LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan...
Transcript of LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan...
1
LAPORAN
LAWATAN PENYELIDIKAN STAF AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN
AWAM (PPD) KE PUSAT PENYELIDIKAN LUAR MIKRO-HIDRO UTHM
TNJER (PETA)
TARIKH: 24 – 26 SEPTEMBER 2016
ANJURAN: UTHM ECO-HYDRO TEAM & DISOKONG OLEH ORICC
2
1.0 Pengenalan
Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ‘Lawatan Penyelidikan Staf
Akademik Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Pusat Pengajian Diploma (PPD) ke Pusat
Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM TNJER (PETA)’.
Dalam mencapai kecemerlangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), lawatan
penyelidikan memainkan peranan penting untuk membolehkan kakitangan akademik
didedahkan kepada suasana sebenar kerja lapangan.
Atas kesedaran itu, satu inisiatif program lawatan penyelidikan telah diadakan pada 24 – 26
September 2016 ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM seperti yang dinyatakan di atas.
2.0 Objektif
Objektif program adalah seperti berikut:
i. Merapatkan kerjasama diantara staf.
ii. Menjalinkan hubungan yang strategik dengan pihak Taman Negara.
iii. Memberi pendedahan kepada dunia sebenar kerja lapangan dan penyelidikan luar.
iv. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan motivasi kerja kakitangan akademik.
v. Pengalaman menikmati sistem sumber tenaga hijau.
vi. Perkongsian ilmu berkenaan pembinaan sistem kuasa mikro-hidro.
vii. Menikmati keindahan flora dan fauna yang terpelihara dengan baik.
3.0 Lokasi – Nature Educational & Research Centre (NERC), Taman Negara Johor Endau
Rompin
Endau Rompin terletak di hulu Sungai Endau bersempadan Johor-Pahang. Ia meliputi kawasan
seluas 870 km persegi, kira-kira satu setengah kali ganda saiz Singapura. Ia meliputi sebahagian
dari hutan simpan Labis dan Endau-Mas di Johor dan rizab Hutan Lesong di Pahang.
Kawasan ini mengandungi himpunan unik tanah rendah dan hutan bukit dengan sungai-sungai yang
bersih dan hidupan liar yang pelbagai. Ia merupakan kawasan terpelihara yang menempatkan
haiwan yang terancam (terutamanya Badak Sumatera). Ini menjadikan kawasan ini satu bahagian
penting dalam warisan semula jadi Malaysia yang amat memerlukan pemuliharaan.
NERC Endau Rompin menjadi kenyataan dengan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan
Johor, Danish Corporation Environment & Development (DANCED) serta Persatuan Pencinta
Alam Malaysia (MNS). Pembiayaan bagi projek ini disediakan oleh DANCED manakala MNS
adalah perunding bagi pelaksanaan NERC bagi pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
3
Pusat ini dibangunkan sebagai tumpuan untuk pendidikan alam semula jadi dan pusat penyelidikan
bagi pelawat dari seluruh dunia. UTHM turut menjalinkan hubungan dengan memeterai MOA
bersama TNJER bagi membolehkan pelbagai penyelidikan dan kerja lapangan dapat dilaksanakan
disini.
4.0 Penyelidikan Mikro-Hidro UTHM
Sistem kuasa elektrik mikro-hidro amat berguna untuk kawasan terpencil yang tidak mempunyai
bekalan elektrik dari grid nasional. Kebanyakan kawasan ini mempunyai aliran sungai yang boleh
digunakan untuk tujuan tersebut. Kuasa mikro-hidro juga dikenali sebagai sumber tenaga hijau
yang boleh diperbaharui yang mana pengendalian dan kaedah operasinya lebih mudah.
Mengambil kesempatan dari kelebihan ini, UTHM Eco-Hydro Team telah membangunkan projek
janakuasa mikro hidro dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor di NERC Endau
Rompin. Penjanaan kuasa yang sedia ada di kawasan ini menggunakan janakuasa diesel yang
mewujudkan kesan negatif kepada kos kewangan dalam operasi jangka masa panjang. Penggunaan
janakuasa diesel juga mengganggu kehidupan liar kerana ianya mengeluarkan bunyi bising dan
asap.
Kawasan ini memuatkan beberapa blok bangunan mengandungi perpustakaan, pejabat, makmal
terbuka, chalet dan asrama. Sistem mikro hidro yang dibangunkan telah digabung dengan sistem
penjanaan diesel sedia ada dengan menggunakan kaedah ‘changeover’. Bermakna pada satu masa
hanya satu sumber kuasa yang boleh membekalkan elektrik kepada beban, juga dikenali sebagai
sistem kuasa hibrid.
