LAPORAN PROJEK PITO 2011

download LAPORAN PROJEK PITO 2011

of 13

Transcript of LAPORAN PROJEK PITO 2011

Pengarah Program : Nor Huda Binti Mohamad Ali No. Tel : 0197343818

SMK BANANG JAYA, KM 8, JALAN TANJUNG LABOH, BATU PAHAT, JOHOR

PROJEK PITO PJK 2011

LAPORAN KURSUS PENGENALAN SUKAN JAVELIN

TARIKH : 13 DISEMBER 2011

TEMPAT : PADANG SMK BANANG JAYA ANJURAN : PESERTA PITO-PJK(UTM)

DENGAN KERJASAMA: SMK BANANG JAYA

LAPORAN KURSUS PENGENALAN SUKAN JAVELIN

1.0

PENGENALAN

Kursus Pengenalan Sukan Javelin anjuran peserta PITO-PJK UTM 2011 adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan kemahiran latihan dan

pengorganisasian pemain sukan javelin. Kursus ini dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang dipilih dalam kalangan peserta PITO-PJK UTM 2011 sendiri dan

diketuai oleh salah seorang peserta iaitu Nor Huda Binti Mohamad Ali. Kursus ini diadakan pada 13 Disember 2011 bertempat di Padang SMK Banang Jaya. Para peserta iaitu 15 orang dan para Ahli Jawatankuasa Pelaksana juga terlibat secara langsung sebagai peserta dan jurulatih kursus.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Nor Huda Binti Mohamad Ali. Kursus ini juga dibantu oleh peserta PITO-PJK UTM 2011. Kursus ini memberikan pengenalan kepada sejarah javelin, undang-undang atau peraturan, teknik dan kemahiran bermain, dan latihan kecergasan berkaitan javelin. Kursus ini juga dianjurkan bagi menambahkan lagi pengetahuan yang telah diperolehi daripada kelas jasmani yang diberikan oleh guru pendidikan jasmani dan pendidikan di SMK Banang Jaya. Bukan itu sahaja, melalui kursus ini bukan sahaja teori semata-mata, tetapi lebih kepada latihan praktikal dan ujian kecerdasan yang seharusnya dipelajari sebagai jurulatih. Kursus ini keseluruhannya berjaya dilaksanakan dengan berkesan tanpa sebarang masalah.

2.0

OBJEKTIF

Objektif utama program ini adalah untuk memenuhi permintaan Pengarah Projek PITO-PJK UTM 2011 yang mewajibkan setiap peserta PITO-PJK UTM 2011 untuk mengadakan program masingmasing. Oleh itu, pertandingan ini merupakan satu pengisian yang saya jalankan sepanjang mengikuti Kursus PITO-PJK UTM 2011. Kursus ini adalah untuk memberi peserta-peserta kursus pengenalan kepada sukan javelin secara lebih mendalam.

Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta kursus mempelajari teknikteknik bermain javelin dengan kemahiran dan cara yang betul dan memastikan peserta memperolehi ilmu mengenai peraturan-peraturan tentang sukan javelin. Selain itu, objektif pertandingan ini juga adalah untuk memberi pengalaman, pengetahuan dan pendedahan kepada bakal pendidik sebagai persediaan diri untuk menjadi seorang pendidik dengan memupuk nilainilai murni seperti kepimpinan, kerjasama, keupayaan berkomunikasi dan berkemahiran insaniah dalam diri terutamanya dalam mengurus ko-kurikulum.

3.0

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KURSUS PENGENALAN SUKAN JAVELIN

3.1

Sejarah Penubuhan

Penubuhan Kursus Pengenalan Sukan Javelin adalah kursus yang pertama dianjurkan oleh SMK Banang Jaya dan dikendalikan oleh 5 orang termasuk guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Banang Jaya. Idea mengenai kursus ini datangnya daripada peserta PITO-PJK UTM 2011 yang merupakan guru di sekolah tersebut dan tercatat sebagai pembelajaran dalam Projek PITO-PJK.

