LAPORAN-PPL International
-
Upload
khairol-nizam -
Category
Documents
-
view
249 -
download
0
description
Transcript of LAPORAN-PPL International
PENDAHULUAN
Latihan mengajar merupakan tempoh sementara pengajaran di sekolah yang
dijalankan di bawah pengawasan oleh seseorang yang merupakan latihan untuk menjadi
seorang guru. Guru dan pengajaran telah menjadi satu fokus penting dasar negara dan
tempatan. Dalam usaha untuk menyesuaikan dasar dan campur tangan untuk keperluan pihak-
pihak berkepentingan yang berbeza dan untuk memperbaiki keadaan pembelajaran pelajar,
adalah penting untuk memahami apa yang berlaku di sekolah-sekolah dan bilik darjah dalam
sistem pendidikan yang berbeza.
Dalam memenuhi subjek Latihan Mengajar (SPPA3008), seramai 30 orang pelajar
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah diberikan peluang untuk
menjalani latihan mengajar selama satu bulan di Indonesia iaitu di Makassar, Semarang dan
Yokjakarta. Seramai sembilan orang ditempatkan di Semarang, 9 orang di Yokjakarta dan 12
orang di Makassar. Pada 11 Febuari 2015, kumpulan saya bergerak ke Makassar dengan
menaiki kapal terbang Air Asia di KLIA 2. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk
ditempatkan di dua universiti iaitu Universitas Negeri Makassar dan Universitas
Muhammadiyah Makassar (UNISMUH). Kumpulan saya seramai enam orang telah
diserahkan kepada UNISMUH sepanjang menjalani Latihan Mengajar di Makassar. Kami
menetap di asrama UNISMUH yang dipanggil RUSUNAWA. Segala kelengkapan di asrama
ini memuaskan dan warga UNISMUH sentiasa memastikan kami tinggal dengan selesa.
Di Makassar, saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 6
Makassar (SMK Negeri 6 Makassar) yang berdekatan dengan UNISMUH. Kami disediakan
seorang supir yang bernama Akbar untuk menghantar kami ke sekolah masing-masing.
Perjalanan ke sekolah saya mengambil masa dalam 20 hingga 30 minit untuk tiba di sekolah.
Saya telah diberikan tugasan untuk mengajar dalam tiga unit di sekolah iaitu unit busana
(jahitan), unit boga (masakan) dan unti kecantikan. Setiap pengajaran telah dinilai oleh guru
pamong (guru pembimbing) iaitu Puan Nilawati dan dosen (pensyarah UNISMUH) iaitu
Puan Syahribulan. Pemarkahan dan ulasan telah dibuat dalam buku penilaian yang telah
disediakan oleh UTM. Dengan adanya bantuan guru-guru dan staf sekolah, latihan mengajar
saya dapat dilaksanakan hingga ke akhir dengan teratur dan jayanya.
1
LAPORAN RINGKAS SEKOLAH
SMK NEGERI 6 MAKASSAR
Jl. Landak Baru No. 132 Makassar - Sulawesi Selatan
Sejarah Ringkas
SMKN 6 Makassar dahulu bernama SMTK Negeri ( Sekolah Menengah Teknologi
Kerumahtanggaan ) didirikan pada tahun 1976 dengan membuka 3 jurusan iaitu : Tata boga,
Tata Busana dan Tata Graha . SMTK Negeri dikepalai oleh seorang Kepala sekolah iaitu :
Dra, Sachribunga Y. Tuna dari tahun 1976 – 1978. Berikutnya Kepala sekolah dijawat oleh :
Dra. F. Djawa tahun 1978 – 1996. kemudian dilanjutkan oleh Drs. Haris Pawallang dari tahun
1996 – 2001. Dilanjutkan oleh Dra. Hj. Saleha Side tahun 2001 – 2002 ( PJS ) sejak tahun
2002 – 2008 Kepala SMKN 6 dijawat oleh Drs. M. Ilyas .
Pada tahun 1996 SMTK berubah nama Menjadi SMK Negeri 6 Makassar. Saat ini
alumni SMTK dan SMK Negeri 6 telah mencapai 2800 an alumni. Lulusan SMTK Dan SMK
negeri 6 telah banyak diserap oleh Dunia Usaha / Industri dan Instansi negeri / swasta
(bekerja) , Kuliah, Wirausaha, dan lain lain. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi
pada dunia industri berproses lebih cepat dan dinamik jika dibandingkan dengan kemajuan
dan akselerasi yang terjadi pada institusi pendidikan, untuk itu maka Sekolah Menengah
2
Kejuaruan harus mampu menghasilkan lulusan sebagai tenaga kerja yang bersesuaian dengan
kebutuhan industri (market demand).
