laporan penuh futsal

6
LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA SK JUGRA DAN SK TANJUNG SEPAT Pada 10 April 2013 satu Pertandingan Futsal telah diadakan antara pemain dari Sekolah Kebangsaan Jugra dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Pertandingan Futsal telah diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Tanjung Sepat A yang bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.30 petang. Sebelum pelaksanaan Pertandingan Futsal berlangsung, satu pertemuan telah diadakan antara guru pelatih SK Jugra dengan SK Tanjung Sepat untuk membincangkan mengenai Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemudian, kami mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar SK Jugra dan SK Tanjung Sepat untuk melaksanakan pertandingan tersebut. Jadi, kami telah merangka satu kertas kerja Pertandingan Futsal sebagai bahan bukti untuk diberikan kepada Guru Besar. Tindakan seterusnya ialah mencari murid yang berminat untuk menyertai pertandingan futsal dan sekaligus memilih pemain yang berbakat iaitu seramai 14 orang pemain. Murid yang telah terpilih berlatih di padang sekolah untuk memantapkan lagi kecergasan dan kemahiran asas dalam permainan futsal. Kami juga turut membuat surat kebenaran kepada ibu bapa atau penjaga murid-murid yang terpilih sebagai makluman dan langkah keselamatan. Selain daripada surat kebenaran kepada ibu bapa, kami juga telah membuat 16

description

pjm 3117

Transcript of laporan penuh futsal

Page 1: laporan penuh futsal

LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL

ANTARA SK JUGRA DAN SK TANJUNG SEPAT

Pada 10 April 2013 satu Pertandingan Futsal telah diadakan antara pemain dari

Sekolah Kebangsaan Jugra dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat. Pertandingan

Futsal telah diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Tanjung Sepat A yang bermula

pada pukul 3.00 petang sehingga 6.30 petang.

Sebelum pelaksanaan Pertandingan Futsal berlangsung, satu pertemuan telah

diadakan antara guru pelatih SK Jugra dengan SK Tanjung Sepat untuk

membincangkan mengenai Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja bagi

memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemudian, kami

mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar SK Jugra dan SK Tanjung Sepat untuk

melaksanakan pertandingan tersebut. Jadi, kami telah merangka satu kertas kerja

Pertandingan Futsal sebagai bahan bukti untuk diberikan kepada Guru Besar.

Tindakan seterusnya ialah mencari murid yang berminat untuk menyertai

pertandingan futsal dan sekaligus memilih pemain yang berbakat iaitu seramai 14 orang

pemain. Murid yang telah terpilih berlatih di padang sekolah untuk memantapkan lagi

kecergasan dan kemahiran asas dalam permainan futsal. Kami juga turut membuat

surat kebenaran kepada ibu bapa atau penjaga murid-murid yang terpilih sebagai

makluman dan langkah keselamatan. Selain daripada surat kebenaran kepada ibu

bapa, kami juga telah membuat surat jemputan kepada Guru Besar SK Jugra dan SK

Tanjung Sepat untuk hadir ke Pertandingan Futsal bagi memeriahkan lagi acara

tersebut sekaligus memberi sokongan kepada pemain.

Tempat pertandingan adalah merupakan tugasan seterusnya bagi perlaksanaan

Pertandingan Futsal ini. Kami telah bersepakat untuk memilih Gelanggang Futsal

Kampung Tanjung Sepat A memandangkan ia tempat yang strategik dan selamat untuk

menganjurkan Pertandingan Futsal tersebut. Kemudian, pertandingan futsal tidak

menarik sekiranya tiada penyampaian hadiah untuk para pemenang. Jadi, bagi

mejayakan pertandingan ini, kami telah berjaya mendapatkan sumbangan daripada

16

Page 2: laporan penuh futsal

Guru Besar dan pihak sekolah masing-masing. Guru Besar sedia memberi sumbangan

berbentuk hamper dan sijil untuk diberikan kepada para pemenang sebagai tanda

penghargaan kerana telah menyertai pertandingan futsal.

