Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

14
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA ZON PERINGKAT DAERAH LIMBANG 2013 Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola jaring peringkat Zon E. Pertandingan ini telah berlangsung pada 15 Mac 2013 dan disertai oleh 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam, Sekolah Kebangsaan Bukit Batu dan Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit. Dalam pertandingan tersebut, pasukan dari SK Kuala Medalam (A) telah menjadi juara diikuti oleh pasukan dari SK Nanga Medamit di tempat kedua, SK Bukit Batu di tempat ketiga dan SK Kuala Medalam (B) di tempat ke empat. Pemilihan peserta untuk mewakili zon E telah dibuat melalui perbincangan bersama jurulatih dan empat orang pemain dari SK Kuala Medalam, 3 orang dari SK Nanga Medamit dan 2 orang dari SK Bukit Batu telah dipilh. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili Zon E ke pertandingan peringkat daerah Limbang: NO. NAMA NO KAD PENGENALAN POSIS I SEKOLAH 1 KERESTINA ANAK ANGGA 010828-13- 0802 C SKKM 2 NICOLE SPEARS ANAK RENGAN 010607-13- 0602 GA SKKM

description

laporan

Transcript of Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

Page 1: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA ZON

PERINGKAT DAERAH LIMBANG 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam telah menjadi tuan rumah bagi

pertandingan bola jaring peringkat Zon E. Pertandingan ini telah berlangsung pada 15

Mac 2013 dan disertai oleh 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam,

Sekolah Kebangsaan Bukit Batu dan Sekolah Kebangsaan Nanga Medamit. Dalam

pertandingan tersebut, pasukan dari SK Kuala Medalam (A) telah menjadi juara diikuti

oleh pasukan dari SK Nanga Medamit di tempat kedua, SK Bukit Batu di tempat ketiga

dan SK Kuala Medalam (B) di tempat ke empat. Pemilihan peserta untuk mewakili zon

E telah dibuat melalui perbincangan bersama jurulatih dan empat orang pemain dari SK

Kuala Medalam, 3 orang dari SK Nanga Medamit dan 2 orang dari SK Bukit Batu telah

dipilh. Berikut adalah senarai nama pemain yang mewakili Zon E ke pertandingan

peringkat daerah Limbang:

NO. NAMA NO KAD

PENGENALAN

POSISI SEKOLAH

1 KERESTINA ANAK ANGGA 010828-13-0802 C SKKM

2 NICOLE SPEARS ANAK RENGAN 010607-13-0602 GA SKKM

3 LENNY ANAK MEMUAS 011012-13-0026 GS SKKM

4 ELYINA STEPHINE ZAKARIAH 011121-13-0658 WD SKKM

5 VAROLYNN ANNTUN ANAK BILLE 010605-13-0764 WA SKNM

6 OLYVIER GEORGE 010225-13-0340 GD SKNM

7 GEOVIENA EVA ANAK GARAN 010115-05-0112 GK SKNM

8 JESSNITA LEKA ANAK PETER 020402-13-1192 C (S) SKBB

9 CHRISTINE JOANE ANAK SEMU 010328-13-0474 GS (S) SKBB

Jadual 1 : Senarai Nama Pemain Bola Jaring

Page 2: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

Bermula dari 3 April 2013 hingga 10 April 2013, kesemua pemain telah menjalani

latihan pusat di SK Kuala Medalam di bawah bimbingan Cik Nursuhana binti Ismail, Cik

Nursuhaida binti Suhaili dan Cik Tini ak Siga. Latihan dijalankan pada jam 8.00 pagi

hingga 11 pagi dan 4.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari. Antara latihan yang

dijalankan ialah latihan stamina, hantaran dan menerima bola, menjaring bola,

membuat halangan, pergerakan kaki dan strategi-strategi permainan. Latihan yang

dijalankan. Melalui latihan ini, sedikit sebanyak telah menyediakan pemain dari segi

mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan bola jaring pada peringkat daerah.

