Laporan Program Explore Race 2012

download Laporan Program Explore Race 2012

of 12

description

penulisan laporan

Transcript of Laporan Program Explore Race 2012

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: AZHANI BINTI HAMIDNO. KAD PENGENALAN : 761015-10-5902PROGRAM:INTERNSHIPNAMA SEKOLAH:SK TUN DOKTOR ISMAILNAMA PROJEK:EXPLORE RACETEMPOH PELAKSANAAN:20 SEPTEMBER 2012 (1 HARI)

1.0Pengenalan

Explore Race adalah merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk murid Tahun 5 sebagai aktiviti kemuncak Panitia Sains. Ianya julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Pelaksanaan program ini sebagai memenuhi kehendak Projek Internship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( PGSR ) di mana ianya merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Dalam aktiviti ini ,setiap kumpulan akan bergerak mengikut route yang telah ditetapkan. Masa untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti adalah 15 minit bagi setiap stesen. Murid hanya akan bergerak ke stesen lain setelah menyiapkan aktiviti di stesen berkenaan. Hakim akan memberi markah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

2.0MatlamatAktiviti yang dirancang ini diharap dapat;i) Memupuk semangat kerjasama dan toleransi di antara murid di dalam kumpulan.ii) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab di kalangan muridiii) Memberi kesedaran kepada murid bahawa murid yang cerdas di dalam pelajaran tidak semestinya hebat dalam semua bidang.iv) Mengikis perasaan rendah diri di kalangan murid.v) Menghapuskan semangat keakuan di kalangan murid.vi) Memgembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIvii) Memupuk kepimpinan di kalangan murid.viii) Mengeratkan hubungan antara murid yang berlainan sekolah.

3.0Objektif Program3.1Menyediakan murid yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan. 3.2Menyediakan murid yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh yang terhad.3.3Menggalakkan guru dan sekolah mempelbagaikan akjtiviti yang menarik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.3.4Menyediakan forum kepada semua pihak dalam menilai kemampuan pelajar dalam aktiiti yang melibatkan kemahiran psikomotor dan afektif.

4. STRATEGI PELAKSANAAN4.1 Menyediakan dan menyusun alatan dan bahan di 7 stesen .4.2 Memberi taklimat aktiviti di setiap stesen kepada para peserta.4.3 Memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti dan menyerahkan borang pemarkahan kepada para hakim.4.4 Memerhati perjalanan aktiviti dari stesen ke stesen .4.5 Mengira markah dari setiap stesen.4.6 Menyampaikan cenderahati kepada para pemenang.

5. AKTIVITI YANG DIJALANKAN UNTUK MENJAYAKAN PROJEK:Tentatif Program8.15 pagi : Pendaftaran peserta8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis: Bacaan Doa Oleh Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli8.40 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar SK Tun Doktor Ismail Puan Selemah Binti Mohd Salim8.45 pagi :Taklimat mengenai Explore Race kepada para peserta dan para hakim. Puan Azhani Bt Hamid9.00 pagi : Peserta-peserta mengambil tempat di stesen yang telah ditentukan. Stesen A: Gubahan Jeli Sumi Stesen B :Dare To Try Stesen C :Search And Found Stesen D : Double S Stesen E : Measurement Stesen F : Solat Jemaah Stesen G: Food Web11.45 pagi : Rehat12.00 tgh : Penyampaian Cenderamata12.30 tgh : Bersurai

6. JADUAL PERANCANGAN PROGRAM(rujuk Lampiran 1)

7. SUMBER DAN PIHAK YANG TERLIBATSumber dari dana sendiri dan mendapat sumbangan dari pihakSK Tun Doktor Ismail.8. KEWANGAN:1.1 Anggaran Kos : RM352.001.2 Sumber Kewangan : RM352.001.3 Jumlah Perbelanjaan : RM352.00

