laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

29
PENGGUNAAN SERBUK KENAF DALAM CAMPURAN BITUMEN BAB 1: PENDAHULUAN 1.1- PENGENALAN Bitumen adalah sejenis cecair hitam serta sangat likat atau separa pepejal yang hadir dalam petroleum yang paling mentah yang diperoleh melalui proses penyejatan. Bitumen selalunya dianggap sebagai satu kumpulan dengan hidrokarbon yang selalu dicampur dengan bahan organik.Ianya juga dikenali dengan petroleum didalam bentuk cecair,tar didalam bentuk separa cecair dan asfalt didalam bentuk pepejal. Berada dalam bentuk samada pepejal atau separa-pepejal,dimana ianya berwana hitam dan likat. Ianya akan cair atau melembut apabila dikenakan haba. Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. Merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal dari Sudan dengan sejarah tanaman ini melebihi 4000 tahun. Kenaf

Transcript of laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Page 1: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

PENGGUNAAN SERBUK KENAF DALAM CAMPURAN BITUMEN

BAB 1:

PENDAHULUAN

1.1- PENGENALAN

Bitumen adalah sejenis cecair hitam serta sangat likat atau separa pepejal yang

hadir dalam petroleum yang paling mentah yang diperoleh melalui proses

penyejatan. Bitumen selalunya dianggap sebagai satu kumpulan dengan

hidrokarbon yang selalu dicampur dengan bahan organik.Ianya juga dikenali

dengan petroleum didalam bentuk cecair,tar didalam bentuk separa cecair dan

asfalt didalam bentuk pepejal. Berada dalam bentuk samada pepejal atau

separa-pepejal,dimana ianya berwana hitam dan likat. Ianya akan cair atau

melembut apabila dikenakan haba.

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. Merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal dari Sudan dengan sejarah tanaman ini melebihi 4000 tahun. Kenaf dibawah jenis Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan juga kapas.Secara morfologi,kenaf mempunyai kaitan yang rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus sabdariffa).

Page 2: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Kenaf merupakan sejenis pokok berserat bukan berkayu yang menghasilkan

30% fiber(serat) pada bahagian bast (kulit luar) dan juga 70% core (empulur)

daripada bahagian dalam batang bergantung kepada kepadatan tanaman.

1.2 - KENYATAAN MASALAH

Penggunaan bitumen sebagai bahan utama dalam pembinaan jalan raya di Malaysia telah lama dan digunakan secara meluas. Ianya terbukti berkesan dan mampu bertahan untuk jangka masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, seringkali kita sebagai pengguna jalan raya dapat atau kerap melihat permukaan jalan raya yang rosak seperti keretakan, jalan berlubang serta permukaan yang tidak rata. Hal ini kerana bitumen itu menerima beban yang tinggi serta keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan banjir kilat. Ia juga menerima beban yang tinggi akibat dari pemanduan kenderaan berat seperti jentera-jentera besar serta kenderaan besar yang membawa muatan melebihi had yang ditetapkan .Disebabkan itu, kajian ini dijalankan untuk mencari cara menguatkan lagi kekuatan struktur bitumen ini.

Gambar rajah dibawah menunjukkan contoh kegagalan jalan raya berbitumen.

Page 3: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Rajah 1.2.1 menunjukkan keadaan jalan raya berbitumen akibat penyerapan air bawah tanah.

Rajah 1.2.2 menunjukkan keretakan disebabkan oleh kenderaan berat yang

melebihi muatan melalui permukaan jalan ini secara kerap.

Rajah 1.2.3 menunjukkan keadaan yang dikenali sebagai ‘pot hole’ disebabkan

oleh campuran bitumen yang tidak menepati spesikasi yang betul.