Bagi fasa pertama hanya beberapa pilihan bangunan yang dibekalkan tenaga elektrik oleh sistem
mikro hidro seperti chalet, makmal terbuka, koridor, tandas dan asrama. Pembekalan tenaga ke
bangunan lain akan diteruskan pada fasa kedua.
Gambar: Lokasi NERC Taman Negara Johor Endau Rompin.
4
5.0 Tentatif Program
Hari Pertama (24 September 2016) – Sabtu
08.00 am - : Berkumpul, pendaftaran peserta & taklimat perjalanan
08.30 am (Berkumpul di tempat letak kenderaan Bangunan PPD)
08.30 am - : Perjalanan
10.30 am Pendaftaran di Kahang’s Office, No 11, Jln Bawal 1,
Taman Kahang Baru, 86700 Kluang Johor
Bertolak ke Taman Negara Endau-Rompin (Peta) Johor
10.30 am - : Perjalanan
12.30 pm Tiba di Taman Negara Endau-Rompin Johor – NERC
Pendaftaran masuk penginapan
01.00 pm - : Makan tengah hari / Solat / Rehat
03.00 pm
03.00 pm - : Lawatan akademik ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro Hidro UTHM
06.30 pm
07.00 pm - : Makan malam / Solat / Rehat
09.00 pm
09.00 pm - : Penerangan & perbincangan berkumpulan
11.00 pm
11.00 pm : Rehat/Tidur
Hari Kedua (25 September 2016) – Ahad
07.30 am - : Sarapan
08.30 am
08.45 am - : Lawatan akademik berkaitan penyelidikan di sekitar TNJER
04.30 pm (Pack lunch disediakan)
05.00 pm - : Solat / Rehat
07.00 pm
07.00 pm - : Makan malam / Solat / Acara Penutup
09.00 pm
09.00 pm - : Acara penutup
11.00 pm
5
Hari Ketiga (26 September 2016) – Isnin
07.30 am - : Persiapan pulang dan sarapan
09.30 am
09.30 am - : Lawatan ke kampung orang asli (PETA)
11.30 am
11.30 pm : Pulang ke UTHM
03.00 pm
6.0 Peserta & Urusetia
Peserta merupakan ahli akademik dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Pusat Pengajian
Diploma (PPD) dan juga wakil dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar (FKAAS) seperti
berikut:
Pusat Pengajian Diploma:
1) Tn. Hj. Amir Khan bin Suwandi
2) Prof. Madya Hj.Ismail bin Yusof
3) Tn. Hj. Roslan bin Kolop
4) En. Ahmad Hakimi bin Mat Nor
5) Dr. Norhayati binti Ngadiman
6) Pn. Mardiha binti Mokhtar
7) Pn. Nor Farah Atiqah bt Ahmad
8) Pn. Siti Nooraiin bt Mohd Razali
9) Pn. Nor Baizura bt Hamid
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
1) En. Mohd Khairy Bin Burhanudin
2) En. Mohammad Nasir Bin Mohamad Taher
3) Pn. Hazirah bt Bujang
Urusetia terdiri dari ahli UTHM Eco-Hydro Team yang juga merupakan penyelidik Mikro-Hidro.
Mempunyai ahli yang pelbagai disiplin dari PPD & FTK seperti berikut:
Pusat Pengajian Diploma (PPD):
1) En. Izat bin Yahaya (Jabatan Kejuruteraan Awam)
2) En. Azli bin Yusop (Jabatan Kejuruteraan Elektrik)
3) En. Ghazali bin Kadis (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK):
1) En. Maizul bin Hj. Ishak (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik)
2) En. Mohd Sufyan bin Abdullah (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam)
3) En. Mohd Fadly bin Abd Razak (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik)
6
7.0 Ringkasan Perjalanan Program
Hari Pertama
Peserta berkumpul di PPD bermula jam 0800 am, seterusnya dimulakan dengan sesi taklimat dan
bacaan doa semoga pengisian program diberkati dan segala perancangan dipermudahkan.
Perjalanan bermula pada jam 0830 am dan bersarapan di Kluang. Tiba di Pejabat Taman Negara
Kahang pada 1030 am untuk pendaftaran dan membeli keperluan lain di kedai berhampiran.
