Laporan Pertandingan Badminton
date post
28-Dec-2015Category
Documents
view
377download
7
Embed Size (px)
description
Transcript of Laporan Pertandingan Badminton
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]
LAPORANPERTANDINGAN BADMINTON
5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013GELANGGANG BADMINTONDIPADANG DAN GIMNASIUM,IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
ANJURAN PISMP SEMESTER 2PENDIDIKAN ISLAM, TESL1 DAN TESL 2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARAHALAMAN
1.PENGHARGAAN3
2.MAKLUMAT PROGRAM 1.0 PENGENALAN2.0 RASIONAL3.0 LATAR BELAKANG4.0 OBJEKTIF5.0 MAKLUMAT PROGRAM 6.0 PENGISIAN PROGRAM 5
3.7.0 TENTATIF PROGRAM 9
4.
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM8.1 JAWATANKUASA PELAKSANA8.2 JAWATANKUASA PENGADILAN11
5. 9.0 LAPORAN HARI PERTANDINGAN 15
610.0 LAPORAN KEWANGAN23
711.0 LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM26
11.1 LAPORAN PENGERUSI27
11.2 LAPORAN SETIAUSAHA31
11.3 LAPORAN JAWATANKUASA PENGADILAN35
11.4 LAPORAN URUSETIA PERTANDINGAN37
11.5 LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN39
11.6 LAPORAN JAWATANKUASA KESELAMATAN41
11.7 LAPORAN JWATANKUASA MAKANAN43
11.8 LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAHATI45
11.9 LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI47
812.0 PENUTUP50
913.0 LAMPIRAN52
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan laporan penuh untuk Pertandingan Badminton bagi amali Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Semester 2 2013. Pertandingan yang dianjurkan dan dikelolakan sendiri oleh ahli GERKO Badminton ini telah diadakan pada ................ Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Gerak Kerja Kokurikulum Permainan yang mempunyai pemberatan markah sebanyak 30%. Sekalung penghargaan khusus ditujukan buat pensyarah penasihat, Encik Yunus bin Yusuf atas segala nasihat dan tunjuk ajar serta panduan yang berterusan kepada kami dalam melaksanakan pelbagai tugasan sepanjang penglibatan kami dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan khususnya pengelolaan Pertandingan Badminton ini. Selain itu, ribuan terima kasih saya titipkan buat rakan-rakan yang banyak membantu, memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan dalam menjayakan pertandingan ini sekaligus memberi komitmen dalam membantu kelancaran proses menyiapkan laporan dan pendokumentasian ini. Segala jasa baik rakan-rakan amatlah saya hargai.Semoga pelaksanaan dan pengelolaan pertandingan ini membawa manfaat dan memberi impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh,
................................................(AZRINA BINTI AZMAN)Setiausaha,Jawatankuasa Dokumentasi,Pertandingan Badminton,Pengurusan GERKO PISMP Semester 2 2013.
MAKLUMAT PROGRAM
1.0 PENGENALAN
Badminton merupakan sejenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Pertandingan badminton ini adalah salah satu usaha yang diharapkan dapat menyumbang ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini adalah bagi melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemahiran dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan serta lapangan kehidupan sekaligus melahirkan generasi guru yang berkualiti tinggi pada masa akan datang.
2.0 RASIONAL
Pertandingan badminton ini merupakan salah satu aktiviti untuk amali lapangan yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan. Program ini bakal memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih yang terlibat tentang pengurusan pelaksanaan pertandingan bagi aktiviti kokurikulum. Melalui pelaksanaan pertandingan ini, secara tidak langsung akan dapat mengasah bakat guru pelatih dalam sukan pada peringkat awal sebelum melangkah ke alam pengajaran di sekolah serta menonjolkan kecenderungan dalam bidang pengurusan.
3.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan, daripada pihak Tuan Pensyarah bagi menjayakan Pertandingan Badminton yang dirancang untuk diadakan pada 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013. Program ini dirancang bagi memenuhi sukatan pelajaran Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan di samping memupuk kerjasama dan kemahiran awal dalam kalangan mahasiswi guru untuk menguruskan pertandingan-pertandingan kokurikulum di peringkat sekolah apabila keluar sebagai guru nanti.
4.0OBJEKTIF
Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut : Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. Mendidik serta mendedahkan guru pelatih supaya bijak mengatur strategi bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Untuk melahirkan guru pelatih yang sihat dan cergas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih untuk menganjurkan sesuatu program.
5.0MAKLUMAT PROGRAM
5.1 TARIKH DAN MASA
Pertandingan ini akan dilaksanakan pada tarikh dan masa sebagaimana yang berikut:
TARIKH : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013MASA:2.30 petang 4.30 petang5.2 TEMPAT
Pertandingan ini akan dijalankan di gelanggang badminton di padang dan Gimnasium IPG Kampus Dato Razali Ismail.
5.3 PENYERTAAN
Program ini disertai oleh mahasiswi guru PISMP AMBILAN JUN 2013 dari unit PAI 1, TESL 1 dan TESL 4 yang mengambil pengkhususan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan Badminton seramai 11 orang.