Kajian ini memfokuskan tentang penggunaan serbuk kenaf sebagai bahan penguat didalam campuran bitumen. Hal ini kerana fiber yang terkandung

Page 4: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

didalam kenaf terbukti lasak dari segi kekuatan dan kelasakannya seperti yang diterangkan didalam Manual Penanaman dan Pemprosesan Kenaf (Edisi Pertama) oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

 

1.3 – OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengetahui takat lembut bitumen campuran serbuk kenaf

ii. Mengetahui tahap kekonsistenan bitumen campuran kenaf

iii. Menentukan kandungan optimum bitumen campuran kenaf

1.4 – SKOP KAJIAN

Ujikaji ini dijalankan di makmal Jalan Raya PKB. Antara ujikaji yang akan dilakukan ialah

i. Ujikaji takat melembut : bagi menentukan takat lembut bagi bitumen.

ii. Ujian penusukan piawai bitumen : Bagi menentukan tahap konsisten bitumen dengan menggunakan penetrometer dan jarum menegak yang akan menembusi sampel.

iii. Ujian rekabentuk campuran Marshall : bagi memastikan sampel yang akan disediakan dapat mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh piawai. Ia juga bertujuan menentukan campuran agregat dan kandungan bitumen yang optimum supaya campuran yang dihasilkan mempunyai lompang yang cukup, tahan lasak, lebih ekonomi dan bermutu.

Page 5: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

1.5 – KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan bitumen sebagai asas dan serbuk kenaf sebagai bahan campuran penguat dalam penghasilan jalan raya. Serbuk kenaf ini perlu dikaji sifat kejuruteraannya bagi membolehkan ianya digunakan dalam penghasilan jalan raya. Selain itu,struktur kenaf yang lembut tetapi kuat mampu menanggung beban yang tinggi membolehkan struktur jalan raya menjadi lebih kukuh.

Page 6: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

BAB 2 :

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:

Digunakan untuk kenderaan bermotor Digunakan untuk orang awam

Dibiayai oleh badan awam

Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan

Page 7: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-

Lebuhraya Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan

Jalan raya negeri atau wilayah

Jalan perbandaran

Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet

Jalan raya terbahagi kepada dua jenis iaitu jalan raya berasfalt dan jalan raya berbitumen.Kajian ini menekan kepada bitumen sebagai bahan pembuatan jalan raya.

2.1 Bitumen

Bitumen juga boleh ditakrifkan sebagai bahan pepejal atau separa pepejal,

hitam dan melekit, likat dan diperolehi sebagai bahan sampingan hasil daripada

proses penyulingan petroleum. Ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebahagian

daripada produk asfalt dan tar, dimana ianya akan melarut didalam karbon

disulfida.

Bitumen selalunya dianggap sebagai satu kumpulan dengan hidrokarbon yang

selalu dicampur dengan bahan organik.Ianya juga dikenali dengan petroleum

didalam bentuk cecair,tar didalam bentuk separa cecair dan asfalt didalam

bentuk pepejal.

Page 8: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

2.1.1 Ciri-ciri bitumen

Antara ciri-ciri bitumen :

i. Berada dalam bentuk samada pepejal atau separa-pepejal,dimana ianya

berwarna hitam dan likat.

ii. Ianya akan cair atau melembut apabila dikenakan haba.

iii. Graviti tentunya adalah 1.09

iv. Ianya akan melarut sepenuhnya didalam karbon disulfida.

v. Ianya bertindak sebagai bahan pengikat didalam semua jenis asfalt

vi. Memiliki tahap kestabilan tinggi terhadap bahan kimia,akan tetapi lemah

terhadap minyak.

vii. Mempunyai tahap insulasi haba yang tinggi dan kadar zarah yang

padat.

2.1.2 KEGUNAAN BITUMEN

Antara kegunaan bitumen ialah :

i. Ianya digunakan sebagai bahan anti lembap didalam dinding dan juga

didalam kolam renang.

ii. Ianya juga digunakan untuk mengisi kekosongan diantara bahagian

bumbung yang bocor.

iii. Ianya juga digunakan didalam pembangunan jalan raya.

Page 9: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

iv. Ianya juga digunakan sebagai bahan penebat haba untuk bangunan.

v. Bitumen juga digunakan dalam pembuatan cat kalis air.

2.1.3 BENTUK-BENTUK BITUMEN

Antara bentuk-bentuk bitumen adalah:

I. Cutback bitumen

II. Blown bitumen

III. Plastic bitumen

IV. Straight run bitumen

V. Bitumen emulsion

I.CUTBACK BITUMEN

Ianya diperoleh dengan mencampurkan asfaltik bitumen dengan apa-apa cecair

yang sesuai hasil daripada proses penyulingan tar atau petroleum.Ianya juga

boleh digunakan dalam keadaan sejuk sebagai cat berbitumen.

