LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN
Transcript of LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN
1
PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KG. SAMAN
TUARAN, SABAH.
Pada :
25 DISEMBER 2009 - 01 JANUARI 2010
Disediakan Oleh :
MAZLIE BIN NORINAH S/u Jawatankuasa Penganjur Program
GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW)
Kampung Saman, Peti Surat 432, 89207 Tuaran, Sabah. Tel : 088-793554 / 016-8414342 Fax : (+6088) 794 911
Emel : [email protected]
www.kampungsaman.blogspot.com
2
1.0 PENDAHULUAN
Laporan ini adalah berkenaan Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg.
Saman. Program yang pada awalnya, diilhamkan oleh KEMAS Daerah Tuaran ini
dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1000 telah diperincikan oleh GDW Kg.
Saman dengan kerjasama JKKK Kg. Saman. Matlamat utama program adalah:
MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT KG. SAMAN KHUSUSNYA BERKENAAN
KEPENTINGAN UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA BERSIH DALAM KAWASAN KAMPUNG,
DISAMPING UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA YANG LEBIH UTUH ANTARA
PENDUDUK DENGAN PEMIMPIN.
Objektif program yang digariskan untuk mencapai matlamat di atas adalah :
a. Memastikan semua penduduk Kg. Saman terlibat dengan aktiviti gotong-
royong yang diadakan.
b. Memberi kuasa pada ketua-ketua blok GDW yang dilantik untuk memimpin
blok masing-masing dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan.
c. Mengadakan aktiviti sampingan yang mewujudkan semangat kekitaan
dalam diri setiap penduduk Kg. Saman, Tuaran.
Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg. Saman ini diadakan secara
berperingkat-peringkat seperti berikut :
TARIKH/HARI AKTIVITI PROGRAM CATATAN
25-30 Dis 2009
(Jumaat)
- Penduduk bekerjasama membersihkan
padang dan kawasan perkuburan
- Penduduk membersihkan kawasan
rumah masing-masing
- Kawasan padang
(bekerjasama
dengan penduduk
Kg. Jembulang)
- Kawasan
Perkuburan
(bekerjasama
dengan penduduk
Kg. Berungis)
01 Jan 2010
(Jumaat)
Aktiviti 1 :
- Sukaneka
Aktiviti 2 :
- Majlis Perasmian/Penutupan
- Serahan Watikah Perlantikan Ketua
Blok
- Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR
- Cabutan Bertuah
Sila rujuk :
LAMPIRAN 1 : Aturcara
program pada 01
Januari 2010
3
2.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM
PENAUNG Pn. Nazarinah Binti Awang
Pegawai KEMAS Daerah Tuaran
PENASIHAT 1
En. Baklin Bin Poloh Penyelia KEMAS N.10 Sulaman
PENASIHAT 2
En. Jamlah Bin Hj. Matullah Ketua Kg. Saman
PENGERUSI
En. Mazlan Bin Norinah Pengerusi GDW Kg. Saman
TIMBALAN PENGERUSI En. Rubin Hj. JIjat
Pengerusi KRT Jembulang Saman
SETIAUSAHA/BENDAHARI En. Mazlie Bin Norinah
PENGURUS GOTONG-ROYONG PENGURUS SUKANEKA
Tn. Hj. Maddeli Bin Madsuarin En. Noor Rezam B. Jamlah
PENGURUS JAMUAN PENGURUS TEMPAT Pn. Rosnah Hj. Jijat En. Sabri Bin Hj. Betar
KETUA BLOK GDW KG. SAMAN, TUARAN
Ketua Blok Sinar Bunda Ketua Blok Sinar Petatap En. Razali Bin Amit En. Sudin Bin Sipai
Ketua Blok Sinar Tasenta Ketua Blok Sinar Dempulau
En. Lamat Bin Majid En. Awang Bin Hj. Matullah
Ketua Blok Sinar Damburi En. Awang Basar Bin Diki
4
3.0 TINDAKAN YANG TERLAKSANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PROGRAM
BIL MATLAMAT / OBJEKTIF TINDAKAN
01
Memastikan Semua Penduduk Kg. Saman
terlibat dengan aktiviti gotong-royong yang
diadakan
Menjemput semua
penduduk untuk terlibat
secara langsung dalam
aktiviti program. (Sila rujuk
LAMPIRAN 2 & 3)
02
Memberi Kuasa Pada Ketua-Ketua Blok GDW
Yang Dilantik Untuk Memimpin Blok Masing-
Masing Dalam Aktiviti Gotong-Royong Yang
Diadakan.
