Laporan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan

6
LAPORAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN Pada 22 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Gayaratau telah mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini dikelolakan oleh panitia Bahasa Malaysia. Pertandingan ini mempunyai dua kategori, iaitu tahap satu dan tahap dua. Sebelum pertandingan, murid yang menyertai pertandingan dikehendaki memilih sajak yang telah disediakan oleh panitia BM. Peserta diberi masa selama seminggu untuk berlatih dan membuat persediaan. Selain itu, persediaan tempat telah disediakan sehari sebelum pertandingan. Begitu juga dengan cabutan nombor giliran persembahan. Pertandingan mendeklamasi sajak ini diadakan di kelas tahun 1. Sebelum pertandingan, peserta berkumpul dan duduk mengikut nombor giliran masing-masing. Pertandingan ini diadili oleh guru-guru SK Gayaratau yang terdiri daripada Encik Azlan, Puan Masniah dan Puan Asnitah. Peserta dinilai dari aspek sebutan dan intonasi, gaya persembahan dan juga penampilan semasa mendeklamasikan sajak. Pertandingan ini dimulakan dengan murid dari tahap dua seramai tujuh orang. Selepas itu, acara diteruskan dengan deklamasi sajak dari murid tahap satu seramai sembilan orang. Sebilangan besar murid tidak mengingati sajak yang dipersembahkan dan tertumpu pada teks sajak. Selain itu, gaya persembahan murid juga kurang menonjol. Walau bagaimanapun, sikap dan semangat murid-murid yang berani mencuba dan tampil untuk menunjukkan bakat patut dipuji dan diberi penghargaan.

description

praktikum

Transcript of Laporan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan

LAPORAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Pada 22 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Gayaratau telah mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini dikelolakan oleh panitia Bahasa Malaysia. Pertandingan ini mempunyai dua kategori, iaitu tahap satu dan tahap dua. Sebelum pertandingan, murid yang menyertai pertandingan dikehendaki memilih sajak yang telah disediakan oleh panitia BM. Peserta diberi masa selama seminggu untuk berlatih dan membuat persediaan. Selain itu, persediaan tempat telah disediakan sehari sebelum pertandingan. Begitu juga dengan cabutan nombor giliran persembahan.

Pertandingan mendeklamasi sajak ini diadakan di kelas tahun 1. Sebelum pertandingan, peserta berkumpul dan duduk mengikut nombor giliran masing-masing. Pertandingan ini diadili oleh guru-guru SK Gayaratau yang terdiri daripada Encik Azlan, Puan Masniah dan Puan Asnitah. Peserta dinilai dari aspek sebutan dan intonasi, gaya persembahan dan juga penampilan semasa mendeklamasikan sajak.

Pertandingan ini dimulakan dengan murid dari tahap dua seramai tujuh orang. Selepas itu, acara diteruskan dengan deklamasi sajak dari murid tahap satu seramai sembilan orang. Sebilangan besar murid tidak mengingati sajak yang dipersembahkan dan tertumpu pada teks sajak. Selain itu, gaya persembahan murid juga kurang menonjol. Walau bagaimanapun, sikap dan semangat murid-murid yang berani mencuba dan tampil untuk menunjukkan bakat patut dipuji dan diberi penghargaan.

Secara keseluruhannya, acara ini dapat dilangsungkan dengan teratur dan berjalan dengan lancar. Murid-murid memberikan kerjasama dengan baik sehingga majlis pertandingan mendeklamasi sajak selesai.

Gambar 1: persembahan dari murid tahun 4, Jerinah

Gambar 2: persembahan dari murid tahun 4, Ernila

Gambar 3: wakil dari tahun 5, Adriana

Gambar 4: persembahan dari murid tahun 5, Elcira

Gambar 5: deklamasi sajak dari murid tahun 1, Elvia

Gambar 6: persembahan dari Alviana, murid tahun 2

Gambar 7: murid-murid SK Gayaratu yang menyaksikan pertandingan mendeklamasi sajak

Gambar 8: sekitar pertandingan mendeklamasi sajak

1