9. SENARAI TUGAS JAWATANKUASAPengacara Majlis: Encik Abdul Khohar Bin Abdul TalibAJK Pendaftaran: Puan Norhafizah Binti MohamedPenyelia Peserta : Puan Masilah Binti MaslorAJK Tempat: Encik Abdul Samad Bin HashimAJK Siaraya: Encik Abdul Hafiza Bin AbdulAJK Hadiah: Puan Ramlah Binti Ahmad Puan Lina Binti Charles Sloane@ OsmanAJK Makanan: Puan Hajah Nor Haiza Binti Ahmad HassanAJK Backdrop: Cik Nur Dalila Binti GhazaliAJK Peralatan: Puan Wan Mariati Binti C.W. Othman: Puan Rozita Binti Kassim: Puan Cahrul Haiza Binti Mat DiahAJK Dokumentasi: Encik Wan Azsha Bin Wan AliAJK Brosur: Puan Hajah Shamsinar Binti Abdul Malik

B.)PELAKSANAAN1.PELAKSANAAN PROGRAM1.1Tempoh masa : 1 hari1.2Agihan Tugas: Semua ahli jawatankuasa program memberikan komitmen dalam program , begitu juga para hakim dari setiap sekolah yang dijemput.1.3 Kelancaran program: Hampir 90% program berjalan dengan lancar.

2.CATATAN KERJA AMALIRujuk Lampiran 2

C. REFLEKSI

1. Kekuatan Projek:

i. Aktiviti melibatkan guru dan murid dari sekolah lain.ii. Program ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan murid.iii. Pemilihan aktiviti yang bersesuaianiv. Menarik minat murid dan memerlukan fizikal yang kuatv. Membina kreativiti muridvi. Membolehkan murid mengubah lagu mengikut kesesuaian vii. Menajamkan fikiranviii. Merentas kurikulumix. Meningkatkan keyakinan diri murid

2. KELEMAHAN PROJEK:

i. Masa untuk menjalankan aktiviti singkat.ii. Kurang peralatan.iii. Kemahiran proses sains yang diuji terlalu sedikit.(Measurement)iv. Mempelbagaikan lagu ( Dare To Try)

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKANi. Asingkan radas bagi setiap aktiviti.ii. Tambah masa bagi setiap aktiviti.supaya lebih banyak kemahiran proses sains yang dapat diuji.iii. Mempelbagaikan lagu ( Dare To Try)

4. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya ,program yang dijalankan telah berjaya dijalankan .Aktiviti yang dirancang baik dan sesuai dengan murid tahun 5. Ianya telah Berjaya menarik minat murid. Disamping itu , program ini telah memberikan peluang dan ruang kepada kepada murid untuk membina hubungan sesame antara mereka dan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi segala cabaran yang ada dengan baik dan belajar menguruskan masa dengan berkesan.

D. PEMBENTANGAN LAPORAN

i)Laporan secara bertulis

E. PERHARGAANJutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam , SK Tun Doktor Ismail , SK Sungai Leman , SK Pasir Panjang , SK Batu 38 , SK Teluk Ru , Sungai Limau , SK Khir Johari dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam program ini.