Pada 10 April 2013 pasukan Zon E telah menyertai pertandingan bola jaring

peringkat daerah yang diadakan di Stadium Tertutup Limbang. Zon-zon yang menyertai

pertandingan ini ialah Zon A, Zon B, Zon C, Zon D dan Zon E. Pertandingan dimulakan

seawal jam 8.30 pagi iaitu antara Zon A dan Zon D. Berikut adalah jadual perlawanan

peringkat liga kumpulan:

MASA PASUKAN PENGADIL

0815-0850 ZON B VS ZON E A,D

0850-0925 ZON A VS ZON D C,E

0925-1000 ZON C VS ZON E B,D

1000-1035 ZON B VS ZON D A,C

1035-1110 ZON A VS ZON C D,E

1110-1145 ZON D VS ZON E B,C

1145-1220 ZON B VS ZON C E,A

1220-1255 ZON E VS ZON A C,B

1255-1330 ZON C VS ZON D A,B

1330-1405 ZON A VS ZON B E,D

Jadual 2 : Jadual Perlawanan Peringkat Liga Kumpulan

Page 3: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

Kesemua pemain telah menunjukkan saingan yang begitu sengit dalam

pertandingan ini. Dalam saingan yang pertama, Zon E telah memenangi perlawanan

mengalahkan Zon B dengan mata 15-8. Namun oleh kerana perlawanan yang beturut

selepas itu, pasukan Zon E tidak dapat menyaingi pasukan dari Zon C dan kalah

dengan mata 36-2. Dalam saingan yang seterusnya pasukan Zon E hampir menang

apabila mendahului 7-4 pada pusingan pertama dengan pasukan Zon D namun

akhirnya tewas di mana pasukan Zon D menang tipis dengan mata 14-13. Perlawanan

yang terakhir di antara Zon E menentang Zon A akhirnya memihak kepada Zon A

dengan kemenangan 16-11. Keputusan rasmi diumumkan dan kejuaraan telah

berpihak kepada Zon C, naib johan dari Zon A, tempat ketiga dari Zon D, tempat ke

empat dari Zon E dan tempat ke lima ialah Zon B. Berikut ialah keputusan penuh

perlawanan bola jaring peringkat daerah Limbang.

BIL PASUKAN KEPUTUSAN

1 ZON B VS ZON E 8-15

2 ZON A VS ZON D 18-1

3 ZON C VS ZON E 36-2

4 ZON B VS ZON D 1-20

5 ZON A VS ZON C 3-20

6 ZON D VS ZON E 13-14

7 ZON B VS ZON C 1-34

8 ZON E VS ZON A 11-16

9 ZON C VS ZON D 32-5

10 ZON A VS ZON B 20-4

Jadual 3 : Keputusan Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah

Page 4: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

Sepanjang sesi latihan dan perlawanan terdapat beberapa kekuatan dan

kelemahan yang dapat dilihat.

KEKUATAN

1. Stamina

Dari segi kekuatan, peserta dari Zon E mempunyai tahap stamina yang agak baik di

mana para peserta diberi latihan stamina yang mencukupi sepanjang sesi latihan pusat

dijalankan. Ini dibuktikan apabila para peserta dapat memberi saingan yang kuat

kepada kumpulan-kumpulan lain semasa pertandingan berlangsung.

2. Mempunyai minat terhadap permainan

Selain itu, para pemain juga mempunyai minat yang tinggi dalam permainan bola jaring

di mana mereka telah memberi komitmen yang begitu baik sepanjang sesi latihan pusat

dijalankan dan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Pihak sekolah yang

terlibat juga memberi sokongan penuh dengan menghantar pemain-pemain yang dipilih

untuk menjalani latihan pusat dan juga turut hadir ke Stadium Tertutup Limbang untuk

memberi sokongan kepada para pemain semasa perlawanan.

