Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

6
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform (UB) Pengakap KLM 17 Pada 19.04.2015 hingga 22.04.2015 satu perkhemahan UB telah dilaksanakan di Mutiara Motor Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam. Seramai 80 peserta daripada pelbagai UB seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah telah menyertai perkhemahan ini. Pada hari pertama kami (UB Pengakap KLM 17) telah berkumpul di parker bas blok I pada pukul 8.00 pagi. Setelah berkumpul satu taklimat ringkas telah diberikan oleh pensyarah bimbingan kami. Setelah selesai taklimat semua unit beruniform telah mengambil barang keperluan perkhemahan seperti khemah, barang memasak, tong gas dan sebagainya mengikut giliran masing-masing di Bilik stor peralatan. Barang ini telah di agihkan olen En.Mohd Jasa. Setelah mendapat barang perkhemahan itu AJK Peralatan telah memeriksa keadaan peralatan yang diterima dan juga menyemak senarai peralatan sama ada barang yang diambil itu cukup atau pun sebaliknya. Lebi kurang pada pukul 9.00 pagi kami telah bertolak ke tapak perkhemahan Di Mutiara Moto Resort, Kampung Mawai, Kuala Sedili, Kota Tinggi dengan menaiki dua buah bas yang satunya di sewa Khas dari luar. Perjalanan dari IPG ke tapak perkhemahan telah mengambil masa selama 2 jam. Pada pukul 11.00 pagi kami tiba di lokasi perkhemahan lalu menurunkan peralatan-peralatan perkhemahan mengikut UB masing- masing. Satu taklimat ringkas telah diberi oleh Tn.Hj Tormadi Ketua Penyelaras Unit Beruniform. Setelah selesai taklimat itu semua ahli unit beruniform telah bergerak ke tapak perkhemahan untuk memdirikan khemah UB masing.