Usaha SMK Negeri 6 sebagai salah satu lembaga pendidikan menengah kejuruan
telah merintis untuk mencetak lulusan yang berkualiti khususnya pada bidang Hotel dan
Restoran melalui pelbagai program, termasuk pelaksanaan praktikal kerja industri luar negeri
di Singapura dan Malaysia sejak tahun 1998. Pada tahun 2004, SMK Negeri 6 Makassar
menjalin kerjasama dengan International Hotel School (IHS) Makassar untuk pelaksanaan
program ‘On The Job Training’ di beberapa hotel dan restoran besar di London.
Walaupun kegiatan ini masih sangat terbatas dilakukan baik kualiti mahupun
kuantitinya namun keupayaan tersebut harus terus didorong sebagai bahagian dari proses
peningkatan kualiti kelulusan yang mampu memenuhi standard penerimaan secara nasional
dan internasional.
Sebagai bahagian dari sub-sistem Pendidikan Nasional yang menyiapkan tenaga kerja
peringkat menengah, SMK Negeri 6 Makassar harus mampu menjawab tentangan dan
mengantisipasi persaingan dunia global termasuk pada sektor pendidikan. Untuk itu, seluruh
komponen sivitas akademik SMK Negeri 6 Makassar secara terstruktur dan berkelanjutan
senantiasa meningkatkan dan mengembangkan sistem pendidikan sesuai perkembangan
teknologi, ilmu pengetahuan dan kebutuhan masyarakat.
Visi dan Misi
Visi dan misi yang menjadi kerangka acuan dalam melaksanakan kegiatan di SMK Negeri 6
Makassar adalah sebagai berikut :
a) Visi :
”Menjadi lembaga pendidikan dan pelatihan profesional dalam prestasi yang dilandasi iman
dan taqwa serta menghasilkan tamatan yang menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi serta
mampu bersaing secara nasional dan internasional”
b) Misi
Untuk mencapai visi tersebut, maka misi yang hendak dituju oleh SMK Negeri 6 Makassar
adalah :
3
1. Menyiapkan tamatan yang siap kerja dan produkif yang dilandasi iman dan taqwa
serta menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi
2. Melaksanakan pendidikan dan pelatihan kejuruan yang adaptif, fleksibel dan
berwawasan global
3. Mengembangkan potensi sekolah yang bernuansa industri dan mampu bersaing di
tingkat nasional dan internasional.
4. Mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat pendidika dan pelatihan kejuruan
terpadu (PPKT) yang memberikan layanan prima kepada masyarakat
Kebijakan Mutu
Untuk mewujudkan SMK Negeri 6 Makassar sebagai Lembaga Pendidikan dan Pelatihan
Pariwisata berstandar Internasional, kami civitas SMK 6 Makassar berikrar :
1. Bertekad menerapkan sistem manajemen mutu ISO 9001:2000 agar menjadi Lembaga
Penyelenggara Pendidikan dan Pelatihan Pariwisata yang berorientasi mutu pada
semua kegiatannya.
2. Memberikan pelayanan prima pada semua kegiatan layanan jasa Pendidikan dan
Pelatihan Pariwisata.
3. Bertanggungjawab dan selalu melaksanakan peningkatan mutu layanan jasa
Pendidikan dan Pelatihan Pariwisata serta berperan aktif untuk meninjau dan
memperbaiki sistem manajemen mutu secara berkelanjutan.
Dalam kegiatan sehari-hari, SMK Negeri 6 Makassar menerapkan dan menjunjung tinggi
sistem nilai:
1. Kebersamaan (Togetherness)
2. Keterbukaan (Fairly)
3. Kedisiplinan (Discipline)
4. Kesinambungan (Sustainability)
4
Sistem Penjadualan SMK Negeri 6 Makassar
SMK Negeri 6 Makassar menggunakan sistem penjadualan blok dalam pembelajaran
siswa. Sistem penjadualan blok adalah sejenis penjadualan akademik di mana setiap pelajar
mempunyai kelas kurang sehari (biasa di sekolah-sekolah menengah dan tinggi). Setiap kelas
dijadualkan untuk tempoh yang lebih lama daripada biasa (contohnya 90 minit dan bukannya
50). Dalam satu bentuk blok penjadualan, satu kelas akan bertemu setiap hari selama
beberapa minggu, selepas itu kelas lain akan mengambil tempat. Dalam bentuk lain, kelas
harian berputar melalui kitaran harian yang berubah-ubah.