LAPORAN PROGRAM EXPLORE RACE

Program Explore Race ini telah dijalankan pada 20 haribulan September 2012 , hari khamis yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail , Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan. Ianya merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk murid Tahun 5 . Ianya julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Pelaksanaan program ini sebagai memenuhi kehendak Projek Internship Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( PGSR ) di mana ianya merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Saya telah mendapatkan idea untuk mengadakan program ini dengan perbincangan bersama-sama rakan sejawatan saya , Puan Norriti Binti Kurdi . Setelah itu , saya bertemu dengan Tuan Guru Besar SK Tun Doktor Ismail , Puan Selemah Binti Mohd Salim bagi mendapatkan persetujuan dan sokongan beliau. Alhamdulillah beliau mengizinkan , menyokong sepenuhnya program ini dan mengarahkan saya membuat kertas kerja bagi Program Explore Race ini. Setelah kertas kerja mendapat sokongan Puan Selemah Binti Mohd Salim, saya mengajukan kertas kerja tersebut ke Unit Kurikulum , Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam bagi tujuan kelulusan program tersebut. Saya telah bertemu dengan Tuan Haji Jajuli dan menerangkan pengisian program yang dirancang. Secara lisan beliau menyokong dan berjanji mengajukannya kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah , Puan Hajah Shamsiah Binti Haji Jamaludin untuk memohon kelulusan mengadakan program Explore Race bersama 6 buah sekolah dalam daerah Sabak Bernam iaitu SK Sungai Leman , SK Pasir Panjang , SK Sungai Limau , SK Teluk Ru , SK Khir Johari dan SK Batu 38.Pada 4 September 2012 , saya telah menerima surat kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Explore Race di SK Tun Doktor Ismail . Kekhilafan saya adalah , saya tidak mengetahui saya juga perlu membuat permohonon menjemput wakil-wakil dari 6 buah sekolah. Lantaran itu pada 13 September 2012 , saya telah menghantar permohonan tersebut. Disebabkan Pegawai Pelajaran Daerah bertugas di luar kawasan pada ketika itu , saya hanya menerima surat kebenaran menjemput wakil-wakil sekolah tersebut sehari sebelum program tersebut diadakan iaitu pada 19 September 2012 . Atas faktor tersebut , saya menghantar surat jemputan ke enam-enam buah sekolah menggunakan kemudahan faks dengan bantuan daripada Puan Selemah Binti Mohd Salim. Pada hari kejadian , kesemua enam buah sekolah yang dijemput telah menghantar wakil-wakil sekolah untuk mengikuti program tersebut. Program sedikit lewat disebabkan oleh kelewatan wakil sekolah dari SK Batu 38 yang hanya menerima makluman jemputan pada pagi itu. Tuan Guru Besar , Puan Selemah Binti Mohd Salim mengucapkan kata-kata aluan di atas kehadiran mereka dan berharap program dapat berjalan dengan baik dan lancar. Saya telah memberikan taklimat kepada para hakim iaitu guru-guru daripada sekolah yang dijemput dan para peserta yang mengikuti program mengenai semua aktiviti yang disediakan di setiap stesen-stesen . Terdapat 7 stesen dalam program ini iaitu Stesen A Gubahan Jeli Sumi , Stesen B Dare To Try , Stesen C- Search And Found , Stesen D Double S , Stesen E Measurement , Stesen F-Solat Berjemaah dan Stesen G-Food Web. Saya memilih untuk menggabungkan beberapa mata pelajaran dalam aktiviti dalam turut melaksanakan mata pelajaran merentas kurikum. Masa yang diperuntukan bagi setiap 15 minit sahaja. Para peserta akan bergerak dari stesen ke stesen secara berkumpulan.Dalam Stesen A , para peserta diarahkan untuk membuat gubahan jeli sumi dan telah diadili oleh Puan Aziah Binti Arshad . Setiap kumpulan diberikan sebanyak 20 biji jeli summi. Murid mengubah jelli tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan menambahkan hiasan yang boleh diperolehi daripada