3.2

Pentadbiran Kursus

Pentadbiran

pertandingan

adalah

ditadbir

urus

terutamanya

oleh

Ahli

Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada peserta PITO dan guru pendidikan Jasmani dan Kesihatan SMK Banang Jaya. Sepanjang mengendalikan kursus ini, Ahli Jawatankuasa Pelaksana tidak mengalami masalah yang serius dalam mengendalikan kursus ini. Hal ini berikutan anggota ahli jawatankuasa memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Selain itu bantuan yang dihulurkan oleh pengetua kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana membantu kelancaran pengurusan kursus ini.

Selain itu juga, kelulusan awal kertas kerja daripada pihak berwajib memberikan satu kelebihan kepada jawatankuasa pelaksana bergerak dan menjalankan tugas dengan lebih cepat dan berkesan. Namun begitu terdapat sedikit masalah yang timbul iaitu keadaan padang yang lecak dan basah. Namun begitu, masalah tersebut akhirnya dapat diselesaikan dengan menggunakan kawasan padang pentaque.

3.3

Kejayaan Dan Pencapaian

Dengan pengumuman kelulusan kertas kerja, perbincangan mengenai pelaksanaan bidang tugas masingmasing akhirnya berjalan dengan lancar. Pihak Ahli Majlis Tertinggi juga telah berusaha menyelesaikan masalah yang timbul dan setiap ahli telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan tugas masingmasing. Pentadbiran berjalan dengan lancar dan mantap.

Hasil pembelajaraan kursus yang diadakan ini juga berjaya mencapai matlamat yang diinginkan. Peserta dapat menjelaskan undang-undang dan etika dalam permainan javelin disamping dapat melakukan kemahiran merejam lembing dengan teknik yang betul. Peserta juga dapat mengaplikasikan taktik dan strategi dalam permainan.

4.0

KEBAIKAN KURSUS Melalui kursus yang dianjurkan ini, peserta PITO-PJK UTM 2011 yang juga

terlibat sebagai tenaga pengjar telah berjaya merasai sendiri pengalaman pahit manis dalam merealisasikan sesuatu program di SMK Banang Jaya. Kursus ini juga merupakan program perintis yang pertama kali diadakan sedemikian rupa oleh SMK Banang Jaya. Setiap ahli juga belajar tentang komitmen terhadap jawatan yang disandang dan kepentingan pemberian kerjasama yang utuh daripada semua pihak dalam menuju satu matlamat sama yang secara tersiratnya mengandungi kepentingan terhadap diri masing masing dalam menjayakan sesebuah program. Selain daripada itu, kursus ini telah berjaya mencungkil bakat bakat pemain yang kemungkinan tidak dapat dikesan sebelum wujudnya kursus ini. Melalui kursus ini juga, pengetahuan mengenai sukan javelin secara keseluruhannya berjaya menarik minat ahli berdasarkan komen atau maklum balas yang diterima daripada peserta terhadap kursus ini. Pengisisan aktiviti pengajaran teori dan praktikal yang afektif mampu memberikan kepuasan kepada ahli atau para peserta dalam memperolehi input yang berguna. Kursus ini juga berjaya memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna kepada peserta menilai potensi dan kemampuan diri untuk menjadi jurulatih javelin. Di samping itu juga, banyak maklumat, nasihat dan cara cara pengendalian berguna serta berkesan yang disampaikan oleh tenaga pengajar dan instruktor

instruktor boleh dijadikan dasar dan contoh dalam menambahkan pengetahuan dan seterusnya diaplikasikan dalam menguruskan program program lain yang hendak dikendalikan di masa hadapan. Hasil pembelajaran juga dapat mempertingkatkan pengetahuan ahli mengenai teknik dan kemahiran dalam sukan javelin serta pengurusan yang betul dalam mengendalikan pelatih atau atlit javelin dalam arena sukan javelin.

