LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN.docx

49
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS. LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN Oleh: SITI HAIDAH BINTI ABD. HAMID 661014015210 SRI 1 / 2014 DR.WEE ENG LEE (Penyelia Peserta NPQEL 2/2014) IAB BANDAR ENSTEK

Transcript of LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN.docx

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI,71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS. LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN Oleh: SITI HAIDAH BINTI ABD. HAMID 661014015210SRI 1 / 2014 DR.WEE ENG LEE(Penyelia Peserta NPQEL 2/2014) IAB BANDAR ENSTEK

LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN

1.0HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1SEJARAH SEKOLAHA)LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana terletak kira-kira 22 km dari Bandaraya Johor Bahru dan kira-kira 24 km dari Bandar Kulaijaya. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya.Kedudukan sekolah ini terletak di dalam Mukim Pulai. Tapak keseluruhan sekolah ini ialah seluas 24280.936 meter persegi manakala keluasan bangunannya pula ialah 7771.88 meter persegi. Keluasan kawasan berumput ialah 6062.62 meter persegi dan kawasan lapang adalah 10446.43 meter persegi.Sekolah ini memulakan operasi pengurusan pembukaannya di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2. Penyelaras sekolah baru adalah En. Jaafar b. Warmat manakala Penolong Penyelaras adalah Pn. Hjh. Noraini bt. Atan.Seramai 450 orang murid yang tinggal di Taman Sri Pulai Perdana telah dipindahkan secara berkelompok ke sekolah ini. Jumlah guru adalah seramai 40 orang dengan 2 orang staf sokongan. Sebanyak 16 buah kelas telah dibuka termasuk dua buah kelas pra sekolah. Semua murid belajar pada sesi pagi dari darjah satu hingga darjah lima. Selain daripada itu sekolah ini mempunyai 7 orang pekerja swasta dan 2 orang pengawal keselamatan yang membantu dalam operasi harian sekolah ini.Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, mempunyai 4 blok bangunan tiga tingkat dan sebuah blok dua tingkat di mana semua blok tersebut berangkai di antara satu sama lain. Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Bilik Sembahyang, Bilik j-QAF, Bilik Muzik, Bilik Guru, Bilik Setiausaha Peperiksaan, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Tayang, Perpustakaan, Makmal Komputer, dua buah Makmal Sains, Bilik Seni, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pemulihan ( Permata Hati ), Bilik Multimedia, Bilik Pengawas, Bilik Gerakan KoKurikulum, Bilik Guru Disiplin, Bilik operasi SPBT, Bilik Kesihatan dan Pergigian, Bilik Mesyuarat dan Pejabat.Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2012. Pihak sekolah berbesar hati kerana perasmian hari pertama sekolah baru dan juga perasmian laman web sekolah telah disempurnakan oleh En. Abd. Aziz b. Redzuan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran JohorPada sesi persekolahan tahun 2013, bilangan kelas yang dibuka telah meningkat kepada 20 buah kelas, pertambahan satu kelas tahun dua dan tiga kelas tahun 6. Dua buah bilik khas iaitu Bilik SAL dan Bilik Tayang telah dijadikan bilik darjah bagi menampung kekurangan fizikal bilik darjah. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 44 orang iaitu seorang guru Bimbingan Kaunseling, seorang guru j-QAF serta dua orang guru akademik biasa.

B)VISI & MISI- VISI SEKOLAH:SK Sri Pulai PerdanaPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH:Melestarikan Sistem PendidikanYang BerkualitiUntuk Membangunkan Potensi IndividuBagi Memenuhi Aspirasi Negara

C) OBJEKTIFKami warga Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana akan berusaha dan bekerjasama untuk merealisasikan visi sekolah dengan : Melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Membentuk budaya kepimpinan dan bertindak dengan matang. Menyediakan guru- guru bermaklumat dan berkemahiran. Menyemai budaya penyayang dan budaya ilmu. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativit, sahsiah dan kepimpinan. Memupuk semangat permuafakatan dan saling bekerjasama dengan komuniti setempat.

