LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

22
___________________________________________________________________ LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO BENCANA GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM DI TELUK BAHANG, PULAU PINANG PADA 11 APRIL 2019 Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dengan kerjasama Pusat STEM Negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Kesedaran Awam Mengenai Risiko Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem pada 11 April 2019 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bahang, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Penganjuran Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai risiko bencana akibat gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem kepada komuniti sekolah khususnya pelajar, guru-guru, warga kerja sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, Program ini juga dirangka untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan perkhidmatan dan peranan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada komuniti sekolah. Program ini telah disertai oleh sepuluh buah sekolah iaitu: 1) SMK Teluk Bahang, Teluk Bahang (Tuan Rumah) 2) SMK Pondok Upeh, Balik Pulau 3) SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau 4) SMK Tanjong Bunga, Tanjung Bungah,Pulau Pinang 5) SMK Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah 6) SMK St. George (M), Balik Pulau 7) SMK Teluk Kumbar, Bayan Lepas 8) SMK Sungai Ara, Bayan Lepas 9) SMK Raja Tun Uda, Bayan Lepas 10) SMK Batu Maung, Bayan Lepas Seramai 296 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan wakil Pusat STEM Negara telah menghadiri Program ini. Para peserta telah didedahkan dengan risiko bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem serta langkah-langkah keselamatan bagi menghadapi bencana tersebut melalui dua taklimat kesedaran awam seperti berikut: Taklimat Kesedaran Awam: Bencana Cuaca Ekstrem di Malaysia dan Amaran Cuaca oleh En. Ahmad Zaki Mohamad Saad, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, MMD.

Transcript of LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Page 1: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

___________________________________________________________________

LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO BENCANA GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM

DI TELUK BAHANG, PULAU PINANG PADA 11 APRIL 2019 Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dengan kerjasama Pusat STEM Negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Kesedaran Awam Mengenai Risiko Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem pada 11 April 2019 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bahang, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Penganjuran Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai risiko bencana akibat gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem kepada komuniti sekolah khususnya pelajar, guru-guru, warga kerja sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, Program ini juga dirangka untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkenaan perkhidmatan dan peranan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada komuniti sekolah. Program ini telah disertai oleh sepuluh buah sekolah iaitu:

1) SMK Teluk Bahang, Teluk Bahang (Tuan Rumah) 2) SMK Pondok Upeh, Balik Pulau 3) SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau 4) SMK Tanjong Bunga, Tanjung Bungah,Pulau Pinang 5) SMK Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah 6) SMK St. George (M), Balik Pulau 7) SMK Teluk Kumbar, Bayan Lepas 8) SMK Sungai Ara, Bayan Lepas 9) SMK Raja Tun Uda, Bayan Lepas 10) SMK Batu Maung, Bayan Lepas

Seramai 296 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan wakil Pusat STEM Negara telah menghadiri Program ini. Para peserta telah didedahkan dengan risiko bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem serta langkah-langkah keselamatan bagi menghadapi bencana tersebut melalui dua taklimat kesedaran awam seperti berikut: Taklimat Kesedaran Awam:

Bencana Cuaca Ekstrem di Malaysia dan Amaran Cuaca oleh En. Ahmad Zaki Mohamad Saad, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, MMD.

Page 2: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Bencana Gempa Bumi dan Tsunami serta Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia oleh Pn. Norazura Burham, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, MMD.

Selain itu, sesi soal jawab dan kuiz berkaitan meteorologi dan geofizik turut diadakan sewaktu taklimat tersebut berlangsung. Program selama setengah hari ini turut diisi dengan beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh MMD iaitu:

Pertandingan Teka Silang Kata Tempat Pertama: Nuraleeya Adriani binti Mawarri (SMK Pondok Upeh) Tempat Kedua: Nur Fatin Najwa binti Azmee (SMK Pondok Upeh) Tempat Ketiga: Muhd Syahmi Syazwan bin Mohd Shaharin (SMK

Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah)

Pertandingan Penyampai Cuaca Tempat Pertama: Mohd Shah Idham bin Razif (SMK Seri Balik Pulau) Tempat Kedua: Idlan Hafiy bin Mohd Helmi (SMK Pondok Upeh) Tempat Ketiga: Aishah Nabilah binti Ahmad Zafran (SMK Seri Balik

Pulau)

Pertandingan Penyampai Cuaca (Kategori Pendidikan Khas) Tempat Pertama: Nur Kamalia binti Karim Tempat Kedua: Mohd Affiq Aiman bin Zakaria Tempat Ketiga: Ong Shi Hui Tempat Keempat: Abdul Rahman bin Yusof Tempat Kelima: Nabilah Hudaa binti Mohd Hanif

Uniknya Program kali ini adalah terdapat penyertaan daripada pelajar SMK Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah (kelainan upaya pendengaran). Pelajar dari sekolah tersebut turut menyertai Pertandingan Penyampai Cuaca (Kategori Pendidikan Khas) bagi mengalih bahasa laporan cuaca yang disampaikan oleh peserta Pertandingan Penyampai Cuaca kepada bahasa isyarat. Para peserta Program turut berkesempatan menyertai pertandingan Dam Meteorologi dan melawat pameran peralatan cuaca, pengesanan seismik dan Pejabat Meteorologi Bergerak serta demonstrasi siren tsunami. Terdapat tujuh buah sekolah yang terlibat dalam Program ini turut mengadakan pameran sempena Interactive Gallery Walk. Para peserta Program juga berpeluang melawat pameran yang telah dijalankan oleh wakil Polis Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang, wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang, wakil Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, wakil Persatuan Tzu Chi Pulau Pinang dan wakil World Speed Stacking Association (WSSA) Pulau Pinang.