II.BLOWN BITUMEN

Ianya diperoleh melalui apabila bitumen dikenakan tekanan angin pada suhu

yang tinggi.Ianya selalu digunakan sebagai bahan penebat haba dan juga

didalam pembuatan paip berasfalt.

III.PLASTIC BITUMEN

Terdiri daripada bitumen yang nipis dan inert filler yang sesuai(40-45%).Ianya

selalu digunakan untuk menghentikan kebocoran dan juga menampung

keretakan pada struktur perkuburan dan sebagainya.

Page 10: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

IV.STRAIGHT RUN BITUMEN

Bitumen ini diperolehi apabila bitumen disulingkan ke tahap kelikatan tertentu

tanpa dikenakan apa-apa proses lain.

V.BITUMEN EMULSION

Ianya adalah sejenis produk cecair yang mengandungi bitumen didalam bentuk

yang terbahagi sama rata ke bentuk cecair penuh.

2.2 Kenaf

Kenaf merupakan sejenis pokok yang berserat bukan berkayu yang menghasilkan 30% serat (fiber) pada bahagian kulit (bast) dan juga 70% empulur (core) daripada bahagian dalam bergantung kepada kepadatan tanaman.

2.2.1 JENIS-JENIS KENAF

Kenaf yang telah diproses terbahagi kepada 6 jenis iaitu:

i. Gumpalan serat(fiber retting)

ii. keratan fiber(Fiber cutting)

iii. gumpalan fiber secara mekanikal(Fiber mechanical retting)

iv. empulur didalam bentuk serbuk@debu [Core(mesh)]

v. empulur didalam bentuk kepingan kecil [Core(chip)]

vi. empulur didalam bentuk kepingan besar [Core(stalk)]

Untuk ujikaji ini, kenaf yang akan digunakan ialah didalam bentuk serbuk iaitu mesh.

Page 11: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

2.2.2 JENIS-JENIS SERBUK KENAF DAN GREDNYA

Antara saiz empulur yang dikeluarkan adalah PC 80 Mesh, PC 60 Mesh, PC 40

Mesh dan PC 15- 20 Mesh.

Rajah 2.2.2.1 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC

80 Mesh

Saiznya adalah 80 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat.Mempunyai kadar

kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%.

Page 12: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Rajah 2.2.2.2 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC

60 Mesh

Saiznya adalah 60 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat cerah.Mempunyai

kadar kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%.

Rajah 2.2.2.3 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC

40 Mesh

Saiznya adalah 40 mesh dan berwarna putih,krim dan coklat cerah.Mempunyai

kadar kelembapan kurang daripada 12% dan keseragaman saiz melebihi 98%.

Page 13: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Rajah 2.2.2.4 menunjukkan kenaf dalam bentuk serbuk(Core) dan grednya PC

15-20 Mesh(3-6mm)

Saiznya adalah diantara 15-20 mesh(3-6mm) dan berwarna krim dan coklat

cerah.Mempunyai kadar kelembapan kurang daripada 18% dan keseragaman

saiz melebihi 98%.Ianya turut bercampur 10% fiber pendek menjadikan tahap

ketulenan tidak mencapai 100%.

Produk kenaf yang akan digunapakai adalah Core PC 80 Mesh.Ini kerana

tajuk projek ialah campuran serbuk kenaf dalam bitumen dan produk yang

dimaksudkan itu ialah kenaf yang sudah diproses kedalam bentuk serbuk dan

ianya adalah gred yang terbaik bagi kelas empulur(core-mesh).

Page 14: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

2.3 JENIS-JENIS UJIKAJI BITUMEN

Antara ujikaji yang akan dijalankan bagi campuran serbuk kenaf kedalam

bitumen ini adalah:

1. Ujian Takat Melembut

2. Ujian Penusukan Piawai

3. Ujian Rekabentuk Campuran Marshall

2.3.1 UJIAN REKABENTUK CAMPURAN MARSHALL

PENGENALAN

Rekabentuk turapan lentur mengandungi dua unsur yang utama iaitu rekabentuk

ketebalan dan rekabentuk campuran . rekabentuk ketebalan adalah berkaitan dengan

silibus semester 6, iaitu direkabentuk road note 29. Rekabentuk campuran pula

menumpukan perhatian kepada campuran bahan yang digunakan sebagai lapisan

pengikat dan lapisan haus. Bahan-bahan ini hendaklah melalui satu rekabentuk

campuran yang betul. Terdapat pelbagai kaedah rekabentuk campuran, tetapi

rekabentuk campuran kaedah Marshall merupakan kaedah yang paling popular.