D)FALSAFAH & NILAI- FALSAFAHPendidikan di sekolah ini adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi kendiri murid-murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan untuk kebahagiaan hidup serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara Pendidikan di sekolah ini adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi kendiri murid-murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan untuk kebahagiaan hidup serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

NILAIP- ProfesionalE- EfisienR- RajinD- DedikasiA- AmanahN- Niat yang betulA- Aspirasi

E) PIAGAM PELANGGANKami warga Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Johor Bharudengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanjiakan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum dengan cekap dan berkesan.1. Membimbing murid-murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang.1. Memberi peluang yang sama rata kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang agama, keturunan dan keupayaan.1. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan sekolah yang sentiasa cekap dan dinamik berasaskan reformasi yang berterusan.1. Mewujudkan kakitangan yang komited, berdedikasi, berdisiplin serta berketrampilan.1. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang terbaik bagi mengoptimakan proses pembelajaran.1. Memastikan sekolah sentiasa peka kepada kehendak-kehendak individu, masyarakat dan negara.1. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN 2013SK SRI PULAI PERDANAF) STRUKTUR ORGANISASI

GURU BESAREN. JAAFAR BIN WARMAT

MAJLIS PEMUAFAKATANLEMBAGA DISIPLINPIBG

PENOLONG KANAN PENTADBIRANPN. KAMAROLZAHARAH BT MOHD.YUNOSPENOLONG KANAN KOKURIKULUMTN. HJ. ABD.LADI B. HASSANPENOLONG KANAN HEMPN. ZAUYAH BT ABD HAMID

PENDAFTARAN/PERTUKARAN MURIDDISIPLINPENGAWASKESIHATAN DAN RAWATANBIMBINGAN DAN KAUNSELINGKESELAMATAN/LATIHAN KEBAKARANRMT/SUSU SEKOLAHKANTINSPBTPENCEGAHAN DADAHKEBAJIKANREKOD MURID ASINGSTAF SOKONGANSUKAN SEKOLAHUNIT BERUNIFORMPERMAINANKELAB & PERSATUANLAWATANPENTADBIRANPENTADBIRAN AMPERKHIDMATAN/ PERJAWATANKEWANGANINVENTORIDATA/MAKLUMATPENILAIAN PRESTASISKPMGURU-GURUAKADEMIKPENGURUSAN AMKURIKULUMSPSKJADUAL WAKTUPANITIA MATAPELAJARANPUSAT SUMBERPENYELIAN P&PKURSUS LDPBILIK-BILIK KHASPEPERIKSAANPEMULIHAN KHASLINUS & PROTIMMURID

