Laporan Program Unit Disiplin 2013

14
Laporan Program Unit Disiplin 2014 Nama Program : Program Pemantapan Disiplin Tempoh Perlaksanaan : Bulan Januari – November 2014 Aktiviti yang dijalankan : 1) Memberi Taklimat mengenai peraturan Sekolah dan taklimat disiplin kepada semua murid melalui slot dalam Program Maju Diri Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. 2) Menguatkuasakan penggunaan Slip Akuan Kesalahan bagi murid yang Melakukan kesalahan disiplin. 3) Menggunakan Buku Kad Disiplin di dalam kelas bagi murid yang membuat masalah disiplin di dalam kelas. Ulasan Program : Program ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid yang seringkali menukar pengakuan setelah disabit kesalahan. Kurang dokumentasi dan bahan bukti menyebabkan pihak sekolah tidak dapat bertindak dengan tindakan yang sepatutnya. Penggunaan slip dan kad disiplin yang diperkenalkan di dalam program ini juga dapat membantu dalam menyumbangkan data kes disiplin bagi tujuan analisa Disiplin setiap tahun. Murid yang sering membuat masalah disiplin juga lebih mudah di kesan supaya

description

rujukan

Transcript of Laporan Program Unit Disiplin 2013

Laporan Program Unit Disiplin 2014

Nama Program : Program Pemantapan DisiplinTempoh Perlaksanaan : Bulan Januari November 2014Aktiviti yang dijalankan :

1) Memberi Taklimat mengenai peraturan Sekolah dan taklimat disiplin kepada semua murid melalui slot dalam Program Maju Diri Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.2) Menguatkuasakan penggunaan Slip Akuan Kesalahan bagi murid yang Melakukan kesalahan disiplin.3) Menggunakan Buku Kad Disiplin di dalam kelas bagi murid yang membuat masalah disiplin di dalam kelas.

Ulasan Program :

Program ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid yang seringkali menukar pengakuan setelah disabit kesalahan. Kurang dokumentasi dan bahan bukti menyebabkan pihak sekolah tidak dapat bertindak dengan tindakan yang sepatutnya. Penggunaan slip dan kad disiplin yang diperkenalkan di dalam program ini juga dapat membantu dalam menyumbangkan data kes disiplin bagi tujuan analisa Disiplin setiap tahun. Murid yang sering membuat masalah disiplin juga lebih mudah di kesan supaya murid tersebut di beri bimbingan dan bantuan dengan kadar segera.

Kekuatan Program :

1) Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid akan dikenakan tindakan termasuklah memaklumkan kepada ibubapa/penjaga murid.

2) Dengan wujudnya dokumen yang diperkenalkan dalam program ini, murid akan lebih berlaku jujur dan guru-guru disiplin dapat menunjukkan bukti kepada ibubapa/penjaga terhadap kes disiplin yang telah dilakukan oleh anak mereka.

3) Pemantauan yang lebih kerap dapat dilakukan oleh guru kelas terhadap sikap anak murid di dalam kelas mereka.

Kelemahan Program :

1) Penggunaan Kad Disiplin di dalam kelas tidak di gunakan secara Menyeluruh oleh guru kelas dan guru matapelajaran untuk mencatatkan Masalah disiplin semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

2) Guru perlu mencatat Slip Akuan Kesalahan 2 kali kerana untuk simpanan murid dan pihak sekolah terhadap kes yang dilakukan. Guru Disiplin meminta agar kaedah penulisan ini dipermudahkan supaya penggunaan Slip ini lebih efektif.

Cadangan Penambahbaikan :

1) Pihak Pentadbir telah memasukkan ruang catatan untuk masalah disiplin di dalam Buku Kawalan Kelas bagi memudahkan penggunaan buku tersebut.

2) Slip Akuan Kesalahan hanya perlu di scan/Photostat setelah mendapat tandatangan yang diperlukan. Guru Kelas tidak perlu lagi menulis kad Akuan Kesalahan sebanyak 2 kali.

