LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

8
LAPORAN PRESTASI UJIAN (LPU) 1. PEPERIKSAAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2. TAHUN : 2014 3. MATA PELAJARAN : SAINS KERTAS 2 4. KOD KERTAS : 1511/2 5. NAMA PEMERIKSA : ZULKIFLI BIN JAAFAR 6. KOD PEMERIKSA :A2003 7. KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN a. Format Format kertas soalan masih kekal seperti tahun 2013 iaitu mengandungi Bahagian A, B dan C. Bahagian A masih kekal menagndungi 4 soalan struktur (no. 1-4) yang menguji Kemahiran Proses Sains. Bahagian B mengandungi 5 soalan struktur (no. 5-9) yang menhuji Konstruk Pengetahuan dan Pemahaman. Bahagian C mengandungi 3 soalan esei yang menguji Konstruk Kefahaman, menyelesai masalh dan mengkonsepsi serta pemikiran aras tinggi. b. Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaran Cakupan soalan adalah menyeluruh dan meliputi kedua-dua tingkatan 4 dan 5 dan soalan juga disusun mengikut susunan seperti sukatan mengikut bahagian soalan. c. Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calon Walaupun ada soalan yang berbentuk baru seperti “Padankan” ia masih relevan dan calon tidak mempunyai masalah untuk menjawab dan ia masih kekal dibawah sukatan matapelajaran sains Tingkatan 4 dan 5 d. Aras Kesukaran Aras kesukaran dibahagi dengan baik dimana setiap soalan didalam bahagian A dan B dibahadgi secara baik dimana ini dapat dilihat dimana setiap calon yang

Transcript of LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

Page 1: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

LAPORAN PRESTASI UJIAN (LPU)

1. PEPERIKSAAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2. TAHUN : 20143. MATA PELAJARAN : SAINS KERTAS 24. KOD KERTAS : 1511/25. NAMA PEMERIKSA : ZULKIFLI BIN JAAFAR6. KOD PEMERIKSA :A2003

7. KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN

a. Format Format kertas soalan masih kekal seperti tahun 2013 iaitu mengandungi Bahagian A, B dan C. Bahagian A masih kekal menagndungi 4 soalan struktur (no. 1-4) yang menguji Kemahiran Proses Sains. Bahagian B mengandungi 5 soalan struktur (no. 5-9) yang menhuji Konstruk Pengetahuan dan Pemahaman. Bahagian C mengandungi 3 soalan esei yang menguji Konstruk Kefahaman, menyelesai masalh dan mengkonsepsi serta pemikiran aras tinggi.

b. Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaranCakupan soalan adalah menyeluruh dan meliputi kedua-dua tingkatan 4 dan 5 dan soalan juga disusun mengikut susunan seperti sukatan mengikut bahagian soalan.

c. Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calonWalaupun ada soalan yang berbentuk baru seperti “Padankan” ia masih relevan dan calon tidak mempunyai masalah untuk menjawab dan ia masih kekal dibawah sukatan matapelajaran sains Tingkatan 4 dan 5

d. Aras KesukaranAras kesukaran dibahagi dengan baik dimana setiap soalan didalam bahagian A dan B dibahadgi secara baik dimana ini dapat dilihat dimana setiap calon yang menjawab akan dapat skor sekurang-kurangnya 2 markah bagi setiap soalan dalam bahagian A dan bahagian B

e. Perbandingan dengan tahun SPM 2013Berbanding dengan soalan tahun 2013, soalan 2014 mempunyai bentuk soalan yang lebih member peluang untuk calon dalam kumpulan sederhana dan lemah untuk mendapat skor iaitu dengan adanya soalan yang berbentuk ‘Padankan’.