G) LOKASI SEKOLAH

H) KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

I) PIBG

1.2 DATA/STATISTIK YANG BERKAITAN

A)ENROLMEN MURID

TAHUN /ALIRANTAHUN 2014JUMLAH MURID

BIL. MURIDBIL. KELAS

11755175

21434143

31324132

41204120

51083108

61154115

JUMLAH79324793

PRA SEKOLAH50250

JUMLAH BESAR84326843

B) BILANGAN STAF- GURU: 54 ORANG- STAFF SOKONGAN:4 ORANGBIL.NAMA GURUJAWATANOPSYEN

1En. Jaafar B. WarmatGuru BesarSN

2Pn. Kamarolzaharah bt Mohd Yunus GPK KurikulumBM

3Pn.Zauyah bt. Abdul HamidGPK HemBM

4Tn. Hj. Abd. Ladi B. HassanGPK KokoBM

5Pn. Zubeidah Banu Bt. Irsyad Ali KhanGPK Petang BM

6Cik Liana Bt. PairinGABPRA SEK

7Cik Nurfarahin bt. ZainalGABBI

8Cik Norhidayah Bt. JalilGABPJK / PSK

9Cik Nor Ibriziah Bt. Mat ShahizanGABMZ / PJK

10Cik Nor Ziana bt. Mat HussinJ-QAFBA

11Cik Nurunnikmah Bt. Samadj- QAFPI

12Cik Sarah Bt. Muhammad FauziGABTESL

13Cik Siti Salmi Bt. SairinGABSN

14Cik Suzita Bt. BahriGABSN

15Cik Zurehan Bt. Md. DanGABKS / BM

16Tn. Hj. Abd. Wahid B. BachokGABBM

17En. Emir Nashriq B. KassimGABSN / PJK

18En. Mohd. Khairul Affendy B. AhmadGABBI / SN/ MO

19En. Mohd. Rizal B. Abdul HalimGABPJK

20En. Norazlan B. ZainudinGABPJK / BI

21En. Sahril Aswan B. SawalGABSN /PJK

22En. Zaharudin B. Mohamad YusofGABMT

23En. Zainal B. Md. SaimGABMT

24Pn. Diana Christie Philip BinjinolGABBI

25Pn. Faeszah Bt. OmarGuru PemulihanGP

26Pn. Khairiah Bt. TafriGABMT/PJK

27Pn. Mahani Bt. Abd. GhaniGABMT/ PI

28Pn. Mastura Bt. MohamadGABKH

29Pn. Monisa Bt. ShaariGABMT

30Pn. Nik Ruslina Bt. Nik KobGABBM

31Pn. Nora Hasida bt. HasbiGBKGBK

32Pn. Noor Intan Bt. OthmanGABBI

33Pn. Norhana Bt. OthmanGABBM

34Pn. Nor Rusleda Bt. Mohd. NoorGABPI

35Pn. Rohaizatul Azura Bt. AnsunGuru MediaBM

36Pn. Roihan Bt. DaudGABBM

37Pn. Saadah Bt. MasraniGABSN

38Pn. Shamsuzana Bt. EbniGuru DataBM

39Pn. Siti Salwahida Bt. ShawaludinGABPRA SEK

40Pn. Suria Bt. AhmadGABPI

41Pn. Zakiah bt. Khairij-QAFBA

42En. Mohamad Abdul Rahman B. Mohd Yusufj-QAF

43Pn. Norrymazaitol Shariha Bt Otmanj-QAF

44En. Ahmad Fakaruddin Bin Mat ZinGABBI

45Pn. Hairiah Bt. Mohd YassinGABBM

46Pn. Faerawati Bt YusofGABMT

47En. Rozaiherman Bin Md. ArosGABGPI

48Pn. Zurina Bt SarlanGABBI

49Pn. Wan Nur Surya Bt. Wan RahimGABPJK

50Pn. Asiah Bt, OthmanGABSN

51Pn. Elampriya A/P P.ElanchellianGABBI

52En. Muhammad Amiruddin B Abd RahmanGABMT

53Pn. Norul Suhada Bt Mohammad GABPI

54Cik Atiqah Bt RozaliGABKT

NAMA STAF SOKONGANBIL.NAMA STAF SOKONGANJAWATAN

1Pn. Zuraidah Bt. AliPembantu Tadbir

2Pn. Nooruludiah Bt. A. GaffarPembantu Pengurusan Murid

3Cik Nurhidayah Bt. AdzimPembantu Pengurusan Murid

4En. Mohd Faizal Bin OmarPembantu Am Pejabat

C) PENCAPAIAN AKADEMIK / KOKURIKULUM

BIL KEPUTUSAN BIL CALON

13. 1A 1B 2C 1D 1

14. 4B 1C 1

15. 3B 2C 3

16. 2B 3C 2

17. 2B 2C 1D 2

18. 1B 1C 3

19. 5C 1

20. 2C 3D 1

21. 1C 3D 1E 1

22 2D 3E 1

JUMLAH 105

LULUS 99

PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON UPSR 2013BIL KEPUTUSAN BIL CALON

1. 5A 23

2. 4A1B 24

3. 3A 2B 11

4. 3A 1B 1C 1

5. 3A 2C 1

6. 2A 3B 11

7. 2A 2B 1C 5

8. 2A 1B 2C 2

9. 1A 4B 1

10. 1A 3B 1C 3

11. 1A 2B 2C 3

12. 1A 1B 3C 4

HEADCOUNT UPSR 2014TOV DAN ETR

1. HEADCOUNT BM PEMAHAMAN

A B C D E KELULUSAN GPS

UPSR 2013 86 orang 81.9 % 12 orang 11.43 % 5 orang 4.76 % 1 orang 0.95 % 1 orang 0.95 % 113 / 105 orang 98.10 % 1.28

ETR 2014 99 orang 83.9 15 orang 12.71 % 4 orang 3.39 % - 0 - 0 118 orang 100 % 1.19

2. HEADCOUNT BM PENULISAN

A B C D E KELULUSAN GPS

UPSR 2013 71 orang 67.62 % 28 orang 26.67 % 3 orang 2.86 % 2 orang 1.9 % 1 orang 0.95 % 112 / 105 orang 97.14 % 1.42