3) Membuka Kaunter Disiplin setiap kali perjumpaan ibubapa untuk mengambil kad laporan dijalankan. Tujuan bagi memberi ruang untuk guru disiplin dan ibubapa untuk membincangkan masalah anak mereka.

Dokumentasi Bergambar :Tiada

Laporan Program Unit Disiplin 2014

Nama Program : Program Jom Datang Awal Ke SekolahTempoh Perlaksanaan : Bulan Jan - November

Aktiviti yang dijalankan :

1) Guru memberi taklimat mengenai Masalah Datang Lewat dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan kesalahan tersebut sekali seminggu setiap bulan.2) Guru Kaunseling dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya akan menunggu di pintu pagar untuk menyambut murid-murid yang datang awal dengan ucapan Terima Kasih kerana Datang Awal.3) Pentadbir/Guru Disiplin/Guru Pengawas/ Guru Kaunseling bertanya secara rawak kepada ibubapa yang menghantar anak ke sekolah akan masalah yang dihadapi mereka sehinga menyebabkan mereka menghantar anak lewat ke sekolah.4) Pengawal Keselamatan akan memperketatkan pengawasan terhadap ibubapa/penjaga/orang luar yang ingin memasuki kawasan sekolah5) Guru Disiplin menjalankan kaji selidik bagi mengetahui punca murid Datang Lewat Ke Sekolah.( Boleh rujuk lampiran : Laporan Analisis Datang Lewat)

Ulasan Program :

Program ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid datang lewat ke sekolah. Kes datang lewat di sekolah ini meningkat dari awal tahun sehingga pertengahan tahun. Antara sebab kelewatan adalah kerana murid tidak mengambil berat tentang waktu kerana ramai murid yang lewat adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan yang dihantar oleh ibubapa. Program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran tentang menghargai masa kepada murid dan ibubapa dan juga menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil kepada yang masih tidak mengikut peraturan.

Kekuatan Program :

1) Program ini mendapat sokongan pentadbir dan Guru Bimbingan Kaunseling kerana mereka juga bersama-sama turun dan menunggu di pintu pagar untuk memastikan tiada ibubapa/orang luar yan membawa masuk kenderaan ke kawasan sekolah. Mereka juga akan memberi surat amaran kepada kenderaan yang didapati memandu laju di kawasan sekolah.

2) Pengawal Keselamatan memberi kerjasama yang tinggi dalam memastikan kesesakan yang berlaku di hadapan sekolah dapat dikurangkan dan memperketatkan kawalan di pintu pagar.

3) Murid menjadi lebih bersemangat untuk ke sekolah dengan lebih awal kerana mereka suka disambut oleh guru-guru dengan ucapan Tahniah di pintu pagar sekolah.

4) Dari Kaji Selidik yang telah dilakukan, kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar murid yang datang lewat ke sekolah adalah terdiri dari murid yang dihantar oleh ibubapa. Dari Kaji Selidik tersebut dapat dirumuskan bahawa kesedaran bukan sahaja perlu diberikan kepada murid-murid akan tetapi juga perlu diberikan/dimaklumkan kepada ibubapa.

Kelemahan Program :

1) Masih terdapat ibubapa yang masih menghantar anak mereka lewat ke Sekolah walaupun telah menerima surat amaran.

2) Pengawas yang menjaga pintu pagar masih belum mahir dan perlu di beri Bimbingan untuk menjalankan tugas mereka kerana tugas mereka agak berat kerana adakalanya terpaksa berhadapan dengan ibubapa yang memarahi mereka ketika menjalankan tugas mencatat nama murid yang lewat.

3) Pengawal Keselamatan yang bertukar bersilih ganti menyebabkan adalanya maklumat yang disampaikan tidak sampai kepada pengawal baru yang bertugas.

Cadangan Penambahbaikan :

1) Guru Pengawas perlu ada bersama pengawas bagi memastikan ibubapa tidak sewenang-wenangnya bertindak terhadap pengawas-pengawas yang bertugas di pintu pagar.