KELEMAHAN

1. Pemilihan pemain yang terhad

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya pasukan bola

jaring menjadi lebih mantap pada masa akan datang. Pemilihan pemain sebenarnya

terhad kepada tiga buah sekolah sahaja dan ini menyebabkan pemilihan pemain yang

berpotensi tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Pada masa akan datang, sekolah-

sekolah yang mempunyai murid yang sedikit mungkin boleh hanya menghantar wakil

mereka semasa pertandingan peringkat Zon E dijalankan supaya dapat digabungkan

dengan pasukan yang sedia ada untuk menguji bakat murid-murid tersebut.

Page 5: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

2. Tidak menjalani latihan yang cukup

Semasa pertandingan peringkat Zon E dijalankan, kebanyakan pemain dari sekolah

yang terlibat tidak menjalani latihan yang secukupnya di peringkat sekolah. Ini dapat

diperhatikan semasa perlawanan berlangsung di mana para pemain melakukan

kesalahan-kesalahan asas dalam permainan seperti kesalahan gerak kaki terutamanya,

halangan dekat, rempuhan dan kesalahan kawasan permainan. Jadi, apabila pemain-

pemain menjalani latihan pusat, mereka terpaksa diajar semula dengan latihan asas

permainan yang mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Sekolah-sekolah yang

mempunyai murid yang ramai sebenarnya mempunyai potensi yang besar

mengahasilkan pemain-pemain yang berbakat dan diharapkan agar pihak sekolah

mengambil inisiatif yang sepatutnya pada masa akan datang.

3. Kelemahan penyusunan jadual perlawanan

Selain daripada itu, semasa pertandingan peringkat daerah dijalankan beberapa

kelemahan dapat dilihat di mana penyusunan jadual pertandingan yang tidak sesuai.

Masa perlawanan bermula seawal jam 8.30 pagi di mana pasukan Zon E terlibat dalam

perlawanan pertama. Oleh kerana kelewatan pasukan tiba di stadium berpunca

daripada tiada surat rasmi yang mengumumkan masa perlawanan rasmi bermula,

pasukan Zon E telah diubah jadual kepada perlawanan kedua menyebabkan pemain

Zon E menghadapi dua permainan secara berturut-turut. Akibatnya para pemain tidak

dapat memberikan saingan kepada Zon C kerana keletihan pada perlawanan pertama.

Pihak penganjur tidak harus meletakkan pasukan Zon E dalam perlawanan pertama

kerana sedia maklum lokasinya di pedalaman.

Page 6: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

4. Kelemahan sistem pengadilan

Selain itu, kelemahan dalam pengadilan juga merupakan faktor kekalahan pasukan Zon

E. Pengadilan yang tidak baik menyebabkan situasi berat sebelah berlaku dan memberi

impak kepada cara permainan. Permainan menjadi teratur dan pemain kelam kabut dan

menyebabkan banyak kekasaran dalam permainan berlaku. Pemain akhirnya menjadi

sangat agresif dan menyebabkan campur tangan pengadil yang lain menampakkan lagi

kelemahan sistem pengadilan tersebut. Pihak penganjur seharusnya memilih pengadil

yang berpengetahuan dalam sistem pengadilan dan tidak boleh menyerahkan kuasa

sepenuhnya kepada wakil zon untuk menjadi pengadil.

Perlawanan ini berakhir pada jam 5.00 petang setelah ucapan perasmian

penutup oleh Pengerusi penganjur pertandingan iaitu En. John Sungkai dan sesi

penyampaian hadiah berlangsung. Pemilihan wakil daerah ke perlawanan bola jaring

menentang pasukan Lawas pada 16 April 2013 diadakan di mana 6 orang pemain dari

Zon C, 2 orang dari Zon A dan seorang dari Zon D telah dipilih.

Disediakan oleh, 16 April 2013

………………………………….(NURSUHANA BINTI ISMAIL)

Jurulatih Bola Jaring Zon E,

SK Kuala Medalam, Limbang.

Page 7: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

LAMPIRAN

Page 8: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

SEMASA LATIHAN

Page 9: Laporan Pertandingan Bola Jaring Antara Zon

SEMASA PERTANDINGAN