Page 2: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

f. Kesilapan pada kertas soalanTiada kesilapan yang terdapat didalam soalan pada setiap bahagian

8. KOMEN UMUM TENTANG PERATURAN PEMARKAHANPeraturan Pemarkahan adalah lebih ketat berbanding tahun 2013 terutama bagi soalan no.4 dimana calon perlu memberikan hubungan antara dua pembolehubah dengan lebih jelas dan tepat.Pada soalan no. 10 peraturan pemarkahan perlu di ketatkan lagi kerana sebarang perubahan terhadap eksperimen yang dirancang oleh pelajar didalam jawapan akan memberi kesan terhadap hasil eksperimen, tetapi ia masih diterima didalam pemarkahan untuk kaedah. Penulisan hipotesis juga patut diketatkan peraturan pemarkahan kerana ia juga melambangkan kemahiran asas sains seorang pelajar.

9. KESILAPAN/KELEMAHAN KERTAS SOALAN DAN CADANGANRajah yang memerlukan pelajar untuk membuat bacaan pada alat radas sepatutnya di besarkan lagi saiznya. Contoh soalan no.4 dimana pelajar dikehendaki membuat bacaan bagi pembaris. Bagi calon yang mempunyai masalah penglihatan atau keadaaan dewan peperiksaan yang kurang pencahayaan mungkin akan memberi masalah kepada calon untuk membuat bacaan yang tepat.

10. KESUKARAN UJIAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYATahun ini soalan berasas rendah yang berbentuk ‘padankan’ banyak membantu calon dalam kumpulan sederhana dan lemah untuk memperolehi markah sekurang-kurangnya 1 berbanding dengan tahun lepas yang 100% soalan mengkehendaki calon menulis jawapan dikertas soalan bagi soalan struktur bahagian A dan B.

Page 3: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

LAPORAN PRESTASI CALON (LPC)

1. PEPERIKSAAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2. TAHUN : 20143. MATA PELAJARAN : SAINS KERTAS 24. KOD KERTAS : 1511/25. NAMA PEMERIKSA : ZULKIFLI BIN JAAFAR6. KOD PEMERIKSA :A2003

7. PRESTASI KESELURUHAN

Secara keseluruhan tahap pencapaian bagi 2 pusat yang berbeza iaitu TA003 dan SB001 adalah jauh berbeza. Bagi TA003 kebanyakan calon dapat menjawab dengan baik bagi soalan yang menguji konstruk pengetahuan pemahaman yang memerlukan calon menterjemah dan mentafsir stimulus seperti gambarajah, graf, jadual dan carta. Bagi SB 001 tahap pencapain calon adalah pada tahap memuaskan sahaja.

8. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

Calon dalam kumpulan tinggiCalon dapat memberikan jawapan eperti di dalam peraturan pemarkahan. Jawapan calon adalah jelas dan susunan ayat yang baik dan teratur serta mudah untuk ditafsir dan difahami terutama bagi soalan yang menguji kefahaman dan soalan konstruk aplikasi sains isitu menyelesai masalah dan membuat huraian bagi setiap fakta yang di nyatakan.

Calon dalam kumpulan sederhanaJawapan dari calon ini adalah memuaskan. Calon boleh memberikan jwapan yang baik terutama pada bahagian B yang menguji konstruk pengetahuan dan pemahaman. Walau bagaimana pun calon hanya menjawab secara sederhana bagi soalan bagian A dan C. Calon kurang menguasai kemahiran proses sains.

Calon dalam kumpulan LemahMutu jawapan adalah sangat lemah dimana calon menjawab tidak mengikut kehendak soalan dan ramai yang tidak menjawab dan fakta yang diberikan juga adalah salah. Calon tidak memahami kehendak soalan, tidak cukup pengetahuan dan tidak menguasai kemahiran asas sains.

Page 4: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

9. PRESTASI TERPERINCI

Soalan A1Kebanyakan calon dapat memberikan hipotesis dan menyenaraikan pembolehubah dengan betul dan tepat berdasarkan Jadual 1 yang diberikan dalam soalan. Tetapi masih ramai calon termasuk calon dalam kumpulan tinggi yang dapat menjawab soalan 1A(d) dengan baik.

Soalan A2Kebayakan calon mendapat skor teringgi bagi soalan ini bagi semua kategori calon kerana aras soalan yang rendah dan bentuk soalan 2.(c) dan (d). Pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah masih bermasaalah untuk menjawab soalan 2(b) dimana kebanyakan calon tidak emnjawab mengikut kehendak peraturan pemarkahan.

