Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

5
Laporan Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Kanak-kanak Prasekolah Seri Melewar. Pada 6 Februari 2015, Program Keselamatan Jalan Raya bersama Kanak-kanak Prasekolah Seri Melewar telah diadakan. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak prasekolah berkaitan dengan cara-cara dan kepentingan keselamatan jalan raya. Oleh hal yang demikian, program ini telah disertai seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah dibawah kelolaan guru-guru pelatih unit prasekolah semester 5 dan dipantau oleh beberapa orang pensyarah penasihat. Seawal jam 8.00 pagi, kanak-kanak prasekolah telahpun bersedia untuk mengikuti program ini. Program ini dimulai dengan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis oleh saudari Nur Efzanzuraily dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Ajmal Amin bin Ahmad. Setelah itu, program diteruskan dengan tayangan video animasi yang telah disediakan. Video animasi yang ditayang menunjukkan beberapa situasi kesalahan sebagai seorang pengguna jalan raya dan akibat serta kesan yang timbul ekoran keingkaran mematuhi undang-undang jalan raya. Setelah tayangan video animasi, program diteruskan lagi dengan slot yang lebih santai yang disampaikan oleh saudara Muhammad Firdaus bin Jusoh. Sepanjang slot ini, guru pelatih yang bertanggungjawab telah menerangkan beberapa kepentingan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak prasekolah. Hal ini bertujuan untuk memberi gambaran mengapa mereka perlu menjaga keselamatan di jalan raya. Sepanjang slot ini berlangsung, kelihatan kanak-kanak prasekolah berlumba-lumba untuk menjawab segala pertanyaan dan soalan yang diutarakan guru pelatih di samping kanak-kanak

description

notes

Transcript of Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

Page 1: Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

Bersama Kanak-kanak Prasekolah Seri Melewar.

Pada 6 Februari 2015, Program Keselamatan Jalan Raya bersama Kanak-kanak

Prasekolah Seri Melewar telah diadakan. Objektif program ini adalah untuk memberi

pendedahan awal kepada kanak-kanak prasekolah berkaitan dengan cara-cara dan

kepentingan keselamatan jalan raya. Oleh hal yang demikian, program ini telah disertai

seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah dibawah kelolaan guru-guru pelatih unit

prasekolah semester 5 dan dipantau oleh beberapa orang pensyarah penasihat.

Seawal jam 8.00 pagi, kanak-kanak prasekolah telahpun bersedia untuk mengikuti

program ini. Program ini dimulai dengan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis oleh

saudari Nur Efzanzuraily dan diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Ajmal Amin

bin Ahmad. Setelah itu, program diteruskan dengan tayangan video animasi yang telah

disediakan. Video animasi yang ditayang menunjukkan beberapa situasi kesalahan sebagai

seorang pengguna jalan raya dan akibat serta kesan yang timbul ekoran keingkaran

mematuhi undang-undang jalan raya.

Setelah tayangan video animasi, program diteruskan lagi dengan slot yang lebih

santai yang disampaikan oleh saudara Muhammad Firdaus bin Jusoh. Sepanjang slot ini,

guru pelatih yang bertanggungjawab telah menerangkan beberapa kepentingan

keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak prasekolah. Hal ini bertujuan untuk memberi

gambaran mengapa mereka perlu menjaga keselamatan di jalan raya. Sepanjang slot ini

berlangsung, kelihatan kanak-kanak prasekolah berlumba-lumba untuk menjawab segala

pertanyaan dan soalan yang diutarakan guru pelatih di samping kanak-kanak prasekolah

turut berkongsi pengalaman mereka sebagai seorang pengguna celik jalan raya.

Seterusnya, program keselamatan jalan raya diteruskan dengan slot ceramah yang

disampaikan oleh saudara Mohd Ajmal Amin bin Ahmad. Slot ceramah ini menjurus kepada

pendedahan beberapa simbol papan tanda yang terdapat di jalan raya seperti simpang

empat, bonggol, lampu isyarat, berhenti dan dilarang masuk. Bukan itu sahaja, kanak-kanak

prasekolah juga turut diberi pendedahan berkaitan tindakan yang perlu diambil seandainya

melihat simbol-simbol ini semasa menggunakan jalan raya. Hal ini demikian kerana

pendedahan seumpama ini amat penting agar kita dapat membentuk dan melahirkan

pengguna jalan raya yang mengutamakan keselamatan sedari mereka kecil lagi.

Page 2: Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

Bagi mencapai objektif program ini, aktiviti berupa amali juga diketengahkan di mana

beberapa checkpoint telah disediakan dan setiap checkpoint mengandungi satu simbol

jalanraya iaitu checkpoint yang pertama adalah bagi simbol berhenti, checkpoint kedua

adalah bagi simbol simpang empat, checkpoint ketiga adalah bagi simbol dilarang masuk,

checkpoint keempat adalah bagi simbol lampu isyarat dan checkpoint terakhir adalah bagi

simbol bonggol.

Di setiap checkpoint, terdapat guru-guru pelatih yang bertugas dan

dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan yang lebih lanjut serta perlu melakukan

demonstarasi. berkaitan dengan simbol jalan raya yang dipegang. Oleh hal yang demikian,

kanak-kanak prasekolah telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan

dikehendaki untuk melawat ke setiap checkpoint yang telah disediakan secara bergilir-gilir

dengan dipantau oleh guru pelatih.

Tepat pukul 9.10 pagi aktiviti amali berkaitan simbol-simbol jalan raya selesai

dijalankan. Kanak-kanak prasekolah dikumpulkan semula untuk menjalani sesi refleksi.

Semasa sesi refleksi, dua orang kanak-kanak telah berkongsi pengalaman mereka

sepanjang program keselamatan jalan raya berlangsung. Kanak-kanak tersebut ialah adik

Irfan dan juga adik Puteri. Kedua-dua kanak-kanak ini menyatakan kegembiraan dan

seronok semasa menjalani aktviti-aktiviti yang terkandung dalam program ini.

Secara keseluruhannya, terdapat kekuatan dan kelemahan sepanjang merancang

dan mengendalikan program keselamatan jalan raya ini. Antara kekuatannya ialah kami

dapat menimba pengalaman dalam merancang dan mengendalikan program di mana

pengalaman ini amat bermakna apabila sudah bergelar guru kelak. Bahkan, mampu

membantu guru pelatih dalam merancang, mengendali dan menguruskan sebuah program

serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama antara satu sama lain bagi

memastikan program berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang turut dikesan di mana

dapat dilihat melalui aspek kekangan masa. Hal ini demikian kerana masa untuk merancang

program ini adalah terlalu singkat. Justeru, penambahbaikan perlu dilakukan agar masalah

seperti ini tidak acapkali berlaku dan akan memudahkan tugas pihak lain. Walau

bagaimanapun, atas kerjasama semua pihak, soal kekangan masa dapat diatasi dan

program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kesimpulannya, majlis yang dijalankan berjalan seperti yang dirancang. Pelbagai

input dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program berlangsung. Oleh hal yang

demikian, diharapkan kesemua guru pelatih dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh

Page 3: Laporan Program Keselamatan Jalan Raya

sepanjang program keselamatan jalan raya berlangsung bagi menjalani kehidupan seharian

terutamanya apabila sudah bergelar guru kelak.

Tarikh : 7 Februari 2015 Disediakan oleh,

( ) Setiausaha, Program Keselamatan Jalan Raya, Prasekolah Seri Melewar