Memaklumkan pada setiap
ketua blok GDW berkenaan
tugas mereka sepanjang
aktiviti gotong-royong
dijalankan.
03
Mengadakan Aktiviti Sampingan Yang
Mewujudkan Semangat Kekitaan Dalam Diri
Setiap Penduduk Kg. Saman Tuaran.
Antara aktiviti yang
diadakan untuk mencapai
objektif ini adalah :
a. Sukaneka
b. Cabutan Bertuah
c. Penghargaan Pelajar PMR
Cemerlang.
5
4.0 LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG
4.1 Perjalanan Aktiviti Gotong-Royong
25 DISEMBER 2009 (JUMAAT)
Sesi Pagi
Aktiviti gotong-royong dijalankan pada 25 Disember 2009 dengan memberikan
tumpuan utama kepada kawasan-kawasan major seperti kawasan padang dan
kawasan perkuburan. Sekitar jam 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong dimulakan
dengan kerjasama penduduk Kg. Berungis dan Kg. Jembulang. Sebanyak 4 atau 5
buah mesin pemotong rumput kepunyaan penduduk digunakan untuk
membersihkan kawasan padang. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.30 untuk
memberi laluan kepada penduduk mengerjakan Solat Jumaat.
Sesi Petang
Aktiviti gotong-royong disambung semula selepas Solat Jumaat iaitu kira pada pukul
2.00 petang. Pada sesi petang ini, penglibatan belia dilihat amat
memberangsangkan sehingga pada lewat petang pada hari itu, kira-kira jam 5.30
petang, hampir ke semua kawasan padang telah dibersihkan.
6
26 DISEMBER 2009 (SABTU)
Pada hari kedua, aktiviti gotong-royong ini diadakan, keseluruhan kawasan padang
Kg. Saman telah habis dibersihkan sepenuhnya termasuk kawasan sekitar tanah
perkuburan.
27-31 DISEMBER 2009 (AHAD HINGGA KHAMIS)
Sebanyak lima (5) hari diperuntukkan untuk semua penduduk membersihkan
kawasan sekitar rumah masing-masing sebelum acara kemuncak program pada 01
Januari 2010 (JUMAAT ) diadakan.
7
4.2 Perbelanjaan Aktiviti Gotong-Royong
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25 Disember 2009) 50.00
02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26 Disember 2009) 50.00
03 Jamuan 50.00
04 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 170.00
Antara penduduk yang terawal membersihkan kawasan padang dengan
menggunakan mesin pemotong rumput mereka sendiri.
8
5.0 LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA
5.1 Perjalanan Aktiviti Sukaneka
01 JANUARI 2010 (JUMAAT)
Sekitar jam 7.30 pagi, ahli jawatankuasa penganjur melakukan persiapan untuk dua
aktiviti iaitu : Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian/Penutupan Program.
Pendaftaran peserta sukaneka diadakan pada jam 7.45 pagi iaitu terlewat hampir
sejam dari jangkaan awal.
Jam 8.00 pagi, acara sukaneka dimulakan mengikut aturan berikut :
ACARA KATEGORI CATATAN
ACARA 1 :
Cari Duit Dalam Tepung
- Lelaki Tahap 1
- Perempuan Tahap 1
- Lelaki Tahap 2
- Perempuan Tahap 2
- Kategori lelaki dan
perempuan bagi
tahap 1 dan tahap 2
dijalankan serentak.
ACARA 2 :
Makan Buah Epal
- Lelaki Tahap 1
- Perempuan Tahap 1
- Lelaki Tahap 2
- Perempuan Tahap 2
- Terbuka Lelaki Dewasa
- Terbuka Wanita Dewasa
- Kategori dewasa yang
sepatutnya
menggunakan palang,
diubah saat akhir untuk
kesesuaian peserta.
