Laporan Program Sambutan Israk Dan Mikraj 2012

2
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1433H/2012 SK UNDANG JOHOL, N.SEMBILAN Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program ceramah Israk dan Mikraj pada 29 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Terbuka SK Undang Johol. Pengisian program melalui ceramah ini bertujuan untuk menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah SWT disamping menghayati dan mengambil iktibar peristiwa perjalanan Rasulullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah. Ceramah Israk dan Mikraj ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Ibrahim yang merupakan Pegawai Eksekutif Masjid Sri Menanti, Kuala Pilah. Penceramah bukan sahaja menyampaikan fakta-fakta mengenai Israk dan Mikraj, malahan menekankan tanggunggjawab dan peranan sebagai seorang Islam khususnya kepentingan solat dalam kehidupan seharian. Selain itu, kuiz juga diadakan untuk menarik minat dan perhatian murid-murid mendengar dan menghayati dengan bersungguh- sungguh apa yang telah disampaikan oleh penceramah. Seramai 14 orang murid tahap 1 dan 2 telah berjaya menjawab kuiz Israk dan Mikraj dengan betul. Hadiah kuiz dan saguhati penceramah telah

description

aaaa

Transcript of Laporan Program Sambutan Israk Dan Mikraj 2012

Page 1: Laporan Program Sambutan Israk Dan Mikraj 2012

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1433H/2012

SK UNDANG JOHOL, N.SEMBILAN

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program ceramah Israk dan Mikraj pada

29 Jun 2012 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Terbuka SK Undang Johol.

Pengisian program melalui ceramah ini bertujuan untuk menggalakkan murid

menghayati alam ciptaan Allah SWT disamping menghayati dan mengambil iktibar peristiwa

perjalanan Rasulullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah. Ceramah

Israk dan Mikraj ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Ibrahim yang merupakan Pegawai

Eksekutif Masjid Sri Menanti, Kuala Pilah. Penceramah bukan sahaja menyampaikan fakta-fakta

mengenai Israk dan Mikraj, malahan menekankan tanggunggjawab dan peranan sebagai seorang

Islam khususnya kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kuiz juga diadakan untuk menarik minat dan perhatian murid-murid

mendengar dan menghayati dengan bersungguh-sungguh apa yang telah disampaikan oleh

penceramah. Seramai 14 orang murid tahap 1 dan 2 telah berjaya menjawab kuiz Israk dan

Mikraj dengan betul. Hadiah kuiz dan saguhati penceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj

Muhammad Nasir bin Hj Mustafa selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Undang Johol.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan berakhir pada pukul

10.15 pagi.

Disediakan oleh,

(ROHANA BT MISRAN)

Setiausaha,

Program Ceramah Israk dan Mikraj 1433H/2012