5.0

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS ASAS KEJURULATIHAN BADMINTON. LAPORAN KEWANGAN Tarikh Tempat : 13 Disember 2011 : Padang SMK Banang Jaya

(A) Pendapatan 1. Yuran peserta (15 orang X RM5.00)

RM 75 .00 RM 55.00

2. Sumbangan daripada pihak penganjurJUMLAH PENDAPATAN (B) Perbelanjaan1. MAKANAN i. Makanan VVIP RM7.00 X 5 orang ii. Peserta RM 4.00 X 15 orang iii. Air mineral RM6.00 X 2 kotak JUMLAH

____________________________________________RM 130.00

=RM 35.00

=RM 60.00

=RM 12.00 =RM 107.00

BAKI PERBELANJAAN (A) (B) Disediakan oleh, ................................................ (NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNI) Bendahari Kursus Pengenalan Sukan Javelin

=RM23

Disahkan Oleh , .......................................................... (NOR HUDA BINTI MOHAMAD ALI) Pengarah Program, Kursus Pengenalan Sukan Javelin

Ahli Jawatankuasa Makanan dan Jamuan

Sebelum menempah makanan AJK Makanan dan Minuman telah berbincang bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi mendapatkan perbelanjaan yang

diperuntukkan bagi tempahan makanan dan mendapatkan jumlah peserta yang akan hadir pada hari kursus tersebut. Setelah mengadakan perbincangan, kami telah memutuskan untuk menempah makanan daripada Pn. Saibah Binti Saniman. Semasa membuat tempahan makanan, pihak AJK Makanan dan Minuman berjaya berunding dengan beliau bagi mendapatkan harga makanan yang berpatutan. Semasa kursus berlangsung, AJK Makanan dan Minuman tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan penyediaan makanan. Makanan yang dibekalkan adalah mencukupi dan semua peserta mendapat makanan yang dibekalkan. Selepas kursus, AJK Makanan dan Minuman ditugaskan untuk menyediakan laporan mengenai tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang berlansungnya Kursus Kursus Pengenalan Sukan Javelin

Biro Peralatan dan Teknikal

Sebelum kursus berlangsung, AJK Peralatan telah berbincang dengan pengarah projek iaitu, Nor Huda Binti Mohamad Ali mengenai peralatan yang akan digunakan semasa kursus berlangsung. Seminggu sebelum kursus berlangsung, AJK Peralatan telah membuat tempahan seperti video kamera dan kamera digital di Pusat Media SMK Banang Jaya. Kami menghadapi masalah apabila pada masa yang sama ada pihak lain yang menggunakan kamera tersebut. Namun kami berjaya membuat pinjaman daripada orang lain. Semasa kursus berlangsung, AJK Peralatan telah ditugaskan supaya memastikan lembing mencukupi. Diakhir kursus juga AJK Peralatan bertangungjawab memastikan kesemua peralatan disimpan. Secara keseluruhannya, AJK Peralatan telah menjalankan tugas dengan baik dan diharapkan pada masa akan datang ajk yang terlibat akan terus berhati-hati dalam menjaga peralatan yang telah dipinjam selain meningkatkan lagi mutu kerja sebelum, semasa dan selepas program berlangsung.

Ahli Jawatankuasa Tempat dan Logistik.

Sebelum penempahan dibuat, semua AJK pelaksana yang terlibat mengadakan perbincangan mengenai tempat yang akan dipilih bagi menjalankan kursus. Tempat yamg dipilih adalah di Padang SMK Banang Jaya. Tempahan telah dibuat dua minggu sebelum berlangsungnya kursus kejurulatihan ini. Namun begitu tenaga pengajar memutuskan supaya tempat ditukar ke padang pentaque dibatalkan kerana kawasan padang yang basah dan becak. Akhirnya AJK Tempat dan Logistik memutuskan padang pentaque hanya digunakan sekiranya padang sekolah tidak dapat digunakan. Penempahan kami akhirnya diluluskan oleh pengetua sekolah.

Semasa kursus berlangsung, AJK Tempat dan logistik bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan padang dan selepas aktiviti. Segala botol minuman dan plastik makanan di bersihkan. Kursus dijalakan sepenuhnya di padang dan padang pentaque tidak digunakan sama sekali kerana kami mungkin akan mangalami kekangan masa untuk bergerak kesana dan kerana keaadaan padang yang boleh digunakan.

Secara keseluruhannya, AJK persiapan tempat telah menjalankan tugas dengan baik dan ditugaskan menyediakan laporan.

Ahli Jawatankuasa Cenderahati dan Pendaftaran.