ETR 2014 87 orang 73.73 % 23 orang 19.49 % 8 orang 6.78 % - 0 - 0 118 orang 100 % 1.33

3. HEADCOUNT BAHASA INGGERIS

A B C D E KELULUSAN GPS

UPSR 2013 47 orang 44.76 % 31 orang 29.52 % 22 orang 20.95 % 5 orang 4.76 % - 0 100 / 105 orang 95.24 % 1.86

ETR 2014 53 orang 44.92 % 35 orang 29.66 % 30 orang 25.42 % - 0 - 0 118 orang 100 % 1.81

4. HEADCOUNT MATEMATIK

A B C D E KELULUSAN GPS

UPSR 2013 61 orang 58.10 % 19 orang 18.10 % 24 orang 22.86 % 1 orang 0.95 % - 0 104 / 105 orang 99.05 % 1.67

ETR 2014 72 orang 61.02 % 22 orang 18.64 % 24 orang 20.34 % - 0 - 0 118 orang 100 % 1.59

5. HEADCOUNT SAINS

A B C D E KELULUSAN GPS

UPSR 2013 33 orang 31.43 % 50 orang 47.62 % 18 orang 17.14 % 2 orang 1.9 % 2 orang 1.9 % 101 / 105 orang 96.19 % 1.95

ETR 2014 69 orang 58.47 % 37 orang 31.36 % 12 orang 10.17 % - 0 - 0 118 orang 100 % 1.52

D) KEJAYAAN-KEJAYAAN SEKOLAH SEHINGGA KINI1.Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2013.2.Anugerah Bilik Operasi Pentadbiran Sekolah-sekolah Negeri Johor 2013.3.Anugerah Cemerlang Kategori Sekolah Mencapar ETR Daerah Kulaijaya 2013.4.Anugerah Tandas Terbersih Sekolah Rendah Negeri Johor 2013.5.Pengurusan Data EMIS Online Tebaik Anugerah Unit Pengurusan APPENDIX:

2.0 HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN.2.1 SITUASI

Ada pendapat mengatakan, untuk melihat peribadi sesorang, lihat keadaan tandas di rumahnya. Tandas yang bersih mencerminkan keperibadian individu. Begitu juga dengan keadaan tandas di sesebuah sekolah yang mencerminkan peribadi warga di sekolah tersebut. Selain itu, apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya suatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas merupakan satu tempat yang kotor. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius dan perlu diambil berat. Andaikata di sesbuah sekolah itu tandasnya rosak dan kotor, dan ketika itu kita hendak menggunakannya dengan segera, tentu sekali ketika itu kita dapat menghayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu tersebut bukan lagi sesuatu perkara yang kecil dan remah. Tambahan pula, jika terdapat pelawat atau tetamu yang merungut mengenai tandas sekolah kita yang menjijikkan, sudah tentu iainya suatu perkara yang memalukan dan mencemar imej sekolah.SK Sri Pulai Perdana menyokong sepenuhnya pertandingan Tandas Bersih kerana ianya bukan sekadar pertandingan ttetapi secara tidak langsung adalah suatu program berbentuk kesedaran dalam menyedarkan kita kepada kepentingan menjaga kebersihan tandas. Moto Tandas Bersih SK Sri Pulai Perdana ialah Tandasku Bersih dan Cantik. Moto ini merupakan ringkasan yang merangkumi kesemua aspek dalam menjadikan tandas-tandas di SK Sri Pulai Perdana sebuah tandas yang memberikan keselesaan kepada penggunanya. Warga SK Sri Pulai Perdana bukan sahaja menitik beratkan aspek kebersihan di kelas,namun, bagi kami, tandas merupakan salah satu sempadan yang harus diberi perhatian juga.Warga SK Sri Pulai Perdana berpegang kepada kepercayaan bahawa, konsep sekolah merupakan sebuah pusat pembelajaran itu tidak hanya terhad kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja. Selain itu, tandas juga merupakan salah satu sudut pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya ke dalam diri murid-murid apabila mereka memasuki tandas. Ini adalah kerana, jika nilai-nilai murni ketika berada di dalam tandas dapat diterapkan ke dalam diri murid-murid, kondusi di dalam tandas akan sentiasa berada dalam keadaan selesa dan baik dan ini sudah tentu akan membuatkan para murid akan lebih bersemangat untuk belajar kerana tiada gangguan-gangguan peribadi diri yang boleh menganggu kosentrasi mereka semasa belajar.Walaupun SK Sri Pulai Perdana merupakan sebuah sekolah yang masih baharu, namun kepentingan pepatah Melayu dalam melentur buluh biarlah dari rebungnya menjadi panduan kepada guru-guru dalam mendidik dan menerapkan nilai murni menjaga kebersihan kepada murid-murid di sekolah ini daripada peringkat awal. Diharapkan agar segala tunjuk ajar akan mereka guna pakai bukan sahaja apabila berada di sekolah malah diharapkan mereka akan mengamalkan apa yang telah diajar tentang aspek menjaga kebersihan tandas dan nilai-nilai etika penggunaan tandas apabila mereka berada di luar sekolah juga.Keadaan tandas di sekolah sandaran kurang memuaskan memuatkan saya terpanggil untuk meninjau lebih lanjut tentang kekuatan pengurusan tandas sekolah penandaarasan.. Keadaan ini mencemarkan imej sekolah terutama apabila pelawat dari luar datang berkunjung ke sekolah. Projek penandaarasan perlu dibuat bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan tandas demi menjaga imej sekolah.Oleh yang demikian, Projek Tandas Bersih dipilih sebagai projek penandaarasan dalam kajian ini. Malah, Tandas Bersih dipertandingkan hingga di peringkat kebangsaan. Di harap projek tandas bersi ini mampu melayakkan sekola sandaran pergi lebi jauh dan layak bertanding seingga peringkat kebangsaan. Banyak impak positif boleh diperolehi daripada projek tandas bersi ini. Antaranya, ia sekaligus memupuk sikap pentingkan kebersian di kalangan murid-murid sekolah sandaran. Malah, dengan menitikberatkan kepentingan menjaga tandas, ia dapat memupuk nilai tanggungjawab dalam diri murid. Tandas merupakan harta awam. Setiap murid perlu bertanggungjawab menjaga harta awam yang digunakan bersama. Kesimpulannya, projek tandas bersih ini mempunyai objektif serampang dua mata. Pertama, menaikkan imej sekolah sandaran , dan kedua, memupuk nilai positif dalam diri murid-murid sekolah Sandaran.

2.2 PELUANG DAN CABARAN PELAKSANAAN PROJEKProjek tandas bersih dijalankan berdasakan peluang yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan di mana pertandingan Tandas Bersih dibuka kepada semua sekolah. Oleh kerana pertandingan ini menawarkan pengiktirafan yang menarik, ia dapat menaikkan semangat dan tekad untuk meneruskan projek yang bakal membawa impak positif ini. Kelebihan yang ada pada sekolah penandaarasan ialah sekolah ini merupakan sekolah baharu, di mana bangunannya serba baharu termasuk tandas. Ini menjimatkan tenaga dan masa bagi proses baik pulih. Sebaliknya, apa yang perlu diberi perhatian hanya keceriaan dan membimbing murid menggunkan kemudaan dengan betul dan bertanggungjawab.Selain itu, sekolah ini bertuah kerana salah seorang gurunya merupakan guru dari sekolah yang pernah memenangi pertandingan Tandas Bersih peringkat Negeri Johor. Guru ini menjadi pemacu kepada keceriaan tandas dalam projek tandas bersih. Pengalaman di sekolah lama dapat menjana idea yang kreatif di samping kerjasama jawatankuasa lain yang berbakat dalam bidang dekorasi dan hiasan.Namun begitu, terdapat juga cabaran sepanjang proses melaksanakan projek tandas bersi ini. Cabaran utama adalah kewangan. Tiada peruntukan kewangan dalam bajet pengurusan untuk menjalankan projek ini. Malahan, sekolah penandaarasan yang merupakan sekolah baharu memang memerlukan banyak sumber kewangan untuk pembangunan sekolah. Inisiatifnya, projek ini dijalankan berasaskan dana dari sumbangan PIBG, kutipan guru-guru, keuntungan proram sekolah dan keihklasan hati AJK yang menguruskan projek berkorban wang ringgit sendiri di samping berkorban masa dan tenaga. Selain halangan wang ringgit, projek ini menghadapi cabaran sikap murid-murid. Murid-murid yang dipindakan ke sekolah penandaaras ini merupakan murid-murid dari beberapa sekolah lain. Mereka hanya ditekankan kepentingan menjaga tandas, tetapi mereka tidak terdedah dengan tandas yang cantik. Oleh itu, hiasan yang cantik dan comel menjadi tarikan untuk disentuh. Hal ini menyebabkan hiasan tersebut menjadi tidak tersusun dan bersepah. Bagi mengatasi masalah ini, pemantauan oleh guru bertugas dan pengawas dilakukan secara kerap. Malah, murid-murid sering diingatkan semasa ucapan guru bertugas supaya menjaga kebersihan dan keceriaan tandas. Menguba tandas biasa kepada tandas ceria tidak sukar, namun, menukar budaya pengguna tandas dari budaya biasa kepada budaya bertanggungjawab kepada arta benda awam, memang mencabar.