Selain daripada menentukan kandungan bitumen optima,kaedah ini juga boleh

menentukan penggredan agregat yang paling sesuai untuk rekabentuk campuran.

Kaedah Marshall menggariskan tatacara bermula daripada penyediaan spesimen

sehinggalah penentuan kandungan bitumen optima.

Page 15: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Tatacara kaedah Marshall adalah seperti berikut :-

a) Penggredan agregat

b) Pencampuran agregat

c) Penyediaan campuran kelompok

d) Pemadatan

e) Penentuan berat unit

f) Ujian kestabilan Marshall

g) Pengiraan lompang

h) Penentuan kandungan bitumen optima

Ujian yang dinyatakan di atas akan dijalankan mengikut tatacara yang

digariskan oleh JKR Standard.

Objektif ujikaji ini ialah untuk menentukan kandungan bitumen optima didalam

bancuhan lapisan haus dan lapisan pengikat dalam merekabentuk struktur

turapan lentur jalanraya. Mengikut teori, ujian kestabilan Marshall ini perlu

dilakukan untuk menentukan campuran yang diperoleh adalah campuran yang

terbaik dari segi tahap kebelohkerjaannya dan juga dari segi strukturnya.

Dalam ujian ini beberapa sampel ‘premix’ yang mengandung campuran

bitumen yang berbeza akan dibuat iaitu tiga sampel tanpa menggunakan

serbuk kenaf dan tiga lagi dengan mencampurkan serbuk kenaf.Semua sampel

tersebut akan diuji kestabilan dan nilai alirannya dan dibuat

perbandingan.Perbandingan dibuat berdasarkan lakaran graf yang akan dibuat

untuk memilih nilai bitumen yang paling optima dan mempunyai nilai

kestabilan yang paling baik

Page 16: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Peralatan yang akan digunapakai ialah mesin penguji Marshall, kepala penguji

keluli, air, mesin pemadat Marshall, pencampur asfalt, oven dan alat penimbang.

2.3.2 ATURCARA KERJA

2.3.2.1 PENYEDIAAN SPESIMEN (PREMIX)

Kandungan aggregat dan bahan pengisi perlu ditentukan supaya aggregat dan

bahan pengisi tidak terkeluar daripada had yang ditetapkan. Semua campuran

aggregat iaitu aggregat, pasir, dan pengisi perlu cukup untuk menghasilkan satu

spesimen Marshall yang kurang 1200 gram. Aggregat perlu dipanaskan dalam

ketuhar pada suhu 150o C sekurang-kurangnya selama 4 jam.Bitumen perlu

dipanaskan pada suhu yang sama ketika bancuhan.

Aggregat yang telah panas itu perlu dipanaskan semula kedalam mangkuk

penggaul ( kuali ) tanpa mencampurkan selama 1-2 minit. Kemudian bitumen

perlu dicampur mengikut kadar yang ditentukan iaitu mengikut peratusan berat

keseluruhan campuran ( guna % kandungan ). Pastikan suhu semasa penggaulan

campuran aggregat dan bitumen tidak boleh kurang daripada 137o C. Pelantak

dan acuan pemadatan hendaklah dibersihkan dan dipanaskan ke suhu 137o C

semasa campuran kelompok disediakan.

Masukkan sehelai kertas turas didasar acuan sebelum memasukkan kesemua

campuran kelompok yang panas kedalam acuan dan licinkan permukaan

atasnya. Kemudian letakkan sekeping kertas turas lagi. Acuan kemudian

diletakkan keatas pedestal pemadat dan kenakan hentakkan pada kedua-dua

Page 17: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

muka atas dan bawah spesimen sebanyak 55 hentakkan yang direkabentuk

untuk tekanan tayar setinggi 0.75 kN/m2.

Tanggalkan relang kemudian biarkan spesimen sementara campuran kedua

sedang digaul dan dikeluarkan dengan bicu penyemperit. Biarkan spesimen

sejuk sebelum diuji.

