Laporan projek(mimi)

10
HHHC9801 KEMAHIRAN KRETIVITI DAN INOVASI (SET 16) LAPORAN PROJEK (MALAM RESEPSI GEMILANG ZABA 2014 ) PENSYARAH DR. SYAIMAK BINTI ABDUL SHUKOR NAMA SITI NUR SYAMIMI BINTI MOHAMMAD (A143297) Nama projek : Malam Resepsi Gemilang Zaba 2014 (MAGIZ ‘14) Kod Projek :DN00871/2013 Jawatan : Ahli Jawatan Kuasa Dekorasi Tarikh mula merancang hingga tarikh tamat projek: 15 November 2013 – 21 Mei 2014

description

refleksi dari program

Transcript of Laporan projek(mimi)

Page 1: Laporan projek(mimi)

HHHC9801 KEMAHIRAN KRETIVITI DAN INOVASI

(SET 16)

LAPORAN PROJEK (MALAM RESEPSI GEMILANG ZABA 2014 )

PENSYARAH

DR. SYAIMAK BINTI ABDUL SHUKOR

NAMA

SITI NUR SYAMIMI BINTI MOHAMMAD

(A143297)

Nama projek : Malam Resepsi Gemilang Zaba 2014 (MAGIZ ‘14)

Kod Projek :DN00871/2013

Jawatan : Ahli Jawatan Kuasa Dekorasi

Tarikh mula merancang hingga tarikh tamat projek: 15 November 2013 – 21 Mei 2014

Page 2: Laporan projek(mimi)

PENDAHULUAN_________________________________________________________________________

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za'ba adalah sebuah jawatankuasa kolej yang terkenal

dengan kemantapannya melaksanakan program yang bermanfaat untuk membina modal insan

kelas pertama.

Majlis makan malam merupakan satu program yang akan dianjurkan oleh Biro Eksekutif

Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za'ba. Program ini merupakan acara

tahunan yang akan dianjurkan setiap tahun bagi meraikan semua warga kolej. Melalui program

ini, hubungan antara warga Kolej Pendeta Za'ba yang berbilang kaum dapat dieratkan selaras

dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri

Mohd Najib Tun AbdulRazak.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za'ba

khususnya untuk merasai satu pengalaman menikmati pertembungan kebudayaan di samping

membentuk kernahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan. Diharapkan,

dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam p.ogrurn ini dapat

memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum dan agama yang

berbeza.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan

penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri

dengan pelbagai cabaran di peringkat tempatan mahupun global.

MISI

Menjadikan program ini sebagai platform menghargai wargaZa'ba yang cemerlang dari segi

akademik dan kokurikulum.

Page 3: Laporan projek(mimi)

MATLAMAT

Tujuan program ini adalah untuk menjadi platform bagi pelajar mengaplikasikan segala struktur

pengorganisasian serta pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan selain memberi

penghargaan terhadap pelajar yang telah menaikkan nama kolej sama ada dalam bidang

akademik mahupun kokurikulum.

OBJEKTIF

_____________________________________________________________________________

_

Meningkatkan kesedaran dan persefahaman mahasiswa/i dalam aspek kecemerlangan dari

segi akademik mahupun penyertaan dalam aktiviti pelajar agar dapat melahirkan bakal

pemimpin yang berkebolehan dari pelbagai aspek.

Melatih mahasiswa/i berorganisasi melalui proses perancangan, pentadbiran, pengurusan,

penyelarasan dan kepimpinan bagi sesuatu program berprotokol.

Memberi penghargaan dan insentif kepada pelajar cemerlang yang telah mengharumkan

nama kolej serta penglibatan mereka dalam program anjuran pihak kolej sepanjang sesi

2013/2014.

TARIKH DAN MASA

Tarikh : 21 Mei 2014

Masa : 8.00 malam – 11.30 malam

TEMPAT

Tempat program yang dicadangkan : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 4: Laporan projek(mimi)

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

• Pelajar Y.PZ : 1700 Orang

• Kakitangan KPZ : 30 Orang

• Tetamu Jemputan/Penaja : 30 Orang

• Kakitangan UKM JUMLAH : 20 Orang

RINGKASAN TUGASAN

Dalam Malam Resepsi Gemilang Za’ba 2014 ( MAGIZ 14 ) saya terlibat dalam Unit Dekorasi untuk majlis ini. Tugasan yang diberikan kepada kami ialah mendekorasi Dektar yang bertemakan “ The Magical of Pureness”.

Bagi memeriahkan dekorasi yang berunsurkan tema yang diberi kami telah memberi pendapat hiasan untuk pentas kami membuat berunsurkan ala- ala pelamin yang berwarna putih dan biru. Selain itu, kami juga telah membuat empat photobooth diluar dektar bagi menampakkan majlis lebih meriah.

Untuk photobooth terdapat empat tema iaitu “candy booth”, “pure booth”, “garden booth” dan “abstrak booth”. Selain itu, kami telah membuat beberapa props untuk setiap booth dan gambar- gambar akan kami lampirkan di bawah.

Sepanjang perjalanan program berjalan dengan lancar tetapi masih terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan disebabkan keadaan tidak terkawal semasa pelajar berpusu- pusu untuk menangkap gambar sebagai kenangan di photobooth yang kami siapkan hingga ada beberapa props rosak.

Akhir sekali, apa yang dapat saya simpulkan program ini dapat mengasah kreativiti dan inovasi dalam diri saya kerana untuk menghias satu tempat yang besar memerlukan idea yang kreatif untuk membuat kelainan dari tahun sebelumnya. Dekorasi yang cantik juga memberi kesan yang besar untuk memeriahkan sesuatu program.

Page 5: Laporan projek(mimi)

PENUTUP

Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi pihak

Tuan untuk memberikan sumbangan dalam menjayakan program Malam Resepsi Gemilang

Za'ba 2014, Kolej Pendeta Za'ba

Page 6: Laporan projek(mimi)

LAMPIRAN

Penyediaan ‘Props’

Page 7: Laporan projek(mimi)
Page 8: Laporan projek(mimi)
Page 9: Laporan projek(mimi)
Page 10: Laporan projek(mimi)