Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

19
LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Pada 12 Mac 2013 pelajar-pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu PISMP Ambilan Januari 2011 telah mengadakan Pertandingan Permainan Tradisional di Sekolah Kebangsaan Dato Kramat, Jalan Perak, Pulau Pinang. Program ini dijalankan bagi memenuhi tuntutan kursus PJM 3112 : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pertandingan permainan tradisional yang telah disertai oleh 18 daripada 19 orang peserta dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Encik Syed Ameer Ali bin Rahaman telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat tepat pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah coaster IPGKPP. Salah seorang daripada pelatih guru mengalami masalah kesihatan iaitu Maizatul Elany binti Hasan Basri. Sebelum bertolak, AJK peralatan dan pelajar-pelajar guru yang terlibat dalam pengurusan peralatan telah membuat semakan ke atas alatan- alatan, hadiah-hadiah dan barang-barang yang berkaitan yang ingin di bawa ke sekolah. Selesai sahaja semakan alatan, maka bermulalah perjalanan bertolak ke SKDK. Oleh kerana tiada permasalah sepanjang perjalanan ke sana, maka kami tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Setibanya di sana, Pelajar-pelajar guru telah bekerjasama mengeluarkan barangan dan peralatan yang hendak digunakan,

Transcript of Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Page 1: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 12 Mac 2013 pelajar-pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu PISMP

Ambilan Januari 2011 telah mengadakan Pertandingan Permainan Tradisional di

Sekolah Kebangsaan Dato Kramat, Jalan Perak, Pulau Pinang. Program ini dijalankan

bagi memenuhi tuntutan kursus PJM 3112 : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani dan Sukan. Pertandingan permainan tradisional yang telah disertai oleh 18

daripada 19 orang peserta dan seorang pensyarah pembimbing iaitu Encik Syed Ameer

Ali bin Rahaman telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat tepat pada pukul

7.00 pagi dengan menaiki sebuah coaster IPGKPP.

Salah seorang daripada pelatih guru mengalami masalah kesihatan iaitu

Maizatul Elany binti Hasan Basri. Sebelum bertolak, AJK peralatan dan pelajar-pelajar

guru yang terlibat dalam pengurusan peralatan telah membuat semakan ke atas alatan-

alatan, hadiah-hadiah dan barang-barang yang berkaitan yang ingin di bawa ke

sekolah. Selesai sahaja semakan alatan, maka bermulalah perjalanan bertolak ke

SKDK. Oleh kerana tiada permasalah sepanjang perjalanan ke sana, maka kami tiba di

sekolah pada pukul 7.30 pagi.

Setibanya di sana, Pelajar-pelajar guru telah bekerjasama mengeluarkan

barangan dan peralatan yang hendak digunakan, terutamanya peralatan permainan

yang ingin digunakan bagi tujuan aktiviti. Murid-murid daripada SKDK, iaitu terdiri

daripada 60 orang murid tahun 5 telah mula berbaris dan melakukan senaman

memanaskan badan bagi menyediakan badan mereka sebelum melaksanakan aktiviti.

Kehadiran murid-murid bersama-sama dengan dua orang guru yang terdiri

daripada seorang penolong kanan bersama-sama berbincang dengan ketua aktiviti dan

pensyarah pembimbing. Ketika AJK permainan mula menyediakan stesen-stesen

mereka, ketua aktiviti iaitu Mohd Hisyamudin Helmi bin Abu Talib telah berjumpa

Page 2: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

dengan Penolong Kanan Kokurikulum bagi proses penyerahan murid-murid SKDK bagi

melaksanakan program pertandingan permainan tradisional.

Sebelum penyerahan murid, pihak sekolah telah membahagikan murid-murid

mengikut kumpulan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Apabila selesai sahaja

proses penyerahan murid-murid, ketua aktiviti telah memberikan taklimat ringkas

kepada murid-murid dan seterusnya menyerahkan setiap kumpulan kepada fasilitator

yang telah ditetapkan. Setiap fasilitator dipertanggungjawabkan untuk melakukan aktiviti

memanaskan badan bersama ahli kumpulan mereka.

