Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

5
LAPORAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN 3 NAMA PELAJAR : PROGRAM : NAMA SEKOLAH : NAMA PROJEK/AKTIVITI :Pertandingan Mewarna Bagi Tahun 3 Sempena Maal Hijrah TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Hari OBJEKTIF : 1. Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis. 2. Mengembangkan minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis. 3. Mengembangkan dan meningkat kemahiran motor halus kanak-kanak. 4. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. REFLEKSI: Pada 16 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, saya telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan mewarna untuk murid Tahun 3 Bestari sempena sambutan Maal Hijrah pada hari Rabu, 14 Oktober 2015. Program ini dijalankan bagi memperingati tarikh bersejarah dalam Islam. Pertandingan ini berlangsung selama sejam iaitu bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi, bertempat di kelas Tahun 3 Bestari. Matlamat atau

description

laporan projek pertandingan mewarna

Transcript of Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

Page 1: Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

LAPORAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN 3

NAMA PELAJAR :

PROGRAM :

NAMA SEKOLAH :

NAMA PROJEK/AKTIVITI :Pertandingan Mewarna Bagi Tahun 3 Sempena Maal Hijrah

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Hari

OBJEKTIF :

1. Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.

2. Mengembangkan minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.

3. Mengembangkan dan meningkat kemahiran motor halus kanak-kanak.

4. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.

REFLEKSI:

Pada 16 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, saya telah menganjurkan satu

pertandingan iaitu Pertandingan mewarna untuk murid Tahun 3 Bestari sempena

sambutan Maal Hijrah pada hari Rabu, 14 Oktober 2015. Program ini dijalankan bagi

memperingati tarikh bersejarah dalam Islam. Pertandingan ini berlangsung selama

sejam iaitu bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi, bertempat

di kelas Tahun 3 Bestari. Matlamat atau objektif penganjuran pertandingan ini ialah

untuk memenuhi sukatan program Internship iaitu projek individu, memperingati dan

mengenal antara sejarah besar dalam Islam, memupuk minat serta mengembangkan

bakat murid dalam bidang seni, mengembangkan dan meningkat kemahiran motor

halus kanak-kanak melalui aktiviti mewarna dan mempelbagaikan aktiviti bersama

murid.

Sebelum pelaksanaan bengkel ini, saya telah membuat satu kertas kerja sebagai

persediaan dan memohon kelulusan Ketua Panitia Pendidikan Islam dan juga Guru

Besar untuk melaksanakan pertandingan ini. Saya mengambil poster lukisan melalui

Page 2: Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

sumber internet yang bertemakan Maal Hijrah untuk memenuhi matlamat pertandingan

ini.

Semasa pelaksanaan aktiviti ini, saya telah memberi penerangan terlebih dahulu

kepada murid dan menceritakan serba sedikit mengenai Maal Hijrah. Setelah itu, saya

telah mengedarkan poster lukisan kepada murid secara individu. Saya mengarahkan

murid untuk bersedia dengan aktiviti yang dijalankan dengan mengeluarkan alatan

mewarna dan saya juga menyediakan alatan warna kepada murid yang tidak membawa

warna pada ketika itu. Penyeliaan dijalankan dimana saya telah pergi ke setiap murid

untuk melihat perkembangan aktiviti yang mereka jalankan dan membantu murid-murid

yang menghadapi masalah. Penyeliaan juga dijalankan bagi mengelakkan murid

berada di dalam keadaan yang tidak terkawal.

Selepas pelaksanaan pertandingan ini, aktiviti penilaian dijalankan oleh saya

sendiri bersama guru pelatih yang lain. 3 orang pemenang diambil berdasarkan

kekemasan, kesesuaian warna yang digunakan, cantik serta menarik. Hadiah adalah

hasil sumbangan pihak panitia Pendidikan Islam dibawah penyeliaan mentor.

Kekuatan yang saya perolehi melalui aktiviti ini ialah kepentingan kepada diri

saya sendiri dimana saya mampu mengelolakan satu pertandingan. Walaupun

pertandingan yang kecil tetapi ia tetap memerlukan satu perjalanan aktiviti yang teratur

untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku bermula dari penyediaan kertas kerja

sehinggalah ke peringkat penyampaian hadiah bagi pemenang. Persediaan yang rapi

amat membantu guru pelatih dalam memastikan ianya berjalan lancer. Selain itu,

sokongan daripada guru-guru juga diperolehi melalui perbincangan aktiviti yang sesuai

untuk saya jalankan dan sokongan melalui sumbangan hadiah untuk pemenang dari

panitia Pendidikan Islam. Kerjasama serta bantuan yang diberikan daripada semua

rakan-rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam menjayakan aktiviti ini

ini. Tambahan lagi, aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesedaran kepada murid

mengenai sejarah Islam dan dapat mempelbagaikan aktiviti melibatkan pendidikan

Islam yang tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran buku teks semata-mata tetapi

melalui sudut yang lebih menyeronokkan. Diharapkan usaha ini akan berterusan dan

Page 3: Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

membantu saya untuk mengendalikan program yang lebih baik dan bermanfaat pada

masa akan datang.

Walaupun hasil yang saya perolehi amat baik, terdapat juga kelemahan dalam

aktiviti dan pertandingan yang dikendalikan. Antaranya ialah pengurusan disiplin murid

sewaktu pertandingan dijalankan. Ada segelintir murid yang kerap mengganggu rakan

untuk mewarna dan keadaan kadangkala tidak terkawal. Keadaan ini mengganggu

ketenteraman pertandingan dan kelancaran aktiviti. Selain itu ialah masalah dari

pengurusan masa. Terdapat beberapa murid yang lewat menyiapkan aktiviti mewarna

walaupun tempoh masa sudah tamat.

Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, perancangan dan ketetapan

masa perlu lebih teliti agar berjalan seperti dalam rancangan dan tempoh masa

pelaksanaan perlu sesuai dengan poster lukisan tersebut dan tahap murid untuk

mewarna dalam masa yang sesuai. Selain itu, saya perlu lebih tegas dalam mengawa

disiplin murid agar kelas sentiasa terkawal dan dalam keadaan yang baik.

Secara keseluruhan, pertandingan dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Aktiviti

yang dijalankan merupakan satu latihan kepada kecekapan dan pengurusan guru

dalam menegndalikan sesuatu aktiviti ataupun program. Diharap agar aktiviti yang

dijalankan dapat menambahbaik amalan pengurusan guru dan memberi ilmu yang

bermanfaat.

Disediakan oleh,

.......................................................

( )

Guru Pelatih IPG

Page 4: Laporan Pertandingan Mewarna Tahun 3 - Copy

Lapora Bergambar