Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

6
LAPORAN PROGRAM SEMINAR PERUBATAN ISLAM Tarikh : 24 Februari 2013 (Ahad) Masa : 8.00 pagi 5.00 petang Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Peserta : 100 orang staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar Penceramah: Ustaz Md Zaini Bin Zainal, Pengamal Perubatan Islam Asyifa’ Melaka Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran. Firman Allah maksudnya: "Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17) Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112) MAKNA PERKATAAN JIN Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. ASAL KEJADIAN JIN Firman Allah maksudnya: Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15) "Al-Maarij" Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin). "Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas." (Al Hajar 27) "Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.(Al A'raf 12)

description

Perubatan

Transcript of Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

Page 1: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

LAPORAN PROGRAM

SEMINAR PERUBATAN ISLAM

Tarikh : 24 Februari 2013 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan

Anjuran : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Peserta : 100 orang staf dan pelajar PIS serta masyarakat sekitar

Penceramah: Ustaz Md Zaini Bin Zainal, Pengamal Perubatan Islam

Asyifa’ Melaka

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh

mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya:

"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan

menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi

mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan

mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari

kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang

lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas

muka dunia ini.(Al-An'am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya

"Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:

Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15)

"Al-Maarij"

Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang

sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya

dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin

Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."

(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku

menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api

dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.(Al A'raf 12)

Page 2: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan

tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan

(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki

yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh

sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan

syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang

kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri

bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat

ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka

kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari

kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-

perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan

hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri

kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan

oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari

akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang

yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

(Al An'am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya

tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar

namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-

bauan dan sebagainya. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan secara tidak

langsung memberi impak kepada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan yang menjadi

Peneraju Ilmu Sejagat.

Disediakan oleh

(MD YUSRI BIN JANI)

Setiausaha

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Page 3: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

Peserta sedang menghayati kursus

Peserta wanita

Page 4: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

Pengisian Seminar

Penceramah sedang memberikan pengisian

Page 5: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

Sesi ‘Scan’ baru bermula

Peserta wanita sedang di ‘scan’

Page 6: Laporan Program Seminar Perubatan Islam 2013

Peserta lelaki sedang di ‘scan’

Penceramah sedang memberi nasihat kepada peserta