Soalan A3Calon dalam kupulan tinggi boleh menjawab dengan baik dan melukis graf dengan baik. Walau bagaimana pun masih ramai calon dalam semua kategori yang melukis graf pada soalan 3(b) dengan menggunakan pembaris. Bagi calon yang lemah soalan 3(c) gagal dijawab dengan sempurna.

Soalan A4Kebanyakkan pelajar memberikan pemerhatian yang tidak tepat bagi soalan 4(a) kerana tidak membaca soalan yang hanya mahukan calon membuat pemerhatian pada bahagian akar sahaja.4(e) kepada pelajar kumpulan tinggi hanya sebahagian sahaja dapat memberikan jawapan yang tepat dan bagi calon dalam kumpulan sederhana dan lemah soalan 4(e) kebayakan calon gagal menjawab langsung.

Soalan B5Kekuatan calon adalah pada melabel diagram 5.2 dan diagram 5.3Kebayakan calon dalam kumpulan tinggi dan sederhana dapat menjawab dengan baik.

Soalan B6Soalan yang menguji pengetahuan pelajar. Kekuatan calon adalah pada soalan 6a(i) , 6a(ii) sahaja. Kebayakan calon dalam kumpulan sederhana dan rendag gagal menjawab dengan baik bagi semua soalan .

Page 5: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

Soalan B7Soalan yang menguji pengethetahuan dan fakta serta menganalisi data dalam jadual yang diberikan. Calon yang tidak menguasai fakta tidak akan dapat menjawan dengan baik terutama 7a(i),(ii) dan 7(c).

Soalan B8Kebayakan calon mempunyai kekuatan untuk menginterpretasi data dengan baik dan dan dapat memberikan contoh dengan tepat bagi soalan 8(c)

Soalan B9kekuatan calon adalah pada 9(c) calon dalam semua kategori dapat memjawab dan memperolehi skor penuh.

Soalan 10Calon dalam kumpulan sederhana gaal menjawab dengan sempurna terutama pada bahagian kaedah dan bagi calon kumpulan lemah kebanyak calon langsung tidak menjawab.

Soalan 11 dan 12Kebanyakan calon tidak menjawab mengikut format yang sepatutnya

10. KEKUATAN CALONMempunyai pengetahuan fakta yang baik dan kemahiran asas sains yang kukuh.

11. KELEMAHAN CALONTidak menguasai kemahiran asas sains dan lemah dalam mengingat fakta serta menjawab tidak menepati soalan dan tidak mengikut format soalan

12. KESILAPAN CALONMenjawab soalan tidak menepati kehendak soalan

13. SARANAN KEPADA CALON1. Menguasai konsep asas dan fakta yang terkandung dalam suktan pelajaran

sains tingkatan 4 dan 52. Menguasai kemahiran proses sains seperti kemahiran membuat hipotesis,

inferen mengenalpasti pemboleh ubah mendifinisi secara operasi dan lain-lain

3. Melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan amali disekolah4. Menggunakan istilah sains dengan betul dan tepat5. Menguasai teknik menjawab soalan yang betul

Page 6: LAPORAN PRESTASI UJIAN.doc

6. Meningkatkan kemahiran melukis rajah bagi setiap eksperimen yang dilakukan.

7. Mengenal setiap radas yang digunakan semasa menjalankan amali sains.

14. SARANAN KEPADA GURU

1. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran2. Semasa ,enjalankan eksperimen guru mesti mempastikan calon

melaksanakan semua langkah penyiasatan saintifik supaya calon dapat menguasai kemahiran proses sains, kemahiran manipulative dan mengamalkan nilai murni.

3. Guru perlu memberikan kemahiran dalam melukis terutama rajah, graf dan menulis ejaan istilah yang betul dan tepat

4. Guru perlu mendedakhan format soalan peperiksaan sebenar yang terkini dan teknik menjawab soalan yang betul

5. Guru perlu menggunakan bahan rujukan tambahan bagi meningkatkan pengetahuan pelajar terutama mengenai isu-isu terkini yang berkaitan dengan topic yang dipelajari.