Penukaran untuk menyekat penjadualan menjadi satu trend yang agak meluas dalam
tahun 1990-an untuk sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi di Amerika Syarikat.
Sebelum itu, banyak sekolah dijadualkan kelas supaya pelajar melihat segala guru-guru
mereka setiap hari. Kelas adalah kira-kira 40-60 minit, tetapi di bawah blok penjadualan,
mereka menjadi lebih kurang 90 minit.
Blok menawarkan pengalaman lebih mendalam pada mata pelajaran yang dipelajari.
Jumlah kerja rumah juga kurang diberikan kepada pelajar. Satu kaedah yang dikenali sebagai
4 × 4 blok penjadualan berpecah tahun akademik ke suku, dan menggunakan hari empat
tempoh. Ini meninggalkan lapan slot yang disediakan untuk kelas semasa semester (empat
kelas dalam setiap dua suku). Kaedah 4 × 4 agak lebih fleksibel di mana pelajar boleh
mengambil dua kelas berjujukan pada semester yang sama (dalam suku yang berbeza), yang
tidak mungkin berada di jadual tradisional. Ini juga membolehkan pelajar di tahun akhir yang
gagal kelas ketiga-suku tetapi mengulanginya pada suku keempat untuk bergraduat.
5
Jadual Belajar (Jam Pelajaran)
Isnin
1. 08.00 – 08.40
2. 08.40 – 09.20
3. 09.20 – 10.00
4. 10.00 – 10.40
5. 10.40 – 11.20
6. 11.20 – 12.00
12.00 – 12.30 (Istirahat)
7. 12.30 – 13.10
8. 13.10 – 13.50
9. 13.50 – 14.30
Selasa, Rabu, Khamis
1. 07.30 – 08.15
2. 08.15 – 09.00
3. 09.00 – 09.45
4. 09.45 – 10.30
5. 10.30 – 11.15
6. 11.15 – 12.00
12.00 – 12.30 (Istirahat)
7. 12.30 – 13.15
8. 13.15 – 14.00
9. 14.00 – 14.45
Jumaat
1. 07.30 – 08.15
2. 08.15 – 09.00
3. 09.00 – 09.45
09.45 – 10.00 (Istirahat)
4. 10.00 – 10.45
5. 10.45 – 11.30
Sabtu
1. 09.00 – 09.30
2. 09.30 – 10.00
3. 10.00 – 10.30
4. 10.30 – 11.00
5. 11.00 – 11.30
6. 11.30 – 12.00
12.00 – 12.30 (Istirahat)
7. 12.30 – 13.00
8. 13.00 – 13.30
9. 13.30 – 14.00
6
LAPORAN AKADEMIK
Tarikh Aktiviti Catatan
11/02/2015 Bertolak dari KLIA2
ke Makassar pada
jam 1.40 petang.
Tiba di makassar
pada jam 4.40 petang.
Di KLIA 2
12/02/2015 Majlis Perasmian
Penyerahan kepada
pihak sekolah
Pengenalan kepada
Guru Pamong dan
Dosen
Menghadiri pameran
seni rupa mahasiswa
UNISMUHPersembahan tarian tradisi Makassar
Guru Pamong: Nilawati, S.Pd., M.Pd.
7
Dosen:
Dra Hj. Syahribulan.K.,M.Pd.
Bersama mahasiswa yang terlibat dalam pameran
seni rupa
13/02/2015 Pertemuan kepala
sekolah dan suai
kenal guru
Lawatan sekitar
sekolah SMKN6
Kepala sekolah: Drs. Arifin M.Pd.
8
14/02/2015 Membuat senarai
kemahiran yang ada
untuk disesuaikan
dengan pengajaran
sekolah.