Page 3: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Majlis Perasmian Penutup Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Alui bin Bahari, Ketua Pengarah MMD. Turut hadir ialah YBhg. Datin Kasmah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah, Pusat STEM Negara, YBrs. Tn. Hj. Hasrul Dani bin Husain, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling mewakili Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, YBrs. En. Ling Leong Kwok, Pengarah Pejabat Meteorologi Pulau Pinang, MMD, YBrs. En. Abdul Said bin Hussain, Pengetua SMK Teluk Bahang dan YBrs. En. Aidil Misra bin Mustafar, Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Teluk Bahang. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan tarian oleh pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang. MMD mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran, penyertaan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah yang terlibat terutamanya SMK Teluk Bahang selaku tuan rumah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pusat STEM Negara serta warga MMD yang telah terlibat dalam menjayakan Program ini. Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim 19 April 2019

Page 4: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

GALERI GAMBAR

Pendaftaran peserta Program

Page 5: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Peserta Program yang terdiri daripada sepuluh buah sekolah

Page 6: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Taklimat kesedaran awam bertajuk "Bencana Cuaca Ekstrem di Malaysia dan Amaran Cuaca" yang disampaikan oleh En. Ahmad Zaki Mohamad Saad

Page 7: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Taklimat kesedaran awam bertajuk "Bencana Gempa Bumi dan Tsunami serta Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia" yang disampaikan oleh Pn.

Norazura Burham

Page 8: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Teka Silang Kata

Page 9: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Penyampai Cuaca dan Pertandingan Penyampai Cuaca (Kategori

Pendidikan Khas)

Page 10: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Dam Meteorologi

Page 11: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pameran peralatan pencerapan cuaca, pengesanan aktiviti seismik dan Pejabat

Meteorologi Bergerak serta demonstrasi siren tsunami

Page 12: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pameran yang dijalankan oleh sekolah-sekolah yang terlibat sempena Interactive

Gallery Walk

Page 13: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pameran yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang,

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Page 14: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Lawatan dif-dif kehormat ke pameran dan eksperimen yang dijalankan sekolah-

sekolah yang terlibat sempena Interactive Gallery Walk dan pameran yang dijalankan oleh Jabatan serta Agensi yang menjayakan Program

Page 15: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Perarakan masuk dif-dif kehormat ke dewan

Ketua Pengarah MMD menandatangani Buku Pelawat SMK Teluk Bahang

Page 16: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang

Ucapan Alu-Aluan oleh YBrs. Tn. Hj. Hasrul Dani bin Husain, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling mewakili Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan

Negeri Pulau Pinang

Page 17: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Ucapan Alu-Aluan oleh YBhg. Datin Kasmah binti Abu Bakar,

Penolong Pengarah, Pusat STEM Negara

Ucapan Perasmian Penutupan oleh YBhg. Datuk Alui bin Bahari,

Ketua Pengarah MMD

Page 18: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Teka Silang Kata

Tempat Pertama Nuraleeya Adriani binti Mawarri (SMK Pondok Upeh)

Tempat Kedua Nur Fatin Najwa binti Azmee (SMK Pondok Upeh)

Tempat Ketiga Muhd Syahmi Syazwan bin Mohd Shaharin (SMK Pendidikan Khas Persekutuan Tanjung Bungah)

Page 19: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Penyampai Cuaca

Tempat Pertama Mohd Shah Idham bin Razif (SMK Seri Balik Pulau)

Tempat Kedua Idlan Hafiy bin Mohd Helmi (SMK Pondok Upeh)

Tempat Ketiga Aishah Nabilah binti Ahmad Zafran (SMK Seri Balik Pulau)

Page 20: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Penyampai Cuaca (Kategori Pendidikan Khas)

Tempat Pertama Nur Kamalia binti Karim

Tempat Kedua Mohd Affiq Aiman bin Zakaria

Tempat Ketiga Ong Shi Hui

Page 21: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Pertandingan Penyampai Cuaca (Kategori Pendidikan Khas)

Tempat Keempat Abdul Rahman bin Yusof

Tempat Kelima Nabilah Hudaa binti Mohd Hanif

Page 22: LAPORAN PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO …

Sesi bergambar sempena Majlis Perasmian Penutup Program Kesedaran Awam Mengenai

Risiko Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem & Interactive Gallery Walk di SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 11 April 2019