2.3PENGLIBATAN KEPIMPINAN SEKOLAHIdea mencalonkan nama SK Sri Pulai Perdana dalam pertandingan Tandas Bersih sebenarnya dicetuskan oleh Guru Besarnya, En Jaafar B Warmat. Beliau melihat potensi yang ada untuk SK Sri Pulai Perdana pergi ke peringkat yang tinggi dalam pertandingan ini. Guru Besar selaku pemimpin tertinggi sekolah sering memberi sokongan dan dorongan kepada jawatankuasa kerja yang menjalankan projek Tandas Bersih. Setiap cabaran yang dinyatakan di atas tadi, diselesaikan dengan bantuan Guru Besar. Contohnya, dalam menghadapi cabaran kewangan, Guru Besar mengambil langkah berbincang dengan YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi memohon sumbangan kewangan dan idea. Dengan beberapa sesi mesyuarat, pelbagai rasional penyertaan program dibentangkan dan telah berjaya menarik perhatian barisan ahli jawatankuasa PIBG untuk meluluskan peruntukan kewangan bagi menjayakan program. Malahan, Guru Besar turut meluluskan beberapa dana simpanan hasil keuntungan program-program tertentu untuk digunakan dalam mengurus projek Tandas Bersih sekolah ini. Guru Besar juga turun padang dalam kerja-kerja memantau keceriaan tandas dari masa ke semasa. Beliau sentiasa memberi pandangan dalam menangani beberapa masalah yang timbul. Bukan hanya sekadar memberikan idea, malahan beliau turut menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan kerja-kerja keceriaan. Dalam menyelesaikan kerja-kerja mengumpul bahan untuk tujuan keceriaan, pihak sekolah terpaksa mengunjungi banyak premis yang menjual bahan-bahan yang diperlukan. Ahli jawatankuasa dan Guru Besar sama-sama membuat pemilihan bahan tersebut dan memutuskan lokasi yang sesuai untuk meletakkannya. Beliau juga sering berbincang dengan ahli jawatankuasa pengurusan dalam membuat sebarang keputusan untuk menambah baik program yang diseratai. Oleh kerana beliau sama-sama mengambil bahagian dalam menjayakan program ini, guru-guru menjalankan tanggungjawab dengan penuh semangat dan keyakinan.

2.4 STAIL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAHDalam menjayakan program Tandas Bersih, Encik Jaafar bin Warmat telah mempamerkan gaya kepimpinan tranformasi. Beliau memberi inspirasi kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai cita-cita merangkul anugerah Tandas Bersih peringkat Negeri Johor. Beliau sentiasa berhemah dalam berinteraksi dengan orang bawahannya. Cara arahan beliau dipatuhi dan dilaksanakan kerana beliau berjaya member kepercayaan daripada orang bawahannya. Beliau sentiasa berbincang untuk mensasarkan visi yang ingin dicapai demi melakar kejayaan sekolah. Dalam menyampaikan amanat berkaitan Program Tandas Bersih, Guru Besar menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin intelek . Maklumat yang disampaikan oleh beliau jelas dan sampai kepada orang bawahannya.Beliau juga mengambarkan seorang yang baik dan komited dengan tugasannya.Beliau sentiasa membuka pelung kepada guru-guru untuk menzahirkan idea dalam menambah kecerian tandas. Sebagai Guru Besar, Encik Jaafar ada mempamerkan gaya kepimpinan autokratik. Beliau begitu tegas dalam melaksanakan peraturan penggunaan tandas oleh murid-murid. Dalam ucapan mingguan, beliau menegaskan agar murid-murid mematuhi peraturan penggunaan tandas yang telah digariskan dan menerangkan tentang kesan sekiranya mereka melanggar peraturan tersebut. Kesan daripada kepimpinan yang ditonjolkan, murid-murid mematuhi peraturan sekolah terutamanya penggunaan tandas.Kepimpinan Guru Besar juga menggunakan gaya kepimpinan laissez-faire. Hal ini demikian kerana ada kalangan guru yang dipimpin mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan program Tandas Bersih. Guru-guru yang lain pula, walaupun mereka kurang pengetahuan dalam pengurusan tandas bersih, namun mereka komited dengan tugasan yang diberi . Guru-guru tersebut menggunakan kemudahan Internet dalam mencari maklumat berkaitan tandas bersih untuk diaplikasikan di sekolah.

