laporan ringkas lawatan

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT, TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013 SEMESTER TIGA LAPORAN LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WAKAF TAPAI, TERENGGANU TAJUK : LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA TARIKH : 13 OGOS 2014 MASA : 7.00 PAGI – 5.00 PETANG TEMPAT : WAKAF TAPAI, TERENGGANU

description

dd

Transcript of laporan ringkas lawatan

Page 1: laporan ringkas lawatan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

SEMESTER TIGA

LAPORAN

LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT

MALAYSIA

WAKAF TAPAI, TERENGGANU

TAJUK : LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

TARIKH : 13 OGOS 2014

MASA : 7.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT : WAKAF TAPAI, TERENGGANU

PENSYARAH :

Page 2: laporan ringkas lawatan

Laporan lawatan ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai,

Marang, Terengganu.

Pada tanggal 13 Ogos 2013, seramai 39 orang guru pelatih dari unit PJ, PSV dan

RBT PISMP semester 4 telah menyempurnakan satu program lawatan ke Akademi Bomba

dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Program lawatan ini bersesuaian

dengan sebahagian kehendak kursus yang terdapat dalam proforma.

Program dimulakan seawal jam 7.20 pagi dengan ketibaan dan perkumpulan para

peserta di Dewan Bendahara. Kenderaan yang dinaiki adalah bas institut. Makanan untuk

sarapan pagi pelajar (roti dan minuman kotak) diagihkan oleh AJK makanan sebelum

memulakan perjalanan. Semua pelajar telah sampai dan masuk ke dalam bas. Tetapi kami

belum dapat berjalan kerana menunggu kedatangan pensyarah pengiring, Pada pukul

07.53 pagi, pensyarah telah sampai dan setelah itu, bas bergerak keluar dari kampus.

Bas berhenti di sebuah kedai makan di Setiu lebih kurang pukul 8.40 pagi untuk

bersarapan bagi pensyarah dan pelajar. Bas bergerak semula pada pukul 8.56 pagi untuk

meneruskan perjalanan.

Selepas kira-kira 40 minit perjalanan, kami sampai ke Akademi bomba dan

Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Sebelum sampai ke destinasi, bas telah

sesat jalan menuju ke arah bangunan akademi bomba tersebut. Seorang pegawai telah

manyambut kedatangan kami dengan mesra walaupun kami sampai lewat dan seterusnya

meengiring kami masuk ke bangunan akademi.

Kami dibawa masuk ke Bilik Gerakan untuk mendengar ceramah pada pukul 10.50

pagi. Setelah kira-kira hampir satu jam, sesi ceramah selesai. Pegawai tersebut membawa

kami untuk menjamu makan tengahhari dan bergerak ke ruang makan. Aktiviti yang akan

dijalankan seterunya pada setelah makan tengah hari sepatutnya amali penggunaan alat

Page 3: laporan ringkas lawatan

pemadam api. Namun begitu, pada hari yang sama, sebuah majlis penutupan bagi

pegawai-pegawai bomba dari Bangladesh akan dijalankan di akademi tersebut. Ini

menyebabkan sebahagian besar pegawai bomba terlibat dalam majlis tersebut dan

mereka kekurangan tenaga kerja untuk mengadakan aktiviti amali penggunaan alat

pemadam api. Oleh itu, kami tidak dapat menjalankan aktiviti memadam kebakaran pada

hari lawatan tersebut.

Masalah yang dihadapi adalah ketidakcukupan makanan untuk pensyarah

menyebabkan pensyarah pengiring dan pemandu bas tidak dapat menjamu selera. Usai

makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari, sesi ambil gambar peserta lawatan bersama

pensyarah pengiring sebagai gambar kenangan di akademi tersebut.

Program lawatan berakhir pada pukul 12.40 tengahari dan semua guru pelatih

berkumpul untuk naik bas. Selepas semua guru pelatih dan pensyarah berkumpul, bas

bergerak meninggalkan balai bomba. Sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampus,

bas berhenti rehat di Mydin, Kuala Terengganu. Pelajar muslim solat dan pelajar non-

muslim berjalan di sekitar kawasan Mydin. Semua guru pelatih berkumpul semula di

dalam bas 2.30 petang.

Bas berhenti rehat pada pukul 3.40 petang kerana pelajar muslim menunaikan solat

dan pelajar lain membeli makanan. Setengah jam kemudian, bas bergerak semula

meneruskan perjalanan. Akhirnya kami telah sampai ke kampus pada pukul 04.53 petang.

Program ini sangat memberi kesan kepada diri kerana kami dapat pengetahuan

tentang kejadian kebakaran dan cara penggunaan alat pemadam api walaupun secara

teori. Diharap program sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur lagi di masa

hadapan.