Setiap AJK pengelola aktiviti bagi setiap stesen menjalankan peranan masing-

masing; bagi yang menguruskan stesyen permainan mereka terus menyediakan dan

menguruskan stesyen-stesyen mereka mengikut permainan dan perancangan yang

telah dilakukan. Antara permainan yang telah dipilih dalam pertandingan ini ialah batu

seremban, congkak, tuju tin, galah panjang, teng teng, dan lari ikat kaki. Antara alatan

yang telah dibawa oleh kami dari institut adalah terdiri daripada tin, healer, papan

markah, skittle dan beberapa alatan-alatan lain seperti tepung, pita pelekat putih

dengan mengikut keperluan permainan bagi setiap stesyen.

Rombongan bertolak pulang tepat jam 12.00 tengah hari dan tiba di institut pada

jam 12.30 tengah hari. Setibanya pulang ke maktab, pelajar-pelajar terus mengangkut

terlebih dahulu peralatan-peralatan yang telah dipinjam ke blok ciku kerana stor

simpanan sukan di Blok Beringin hanya dibuka pada waktu petang sahaja. Pelajar-

pelajar guru telah bekerjasama membantu AJK peralatan bagi meringankan beban.

Dalam menguruskan suatu organisasi adalah penting untuk menilai prestasi kerja untuk

penambahbaikan pengurusan di masa akan datang. Oleh itu, satu mesyuarat post

mortem telah dijalankan bagi menyenaraikan kekuatan, kelemahan dan cadangan

penambaikan terhadap program lawatan akademik ini.

Antara kekuatan aktiviti pertandingan tradisional ini adalah kelebihan dalam

aspek pengurusan dan perancangan awal dalam pembentukan organiasi dan

Page 3: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

penyediaan kertas kerja. Perancangan dan penyediaan kertas kerja telah dilaksanakan

dengan lebih awal bagi memastikan setiap AJK memainkan peranan mereka dalam

masa yang telah ditetapkan. Kertas kerja juga telah disediakan dengan baik atas

kerjasama daripada setiap AJK. Persediaan awal ini telah membantu dalam

memberikan peluang kepada setiap AJK terutamanya AJK alatan untuk menyediakan

peralatan dan AJK pengelola dalam menyediakan peraturan dan cara permainan bagi

permainan yang telah dipilih. Bukan itu sahaja, persediaan awal ini juga membantu

dalam memberikan masa untuk membuat persiapan rapi sebelum melaksanakan aktiviti

kerana sekiranya masalah berlaku seperti peralatan tidak mencukupi, maka mungkin

mampu menyekat kelancaran aktiviti yang berlangsung dan mengganggu proses aktiviti

murid-murid.

Selain itu, kehadiran yang penuh bagi setiap mesyuarat yang dijalankan disertai

dengan komitmen dalam kalangan ahli jawatan dalam menyuarakan pendapat mereka

dalam permasalahan yang dihadapi sedikit sebanyak membantu dalam proses

pengurusan dan pengelolaan permainan tradisional ini. Setiap masalah yang dihadapi

dan diajukan oleh ahli jawatan kuasa telah dibincangkan secara bersama untuk

mencapai penyelesaian masalah tersebut secara bersama terutamanya ketika AJK

aktiviti berbincang mengenai perjalanan murid-murid dari saru stesen ke satu stesen,

pengendalian aktiviti dan sebagainya.

Aspek perhubungan dengan pihak luar dapat dijalankan dengan lancar dan pihak

sekolah Kebangsaan Dato Kramat telah memberikan kerjasama yang baik dengan

memberikan maklum balas segera. Pengurusan perhubungan dengan pihak sekolah

telah menggunakan orang tengah dalam mendapatkan pengesahan daripada pihak

sekolah iaitu daripada penolong kanan terus kepada guru besar. Sejurus sahaja

mendapat persetujuan dan pengesahan daripada pihak sekolah, AJK tertinggi terus

menjalankan peranannya dalam menghubungi terus dengan pihak sekolah. Proses

orang tengah telah mempercepatkan pengesahan dalam membuat kerjasama bagi

menjalankan aktiviti pertandingan permainan tradisional di SKDK. Kecepatan dalam

memperolehi pengesahan ini telah membantu kumpulan ini dalam membuat persediaan

Page 4: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

dan perancangan yang lebih sistematik dan teliti dalam melaksanakan pertandingan

permainan tradisional.