Menghadiri undangan
‘Fashion Show’ di
Ballroom Diamond
(Lantai 2 MP)
Bersama pelajar yang memenangi tempat pertama
dalam mengubahsuai pakaian tradisional
15/02/2015
(Ahad)
Cuti Minggu
16/02/2015 Perbincangan dengan
guru-guru unit busana
Penetapan tajuk yang
akan diajar di unit
busana
Memilih tajuk yang bersesuaian untuk mengajar
17/02/2015 Menyediakan bahan
pengajaran dan
sample renda
Sampel jahitan renda
9
18/02/2015 Proses Pengajaran
dan Pembelajaran
Pengajaran di dalam kelas
Tajuk: Penyelesaian Tepi
Siswa teruja menjawab soalan kuiz
19/02/2015 Libur (cuti tahun baru
cina)
20/02/2015 Menyediakan bahan
pengajaran
Tajuk Pengajaran: Konstruksi Kain
10
21/02/2015 Proses Pengajaran
dan Pembelajaran
Pengajaran di dalam kelas
Tajuk: Konstruksi Kain
Membantu siswa membuat tugasan berkumpulan
22/02/2015
(Ahad)
Cuti minggu
23/02/2015 Perbincangan
bersama guru-guru di
unit boga
24/02/2015 Observe kelas praktek
di restoran (table
setting; main course)
Menyediakan bahan
pengajaran
Membuat senarai
bahan yang akan
digunakan untuk
mengajar
Siswa menyiapkan meja sebelum meletakkan
hidangan makanan
11
Siswa menyiapkan peralatan untuk menghidang
makanan
25/02/2015 Proses Pengajaran
dan Pembelajaran
Pembentukan roti Chelsea
Pembakaran roti Chelsea
12
Bersama siswa dan guru (Puan Rasmi)
26/02/2015 Observe kelas teori
(pemotongan ikan)
27/02/2015 Menyiapkan laporan
dan mendapatkan
maklumat sekolah
28/02/2015 Senamrobik pada
waktu pagi sebelum
memulakan kelas
Observe kelas praktek
pastry
(menghasilkan ‘danist
Pastry’)Senamrobik setiap hari Sabtu
Puan Rasmi membantu siswa menghasilkan Danist
Pastry
13
01/03/2015
(Ahad)
Cuti minggu
Menghadiri majlis
berinai di rumah ipar
dekan FKIP
UNISMUH
Bersama pengantin perempuan
02/03/2015 Penyerahan kepada
unit kecantikan
Perbincangan
bersama guru-guru
unit kecantikan
03/03/2015 Menyediakan bahan
pengajaran kelas teori
Tajuk: Tanaman Hiasan
04/03/2015 Mengajar teori
tanaman hiasan
Pengajaran di dalam kelas teori
Tajuk: Tanaman Hiasan
14
05/03/2015 Persiapan untuk P&P
Menyediakan senarai
peralatan yang
diperlukan untuk
membuat aktiviti
kelas akan datang.
Meminta pelajar
membawa peralatan
yang diperlukan.
06/03/2015 Membina rangka
untuk menggantung
pasu bunga pelajar
dalam kelas akan
datang.
Pembinaan rangka bersama Cikgu Azwan
07/03/2015 Proses Pengajaran
dan Pembelajaran
Memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti yang
akan dijalankan
15
Siswa melakarkan bentuk pasu yang ingin dihasilkan
menggunakan botol terpakai
Mendirikan rangka bersama-sama Cikgu Azwan
Siswa menanam pokok dalam pasu botol yang telah
dihasilkan
16
Guru membantu pelajar menyusun pasu botol yang
telah siap dengan tanaman masing-masing
08/03/2015
(Ahad)
Cuti
09/03/2015 Menghadiri majlis
pelepasan di SMK2
Menerima lawatan
dari pensyarah UTM
ke SMKN6
Menghadiri majlis pelepasan mahasiswa UTM
kumpulan UNM
Pertemuan pennsyarah UTM dengan Kepala Sekolah
SMKN6
17
10/03/2015 Majlis pelepasan
mahasiswa UTM
kumpulan
UNISMUH
Ucapan dekan FKIP UNISMUH
11/03/2015 Bertolak pulang ke
Malaysia jam
4.45petang
Selamat sampai di
KLIA 2 pada jam
7.40 petang
Bergambar bersama Akbar sebelum berangkat pulang ke
Malaysia
Bersedia untuk pulang ke Malaysia
18
LAPORAN AKTIVITI LAIN
Pantai Losari
Pantai Losari adalah sebuah pantai yang terletak di sebelah barat kota Makassar, provinsi
Sulawesi Selatan, Indonesia. Pantai ini menjadi tempat bagi warga Makassar untuk
menghabiskan waktu pada pagi, petang dan malam hari menikmati pemandangan matahari
tenggelam yang sangat indah.