description

cvbf

Transcript of Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform (UB) Pengakap KLM 17Pada 19.04.2015 hingga 22.04.2015 satu perkhemahan UB telah dilaksanakan di Mutiara Motor Resort Tanjung Sedeli, Kota Tinggi. Perkhemahan ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam. Seramai 80 peserta daripada pelbagai UB seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah telah menyertai perkhemahan ini. Pada hari pertama kami (UB Pengakap KLM 17) telah berkumpul di parker bas blok I pada pukul 8.00 pagi. Setelah berkumpul satu taklimat ringkas telah diberikan oleh pensyarah bimbingan kami. Setelah selesai taklimat semua unit beruniform telah mengambil barang keperluan perkhemahan seperti khemah, barang memasak, tong gas dan sebagainya mengikut giliran masing-masing di Bilik stor peralatan. Barang ini telah di agihkan olen En.Mohd Jasa. Setelah mendapat barang perkhemahan itu AJK Peralatan telah memeriksa keadaan peralatan yang diterima dan juga menyemak senarai peralatan sama ada barang yang diambil itu cukup atau pun sebaliknya. Lebi kurang pada pukul 9.00 pagi kami telah bertolak ke tapak perkhemahan Di Mutiara Moto Resort, Kampung Mawai, Kuala Sedili, Kota Tinggi dengan menaiki dua buah bas yang satunya di sewa Khas dari luar. Perjalanan dari IPG ke tapak perkhemahan telah mengambil masa selama 2 jam. Pada pukul 11.00 pagi kami tiba di lokasi perkhemahan lalu menurunkan peralatan-peralatan perkhemahan mengikut UB masing-masing. Satu taklimat ringkas telah diberi oleh Tn.Hj Tormadi Ketua Penyelaras Unit Beruniform. Setelah selesai taklimat itu semua ahli unit beruniform telah bergerak ke tapak perkhemahan untuk memdirikan khemah UB masing. Pada pukul 2.30 petang kami telah menjalani satu kursus pengenalan yang di kendalikan oleh En. Abdul Latiff Bin Awi Penolong Pesuruhjaya KLM 17 IPGKTI . Dalam kursus pengenalan ini kami telah didedahkan dengan Tujuan dan Dasar Kepengakapan, Prinsip Asas Kepengakapan / Dasar Pertubuhan Undang-Undang (POR), Rekod dan Dokumen Kumpulan, Skema Latihan Kepimpinan, Sejarah Pengakap Dan juga Pakaian Seragam Pengakap. Kursus ini telah dijlankan selama 3 jam. Pada pukul 6.00 petang kami mulakan aktiviti memasak untuk makan malam. Setiap sekawan perlu masak untuk sekawan masing-masing. Selepas makan malam kami mula membuat gajet. Kami diarahkan untuk membuat lima buat gajet seperti gajet rak kasut, ampaian, pintu gerbang, gajet simpan peralatan dan gajut dapur. Pada pukul 10.00 malam kami telah menyiapkan gajet-gajet dan mula tidur. Pada hari tersebut sekawan merah telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pada waktu malam. Pada hari kedua pada 20 April 2015 bersamaan hari Isnin kami bangun pada pukul 6.30 pagi dan bersiap sedia untuk senaman Malaysia Cergas. Setelah selesai senaman kami bersedia untuk sarapan pagi dan kemas diri untuk pemeriksaan pagi. Pemeriksaan pagi ini diketuai oleh Puan Hajah Khadijah Ahmad. Setelah selesai pemeriksaan pagi kami buat laung agung. Pada hari ini kami mulakan program kami dengan kursus Manik Kayu Peringkat 1. Pada pukul 9.00 pagi kami mulakan sesi pertama dengan istiadat pengakap (Teori dan Amalan). Pada sesi ini kami didedahkan dengan hormat pengakap, isyarat Pengakap, berjabat tangan Pengakap, Laung Agung, Istiadat mengibar bendera dan menurun bendera. Sesi ini diketuai oleh Tn. Haji Tormadi Bin Jono. Setelah selesai sesi pertama kami terus ke sesi ke dua iaitu Unit Pengakap Kanak-Kanak (PKK). Sesi ini dijalanankan oleh Tn.Hj zainal Mohd.Amin. Dalam sesi ini kami diberi input untuk mengenali kanak-kanak 8-12 tahun, perkembangan jasmani,rohani,emosi dan intelek, perubahan tingkahlaku kanak-kanak mengikut umur dan kaitan dengan program/ aktiviti pkk. Pada waktu tengah hari kami terus ke sesi ke tiga iaitu Peranan dan Tanggungjwab Pemimpin Pengkap. Sesi ini dikendalikan oleh Encik Tamilarasu A/L Subramaniam. Peranan ini di bahagikan kepada ahli individu unit, kepada ibu bapa ahli, kepada penolong unit, kepada diri sendiri dan kepada unitnya. Pada pukul 1.00 tengah hari kami berhenti rehat untuk makan tengah hari. Pada pukul 2.30 petang kami meneruskan sesi ke empat iaitu Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak. Dalam sesi ini kami didedahkan dengan Lencana keahlian, Lencana Kemajuan dan Lencana Wajib / Lencana Kepandaian. Sesi ini diketuai oleh Encik Abdul LAtiff Bin Awi. Pada pukul 4.30 petang kami melakukan sesi kelima dengan permainan pengakap. Sesi ini dijalankan oleh Pn. Hajah Khalidah Binti Ahmad dan diteruskan sesi Keenam dengan merancang Program yang diketuai Pn. HAlidah Binti Mohd. Jedi. Pada pukul 6.30 petang kami diberi rehat. Sesi kesembilan telah dimulakan dengan pukul 9.00 pagi. Sesi ini berkitan dengan cerita hutan. Pada sesi ini kami berperanan dan watak ahli rimba, peranan utama budak anak serigala. Kami melakonkan cerita hutan. Sesi ini diketuai oleh Tuan Haji Zainal bin Mohd Jedi. Setelah habis sesi ini kami masuk tidur pada pukul 10.00 malam. Hari ketiga iaitu pada 21 april 2015 pada hari selasa aktiviti senaman bermula pada pukul 6.30am.Selepas senaman cergas sarapan pagi pula di beri masa selama 1satu jam untuk makan seterusnya bersiap sedia untuk pemeriksaan pagi,laung agung dan taklimat pengenalan jurulatuh /pembimbing di beri oleh Puan Hajah Khadijah Binti Ahmad.Selepas taklimat pada pukul 8.40 am minum pagi disediakan mengikut setiap kumpulan.Kemudian slot seterusnya bermula pada pukul 9.00am bermula sesi yang ke-7 iaitu aktiviti asas satu pengakap kanak-kanak di dalam sesi ini kemahiran pengakap (kemahiran Lencana keahlian) di beri oleh Tuan Haji Tormadi.Selepas sesi diadakan penilaian terdapat empat pengkalan iaitu pengkalan 1:Persetiaan dan undang-undang,pengkalan 2:laung agung, pengkalan 3:simpulan(buku sila,bunga geti,manok).Penilainya di nilai oleh Tuan Haji Tormadi,Puan Hajah Khdijah,Encik Abdul Latif dan Tuan Haji Zainal.

