Laporan Program EA 2015

5
LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK EKONOMI ASAS 2015

description

contoh laporan program ekonomi asas

Transcript of Laporan Program EA 2015

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

EKONOMI ASAS 2015

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK EKONOMI ASAS 2015

TAJUK Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 Ekonomi Asas

TARIKH 25 Februari 2015 (rabu)MASA 8.00PAGI – 10.00 PAGITEMPAT Makmal Komputer Sekolah NAMA PENCERAMAH En Vicknesvaran A/l Subramaniam

Guru Cemerlang Ekonomi Asas dan Pemeriksa Kertas Ekonomi Asas SPM

JUMLAH KEHADIRAN 60 ORANG ( 5 ARIF/ SATRIA/ SEJATI )BILANGAN TIDAK HADIR 10 ORANG

MATLAMAT PROGRAM

Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, berketrampilan, beradap dan berakhlak mulia

berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara yang dapat menyumbang kepada ekonomi.

RASIONAL1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai mata pelajaran Ekonomi Asas dengan baik

2. Menghasilkan pelajar yang mempunyai pengetahuan ekonomi dan dapat mengaitkan dalam

kehidupan bermasyarakat.

3. Melahirkan pelajar yang berketrampilan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga

kokurikulum.

OBJEKTIF PROGRAM1. Panitia Ekonomi Asas akan cuba mencapai kelulusan 90% bagi tahun 2015

2. Mendedahkan pelajar dengan teknik menjawab yang betul.

LAPORAN:

Bengkel ini dianjurkan oleh Panitia ekonomi asas sebagai satu cara untuk membantu pelajar untuk lebih cemerlang dalam menjawab kertas 2 ekonomi asas 2015.Ianya dijalankan pada 25 Februari (Rabu) bertempat di makmal komputer. Penceramah yang dijemput merupakan guru cemerlang dan berpengalaman dalam menanda kertas 2 ekonomi asas.Bengkel ini telah difokuskan kepada pelajar tingkatan lima yang mengambil Kertas Ekonomi asas 2015.Pada umumnya pelajar telah diberikan maklumat tentang perubahan soalan dan teknik menjawab soalan dengan betul sebagai panduan kepada mereka.Sehubungan dengan soalan mengandungi KBAT/HOTS ,penceramah mengingatkan pelajar untuk lebih peka dengan isu semasa yang boleh dikaitkan dengan situas ekonomi Negara. Pelajar juga didedahkan dengan cara memahami soalan dan menulis jawapan dengan tepat. Bengkel ini diharapkan memberi sedikit suntikan kepada pelajar untuk menjawab soalan ekonomi spm 2015 dengan lebih yakin dan tepat.

MASALAH / KEKANGAN :

1. Pelajar kurang bersedia dengan isi kandungan kerana mereka belum membuat ulangkaji bab tingkatan 4

2.Masa yang sangat singkat dan banyak perkara yang tak dapat disampaikan.

3.Kehadiran pelajar yang terlibat kurang kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum .

KEKUATAN :

1.Pelajar memberi komitmen sepanjang bengkel berlangsung.

2.Penceramah yang berpengalaman dan memberi tips yang bertepatan dengan keperluan pelajar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

____________________________ __________________________

( KAMARUL ZAMAN B. SULAIMAN)

Disahkan Oleh :

_________________________________

LAMPIRAN : Kertas Kerja Dan Gambar di sepanjang Program Berjalan :