persekitaran mereka. Ternyata ada antara mereka , dapat menghasilkan gubahan jeli sumi yang sangat menarik.Stesen yang agak mencabar adalah Stesen B iaitu Dare To Try , mereka diuji untuk melengkapkan senikata lagu yang bertajuk Row Row Your Boat dan mempersembahkannya mengikut jenis tune lagu yang diundi iaitu sama ada Rock and Roll , Dikir Barat , Boria atau Hip Hop. Kelihatan para peserta agak malu untuk mempersembahkannya namun mereka tetap dapat mempersembahkannya secara kolaborasi dengan diadili oleh Puan Zunaidah Binti Zamzam ,guru dari Sekolah Kebangsaan Batu 38.Search And Found merupakan stesen yang menguji kemahiran Matematik para peserta . Para peserta diminta melengkapkan rutin bermula dari Stesen Mula ( Dewan SKTDI ) ke Stesen 1 (Pusat Sumber ) , ke Stesen 2 (Bilik Sains) , ke Stesen 3 (Kantin Sekolah) , ke Stesen 4 ( Tempat Letak Kereta ) dan kembali ke Dewan SKTDI. Ianya mencabar para peserta kerana memerlukan pergerakan pantas dalam kumpulan. Puan Fatimah Binti Mohamad dari SK Sungai Limau mengadili stesen ini. Double S (Silang Sinonim) menguji kemahiran dalam Bahasa Melayu para peserta dari segi tatabahasa . Saya menyediakan 8 set Silang Sinonim . Para peserta secara berkumpulan diminta mencari 5 perkataan seerti berpandukan 1 perkataan yang telah diberikan di dalam silang kata. Saya dibantu Puan Noor Ashikin Binti Abdullah dari SK Khir Johari untuk mengadili stesen ini. Stesen E menguji kemahiran para peserta dalam Measurement. Terdapat 4 kemahiran mengukur yang menguji peserta .Para peserta dikehendaki mengira bilangan ayunan bandul apabila panjang tali bandul adalah 18cm dan 25cm dalam tempoh 20 saat. , mengira isipadu pepejal 5 biji pemadam pensil dengan menggunakan isipadu penyukat yang berisi air sebanyak 50 ml , Menimbang jisim tepung sebanyak 350 gm dan melukis gambarajah kuboid yang berukuran 6cm x 5cm x 5cm di atas kertas yang disediakan. Para peserta diadili oleh Puan Norriti Binti Kurdi dari SK Sungai Leman.Solat berjemaah dalam Stesen F telah dihakimi oleh Ustaz Saiful Azlan Bin Tarli . Para peserta secara berkumpulan diminta membuat simulasi bagi solat berjemaah untuk solat Subuh dan diajukan soalan berbentuk penyelesaian masalah. Peserta dapat menunjukkan amali solat berjemaah dengan baik sekali. Perkara yang dihakimi adalah dari segi tertib , bacaan dan penyelesaian masalah.Stesen terakhir adalah menguji pengetahuan Sains dalam tajuk Food Web. Encik Mohamad Nazri Bin Sabu dari SK Pasir Panjang membantu saya mengadili aktiviti tersebut. Kumpulan peserta diberikan 2 set gambar kumpulan haiwan di 2 habitat yang berbeza. Murid dikehendaki membina Siratan Makanan dan menyenaraikan rantai makanan daripada Siratan Makanan tersebut. Program berjalan lancar dari satu stesen ke satu stesen kecuali di Stesen C , para peserta mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Kesemua peserta kelihatan bersemangat di sepanjang program tersebut berlangsung . Kerjasama dan kesungguhan mereka dapat diperhatikan dalam menyelesaikan tugasan.Hampir jam 12 tengah hari , kesemua peserta selesai menjalani kesemua aktiviti dalam ketujuh-tujuh stesen.Majlis Penyampaian Cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran , Puan Zainon Binti Dawam . Beliau menyampaikan cenderahati kepada para peserta yang memenangi tempat pertama , kedua dan ketiga bagi setiap stesen. Peserta-peserta dari SK Sungai Limau muncul sebagai Pemenang Keseluruhan bagi Program Explore Race 2012 dengan mengumpul mata berjumlah 248 diikuti peserta dari SK Sungai Leman mendapat Tempat Kedua Keseluruhan dengan mata 225 dan peserta dari SK Tun Doktor Ismail mendapat Tempat Ketiga Keseluruhan dengan mata 224 .Majlis pemberian cenderahati kepada hakim yang juga guru-guru dari sekolah yang terlibat juga turut diadakan . Program tamat pada jam 12.45 tengah hari .

LAMPIRAN 2

12