Seterusnya sesi 8 aktiviti aras kedu pengakap kanak-kanak (kemahiran pengakap) di bawah kemahiran Lencana Keahlian.Penilaian terdapat empat pengakalan, Pengalan 1:asas kawad kaki(kawad static) Pengakalan 2: isyarat sulit, pengkalan 3:menjaga pisau dan parang dan pengkalan 4:simpulan (tindih kasih,simpul balak,simpul serentak).Ujian pengkalan tamat pada pukul 1.00pm kami di beri rehat pukul 1.00-2.30 untuk masakan tengahari dan makan.Pada pukul 2.30pm sesi ke-10 bermula system berpetrol di beri oleh Encik.Abdul Latif Bin Awi tajuk yag diberi taklimat oleh beliau adalahh takrif petrol,faedah system berpetrol,lantikan ketua dan penolong ketua petrol,pengurusan patrol dan prestasi patrol dan manfaat system patrol dalam komuniti.Sesi ke-10 bertamat pada pukul 4.30pm dan kami diberi setengah jam untuk berehat.

Pada pukul 5pm sesi ke-11 organisasi kumpulan daerah dan negeri bermula,penceramah ini di beri oleh Tuan Haji Yusof Bin Osman tajuk-tajuk yang dibincang dalam sesinya adalah struktur pentadbiran kumpulan,struktur organisasi pengakap daerah,struktur majlis pengakap negeri dan peranan/fungsi jawatan dalam pengakap.Semua kumpulan di agihkan tajuk untuk membuat pembentangan dalam kumpulan selepas pembentangan tuan telah menjalankan perbincangan bersama.Taklimat tersebut bertamat pada pukul 6.30pm seterusnya kami bermasak untuk makanan malam dan kami bersedia untuk malam kebudayaan.

Selepas malam kebudayaan sesi ke 12 bermula pada pukul 11 malam sesi berjudul malam pengakap iaitu perkara-perkara yang dibincang adalah pengacara malam pengakap,tujuan diadakan malam pengakap dan pengisian malam pengakap, cermah diberi oleh Tuan Haji Tormadi Bin Juno.Seterusnya 11.30 malam taklimatnya bertamat kami berehat dan sekawan biru yang bertugas Pada hari rabu 22 april 2015 adalah hari keempat.Senaman Malaysia Cergasbermula pada pukul 6.0am di beri oleh Encik.Tamilarasu, selepas senaman pagi kami di beri masa untuk bersiap sedia dan makan arapan pagi.Pada pukul 8pagi pemeriksaan pagi,laung agung bermula.Seterusnya Taklimat pengenalam jurulatih/pembimbing diberi oleh Puan Hajah Khadijah Bin Ahmad.Seterusnya kami masa untuk berehat sekejap.Pada pukul 9 pagibermula sesi ke-13 iaitu perjumpaan pek mingguan,perkara-perkaraa yang dibincang adalah laung agung,istiadat bendera,aktiviti menyanyi lagu pengakap dan aktiviti permainan, taklimat ini diberi oleh Encik Abdul Latif Bin Awi.Taklimat ini bertamat pada pukul 9.30 pagi.

Pada pukul 9.30 pagi-11 pagi aktiviti khidmat komuditi iaitu gotong-royong membersihkan mutiara roda resort,iaitu tempat perkhemahan dan serestunya.Pada pukul 11pagi hingga 12 tengah hari mengadakan majlis penutupiaitu semua unit beruniform berkumpul majlis penutupnya dirasmikan oleh timbalan pengarah pengurusan Dr.Yasid Bin Manaf.Seterusnya pada pukul 12 tengah hari kemas peralatan dan bertolak balik ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim.Kami sampai ke blok I pada pukul 2.30 petang dan semua unit menyusun barang yang dibincang ke dalam stor.