Laporan Program Transformasi Kecemerlangan Upsr Dan Menandatangani Ikrar Akur Janji Tahun 2015

2
LAPORAN PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN UPSR DAN MENANDATANGANI IKRAR AKUR JANJI TAHUN 2015 Pada 7 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Damit telah mengadakan Program Transformasi Kecemerlangan UPSR dan menandatangani Ikrar Akur Janji bagi tahun 2015. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Damit. Sasaran peserta program ini ialah murid tahun 6 berserta ibu bapa murid-murid tersebut. Program ini diadakan di dewan serbaguna SK Sungai Damit. Seawal 7.30 pagi, para peserta program dan ibu bapa mendaftarkan diri di meja urus setia pendaftaran. Peserta akan diberikan fail termasuk alat tulis dan sijil sasaran untuk UPSR tahun ini. Program bermula pada pukul 8.00 pagi didahului dengan bacaan doa oleh Haji Abdul Adis Bin Spok. Setelah itu, ucapan alu- aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Program Transformasi Kecemerlangan, Tuan Andrew Gedeon, Guru Besar Cemerlang SK Sungai Damit. Dalam ucapan yang telah disampaikan, beliau berharap agar murid-murid tahun 6 dapat menaikkan lagi nama sekolah dan mengekalkan kecemerlangan yang telah diraih oleh sekolah. Beliau juga memberi galakan kepada murid-murid untuk terus berusaha dan jangan berputus asa dalam mencapai kejayaan. Kemudian, ceramah motivasi 1 yang bertajuk Kecemerlangan UPSR telah di sampaikan oleh Puan Lili Johnny, guru SMK Tenghilan. Ceramah ini menyentuh tips-tips kecemerlangan dan peranan murid- murid dalam menuntut ilmu. Beliau memberikan semangat dan dorongan kepada murid serta panduan yang berguna yang perlu dicontohi oleh murid-murid tahun 6 jika ingin berjaya. Program ini berhenti rehat

description

laporan

Transcript of Laporan Program Transformasi Kecemerlangan Upsr Dan Menandatangani Ikrar Akur Janji Tahun 2015

LAPORAN PROGRAM TRANSFORMASI KECEMERLANGAN UPSR DAN MENANDATANGANI IKRAR AKUR JANJI TAHUN 2015

Pada 7 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Damit telah mengadakan Program Transformasi Kecemerlangan UPSR dan menandatangani Ikrar Akur Janji bagi tahun 2015. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Damit. Sasaran peserta program ini ialah murid tahun 6 berserta ibu bapa murid-murid tersebut. Program ini diadakan di dewan serbaguna SK Sungai Damit.

Seawal 7.30 pagi, para peserta program dan ibu bapa mendaftarkan diri di meja urus setia pendaftaran. Peserta akan diberikan fail termasuk alat tulis dan sijil sasaran untuk UPSR tahun ini. Program bermula pada pukul 8.00 pagi didahului dengan bacaan doa oleh Haji Abdul Adis Bin Spok. Setelah itu, ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Program Transformasi Kecemerlangan, Tuan Andrew Gedeon, Guru Besar Cemerlang SK Sungai Damit. Dalam ucapan yang telah disampaikan, beliau berharap agar murid-murid tahun 6 dapat menaikkan lagi nama sekolah dan mengekalkan kecemerlangan yang telah diraih oleh sekolah. Beliau juga memberi galakan kepada murid-murid untuk terus berusaha dan jangan berputus asa dalam mencapai kejayaan.

Kemudian, ceramah motivasi 1 yang bertajuk Kecemerlangan UPSR telah di sampaikan oleh Puan Lili Johnny, guru SMK Tenghilan. Ceramah ini menyentuh tips-tips kecemerlangan dan peranan murid-murid dalam menuntut ilmu. Beliau memberikan semangat dan dorongan kepada murid serta panduan yang berguna yang perlu dicontohi oleh murid-murid tahun 6 jika ingin berjaya. Program ini berhenti rehat pada pukul 10.00 dan tetamu dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Program diteruskan lagi dengan ceramah 2, iaitu Peranan Ibu Bapa dan Guru dalam Mendidik Anak-anak yang disampaikan oleh Encik Jais Abdul Hamid, pensyarah IPG Kampus Kent, Tuaran. Dalam ceramah ini, beliau menekankan peranan ibu bapa sebagai role model dalam mendidik anak-anak menjadi modal insan yang berguna. Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa sangat penting dalam kecemerlangan anak-anak. Kedua-dua ceramah berjalan dengan lancar dan semua peserta memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa sesi ceramah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan menandatangani ikrar Akur Janji murid-murid tahun 6 di hadapan ibu bapa. Setelah selesai, bacaan ikrar Akur Janji telah diketuai oleh Ketua Murid, adik Elvin di hadapan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Damit. Program diakhiri dengan murid-murid bersama ibu bapa menukar sasaran UPSR yang telah diberikan oleh pihak sekolah di hadapan guru besar cemerlang. Semua peserta program berjanji untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A.