19
Bergambar bersama di Pantai Losari
Dahulu, pantai ini dikenali dengan pusat makanan laut dan ikan bakar di malam hari (kerana
para penjual dan pedagang hanya beroperasi pada malam hari), serta disebut-sebut sebagai
warung terpanjang di dunia (kerana terdapat deretan warung-warung di sepanjang pantai
yang panjangnya lebih kurang satu kilometer).
Di hadapan masjid terapung (Masjid Amirul Mukminin)
Salah satu makanan khas Makassar yang dijual di warung-warung tesebut adalah pisang epe
(pisang mentah yang dibakar, kemudian dibuat pipih, dan dicampur dengan air gula merah.
Paling enak dimakan ketika masih hangat).
20
Makan pisang epe yang dibeli di Pantai Losari
Sekarang, warung-warung yang menjual makanan laut tersebut telah dipindahkan pada
sebuah tempat di hadapan rumah jabatan Walikota Makassar yang juga masih berada di
sekitar Pantai Losari.
Tree Top Adventure Sombaopu
TreeTop Adventure Sombaopu adalah salah satu fasiliti rekreasi yang ada di Gowa Discovery
Park (GDP), kawasan Benteng Somba Opu. Kawasan ini berada sekitar 5 km arah selatan
dari titik sifar Kota Makassar (Lapangan Karebosi). Namun kawasan ini masuk wilayah
21
administratif Kabupaten Gowa. Tempat ini mulai dibuka untuk umum bersamaan dengan
‘soft opening GDP’ yang berlangsung pada Sabtu (7/7/2012).
Berjalan di atas titian tali
TreeTop Adventure Sombaopu menawarkan pengalaman menarik. Di antaranya berjalan di
atas titian tali yang diikat dari satu pohon ke pohon lain. Ada juga flying fox, ayunan tarzan,
dan beragam permainan lainnya. Terdapat para instruktur berpengalaman yang selalu sedia
membantu setiap pengunjung yang berminat mencuba permainan di TreeTop Adventure
Sombaopu.
Sebelum mencuba permainan tersebut, para instruktur menyampaikan beberapa aturan yang
perlu dipatuhi setiap pengunjung. Terutama perihal penggunaan tali keselamatan yang
dilekatkan di tubuh setiap pengunjung tak boleh dilepaskan kedua-duanya dari tali atau
tempat selamat melainkan dilepas satu per satu agar keselamatan terjaga. Bukan sahaja orang
dewasa yang boleh merasakan pengembaraan di taman ini, malah kanak-kanak pun boleh
merasainya dengan syarat minima berusia lima tahun.
22
Selesai melepasi ‘Flyig Fox’
Untuk permainan orang dewasa, terbahagi kepada tiga kategori permainan iaitu green, blue,
dan red. Masing-masing peringkat kesukarannya adalah berbeza. Green adalah untuk
peringkat halangan yang biasa sahaja. Blue adalah peringkat halangan yang sederhana.
Manakala red untuk peringkat halangan yang berat dan lebih sukar daripada green dan blue.
Permainan khusus disediakan untuk kanak-kanak mengikut kemampuan kanak-kanak. Harga
yang perlu dibayar adalah hanya Rp 30 ribu per orang.
Trans Studio Makassar
23
Trans Studio Makassar adalah taman hiburan indoor terbesar ke-2 di Indonesia setelah Trans
Studio Bandung. Seluas 2.7 Hektar, Trans Studio Theme Park menyajikan 22 permainan dan
bermacam bentuk hiburan yang terdapat dalam 4 kawasan dengan tema yang berbeza dan
unik. Para pengunjung dapat merasakan bagaimana menjadi seorang bintang di depan kamera
serta menjadi orang – orang di belakang layar dari tayangan – tayangan favorit Trans TV dan
Trans7, seperti Dunia Lain, Jelajah, X-travaganza.
Antara kawasan dan permainan yang terdapat di trans studio Makassar adalah Magic Corner,
Dunia Lain, Magic Thunder Coaster, Dragon's Tower, Putar Petir, Giant Swing, Kids Studio,
Bioskop 4D, Hollywood Bumper Car, Trans City Theater, dan Science center
Bersedia untuk menaiki ‘Putar Petir’
Bersedia menjelajah dalam ‘Dunia Lain’
24
Harga tiket masuk Trans Studio Theme Park adalah Rp100.000 pada hari Isnin dan Jumaat,
manakala pada hari sabtu dan hari minggu atau cuti adalah Rp150.000. dengan menggunakan
kad pelajar, harga tiket dapat dikurangkan kepada Rp 60.000. Setiap pengunjung wajib
menggunakan Studio Pass untuk masuk dan bertransaksi di dalam theme park.