Bagi AJK Cenderahati dan pendaftaran, pihak kursus tidak menyediakan sebarang cenderahati mahupun hadiah. Tenaga pengajar telah memaklumkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana supaya tidak menyediakan hadiah. Namun AJK Cenderahati dan pendaftaran ditugaskan membantu AJK Makanan dan Jamuan bagi penyediaan makanan untuk peserta dan VIP. Manakala pendaftaran pelajar dilakukan untuk penyediaan sijil penyertaan dan penghargaan kepada para peserta.

6.0

KESIMPULAN

Kursus Pengenalan Sukan Javelin yang pertama di SMK Banang Jaya telah berjaya dilaksanakan. Banyak informasi berguna dapat diperoleh daripada kursus ini. Dengan kerjasama daripada semua pihak, pengarah projek dapat melihat sendiri cara cara melancarkan pengurusan kursus seumpamanya. Setelah didedahkan dengan suasana kuliah secara praktikal selama beberapa minggu, akhirnya dengan pelaksanaan kursus ini, ahli ahli dapat menzahirkan pengetahuan praktikal yang ditelah dan difahami secara praktikal serta menambahkan pengetahuan daripada pengalaman tenaga pengajar dan instruktor-instruktor yang di sampaikan.

Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program Kursus Pengenalan Sukan Javelin di dahului dengan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada pengetua SMKBanang Jaya, En. Abd. Rashid Bin Sulaiman dan instruktor instruktor, dan juga guru-guru PJK SMK Banang Jaya dan peserta PITO-PJK UTM 2011 terutamanya. Manfaat dan segala ilmu yang kami perolehi daripada kursus ini sesungguhnya amat berguna kepada kami sebagai bakal pendidik PJK untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk kepentingan diri, universiti, masyarakat dan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

7.0

LAMPIRAN

Maklumat Asas Kursus

7.2

Tarikh, Tempat Program dan Masa.

Kursus ini dijalankan selama satu hari iaitu : Tarikh Tempat Program Masa : 13 Disember 2011 : Padang SMK Banang Jaya : 8.00 pagi 3.00 petang.

7.3

Senarai Tetamu/ Tenaga Pengajar

Tetamu yang dijemput hadir terdiri daripada : i. ii. Peserta PITO PJK-UTM 2011 Guru PJK SMK Banang Jaya

7.4

Kumpulan Sasaran/Peserta

Kumpulan sasaran program ini adalah 15 orang pelajar SMK Banang Jaya.

7.5

Tentatif Program : 13 Disember 2011 : Padang SMK Banang JayaAktiviti Pendaftaran Ketibaan jurulatih Ucapan Pengarah Program Ucapan Penasihat Program Praktikal 1 Rehat Praktikal 2 Praktikal 3 Rehat Praktikal 4

Tarikh TempatMasa 7.30 8.00 8.00 8.30 9.00 9.05 9.00 9.10 9.10 10.10 10.10 10.30 10.30 11.30 11.30 12.30 12.30 2.00 2.00 3.00

7.6

Senarai Ahli Jawatankuasa Perlaksana Dan Senarai TugasSenarai Ahli Jawatankuasa Perlaksana Dan Senarai Tugas

Penasihat EN. ABD RASHID BIN SULAIMAN

Pengarah Program NOR HUDA BINTI MOHAMAD ALI

Timbalan Pengarah

EN. SAIHUDDIN BIN SALMANSetiausaha

AZLINA BINTI MOHD FADZILBendahari

NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNIAHLI JAWATAN KUASA

Biro Makanan & keselamatan

PN. SAIBAH BINTI SANIMANBiro Pendaftaran dan Cenderahati

PN. SITI NAZIRAH BINTI MAT DAN

Biro peralatan, dan persiapan tempat

EN. MOHD HISYAM BIN JEMAIN

7.7

Gambar Sepanjang Kursus

Di sediakan oleh : ............................ (AZLINA BINTI MOHD FADZIL) Setiausaha, Kursus Pengenalan Sukan Javelin

Di semak oleh : ......................... (NOR HUDA BINTI MOHAMAD ALI) Pengarah Program, Kursus Pengenalan Sukan Javelin