Laporan Program Ifthar Mahabbah Komuniti

2
LAPORAN PROGRAM IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI Politeknik Ibrahim Sultan adalah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang pendidikan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, rekabentuk, hospitaliti, dan lain-lain. Di dalam sistem politeknik, pelajar bukan sahaja memperolehi ilmu secara formal malahan mereka juga diberi ruang dan peluang untuk mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman dalam membentuk jati diri seorang mahasiswa di luar waktu kuliah. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyediakan ruang untuk warga politeknik dan masyarakat setempat berkomunikasi dan menjalinkan hubungan yang mesra. Dengan jumlah pelajar politeknik yang majoritinya tinggal di kawasan-kawasan perumahan sekitar politeknik maka satu program yang bermanfaat bagi pelajar luar seharusnya diadakan bagi melahirkan mahasiswa yang sentiasa bersatupadu dan berganding bahu bersama-sama dalam merealisasikan misi dan visi politeknik. Justeru itu, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan mengambil ruang sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk mengadakan program IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI. Program ini berobjektifkan menyemarak bulan Ramadhan dengan program- program kerohanian, menyatupadukan pelajar luar kampus dalam program yang bermanfaat, membentuk suasana masyarakat pelajar luar kampus yang lebih selesa dan dihormati, menyedarkankan semua pelajar bahawa tanggungjawab keselamatan, keselesaan dan keharmonian adalah tanggungjawab bersama antara komuniti pelajar dan masyarakat setempat. Berikut adalah jadual program Ifthar Mahabbah Komuniti : Bil Tarikh Tempat Penglibatan 1 28 Julai 2012 Surau An Nur Taman Cahaya Masai 125 orang pelajar 12 orang staf PIS 213 orang masyarakat sekitar 2 4 Ogos 2012 Surau Al-Ikhlas Jalan Pelanduk Taman Scientex 176 orang pelajar 8 orang staf PIS 327 orang masyarakat sekitar

description

Ifthar

Transcript of Laporan Program Ifthar Mahabbah Komuniti

  • LAPORAN PROGRAM IFTHAR MAHABBAH KOMUNITI

    Politeknik Ibrahim Sultan adalah institusi pengajian tinggi di bawah

    Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang pendidikan dalam pelbagai

    bidang seperti kejuruteraan, rekabentuk, hospitaliti, dan lain-lain. Di dalam sistem

    politeknik, pelajar bukan sahaja memperolehi ilmu secara formal malahan mereka

    juga diberi ruang dan peluang untuk mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan

    dan pengalaman dalam membentuk jati diri seorang mahasiswa di luar waktu kuliah.

    Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyediakan ruang untuk warga politeknik dan

    masyarakat setempat berkomunikasi dan menjalinkan hubungan yang mesra.

    Dengan jumlah pelajar politeknik yang majoritinya tinggal di kawasan-kawasan

    perumahan sekitar politeknik maka satu program yang bermanfaat bagi pelajar luar

    seharusnya diadakan bagi melahirkan mahasiswa yang sentiasa bersatupadu dan

    berganding bahu bersama-sama dalam merealisasikan misi dan visi politeknik.

    Justeru itu, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan mengambil ruang sempena bulan

    Ramadhan Al-Mubarak ini untuk mengadakan program IFTHAR MAHABBAH

    KOMUNITI.

    Program ini berobjektifkan menyemarak bulan Ramadhan dengan program-

    program kerohanian, menyatupadukan pelajar luar kampus dalam program yang

    bermanfaat, membentuk suasana masyarakat pelajar luar kampus yang lebih selesa

    dan dihormati, menyedarkankan semua pelajar bahawa tanggungjawab

    keselamatan, keselesaan dan keharmonian adalah tanggungjawab bersama antara

    komuniti pelajar dan masyarakat setempat. Berikut adalah jadual program Ifthar

    Mahabbah Komuniti :

    Bil Tarikh Tempat Penglibatan

    1 28 Julai 2012 Surau An Nur Taman Cahaya

    Masai

    125 orang pelajar

    12 orang staf PIS

    213 orang masyarakat

    sekitar

    2 4 Ogos 2012 Surau Al-Ikhlas Jalan Pelanduk

    Taman Scientex

    176 orang pelajar

    8 orang staf PIS

    327 orang masyarakat

    sekitar

  • Program ini melibatkan hampir 1000 orang pelajar dan masyarakat sekitar.

    Ianya bermula dari jam 10.00 pagi 11.00 malam. Antara pengisiannya ialah

    Penyediaan bubur lambuk secara gotong royong, bacaan yassin dan tahlil ringkas,

    persediaan juadah berbuka puasa secara gotong royong , majlis berbuka puasa

    bersama masyarakat, solat berjamaah dan tazkirah ramadhan. Program ini dihadiri

    oleh Tn. Haji Azizi Bin Lin (Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan), barisan pengurusan

    Politeknik Ibrahim Sultan, Pengerusi Surau, pengerusi jawatankuasa penduduk,

    kawasan rukun tetangga dan pimpinan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan. Pengisian

    tazkirah juga disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Elfrino Johari (penasihat

    agama Menteri Pengajian Tinggi). Disamping itu juga program ini melibatkan

    PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan. Di dalam program ini, pihak PUSPANITA

    telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada orang

    miskin, orang kurang upaya, muallaf, dan ibu tunggal.

    Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama

    sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak masjid Politeknik Ibrahim

    Sultan juga merakamkan penghargaan kepada semua penderma sama ada dalam

    bentuk barangan keperluan mahupun wang ringgit. Keseluruhannya program ini

    mencapai matlamat dan mampu memberikan impak bukan sahaja kepada peserta

    yang terlibat tetapi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan imej Politeknik

    Ibrahim Sultan dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai

    kebertanggungjawaban sebagai ahli komuniti.

    Disediakan oleh

    --------------------------

    (MD YUSRI BIN JANI)

    Setiausaha

    Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

    3 11 Ogos

    2012

    Surau Arrahman, Jalan Camar

    Taman Scientex

    133 orang pelajar

    10 orang staf PIS

    298 orang masyarakat

    sekitar