ACARA 3 :
Menganyam Ketupat
- Terbuka Wanita - Daun kelapa yang
digunakan sedikit
menyukarkan peserta.
ACARA 4 :
Menimang Bola
- Terbuka Lelaki - Berjalan dengan
lancar.
Meskipun terlewat daripada jadual asal, dengan beberapa pindahan saat akhir
yang dibuat oleh AJK Penganjur, acara sukaneka dapat diselesaikan kira-kira jam
9.40 iaitu sebelum Majlis Perasmian/Penutupan Program diadakan.
9
Ahli Jawatankuasa Penganjur membuat persiapan untuk Majlis
Penutupan/Perasmian Program
Peserta kanak-kanak yang lengkap dengan baju khas paling terhujah ketika aktiviti
sukaneka dijalankan.
10
Semangat Warga Emas : Tn. Hj. Maddeli antara golongan warga emas yang
bersemangat untuk sama-sama menjayakan aktiviti sukaneka.
Sukaneka Kategori Terbuka : Menganyam Ketupat.
11
Bermacam-macam gelagat semasa aktiviti sukaneka diadakan.
5.2 Perbelanjaan Aktiviti Sukaneka
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
01 Tali Rafia 3.50
02 Buah Epal (30 biji) 21.00
03 Tepung (1 Kg) 2.00
04 Pinggan Kertas (20 keping) 2.00
05 Bola Sepak 55.00
06 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 360.00
06 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)
Pertama : RM 5
Kedua : RM 3
Ketiga : RM 2
80.00
07 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)
Pertama : RM 10
Kedua : RM 7
Ketiga : RM 5
88.00
08 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 611.20
12
6.0 LAPORAN MAJLIS PERASMIAN / PENUTUPAN PROGRAM
6.1 Perjalanan Majlis Perasmian / Penutupan
01 JANUARI 2010 (JUMAAT)
Majlis dimulakan sebaik sahaja aktiviti sukaneka selesai iaitu kira-kira jam 10.00 pagi.
Majlis ini dirasmikan oleh En. Baklin Bin Poloh, Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, selaku
wakil kepada Pn. Nazarinah Binti Awang, Pegawai KEMAS Daerah Tuaran yang
mempunyai urusan lain untuk dibereskan seperti yang dimaklumkan oleh Encik Baklin
Bin Poloh dalam ucapan perasmian/penutupan beliau.
Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, En. Baklin Bin Poloh selaku wakil Pegawai KEMAS
Tuaran menyampaikan ucapan perasmian/penutupan program.
Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW
Dalam majlis serba ringkas ini juga, seramai lima (5) orang Ketua Blok GDW Kg.
Saman yang baru dilantik menerima watikah perlantikan masing-masing yang
diserahkan sendiri oleh En. Baklin Bin Paloh. Lima (5) orang yang dilantik adalah :-
13
BIL NAMA KETUA BLOK
01 En. Razali Bin Amit Sinar Bunda
02 En. Sudin Bin Sipai Sinar Petatap
03 En. Lamat Bin Majid Sinar Tasenta
04 En. Awang Bin Hj. Matullah Sinar Dempulau
05 En. Awang Bin Basar Sinar Damburi
Wajah ceria En. Baklin sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung Saman, En. Jamlah
Bin Matullah, semasa menyampaikan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW kepada
lima (5) orang yang dilantik.
Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR 2009
Selain itu juga, pihak JKKK Kg. Saman mengambil kesempatan untuk memberi
penghargaan kepada dua (2) orang pelajar cemerlang dalam PMR 2009 yang
masing-masing mendapat keputusan 8A 1B iaitu : Adik Abdul Aziz Bin Abdul Noor
dan Adik Mohd. Syukri Bin Radin.
14
Naib Ketua Pemuda UMNO Tuaran, En. Norjaip Bin Hj. Daip menyampaikan hadiah
kepada bapa salah seorang pelajar cemerlang PMR 2009, sambil diperhatikan oleh
Pengerusi GDW Kg. Saman, En. Mazlan Bin Norinah (Kiri).