2.5 PENGIKTIRAFANDalam mesyuarat pengurusan , Guru Besar sering merakamkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak. Dalam perhimpunan rasmi mingguan, guru besar turut memuji sikap murid-murid yang bekerjasama dalam penggunaan tandas . Hubungan baik antara guru besar dengan pekerja swasta, berjaya dihasilkan kerana beliau berjaya mengambil hati mereka dengan ucapan penghargaan dan bahasa tubuh yang menyenangkan.

2.6TINDAK IKUTOleh kerana SK Sri Pulai Perdana telah merangkul kejayaan dalam bidang pengurusan tandas bersih, sekolah ini menjadi sekolah penandaarasan kepada sekolah-sekolah dalam daerah Kulaijaya. Guru-guru dari sekolah lain ingin berkongsi pengalaman dan idea dengan warga SK Sri Pulai Perdana. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mesti memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan cerita. Pemantauan oleh Guru Besar sentiasa dilakukan secara tidak formal. Sekiranya ada sebarang masalah yang timbul, perkara itu mesti diselesaikan dengan segera agar tidak menimbulkan masalah yang lebih besar.

2.7 REFLEKSI(Perlu ubahsuai sikit)a. faktor kritikal dan penting dalam kejayaan mencipta nama sebagai sebuah sekolah baharu yang cemerlang.Disiplin segelintir murid Tahun 1 yang belum biasa dengan budaya penggunaan tandas bersih, memberi sedikit impliksi dalam melestarikan penggunaan tandas bersih. Kalangan murid ini meninggalkan tandas tanpa membersihkan tandas yang telah digunakan. Selain itu, amalan menjaga kebersihan sebelum keluar tandas, kurang dipraktikkan oleh murid-murid. Murid-murid meninggalkan tandas tanpa membasuh tangan menggunakan sabun yang disediakan. Murid-murid juga masuk ke dalam tandas tanpa memakai selipar yang telah disediakan. Malahan, masalah kehilangan selipar menjadi satu isu sejak program ini dumulakan. Biasanya, selipar itu dibawa ke bilik-bilik khas lain seperti surau dan Bilik Muzik.