2.3.2.2 UJIAN KEATAS SPESIMEN

Spesimen ditimbang diudara dan catatkan beratnya.Kemudia ditimbang semula

spesimen dengan membiarkan spesimen berada didalam air dan catatkan

beratnya. Berat unit spesimen tersebut perlu dikira sebelum ianya dipanaskan

kedalam air sesuhu ( waterbath ) pada suhu 60o ± 1o C selama 30-40 minit.

Permukaan kepala penguji perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum spesimen

diletakkan ditengah-tengah kepala bawah penguji.Kemudian kepala atas penguji

dipasang pada kedudukannya. Letakkan kepala penguji lengkap dengan

spesimen diatas pedestal mesin penguji Marshall. Hidupkan suis dan catatkan

nilai daya maksimum dan aliran pada daya maksima tersebut.

Page 18: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Berikut ialah peratus bagi pencampuran aggregat untuk ujikaji ini.

PENCAMPURAN AGGREGAT UNTUK SPESIMEN

Bahan Peratus (%)

Aggregat 20 mm 8

Aggregat 14 mm 14

Aggregat 10 mm 20

Debu kuari/pasir 55

Simen 3

Kandungan bitumen yang digunakan:-4.0%,4.5%,5.0%,5.5%,6.0%, dan

6.5%

(Tiap-tiap peratus bitumen,spesimen yang disediakan adalah sebanyak 2

biji.

Page 19: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

2.4 UJIAN PENUSUKAN PIAWAI( STANDARD

PENETRATION TEST )

Ujian ini bertujuan untuk menentukan nilai tusukan bahan berbitumen pejal

atau separa pepejal.Nilai penusukan yang diperolehi boleh digunakan untuk

menentukan nilai kekonsistenan bitumen yang diterima.

Antara peralatan yang digunakan ialah radas penusukan, jarum penusukan,

pemberat, bekas sampel, pengukus air, dan jam randik.

2.4.1 ATURCARA KERJA

Bitumen dipanaskan sambil dikacau rata sehingga ianya cukup lembut dan

mudah dituang. Bekas sampel dipanaskan ke suhu tuangan. Kemudian bitumen

dituang kedalam bekas sampel dengan ketebalan minimanya 15mm. Kemudian

bahan disejuk pada suhu bilik selama 60 hingga 90 minit. Masukkan bekas

sampel kedalam pengukus air dan biarkan selama 1 jam pada suhu ujian 25 o

C. Kemudian periksa pemegang jarum dan bersihkan bahagian hujung jarum

dengan menggunakan toulene atau bahan pelarut yang dibenarkan kemudian

araskan tapak radas penusukan. Pasangkan pemberat 50gm diatas pemegang

jarum menjadikan beban bergerak 100gm.

Bekas sampel kemudian dimasukkan kedalam bekas yang lebih besar dengan

paras atau bekas dilitupi sepenuhnya dengan air pada suhu ujikaji 25 o C.

Gerakkan jarum sehingga hujungnya menyentuh permukaan bitumen. Catatkan

bacaan pada dial penusukan sebagai bacaan awal atau pusing dial ke bacaan

sifar.

Lepaskan jarum penusukan untuk jangkamasa 5 saat dan catat bacaan

kedalaman penusukan dalam persepuluh milimeter. Ulang sehingga sekurang-

kurangnya tiga penusukan diatas permukaan contoh bahan pada jarak tidak

kurang 10mm dari tepi bekas dan jarak antara tiap-tiap penusukan. Gunakan

jarum yang bersih setiap kali penusukan.

Page 20: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Jika nilai penusukan melebihi 100 pen, gunakan jarum yang berbeza dengan

membiarkan jarum yang terdahulu sehingga ketiga-tiga penusukan selesai.

Laporkan purata penusukan hampir ke unit genap dimana nilai-nilai tersebut

tidak boleh melebihi perbezaan dirajah sebelah.