Cabutan Bertuah
Tidak cukup memberi hadiah kepada pemenang sukaneka, penganjur turut
menyediakan acara cabutan bertuah khas untuk kanak-kanak sekolah rendah.
Sebanyak lima belas (15) cabutan bertuah telah diberikan kepada kanak-kanak
yang bertuah pada hari itu.
Majlis berakhir kira-kira jam 10.40 pagi, selepas penyerahan cenderahati khas
daripada GDW Kg. Saman kepada En. Baklin Bin Poloh.
6.2 Laporan Perbelanjaan Majlis Perasmian / Penutupan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
01 Bendera Mini (8 set) 52.00
02 Khemah & Kerusi 50.00
03 PA Sistem 50.00
04 Kertas Sijil (5 keping) 3.50
05 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 320.00
05 Saguhati Pelajar PMR 60.00
15
06 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00
07 Jamuan 400.00
08 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00
09 Lain-Lain 20.00
JUMLAH 1165.50
Majlis Perasmian/Penutupan Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua
orang Ketua Kampung bersebelahan iaitu dari kiri berbaju hijau, Tn. Hj. Nin B. Hj.
Madurah (Ketua Kg. Jembulang) dan duduk ditengah berbaju putih, En. Looh Bin
Bakti (Ketua Kg. Berungis)
16
7.0 LAPORAN PENUH PERBELANJAAN KESELURUHAN PROGRAM
BIL PERKARA
HARGA
SEUNIT
(RM)
JUMLAH (RM)
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
01 Minyak Mesin Pemotong Rumput (25
Disember 2009)
50.00
02 Minyak Mesin Pemotong Rumput (26
Disember 2009)
50.00
03 Jamuan 50.00
JUMLAH 150.00
AKTIVITI SUKANEKA
04 1 Gulung Besar Tali Rafia 3.50 3.50
05 30 Biji Buah Epal 0.70 21.00
06 Tepung (1 Kg) 2.00 2.00
07 Pinggan Kertas (20 keping) 0.10 2.00
08 Bola Sepak 55.00 55.00
09 Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) 12.00 360.00
10 Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara)
Pertama : RM 5
Kedua : RM 3
Ketiga : RM 2
10.00 80.00
11 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara)
Pertama : RM 10
Kedua : RM 7
Ketiga : RM 5
22.00 88.00
JUMLAH 611.20
MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN
12 Bendera Mini (8 set) 6.50 52.00
13 Khemah & Kerusi 50.00
14 PA Sistem 50.00
15 Kertas Sijil (5 keping) 0.70 3.50
16 Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) 16.00 320.00
17 Saguhati Pelajar PMR 30.00 60.00
18 Hadiah Cabutan Bertuah 170.00
19 Jamuan 400.00
20 Cenderahati Pegawai KEMAS 40.00
JUMLAH 1165.50
21 LAIN-LAIN PERBELANJAAN 60.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1986.70
17
8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Program Gotong Royong Mesra Rakyat 2009 GDW
Kampung Saman ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang
disasarkan.
Bermula dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan seluruh penduduk
kampung, seterusnya aktiviti sukaneka berbagai kategori dan Majlis
Perasmian/Penutupan yang ringkas tetapi padat dengan berbagai acara seperti
penerimaan watikah perlantikan ketua blok, penerimaan penghargaan pelajar
cemerlang dan cabutan bertuah, menjadikan program yang dilaksanakan oleh
GDW Kg. Saman ini memenuhi keperluan dua (2) fokus utama program iaitu
membersihkan kampung dan mesra rakyat.
Pihak GDW Kg. Saman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-
mana pihak atau individu yang membantu sepanjang program dilaksanakan.
Semoga semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri bukan saja penduduk Kg.
Saman malah penduduk kampung berhampiran juga mereka yang memimpin
dalam memastikan komuniti kita sentiasa bekembang secara positif dalam apa jua
aspek, pada masa akan datang. Siapa lagi kalau bukan kita!!