Bukan itu sahaja, kewangan juga telah diuruskan dengan baik dan tidak

menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Perbelanjaan bagi pembelian barangan

cenderahati juga tidak memperuntukkan jumlah yang besar. Peralatan yang diperlukan

bagi menganjurkan permainan tradisional senang didapati dan tidak memerlukan kos

yang tinggi. Antara alatan yang kami gunakan dipinjam dari setor alatan Pendidikan

jasmani. Aspek keselamatan juga telah diberi penekanan oleh setiap fasilitator,

pengelola aktiviti stesen dan juga AJK keselamatan. Ajk keselamatan memainkan

peranan mereka tanpa sebarang masalah dalam menyediakan peti kecemasan yang

mudah diperolehi dengan kerjasama daripada unit Kokurikulum untuk dibawa ke

sekolah. Manakala bagi pengelola aktiviti di setiap stesen dalam memastikan

keselamatan murid-murid adalah dengan menetapkan peraturan dan memberikan

teguran-teguran kepada murid-murid sekiranya tindakkan mereka mungkin

membahayakan keselamatan mereka.

Dari aspek peralatan juga telah diuruskan dengan baik kerana kebanyakkan

alatan yang dikehendaki oleh pengelola aktiviti dan ahli jawatan kuasa lain adalah

mencukupi berdasarkan permintaan daripada ahli jawatan kuasa. Cenderahati yang

disediakan juga mencukupi dan hamper yang disediakan sesuai dengan kadar bilangan

murid yang terdiri daripada 10 orang bagi setiap kumpulan. Setiap fasilitator kumpulan

juga telah memberikan kerjasama yang baik kepada AJK pengelola permainan

tradisional. Fasilitator ini juga turut membantu AJK permainan untuk mengawal ahli-

ahlinya untuk bermain secara berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, kebanyakan permainan telah diketahui oleh kebanyakan murid-murid.

Justeru, ia akan memudahkan fasilitator dan AJK pengelola permainan bagi setiap

stesen dari segi penerangan cara bermain dan peraturan permainan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti

sepanjang sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti ini. Antara masalah

Page 5: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

yang dihadapi adalah berikutan ketiadaan bas dan van yang mencukupi kerana pada

awalnya pihak jawatan kuasa pengangkutan telah menempah 2 buah van namun hanya

sebuah sahaja van yang ada pada ketika itu. Buku program yang dihasilkan juga

banyak mengalami kesilapan berikutan tiada sebarang makluman daripada AJK yang

berkaitan dalam memaklumkan terdapat perubahan dalam tentatif terutamanya aktiviti

yang dijalankan.

Selain itu, masalah yang dihadapi ketika berada di sekolah tersebut ruang yang

hendak digunakan bagi melaksanakan aktiviti permainan tradisional adalah terhad. Hal

ini kerana waktu melaksanakan aktiviti permainan tradisional ini adalah sama dengan

waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut. Murid-

murid pada pagi itu telah menggunakan hampir separuh daripada ruang padang dan

menyebabkan ruang untuk menyediakan permainan-permainan mengikut stesen

menjadi terhad dan sempit.

Dari aspek pengendalian dan pengelolaan aktiviti dalam setiap stesen, terdapat

beberapa permasalahan yang telah dihadapi oleh AJK pengelola. Pengelola aktiviti

permainan batu seremban menghadapi masalah dalam penyediaan tempat yang

khusus untuk bermain. Pihak sekolah hanya menyediakan padang bagi melaksanakan

pertandingan tersebut yang mana permainan batu seremban sebaliknya memerlukan

kawasan permainan yang mempunyai permukaan yang rata.

Oleh kerana terdapat beberapa kumpulan lain juga hendak menggunakan

barang yang sama iaitu tepung, maka sebungkus tepung yang telah disediakan sama

sekali tidak mencukupi. Keadaan ini memberi kesan kepada kumpulan lain dalam

penyediaan stesen permainan apabila permasalahan yang dihadapi telah

menyebabkan penyediaan tempat stesen permainan telah memakan masa yang agak

panjang. Masalah ini telah menyebabkan terdapat sikit gangguan dalam pengurusan

masa yang telah dirancang.

Page 6: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga masalah pengelola yang gagal

memberikan arahan-arahan dengan berkesan khususnya semasa hendak bermain

permainan kerana murid tidak faham arahan dan cara bermain yang betul. Kegagalan

dalam memberikan arahan serta kegagalan dalam mengawal murid-murid sama ada

daripada pihak fasilitator dan pengelola aktiviti di setiap stesen telah menyebabkan

berlakunya masalah dalam melaksanakan aktiviti secara lancar dan bersistematik.

Sesuatu program yang mempunyai kelebihan dan kekurangan semestinya

mempunyai cadangan penambahbaikan untuk rujukan berdasarkan pengalaman yang

telah dilalui dan membuat pembaikan bagi menjayakan sesuatu program tersebut.