Perkara terakhir sebelum Pertandingan Futsal dilaksanakan ialah membuat

cabutan undian untuk pasukan supaya jadual pertandingan dapat dilengkapkan dan

seterusnya mengetahui pasukan lawan masing-masing. Empat pasukan telah dipilih

untuk menyertai pertandingan ini iaitu dua pasukan dari SK Jugra dan dua pasukan dari

SK Tanjung Sepat. Manakala, dua orang pengadil telah dipilih untuk mengadili

Pertandingan Futsal tersebut.

Setelah segala perancangan dan surat-menyurat dilakukan, maka peringkat

pelaksanaan perlu dijalankan. Oleh itu, pada 10 April 2013 iaitu pada hari Rabu,

pertandingan Futsal Mini telah dijalankan di Gelanggang Futsal Kampung Tanjung

Sepat A. Sebagai permulaan, sesi pendaftaran telah dijalankan pada pukul 3.00 petang.

Di mana, pihak SK Tanjung Sepat dan pihak SK Jugra telah mendaftarkan kumpulan

masing-masing sebanyak dua buah kumpulan bagi setiap sekolah di kaunter

pendaftaran yang dikendalikan oleh Norus Syairah.

Setelah sesi pendaftaran dijalankan, kedua-dua pihak bergerak ke kawasan yang

telah disediakan. Kemudian, setiap kumpulan bersiap sedia dan memakai jersi serta

kasut bagi melakukan sesi memanaskan badan dan regangan. Sesi tersebut dijalankan

selama 15 minit dan tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada

setiap kumpulan bersedia dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan otot

semasa bermain nanti. Apabila keempat-empat kumpulan telah selesai menjalankan

sesi memanaskan badan, pertandingan Futsal Mini dijalankan. Setiap permainan akan

berlangsung selama 25 minit dengan menggunakan format 10:5:10.

Bagi pertandingan Futsal Mini ini, ia menggunakan sistem liga satu pusingan.

Sistem liga satu pusingan ini mempunyai lima buah pasukan dalam satu kumpulan.

Oleh itu, setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain sehingga setiap

pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam kumpulannya. Oleh

17

Page 3: laporan penuh futsal

itu, pasukan yang mempunyai jumlah mata terkumpul yang paling tinggi dalam jadual

liga tersebut adalah pemenang bagi Pertandingan Futsal Mini 2013.

Untuk jadual perlawanan, pasukan pertama yang bertanding adalah antara

pasukan Jugra A menentang pasukan Tanjung Sepat B. Setelah perlawanan tersebut

tamat, pasukan Jugra B pula akan berentap dengan pasukan Tanjung sepat A.

Kemudian, pasukan Jugra A akan menentang pasukan Tanjung Sepat A dan pasukan

Jugra B akan menentang pasukan Tanjung Sepat B. Akhir sekali, perlawanan antara

pasukan Jugra A menentang pasukan Jugra B dan pasukan Tanjung Sepat A melawan

pasukan Tanjung Sepat B. Kesemua pasukan tersebut telah diberi peluang bermain

atau bertanding secara maksimum.

Sebagai tambahan, setiap keputusan pertandingan telah dicatat di papan skor

markah dan kemudian, akan dicatat bilangan gol kedua-dua kumpulan serta mata di

jadual liga satu pusingan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Sepanjang pertandingan ini dijalankan, ia telah diadili oleh dua orang pengadil

iaitu Muhammad Syamil Bin Sufi dan Mohamad Izzudin Bin Aris. Sebelum pertandingan

dijalankan, para pengadil telah menerangkan serba sedikit peraturan yang perlu

dipatuhi oleh kedua-dua pasukan semasa bermain. Antara lain, prosedur biasa juga

tetap dilakukan seperti undian giliran, berjabat tangan antara kumpulan dengan

kumpulan sebelum bermain dan selepas bermain serta pemberitahuan bilangan gol

yang diperolehi oleh dua-dua kumpulan.

Seterusnya, ahli jawatankuasa makanan dan minuman juga turut menjalankan

tugas mereka dengan memberi makanan dan minuman seperti air mineral serta roti

kepada setiap pasukan sebagai bekalan bagi pasukan-pasukan tersebut. Selain itu,

jawatankuasa perhubungan juga telah menjalankan tugasnya dengan baik. Di mana,

Farahiyah telah menjadi juruacara bagi mengumumkan pasukan mana yang bakal

berentap pada waktu-waktu yang telah ditentukan. Oleh itu, ia memudahkan pasukan-

pasukan yang bertanding untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk mereka bersedia.

