuasa yang ada di sekitar tapak program.

Saya juga melawat ke semua tempat aktiviti berlansung dari semasa ke semasa bagi memastikannya berlangsung dalam keadaan baik. Disamping mengambil tahu soal keperluan penganjur aktiviti,peniaga,staf pameran dan pengunjung, cara ini juga adalah sebagai satu cara menunjukkan rasa tanggungjawab seorang pemimpin selain mampu membina jaringan sosial yang positif dengan semua yang ada di tapak karnival.

Sepanjang program berlangsung juga, saya sentiasa berhubung dengan pensyarah penasihat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas penambahbaikan. Setiap teguran saya terima secara rasional dan terbuka disusuli dengan mengarahkan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

Pada hari kedua karnival, semuanya berjalan seperti biasa dan lancar. Meskipun terdapat beberapa kesilapan akibat terlepas pandang ketika sesi mesyuarat sebelumnya, ianya dapat diatasi dengan baik. Rata-rata pengunjung yang saya temui memberi respon yang amat positif.Majlis penutupan Hari Karnival kokurikulum 2014 telah disempurnakan oleh Wakil Timbalan Pengarah, En. Abdul Muhaimin.

Setelah majlis penutupan berakhir, saya menemui semua mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti sepanjang karnival untuk mengucapkan jutaan terima kasih mewakili semua jawatankuasa induk. Meskipun usaha ini tidak seberapa, sekurangnya ia dapat menunjukkan betapa kami selaku penganjur utama menghargai usaha yang mereka lakukan.

SELEPAS

Setelah selesai semuanya, saya melalui jawatankuasa peralatan telah memastikan segala perlatan yang dibawa masuk/dipinjam dikembalikan ke tempat asal. Saya juga telah menggerakkan jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi memastikan seluruh kawasan tapak karnival bersih daripada sampah sarap.

Satu sesi refleksi bersama semua jawatankuasa induk telah diadakan pada keesokannya bertujuan membentangkan laporan setiap biro. Selain itu, sesi refleksi ini juga adalah untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan sepanjang dua hari penganjuran karnival tersebut. Laporan indeks pencapaian setiap jawatankuasa difailkan bagi tujuan rujukan di masa hadapan

Dari sudut pandang seorang guru pelatih, saya berpendapat bahawa penganjuran program berskala besar seperti ini adalah sangat baik. Selain dapat menonjolkan kemahiran berfikir aras tinggi, ia juga sebagai satu wasilah bagi guru pelatih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu baru yang akan digunakan ketika melangkah kealam kerjaya kelak. Jesteru, program seperti ini haruslah diteruskan untuk tahun yang mendatang. Akhir kata, saya selaku pengerusi Karnival Kokurikulum 2014 sangat berpuas hati dengan gerak kerja yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa dibawah kelolaan saya.

Disediakan oleh :

..(MUHAMAD ZULHILMI BIN ROSLI)PengerusiKarnival Kokurikulum 2014