Laporan Pertandingan National Robotics Challenge

4
Laporan Pertandingan National Robotics Challenge (NRC) Peringkat WP Kuala Lumpur di SJK(C) Jalan Davidson di Bangsar. Pertandingan NRC telah diadakan pada tarikh 25hb dan 26hb Ogos 2015 di SJK(C) Jalan Davidson yang melibakan pelbagai sekolah. Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah bertanding dalam kategori Terbuka Menengah Atas dan kategori GEN II Robosoccer pada tarikh 25hb Ogos 2015 yang diiringi oleh Pn. Zalipah Binti Maskuri. Pelajar yang terlibat: Ahmad Iqbal Bin Mohd Shahir Shamsir Azfar Hakeem Bin Azman Afiq Syahmi Bin Ahmad Sakri Muhammad Luqman Imran Bin Rapandi Ahmad Kamil Bin Mohd Hamzah Muhammad Jazmi Bin Juanih Mohd Adip Harith Ong Bin Muhammad Danial Ong Danial Muzhaffar Bin Muhamad Azlan

description

menang no 2

Transcript of Laporan Pertandingan National Robotics Challenge

Page 1: Laporan Pertandingan National Robotics Challenge

Laporan Pertandingan National Robotics Challenge (NRC) Peringkat WP Kuala Lumpur di SJK(C) Jalan Davidson di Bangsar.

Pertandingan NRC telah diadakan pada tarikh 25hb dan 26hb Ogos 2015 di SJK(C) Jalan Davidson yang melibakan pelbagai sekolah. Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah bertanding dalam kategori Terbuka Menengah Atas dan kategori GEN II Robosoccer pada tarikh 25hb Ogos 2015 yang diiringi oleh Pn. Zalipah Binti Maskuri.

Pelajar yang terlibat:

Ahmad Iqbal Bin Mohd Shahir Shamsir

Azfar Hakeem Bin Azman

Afiq Syahmi Bin Ahmad Sakri

Muhammad Luqman Imran Bin Rapandi

Ahmad Kamil Bin Mohd Hamzah

Muhammad Jazmi Bin Juanih

Mohd Adip Harith Ong Bin Muhammad Danial Ong

Danial Muzhaffar Bin Muhamad Azlan

Page 2: Laporan Pertandingan National Robotics Challenge

Persediaan sebelum pertandingan telah bermula dua bulan sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk pertandingan tersebut. Segala persiapan telah dilakukan di Makmal Fizik 3 sepanjang penyediaan projek. Semua pelajar yang terlibat telah memberikan komitment yang mendalam dan usaha yang tidak putus dalam persediaan pertandingan ini.

25hb Ogos 2015

Para peserta daripada SM Sains Alam Shah telah mula bertolak ke SJK(C) Jalan Davidson pada jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi. Mereka telah menaiki van sekolah untuk ke lokasi sekolah tersebut. Setelah melakukan pendaftaran, peserta-peserta telah pergi ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk persediaan sebelum pertandingan. Peserta kategori Terbuka diberikan masa dua jam bermula pada 9.00 pagi bagi menyiapkan pameran robot mereka. SM Sains Alam Shah telah mencabut undian bagi mendapat nombor giliran untuk mempersembahkan projek mereka dan mereka telah mendapat giliran ketiga.

Page 3: Laporan Pertandingan National Robotics Challenge

Persembahan projek telah bermula pada sekitar jam 11.40 pagi di depan panel juri yang berpengalaman.