Antara cadangan penambahbaikkan yang telah difikirkan bagi mengatasi permasalahan

yang dihadapi semasa hari pengelolaan permainan tradisional adalah dengan berfikiran

dengan lebih kreatif dan inovatif dalam berhadapan dengan masalah pada saat terakhir.

Dalam keadaan ini, misalnya bagi permainan batu seremban, AJK pengelola

aktiviti tersebut telah menggunakan plastik sampah berwarna hitam yang mempunyai

permukaan yang tebal bagi dijadikan lapik untuk permainan batu seremban. Mereka

telah memilih lokasi yang rata dan melapik lokasi tersebut dengan plastik sampah hitam

dengan menyambungkan plastik- plastik hitam yang besar dan membentuk satu tikar

untuk dijadikan alas murid- murid untuk bermain permainan batu seremban.

Masalah alatan atau barangan yang hendak digunakan tidak mencukupi iaitu

seperti penggunaan tepung dalam membuat garisan di atas kawasan permainan dapat

diatasi dengan membuat perancangan awal sekiranya berlaku permasalah tersebut.

Pihak AJK pengelola aktiviti permainan ikat kaki telah merancang sama ada untuk

menggunakan tepung mahupun pita pelekat putih terlebih dahulu kerana masalah yang

tidak dirancang mungkin berlaku pada saat-saat akhir. Oleh itu, apabila didapati tepung

yang dibeli tidak mencukupi, pengelola permainan ikat kaki mengambil inisiatif untuk

menggunakan pita pelekat putih yang telah dibeli dan disediakan oleh AJK peralatan.

Page 7: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Berikutan dengan masalah ruang yang terhad, AJK pengelola aktiviti setiap

permainan tidak menjadikan ianya satu alasan, sebaliknya menggunakan ruang yang

ada dengan sebaik mungkin. Mereka telah membuat persediaan dan membajet ruang

mengikut kesesuai permainan. Masalah pengangkutan pula diatasi dengan memilih

coaster sebagai pengangkutan utama untuk membawa kami pergi ke sekolah tersebut

kerana itu sahajalah kenderaan yang mampu menampung pelajar seramai 18 orang.

Walaupun barangan dan peralatan yang di bawa ke SKDK agak banyak, namun

kebijaksanaan AJK dalam menyusun peralatan permainan dan beberapa barangan

penting lain telah berjaya menjimatkan ruang di samping dapat memuatkan semua

pelajar guru dalam coaster tersebut.

Bagi masalah kawalan dan penyampaian peraturan permainan kepada murid-

muris yang dihadapi oleh setiap fasilitator dan juga pengelola stesen permainan,

pelajar-pelajar guru telah mengambil sikap inisiatif dengan memberikan arahan dengan

jelas dalam nada yang tegas, serta memaklumkan hukuman sekiranya perilaku yang

tidak diingini dilakukan oleh mereka seperti potongan markah kumpulan. Dari aspek

penyampaian maklumat kepada murid-murid, pelajar-pelajar guru telah menggunakan

metod dengan meminta murid membentuk satu separuh bulatan yang membolehkan

mereka untuk melihat guru dan mendengar dengan lebih jelas tetang arahan yang

disampaikan oleh guru kepada mereka.

Page 8: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Ketua aktiviti memberikan taklimat kepada murid-murid SKDK.

Proses penyerahan murid-murid mengikut fasilitator.

Page 9: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Penerangan oleh AJK Pengelola Aktiviti di Stesen Permainan Ikat Kaki.

Riang gembira bermain ikat kaki secara bersama.

Page 10: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Penerangan oleh Pengelola Permainan di Stesen Permainan Congkak.

Murid-murid seronok bermain congkak bersama rakan.

Page 11: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Murid-murid memberi fokus kepada penerangan pengelola

di stesen Galah Panjang.

Pengelola permainan batu seremban mula memberikan penerangan permainan.

Page 12: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Murid-murid bermain di stesen permainan tuju tin.

Pengelola teng teng memerhati dan membantu murid-murid di stesen permainan.

Page 13: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Pengelola dan AJK Permainan Tradisional berkumpul dalam majlis penutupan.

Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang oleh Penolong Kanan.

Page 14: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Murid-murid menjamu selera selepas menjalani aktiviti.

AJK pengelola permainan tradisional bersama-sama menjamu selera.