Laporan Red Alert

14

Transcript of Laporan Red Alert

Page 1: Laporan Red Alert
Page 2: Laporan Red Alert

1

PENGENALAN

Latihan ‘’Obstetric Red Alert‘’ diadakan setahun sekali. Kes ECLAMPSIA telah dipilih kali ini adalah untuk memahirkan anggota di wad satu khasnya dalam mengendalikan kes-kes kecemasan di unit O&G demi menyelamatkan dua nyawa ibu dan anak. Jika tindakan lambat diambil, ianya akan mengakibatkan mortality dan morbidity ke atas ibu dan anak.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan dalam mock drill obstetric red alert kepada anggota yang bertugas di Wad 1, operator serta pegawai perubatan yang bertugas.

2. Melihat keberkesanan dalam pengaktifan sistem obstetric red alert.

3. Mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan membuat tindakan penambahbaikan.

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN

a) 17/05/12 Perbincangan diantara Pakar O&G HTJS, Dr Jamali bin Wagiman , Dr Leow Ann How dan KJ Laili untuk mengadakan mock drill obstetric red alert di wad satu.

b) 12/09/12 Mesyuarat dan taklimat untuk pelakon-pelakon yang akan mengambil bahagian dalam latihan red alert.

c) 19/09/12 Mengadakan rehersal mock drill

d) 20/09/12 Mock drill red alert dilangsungkan

e) 20/09/12 Post mortem bersama Pakar O&G , doctor, unit kejururawatan dan operator.

Page 3: Laporan Red Alert

2

PEMERHATI :

Labour Room : 1. Dr Jamali bin Wagiman( Pakar O&G) ` 2. Dr Leow Ann How ( Pegawai Perubatan UD44) 3. KJ Badariah

Bilik Operator : 1. KJ Sri selva Letchumy

SENARIO PADA HARI KEJADIAN

Pada 20/09/12 jam 11.05 pagi, seorang ibu mengandung bersama kakak datang ke wad satu. Kes tersebut, ibu melayu berumur 38 tahun mengandung Gravida 8 Para 7 @ 35 minggu dengan headache , epigastric pain and vomiting x 3 selama 2 hari. Jururawat yang bertugas , JT Hamisah bertanya soalan kepada pesakit diketahui pesakit menghadapi masalah kesihatan tekanan darah tinggi dan tidak mengambil ubat selama satu hari. Pesakit tersebut terus dibawa ke labour room dengan kerusi roda.

Di labour room, jururawat memeriksa vital sign pesakit dan didapati tekanan darah tinggi ,BP : 160/100 x2, HR : 95/min , spo2: 100%, t: 37 , daptone FHR : 148/min . JT Hamisah memanggil Dr Norresah yang berada di wad satu untuk memeriksa pesakit tersebut . Dr Norresah meminta JT Hamisah memberi ubat T.Nifedipine 10mg stat.

Semasa Dr Norresah membuat clerking and pemeriksaaan terhadap pesakit tersebut , pesakit mengadu giddiness, nausea dan blurred vision.

JT Hamisah memberitahu tidak dapat IV line access disebabkan difficult venous line access . Dr. Norresah meminta sediakan ubat MgSO4 ( Magnesium Sulphate ) sebanyak 10 gm , 5gm

dalam setiap syringe ( sama dengan 10ml dalam setiap syringe x2 ) .

Pada masa lebih kurang 11.20 tengah hari, pesakit mangalami sawan .

Dr.Norresah mengarahkan JT Hamisah untuk mengaktifkan Obstetric Red Alert.

Page 4: Laporan Red Alert

3

Panggilan telefon telah dibuat kepada operator yang bertugas oleh JT Hamisah untuk mengaktifkan red alert pada 11.20 tengah hari.

Operator yang bertugas telah membuat panggilan kecemasan kepada Dr. Rajes (Doktor yang bertugas di wad 2, wad sebelah wad 1) , Dr Norhayati ( Doktor yang bertugas di jabatan kecemasan pada waktu tersebut) ,dan seterusnya kepada semua anggota yang tersenarai dalam Obstetric Red Alert.