b. hubungan antara teori-teori dengan amal pengurusan dan kepimpinanc. kesesuaian projek dilaksanakan di sekolah sandaran dan isu-isu berkaitan.Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai murid melebihi 1600 orang, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sekiranya program Tandas Bersih menjadi pilihan. Oleh kerana sekolah Sandaran merupakan sebuah sekolah yang berusia lebih 10 tahun, kemudahan fizikal tandas menjadi satu masalah. Program ini wajar dijalankan sebagai satu jalan untuk mendidik warga sekolah Sandaran mengamalkan budaya tandas cemerlang. Murid-murid sewajarnya dididik seawall sekolah rendah supa mereka dapat membiasakan diri dalam penggunaan tandas bersih. Hal ini demikian kerana mereka perlu membawa budaya ini di luar sekolah.Selain itu, bilangan guru yang ramai menyumbang kepada cetusan idea untuk menghasilkan kejayaan program ini. Tenaga kerja yang mencukupi juga pastinya membolehkan sasaran program berjalan sebagaimana dirancang. Apa yang jelas kelihatan selama ini, guru-guru sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan sesuatu tugasan. Oleh kerana itu, kerjasama dan kepakaran yang mereka miliki boleh dimanfaatkan untuk mendidik murid-murid.Masalah yang timbul di sekolah Sandaran ialah berkaitan dengan disiplin penggunaan tandas. Murid-murid tidak mengamalkan tatacara penggunaan tandas yang betul Adakalanya tandas berada dlam keadaan menjijikkan. Sehubungan dengan itu, murid-murid dari sekolah yang datang menghadiri aktiviti di sekolah Sandaran sering mengutarakan kekesalan atas apa yang dilihat. Apabila perkara ini berlaku, secara tidak langsung menjejaskan nama baik sekolah. Usaha untuk mendisiplinkan murid , bukan setakat di bilik darjah sahaja. Murid-murid mesti dididik agar mencintai sekolah mereka dan peka dengan persekitaran. Murid-murid berada di sekolah lebih kurang enam jam sehari. Dalam tempoh masa tersebut, mereka mesti disediakan dengan tandas bersih sebagaimana tandas mereka di rumah. Walaupun mereka terpaksa berkongsi tandas, tanggungjawab menjaga kebersihannya perlu digalas bersama.Oleh sebab itu, sewajarnya program seumpama ini dijalankan di sekolah Sandaran.d. cadangan penambahbaikan di sekolah sandaranKomitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa murid-murid sekolah Sandaran merupakakn satu bonus dalam menjayakan program Tandas Bersih. Biasanya mereka tidak berkira tenaga dan wang ringgit dalam membantu program sekolah. Salah satu langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam menjayakan program Tandas bersih di sekolah Sandaran ialah meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam menceriakan tandas. Selain itu, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja pembaikan tandas boleh digunakan kemahirna murid untuk membaiki kemudahan yang rosak.Penggunaan buku keluar bilik darjah boleh diamalkan untuk memastikan murid-murid keluar bilik darjah menuju ke tempat yang betul. Hanya dua orang murid dibenarkan keluar bilik darjah dalam satu masa. Secara tidak langsung peraturan ini dapat mengurangkan masalah ponteng kelas yang berlaku.e. pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinnan???????

Kejayaan SKSPP sebanyak dua kali berturut-turut pada tahun 2012 dan 2013 sebagai Naib Johan Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri Johor telah membuka mata banyak pihak dalam pentingnya pengurusan tandas sekolah. Sehubungan dengan itu, sekolah ini telah menjadi sekolah penandaarasan kepada sekolah-sekolah di daerah Kulaijaya. Dalam mesyuarat pengurusan sekolah di Pejabat Pendidikan Kulaijaya sering difokuskan agar mencontohi SKSPP yang telaah mencipta nama sebagai sebuah sekolah baharu yang cemerlang.Antara cadangan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menanamkan

3.0 RUMUSANKejayaan cemerlang SK Sri Pulai Perdana dalam menyatukan warga sekolah bagi menghasilkan penggunaan tandas cemerlang, telah menyuntuk satu semangat baharu untuk mengaplikasikan pengetahuan itu di sekolah Sandaran. Kejayaan demi kejayaan yang dirangkul, berjaya menyuntuk semangat untuk meraih lebih banyak kejayaan dalam bidang lain. Contohnya, guru-guru baharu berlumba-lumba untuk melibatkan diri dalam dalam bidang yang diminati dan merah kejayaan demi menaikkan nama SK Sri Pulai Pendana. Pemimpin Pengakap telah memimpin ahli-ahli Pengakap hingga ke peringkat antarabangsa.

4.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

KANTINPOSPENGAWALPADANGSKSPPPELAN LOKASI TANDAS BERSIH SEKOLAHGELANGGANG SEPAK TAKRAW DAN BOLA JARINGPRA SEKOLAHTD M (P)DEWANTERBUKAPERPUSTAKAAN\PEJABATMESYUARATB ILIKGURUPETUNJUKTD M (L)TANDAS BERSIHTD G (L)HIBISCUSTD G (P)LAVENDERGARDENIAJASMINETDM (P)TDG (P)DAISY (TINGKAT 3)TD G (L)ORCHID (TINGKAT 3)TDM (P)CHERRY BLOSSOM (TINGKAT 2)TD M (L)DAFFODIL (TINGKAT 2)TDG(P)TDG(L)TD M (L)TD GTANDAS GURU TD MTANDAS MURID TDG (P)TDG (P)TD M (L)TD M (P)