6.0PENGISIAN PROGRAM
Taklimat sebelum pertandingan. Perlawanan badminton antara kumpulan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah.
7.0 TENTATIF PROGRAM
7.0TENTATIF PROGRAM
MasaAktiviti
8.00a.m 8.30 a.m Pendaftaran peserta. Taklimat pertandingan
8.30 a.m 9.30 a.m Pusingan Pertama Perlawanan Individu
9.30 a.m 10.00 a.m
Pusingan Ke-2 Perlawanan Individu
10.00 a.m 4.30 p.m Rehat Solat Makan tengahari
4.30 p.m 5.00 p.m Pusingan Ke-3 perlawanan Individu
5.00 p.m 5.30 p.m Pusingan Ke-4 Perlawanan Individu
5.30 p.m 6.00 p.m Pusingan Ke-5 / Terakhir Perlawanan Individu
6.00 p.m- 6.30 p.m Majlis Penutup Bersurai
PELAWANAN BADMINTON INDIVIDU PEREMPUANGELANGGANG BADMINTON DI PADANG (5 SEPTEMBER 2013)
PERLAWANAN BADMINTON BEREGU PEREMPUANGIMNASIUMHari Pertama (12 SEPTEMBER 2013)MASAAKTIVITI
2.30 p.m -2.45 p.m-Pendaftaran peserta-Taklimat pertandingan
2.30 p.m 4.30 p.m- Pusingan Pertama
4.00 p.m 4.30 p.m- Majlis Penutup-Bersurai
Hari Kedua (15 SEPTEMBER 2013)MASAAKTIVITI
2.30 p.m -2.45 p.m-Pendaftaran peserta-Taklimat pertandingan
2.30 p.m 4.30 p.m-Pusingan Ke-2/ Terakhir
4.00 p.m 4.30 p.m- Majlis Penutup-Bersurai
8.0JAWATANKUASA PROGRAM
8.1JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa pelaksana bagi perlawanan yang akan diadakan pada 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013 adalah seperti berikut :
PENASIHAT: Encik Yunus bin YusufPENGERUSI: Syarifah Noor Amalina Binti Syed AliNAIB PENGERUSI: Natasha binti Nik KamaruddinSETIAUSAHA: Azimah Binti Abdul GhaniBENDAHARI: Nur Atiqah Binti Mohd NasirAJK PERALATAN :Anis Afifah Binti Shahiri
AJK MAKANAN :Nadhira Binti Mohd Azhari
AJK HADIAH :Nur Liyana Fasehah binti Abdul Aziz
AJK TEKNIKAL :Yeoh Hai Nin
AJK KESELAMATAN : Suhashini a/p Selva Raj
AJK DOKUMENTASI : Azrina binti Azman
JAWATANKUASA PENGADILAN : Faizah Zakiah Binti Jumaat Noor Rosmaini Binti Zahari
8.2JAWATANKUASA PENGADILAN
PENGADIL PADANG1. Khavitraa a/p Simmathiri2. Syarifah Hakimah binti Syed RosliPENCATAT MASA1. Shafwah binti Alias2. Grace Ng Pei XinPENJAGA MASA1. Suhashini a/p Selva Raj 2. Nurmasni binti Mohd FakriPENJAGA GARISAN1. Aida Hanis binti Aminordin Sabri2. Syarifah Noor Amalina binti Syed.AliJURI RAYUAN1. Nurul Shahida binti Mohd Azilah2. Nurul Hidayah binti Mohd Razali Fuzai3. Nur Asnida binti Mohd Suhaidi
9.0LAPORANHARI PERTANDINGAN
LAPORAN PERJALANAN PERTANDINGAN BADMINTON PISMP SEM 2 2013
Bagi melunaskan tuntutan pemarkahan Gerak Kerja Kokurikulum atau Gerko sekaligus sebagai langkah sinergi ke arah bakal guru yang fleksibel memenuhi dan mencakupi hasrat 4K menerusi bidang ini yakni kemahiran, kecergasan, kejurulatihan dan kepegawaian, kami para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2 2013 ambilan Jun 2013 telah menganjurkan atau mengelolakan Pertandingan Badminton secara individual dan beregu di kalangan kami, PAI 1, TESL 1 dan TESL 4. Perlawanan ini telah diadakan di Gelanggang Badminton yang bertempat di Padang Dan Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013. Sebelum pertandingan ditetapkan dan diadakan, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat sama ada umum waima khusus yang bertujuan melantik jawatankuasa induk perlawanan, perbincangan persediaan yang ampuh dan apik untuk perlawanan tersebut dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan aturan dan perancangan yang rapi tersebut, ahli jawatankuasa dapat menjalankan bidang tugas masing-masing dengan baik. Sebagai tamsilan, padang dan sebarang peralatan yang diperlukan pada hari pertandingan siap tersedia sejak sebelum pendaftaran pada pagi pertandingan berlangsung. Tidak lain dan tidak bukan, semua ini adalah impak kerjasama antara ahli