18

Page 4: laporan penuh futsal

Semasa perlawanan masih lagi berlangsung, tetamu jemputan iaitu Guru

Penolong Kanan Kokurikulum SK Jugra, Encik Mohd Nazri tiba di Gelanggang Futsal

Kampung Tanjug Sepat pada pukuk 6.00 petang. Beliau berkesempatan untuk melihat

satu perlawanan sebelum majlis penyampaian hadiah dijalankan.

Tepat pada pukul 6.20 petang, sesi majlis penyampaian hadiah dijalankan. Pada

mulanya, pengacara majlis iaitu Nur Syamimi Binti Tumiran memberi kata alu-aluan

kepada para peserta dan guru. Seterusnya, tetamu jemputan iaitu Encik Mohd Nazri

dijemput untuk memberi ucapan dan sekaligus, merasmikan penutupan Pertandingan

Futsal Mini 2013. Kemudian, penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Mohd Nazri

kepada para peserta. Di mana, saguhati diberikan kepada pasukan Jugra B, tempat

ketiga ialah pasukan Tanjung Sepat B, tempat kedua ialah pasukan Jugra A dan Johan

bagi Pertandingan Futsal Mini 2013 adalah pasukan Tanjung Sepat A. Setiap kumpulan

yang menang diberikan medal dan hamper. Manakala, pasukan yang mendapat

saguhati juga turut membawa pulang hadiah iaitu hamper.

Setelah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang selesai, wakil guru-guru

pelatih iaitu Muhammad Azmir telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd

Nazri atas kesudian beliau menghadiri Pertandingan Futsal Mini 2013 dan sekaligus,

merasmikan penutupan projek pertandingan tersebut. Akhir sekali, kesemua pasukan

dan guru-guru pengiring bersurai dan pulang ke tempat masing-masing.

Selepas berjaya melaksanakan perlawanan futsal tersebut, kami telah

bersepakat untuk mengadakan satu ‘post-mortem’ bersama- sama ahli jawatankuasa

yang telah menjayakan program tersebut. Post- mortem’ tersebut telah diadakan pada

11 April 2013 di bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat, Sepang,

Selangor Darul Ehsan. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti

setiap kelemahan dan kelebihan yang dapat diambil sebelum, semasa dan selepas

daripada program tersebut berlaku agar dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan

kepada kami untuk mengadakan program pada masa akan datang.

19

Page 5: laporan penuh futsal

Sepanjang sesi ‘post-mortem’ tersebut dijalankan, kami telah menceritakan

semula mengenai perlawanan futsal yang telah kami laksanakan. Kami berbincang

bersama- sama tentang kekuatan dan kelemahan yang kami perolehi semasa

melaksanakan perlawanan futsal tersebut. Secara tidak langsung, kami telah

mengetahui kekurangan atau kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang perlawanan

tersebut dilaksanakan. Selain itu, kami semua menceritakan pengalaman menarik yang

telah diperolehi sepanjang perlawanan tersebut dilaksanakan. Seterusnya, kami juga

telah membuat satu dokumentasi tentang program yang telah kami laksanakan. Kami

dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan satu laporan lengkap

berkenaan dengan program tersebut. Setiap kumpulan diminta untuk menyediakan

laporan sebelum, semasa dan selepas untuk dijadikan sebagai laporan. Laporan bagi

setiap kumpulan itu perlu dikumpul dan disatukan untuk digabungkan menjadi satu

laporan lengkap Pertandingan Futsal antara Sekolah Kebangsaan Jugra dan Sekolah

Kebangsaan Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan. Sepanjang program ini

berlangsung kami telah dapat mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan dan

cadangan untuk penambahbaikan bagi program pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Pertandingan Futsal yang telah kami laksana telah

memberi banyak manfaat dan pengalaman baru kepada kami. Secara tidak langsung

program ini telah memberikan pengalaman sebenar apabila kami berada di sekolah

kelak lebih- lebih lagi kami merupakan bakal seorang guru Pendidikan Jasmani.

20