Peta Trans Studio Makassar
Fort Rotterdam
25
Fort Rotterdam atau Benteng Ujung Pandang (Jum Pandang) adalah sebuah benteng
peninggalan Kerajaan Gowa-Tallo.Benteng ini berada di pinggir pantai sebelah barat Kota
Makassar, Sulawesi Selatan.
Benteng ini dibangun pada tahun 1545 oleh Raja Gowa ke-9 yang bernama I Manrigau
Daeng Bonto Karaeng Lakiung Tumapa'risi' kallonna. Awalnya benteng ini diperbuat
daripada tanah liat, namun pada masa pemerintahan Raja Gowa ke-14 Sultan Alauddin
konstruksi benteng ini diganti menjadi batu padas yang bersumber dari Pegunungan Karst
yang terdapat di daerah Maros. Benteng Ujung Pandang ini berbentuk seperti seekor penyu
yang hendak merangkak turun ke lautan. Dari segi bentuknya sangat jelas filosofi Kerajaan
Gowa, bahwa penyu dapat hidup di darat maupun di laut. Begitu pun dengan Kerajaan Gowa
yang berjaya di daratan maupun di lautan.
26
Bergambar bersama tugu pahlawan
Nama asli benteng ini adalah Benteng Ujung Pandang, biasa juga orang Gowa-Makassar
menyebut benteng ini dengan sebutan Benteng Panyyua yang merupakan markas pasukan
katak Kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa-Tallo akhirnya menandatangani perjanjian Bungayya
yang salah satu pasalnya mewajibkan Kerajaan Gowa untuk menyerahkan benteng ini kepada
Belanda. Pada saat Belanda menempati benteng ini, nama Benteng Ujung Pandang diubah
menjadi Fort Rotterdam. Cornelis Speelman sengaja memilih nama Fort Rotterdam untuk
mengenang daerah kelahirannya di Belanda. Benteng ini kemudian digunakan oleh Belanda
sebagai pusat penampungan rempah-rempah di Indonesia bahagian timur.
Di kompleks Benteng Ujung Pandang kini terdapat Museum La Galigo yang di dalamnya
terdapat banyak referensi mengenai sejarah kebesaran Makassar (Gowa-Tallo) dan daerah-
daerah lainnya yang ada di Sulawesi Selatan. Sebagian besar gedung benteng ini masih utuh
dan menjadi salah satu objek wisata di Kota Makassar.
27
KESIMPULAN
Setiap pelajar adalah unik. Mereka mempunyai emosi yang berlainan negeri,
pandangan dunia, kadar dan gaya pembelajaran, peringkat pembangunan, dan perasaan
keberkesanan, bakat, dan keupayaan. Setiap pelajar mempunyai hak untuk berada di dalam
persekitaran pembelajaran sokongan yang selamat dan dilayan dengan hormat. Hubungan
yang membangunkan antara guru dan pelajar adalah asas kepada kejayaan pembelajaran.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembelajaran juga termasuk emosi, konteks dan
hubungan sosial.
Dalam usaha untuk menilai keberkesanan pengajaran, guru perlu mempunyai akses
kepada penilaian yang mencerminkan pembelajaran mereka dengan mencuba untuk
menggalakkan, yang ditentukur untuk membolehkan pertimbangan tentang kadar kemajuan,
yang dijangka yang meliputi rangkaian penuh bidang kurikulum dan peringkatnya, serta yang
murah dan mudah untuk mentadbir secara kerap.
Jelas bahawa definisi pengajaran yang berkesan ialah yang membawa kepada
pencapaian pelajar dipertingkatkan. Dan akibat yang penting ialah langkah kriteria, di mana
kita perlu mengesahkan semua sumber-sumber bukti lain tentang keberkesanan (seperti dari
pemerhatian pengajaran, penilaian pelajar, dan lain-lain) hendaklah sentiasa berlabuh di bukti
langsung hasil pembelajaran bernilai. Walau bagaimanapun, kejayaan perlu dicari bukan dari
segi penguasaan strategi baru guru atau demonstrasi tingkah laku pilihan, tetapi dari segi
kesan yang mengubah amalan mempunyai kepada hasil bernilai. Hal ini kerana guru-guru
bekerja dalam konteks yang berbeza-beza, tidak ada jaminan bahawa mana-mana pendekatan
yang khusus untuk pengajaran akan mempunyai hasil yang diingini untuk pelajar.
28
29