Penusukan 0-49 50-149 150-249 250 keatas

Perbezaan maksimum

antara nilai tertinggi

dengan terendah2 4 6 8

Page 21: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

2.5 UJIAN TAKAT MELEMBUT

Tujuan ujikaji ini ialah untuk menentukan suhu kelembutan(takat melembut)

bagi bitumen.Bitumen yang bergred keras mempunyai takat suhu kelembutan

yang tinggi berbanding dengan bitumen bergred lembut.Apabila suhu

meningkat,bitumen akan bertukar sifat dari keadaan pepejal kepada cecair iaitu

kekerasan bitumen akan berkurangan.

Antara peralatan yang digunakan ialah bola ( Gp. 9.53mm berjisim 350 +/-

0.05gm ), cincin loyang, pemegang cincin, alat pemusat bola, jangka suhu,

pemanas, pengaduk elektrik, dan jam randik

2.5.1 ATURCARA:

Bahan bitumen dipanaskan sambil dikacau rata sehingga ianya cukup lembut

serta mudah dituang. Pastikan tiada gelembing udara terbentuk kedalam contoh

dan jangan dipanaskan melebihi 30 minit. Kedua-dua cincin loyang yang akan

digunakan dipanaskan ke suhu tuangan dan diletakkan keatas plat rata yang

telah ditaburkan dengan bedak.

Contoh bahan kemudian dituangkan kedalam cincin sehingga melepasi paras

atasnya dan biarkannya sejuk pada suhu bilik dalam tempoh 30 minit dan

ujikaji hendaklah dijalankan dalam tempoh 420 minit

Ratakan bahagian atas cincin menggunakan spatula atau pisau yang telah

dipanaskan. Pasang cincin, alat pemusat bola, pemegang cincin dan jangkasuhu

didalam bikar berisi air suling sehingga kedalaman antara 102 mm hingga 108

mm atau paras air berada 50 mm diatas permukaan cincin.

Page 22: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

Kekalkan suhu air dalam bikar pada suhu 5o C selama 15 minit(gunakan ais

jika perlu).Dengan menggunakan penyepit,letakkan bola keluli pada bahagian

tengah cincin tersebut. Panaskan air dan hidupkan pengacau/pengaduk supaya

suhu air meningkat pada kadar 5+/-0.05o C per minitAir dipanaskan terus

sehingga bitumen melembut dan membenarkan bola keluli jatuh mencecah plat

bawah pada pemegang cincin.

Catatkan suhu ketika bitumen mula melendut sebagai takat melendut dan suhu

ketika bola keluli mencecah plat bwaha sebagai takat melembut bitumen.

Jika perbezaan suhu antara kedua-dua boleh melebihi 1o C,ketepikan keputusan

dan ulang kembali ujikaji.

Laporkan purata suhu untuk kedua-dua takat kepada 0.5o C yang terdekat.

Page 23: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

BAB 3 :

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan satu perancangan rapi dari segi

perjalanan projek semester akhir ini. Bagi melicinkan perjalanan projek

akhir, metodologi hendaklah disusun dengan teratur agar segala

perjalanan projek berjalan dengan rapi dan tiada langkah yang tercicir

atau terkeluar dari landasan sebenar atau dengan lebih tepat, hasil

kajian akan menepati kehendak permasalahan yang hendak

diselesaikan.

Antara yang perlu dilakukan adalah mendapatkan segala maklumat

tentang kenaf serta bitumen. Kemudian langkah seterusnya mencari

maklumat tentang ujikaji yang akan dijalankan dan menjalankan

ujikaji tersebut bagi mendapatkan data untuk dianalisa. Selepas data

siap dianalisa, kesimpulan dan cadangan bolehlah dibuat.

Page 24: laporan projek akhir diploma politeknik kota bharu (unfinished)

3.2 CARTA ALIR PERLAKSANAAN KERJA

MENGENAL PASTI MASALAH, MENENTUKAN TAJUK, OBJEKTIF, SKOP

DAN KAJIAN

MENGENAL PASTI MASALAH, MENENTUKAN TAJUK, OBJEKTIF, SKOP

DAN KAJIAN

SOROTAN KAJIAN / KAJIAN LITERATUR

SOROTAN KAJIAN / KAJIAN LITERATUR

FASA 1

PERLAKSANAAN KAJIAN

KERJA PEMANTAUAN MENGAMBIL BACAAN BAGI ANALISA DATA

FASA 2

ANALISA DATA FASA 3

KESIMPULAN DAN CADANGANFASA 4