Pada masa yang sama, Dr. Norresah memberi suntikan otot ( IM-intramuscular) MgSO4 5gm in each buttock pada 11.25 tengah hari serta oksigen diberi melalui high flow mask 15L/min .

Selepas suntikan, Dr.Norresah intubate pesakit tersebut demi cerebral protection dan ventilation support.

Pada pukul 11.30 tengah hari , Dr Rajes telah sampai di labour room ,diikuti oleh Dr. Norhayati dan terus membantu Dr Norresah . Maka Dr. Rajes telefon ke HTJS dan merujuk kes tersebut kepada Pakar O&G yang bertugas Dr Haslina . Akhirnya , Dr Norhayati dapat IV line assess di tangan kanan. Dr. Norresah mengarahkan mula memberi IV infusion MgSO4 1gm/H.

TINDAKAN SEMASA PESAKIT MENGALAMI ECLAMPSIA

1. Call for help as soon as possible

2. ABC of resuscitation

3. Protect maternal airway, prevent patient injury

4. Left lateral positioning

5. Maternal resuscitation – Maximum oxygenation

(mask or endotracheal oxygen)

• Intravenous access and judicious hydration

6. Anticonvulsant therapy

7. Wait for convulsions to abate

Page 5: Laporan Red Alert

4

8. Maternal post-ictal assessment – blood test / neurological and cervical examination

9. Prophylactic anticonvulsant therapy to prevent subsequent seizures

10. Assess fetus to decide mode of delivery

MAGNESIUM SULPHATE THERAPY

INTRAVENOUS REGIMEN

Loading dose: IV 4 gm MgSO4 slow bolus

• 4 gm ( 8 ml) MgSO4 is diluted in 12 ml normal saline to a total volume of 20 ml

• Given over 10-15 minutes (rapid injection cause cardiac arrest)

• If convulsions persist after 15 minutes , a further 2 gm (4ml) MgSO4 diluted in 6ml normal saline and given over 15 minutes.

Maintenance dose : IV 1gm/H MgSO4

• Syringe pump:

-10gm (20ml) MgSO4 is diluted in 30 ml of 5% dextrose and infused at 5ml per hour (1gm/H)

• Drip infusion set:

- 15gm( 30ml) MgSO4 in 500ml 5% dextrose run at 11 drops per minute

The infusion is only continued if the following criteria are satisfied :

• Patellar (knee jerk ) reflex is present

• Respiratory rate >16/min

• Urine output > 100ml over 4 hours

• Serum magnesium level are within the therapeutic range of 1.7 – 3.5 mmol/ L

Page 6: Laporan Red Alert

5

INTRAMUSCULAR REGIMEN

Loading dose :

• 10gm (20ml) MgSO4 is injected intramuscularly

• One half (5 gm or 10ml) is injected into the upper outer quadrant of each buttock manner (preceded by local anaesthesia if necessary) using 21 gauge needle

Maintenance dose

• 5gm (10ml) MgSO4 is injected deep intramuscular in each buttocks every 4hours

Contraindications : Cardiac disease & Acute renal failure

Pada pukul 11.32 tengah hari , ambulance sampai ke wad satu . Keadaan pesakit masih stabil , BP : 155/98 , pulse : 85/min , spo2: 100% dan FHR ( daptone) : 155/min . CTG : reactive .

Pesakit tersebut dihantar ke HTJS untuk rawatan yang selanjutnya.

Stand Down diistiharkan pada jam 11.35 tengah hari.

POST MORTEM DILAKUKAN DI BILIK MESYUARAT PADA JAM 11:45 PM

KOMEN PEMERHATI :

1. KJ SRI SELVA LETCHUMY ( BILIK OPERATOR)

Apabila operator menerima panggilan untuk aktifkan RED ALERT,

Perjalanan untuk menghubungi semua kakitangan yang terlibat sangat lancar dan baik.