Pada jam 1230 pm tiba di Kompleks Taman Negara Endau Rompin untuk pendaftaran masuk
penginapan, kemudian makan tengahari, bersolat dan rehat. Lawatan akademik ke Pusat
Penyelidikan Luar Mikro Hidro UTHM dimulakan pada jam 0300 pm. Untuk sesi lawatan ini,
peserta didedahkan dengan konsep penjaan mikro-hidro, pembinaan rumah turbin, pemasangan
paip, injap dan pembekalan sistem elektrik ke bangunan-bangunan di NERC. Peserta turut dibawa
melawat forebay yang dibina di Sungai Semawak seterusnya menyelusuri sepanjang paip hidro
yang telah dipasang.
Pada malamnya merupakan sesi perkongsian ilmu oleh ahli penyelidik mikro-hidro dalam
melaksanakan projek ini bermula dari kajian awal, pengambilan data, pembinaan dan segala macam
pengalaman sepanjang penyelidikan bermula dari tahun 2010.
Hari Kedua
Selepas bersarapan sekitar jam 0830 am, peserta bersiap sedia untuk aktiviti tracking ke beberapa
tempat menarik di Taman Negara iaitu Kuala Marong, Upih Guling dan Tasik Biru. Tujuan aktiviti
ini untuk memberi peluang kepada peserta mendapatkan sebarang idea penyelidikan yang boleh
dijalankan disekitar TNJER.
Disamping itu peserta turut dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung,
pengalaman menaiki bot dan berjalan kaki merentasi beberapa batang sungai sebelum sampai ke
destinasi yang dituju. Pada malamnya diadakan sesi perkongsian pengalaman dan idea oleh peserta
sepanjang aktiviti pada hari tersebut. Diakhiri dengan penyampaian sijil program kepada peserta.
Hari Ketiga
Seawal jam 0730 am mula bersarapan dan membuat persiapan untuk pulang. Pada jam 0930 am
peserta dibawa melawat ke arkib Taman Negara di Kompleks TNJER dan juga sekitar
perkampungan orang asli di Kampung PETA. Peserta didedahkan dengan aktiviti harian orang asli
disamping mengenali budaya mereka yang berkait rapat dengan anyaman, ukiran, permainan
kercang dan tanaman herba. Alhamdulillah, kesemua perserta dan urusetia sampai di UTHM pada
jam 0500 pm.
7
8.0 Kesimpulan
Program lawatan penyelidikan ini memberikan 1001 manfaat yang tidak ternilai, menerbitkan rasa
syukur pada Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati anugerah alam dibumi ini.
Keupayaan fizikal dan mental juga diuji sewaktu menjalani program. Aktiviti ini bukan sahaja
memberi pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di sini, tetapi yang lebih penting turut
meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkenaan sistem penjanaan mikro-hidro yang mana ianya
kemudian hari boleh dikongsi dengan para pelajar.
Semoga program ini dapat terus dilaksanakan dimasa-masa akan datang dan mendapat sokongan
dari pelbagai pihak. Terima kasih kepada peserta dan urusetia yang bekerja keras dalam
memastikan program ini dijalankan dengan jayanya.
Disediakan Oleh:
Azli Yusop
Penyelidik UTHM Eco-Hydro Team
Tarikh Disediakan: 01 Oktober 2016
Disahkan Oleh:
Izat Yahaya
Ketua Penyelidik UTHM Eco-Hydro Team
8
LAMPIRAN
Gambar 1: Sebelum memulakan perjalanan. Gambar 2: Bergambar di hadapan pejabat PPD.
Gambar 3: Perjalanan merentasi tanah merah. Gambar 4: Sampai di NERC TNJER.
Gambar 5: Di forebay Sungai Semawak. Gambar 6: Menyelusuri pemasangan paip hidro.
9
Gambar 7: Lawatan rumah turbin. Gambar 8: Demo sistem mikro-hidro.
jjjjjjjjj jjjjjj
k
Gambar 9: TDA menandatangi buku pelawat rumah turbin. Gambar 10: Lawatan sekitar bangunan NERC.
Gambar 11: Di hadapan UTHM Eco-Hydro Pond. Gambar 12: Menaiki bot.
10
Gambar 13: Merentasi sungai. Gambar 14: Aktiviti tracking.
Gambar 15: Kenangan di Upih Guling. Gambar 16: Di Tasik Biru.
Gambar 17: Penyampaian sijil program. Gambar 18: Lawatan di arkib Taman Negara.
11
Gambar 19: Lawatan sekitar Kampung PETA. Gambar 20: Demo permainan orang asli.
Gambar 21: Kenangan di Taman Negara Johor Endau Rompin, Malaysia.