2) Menulis surat kepada Pegawai Polis Angkat untuk mendapatkan bantuan Polis Trafik untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah pada waktu pagi.

3) Pengawal Keselamatan yang baru melapor diri perlu berjumpa dengan Pihak Sekolah terlebih dahulu untuk mendengar sedikit taklimat dari pihak pentadbir sekolah bagi menjamin keselamatan murid-murid di sekolah.

Dokumentasi Bergambar :Tiada

Disediakan Oleh :Disahkan oleh

_________________________________________________Fairus Dora binti Abdul MalekZaharah binti HashimGuru DisiplinGuru Penolong Kanan HEMSK Putrajaya Presint 18(1)SK Putrajaya Presint 18(1)

Laporan Program Unit Disiplin 2014

Nama Program : Program Sekolahku Bersih, Ceria dan SelamatTempoh Perlaksanaan : Bulan Jan - November

Aktiviti yang dijalankan :

1) Mesyuarat dan taklimat bagi melantik Ahli jawatankuasa Program diadakan.2) Unit Disiplin perlu membuat laluan selamat dengan menggunakan cat di laluan ke kantin dan di tangga untuk laluan naik dan turun.3) Unit Pengawas akan memastikan Program 1 Murid 1 plastik dapat dijalankan dengan lancar4) Unit 3K akan bergotong Royong untuk menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan pertandingan tandas angkat terbersih.

Ulasan Program :

Program ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan sekolah merupakan kawasan yang selesa dan ceria bagi murid-murid sekolah ini. Program-program yang dilaksanakan serentak di bawah nama satu program adalah hasil kerjasama 3 unit iaitu Unit Disiplin, Unit Pengawas dan Unit 3K. Jika sebelum ini hanya diadakan program pemantapan disiplin dan jom datang awal ke sekolah, pada tahun ini pihak sekolah juga memberi tumpuan kepada galakan murid untuk datang ke sekolah setiap hari. Dengan membuat laluan Selamat bagi murid, keselamatan murid semasa turun dan naik tangga lebih terjamin dan kelihatan lebih teratur.

Kekuatan Program :

1) Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak pentadbir kerana pihak sekolah telah memberikan sedikit dana untuk membeli cat bagi membuat laluan selamat di tangga dan laluan ke kantin.

2) Sampah di dalam kelas dapat dikurangkan dengan mendidik murid membuang sampah di dalam plastic yang dibawa oleh mereka dari rumah.

3) Pertandingan Tandas Terbersih yang diadakan oleh unit 3K telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pertandingan ini telah dapat mendidik murid-murid untuk memastikan tandas di sekolah sentiasa bersih dan selesa digunakan.

Kelemahan Program :

1) Program 1 Murid 1 plastik disambut hangat oleh murid-murid di awal program sahaja kerana pengawas tidak terus-menerus memantau murid- murid untuk membawa plastik ke sekolah. Murid-murid juga didapati meninggalkan plastik tersebut di bawah meja.

2) Murid adalanya menjadikan alas an membasuh tandas untuk tidak masuk /lewat ke kelas menyebabkan mereka ketinggalan pelajaran.

Cadangan Penambahbaikan :

1) Guru Kelas perlu membuat jadual tugasan untuk membasuh tandas supaya murid tidak menyalahgunakan waktu belajar dengan mencuci tandas.

2) Unit 3K perlu memberi sedikit taklimat mengenai kriteria yang dinilai untuk Pertandingan Tandas Terbersih

3) Program 1 Murid 1 Plastik tidak diteruskan kerana murid membuang palstik tersebut merata-rata. Pihak sekolah dan PIBG telah bersetuju untuk mengeluarkan sedikit peruntukan untuk menampah jumlah tong sampah di sekolah.

Dokumentasi Bergambar :Tiada

Disediakan Oleh :Disahkan oleh

_________________________________________________Fairus Dora binti Abdul MalekZaharah binti HashimGuru DisiplinGuru Penolong Kanan HEMSK Putrajaya Presint 18(1)SK Putrajaya Presint 18(1)