2. KJ Badariah ( BILIK BERSALIN)

Pada keseluruhanya perjalanan di bilik bersalin baik dan lancar.

Pegawai perubatan dapat dihubungi and memberi rawatan segera kepada pesakit

Page 7: Laporan Red Alert

6

Pegawai perubatan memberi arahan yang ringkas dan jelas kepada jururawat dan bertindak dengan lancar serta bekerjasama

Keseluruhan kejadian mengambil sebanyak 20 minit .

3. RUMUSAN PAKAR O&G, DR JAMALI BIN WAGIMAN

Mock drill berjaya dilakukan dengan BAIK.

Mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya melakukan mock drill obstetric red alert

Berharap dapat bertindak segera dan tepat pada kes sebenar , jika berlaku .

Jururawat bertindak cepat dan dapat mengenai masalah kes tersebut serta menghubungi pegawai perubatan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. If fitting not aborted , can be given IV/IM valium stat .

2. Magnesium Sulphate ( MgSO4) to be given is to prevent next fitting .

3. Must have quick diagnosis and treatment .

4. If pregnant patient cardiac arrest , position of the body , need to lift / tilt body to left 15 degree with blanket or pillow below the shoulder / back .

5. If BP not reducing like 170/110 , can start IVI labetolol bolus then infusion .

Page 8: Laporan Red Alert

7

Ucapan Penutup

Dr Siti Faridah binti Jusoh sebagai pengerusi , mengucapkan terima kasih kepada pakar O&G , Dr Jamali yang sudi hadir sebagai pemerhati utama dan kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Mock Drill Obstetric Red Alert . Berharap masa yang akan datang , dapat memberi rawatan yang tepat kepada pesakit berkenaan .

Mock drill red alert akan diadakan setiap tahun dengan scenario yang berbeza.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Dr. Leow Ann Hau Dr. Siti Faridah binti Jusoh Pegawai Perubatan UD44 Pegawai Perubatan UD 54 Hospital Tampin Hospital Tampin Disahkan oleh : Dr.Hjh Hatijah binti Hj. Mohd Tan Pengarah Hospital Hospital Tampin

Page 9: Laporan Red Alert

8

SENARIO BERGAMBAR

1. PERSEDIAAN SEBELUM MOCK DRILL

Page 10: Laporan Red Alert

9

2. SEMASA MOCK DRILL DIJALANKAN

Aduhhhh…. Sakitnya kepala!! Pening, sakit perut dan macam-macam lagi…..

Baring dulu! Rehat dulu! Dan tenang dulu! Baring dulu! Rehat dulu! Dan tenang dulu! Periksa vital sign dulu ye……. Baring dulu! Rehat dulu! Dan tenang dulu!

Fundal height 36cm!!! Betul ke!!! Nak cek jantung baby pulak!!

Page 11: Laporan Red Alert

10

Para pemerhati di Dewan Bersalin…. Student nurse pun terlibat…

Doktor dah sampai…. Puan, relax ye…. Doktor nak periksa ni….

Perlu cepat!!! Mana satu MgS04? Fundal height 36cm!!! Betul ke!!!

Page 12: Laporan Red Alert

11

Bagi saya ambu bag…. Saya nak tube ni…

IV line susah nak dapat Secure ETT Tube

Mulakan ubat infusion… Pesakit perlu dirujuk ke HTJS dengan segera!!

Page 13: Laporan Red Alert

12

Dr. Rajes datang memberi bantuan…. Rujuk ke pakar O&G, HTJS

1, 2, 3, angkat!! Hati-hati jangan jatuh!! Mari tolak pesakit naik ambulan

Siap sedia untuk bertolak ke HTJS Mockdrill Berjaya dilaksanakan.

Page 14: Laporan Red Alert

13

3.SEMASA POST MORTEM

Syabas ! Mock drill Obstetric Red Alert Eclampsia 2012 berjaya dijalankan dengan baik ..!!! TAHNIAH !