LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

7
LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM BERSAMA UNIMAS Butiran Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Tajuk: Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Human Rights For All Tempat: Seminar di Bilik Konferens, Aras 2, FSS; Pameran Hak Asasi Manusia di Ruang Foyer, Aras G, FSS Tarikh: 2 Oktober 2014 (Khamis) Masa: Seminar (8.30 pagi 1 tengah hari) Pameran Hak Asasi Manusia (8.30 pagi 2 petang) Penganjur: FSS dan SUHAKAM Cawangan Sarawak Isi Kandungan Pada 2 Oktober 2014 yang lepas,Fakulti Sains Sosial (FSS) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Cawangan Sarawakdengan bantuan Persatuan Sains Sosial (PSS) telah menganjurkan Hari Hak Asasi Manusia SUHAKAM bersama UNIMAS. Program khas ini merupakan kolaborasi antara FSS dan SUHAKAM dalam mencapai objektif utama iaitu memberi kesedaran kepada warga UNIMAS berkenaan dengan hak asasi manusiaterutamanya di Malaysia. Bersempena dengan sambutan tersebut, dua aktiviti utama telah dijalankan iaitu seminar dan juga pameran berkaitan hak asasi manusia. Seminar mengenai hak asasi manusia ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 94 pelajar daripada pelbagai program dan 22 orang pensyarah. Dua penceramah khas telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dalam isu hak asasi manusia. Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ini telah dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan FSS, Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat dan juga ucapan daripada Encik Francis Johen Anak Adam, Pesuruhjaya SUHAKAM Cawangan Sarawak, selaku wakil daripada SUHAKAM. Ceramah pertama berkenaan dengan SUHAKAM telah dipersembahkan oleh Encik Francis Johen Anak Adam, Pesuruhjaya SUHAKAM Cawangan Sarawak. Secara dasarnya, ceramah oleh Encik Francis menjelaskan serba sedikit latar belakang dan sejarah penubuhan SUHAKAM yang telah wujud dibawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Penceramah turut berkongsi mengenai aktivit-aktiviti yang dijalankan oleh SUHAKAM Cawangan Sarawak dalam membantu golongan-golongan seperti kanak-kanak, individu kelainan upaya, masyarakat bumiputera dan sebagainya. Ceramah oleh Encik Francis ini secara jelas membuktikan bahawa kewujudan SUHAKAM adalah signifikan sebagai satu institusi yang

Transcript of LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

Page 1: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM

BERSAMA UNIMAS

Butiran Sambutan Hari Hak Asasi Manusia

Tajuk: Sambutan Hari Hak Asasi Manusia – Human Rights For All

Tempat: Seminar di Bilik Konferens, Aras 2, FSS;

Pameran Hak Asasi Manusia di Ruang Foyer, Aras G, FSS

Tarikh: 2 Oktober 2014 (Khamis)

Masa: Seminar (8.30 pagi – 1 tengah hari)

Pameran Hak Asasi Manusia (8.30 pagi – 2 petang)

Penganjur: FSS dan SUHAKAM Cawangan Sarawak

Isi Kandungan

Pada 2 Oktober 2014 yang lepas,Fakulti Sains Sosial (FSS) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM) Cawangan Sarawakdengan bantuan Persatuan Sains Sosial (PSS) telah

menganjurkan Hari Hak Asasi Manusia SUHAKAM bersama UNIMAS. Program khas ini

merupakan kolaborasi antara FSS dan SUHAKAM dalam mencapai objektif utama iaitu

memberi kesedaran kepada warga UNIMAS berkenaan dengan hak asasi manusiaterutamanya di

Malaysia. Bersempena dengan sambutan tersebut, dua aktiviti utama telah dijalankan iaitu

seminar dan juga pameran berkaitan hak asasi manusia. Seminar mengenai hak asasi manusia ini

telah berjaya menarik penyertaan seramai 94 pelajar daripada pelbagai program dan 22 orang

pensyarah. Dua penceramah khas telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan

mereka dalam isu hak asasi manusia.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ini telah dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan

FSS, Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat dan juga ucapan daripada Encik Francis Johen Anak

Adam, Pesuruhjaya SUHAKAM Cawangan Sarawak, selaku wakil daripada SUHAKAM.

Ceramah pertama berkenaan dengan SUHAKAM telah dipersembahkan oleh Encik Francis

Johen Anak Adam, Pesuruhjaya SUHAKAM Cawangan Sarawak. Secara dasarnya, ceramah

oleh Encik Francis menjelaskan serba sedikit latar belakang dan sejarah penubuhan SUHAKAM

yang telah wujud dibawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.

Penceramah turut berkongsi mengenai aktivit-aktiviti yang dijalankan oleh SUHAKAM

Cawangan Sarawak dalam membantu golongan-golongan seperti kanak-kanak, individu kelainan

upaya, masyarakat bumiputera dan sebagainya. Ceramah oleh Encik Francis ini secara jelas

membuktikan bahawa kewujudan SUHAKAM adalah signifikan sebagai satu institusi yang

Page 2: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

mempromosikan pendidikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia. SUHAKAM juga dilihat

begitu aktif dan proaktif dalam menjalankan program pendidikan hak asasi manusia terutamanya

kepada masyarakat di luar bandar agar mereka dapat memahami hak-hak asasi mereka.

Ceramah kemudiannya disampaikan oleh Encik Ameer Izyanif Hamzah, Ketua Penolong

Setiausaha SUHAKAM Malaysia. Ceramah membincangkan mengenai Konvensyen

Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia termasuklah intipati yang terkandung dalam

Universal Declaration of Human Rights (UDHR), Convention on the Rights of the Child (CRC)

dan UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD). Penerangan mengenai

setiap konvensyen-konvensyen yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia ini secara

tidak langsung telah memberi serba sedikit pendedahan kepada pensyarah dan pelajar akan

wujudnya beberapa konvensyen yang bertujuan membela hak asasi manusia agar ia tidak

dicabuli sewenang-wenangnya oleh individu atau pihak lain.

Kedua-dua ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab antara penceramah dan pensyarah serta

pelajar. Sesi ceramah dilihat telah bejaya menarik minat pelajar untuk bertanyakan soalan-soalan

berkenaan dengan hak asasi dan peranan SUHAKAM dalam menyelesaikan serta membantu

kumpulan-kumpulan spesifik seperti kanak-kanak dan golongan kelainan upaya.

Seminar tamat tepat pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan penutup daripada Dekan FSS yang

melahirkan harapan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang berlangsung turut dimeriahkan dengan pameran oleh

SUHAKAM Cawangan Sarawak berkenaan Hak Asasi Manusia yang dijalankan bertempat di

Ruang Foyer,Aras G bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Pameran melibatkan

panel pameran foto-foto aktiviti oleh SUHAKAM Cawangan Sarawak. Pameran foto ini secara

tidak langsung telah memanfaatkan penggunaan imej bagi memupuk kesedaran dalam kalangan

pelajar akan kepentingan hak asasi manusia. Pegawai-pegawai daripada SUHAKAM turut

mengedarkan risalah, laporan tahunan dan Buletin SUHAKAM kepada para pelajar sekali gus

memberi penerangan ringkas kepada pelajar-pelajar berkenaan isu hak asasi dan juga peranan

yang dimainkan oleh SUHAKAM dalam membela hak asasi manusia. Pameran telah berjaya

menarik ramai pelajar bukan sahaja daripada FSS, malahan pelajar-pelajar daripada fakulti

berdekatan.

Penutup

Secara keseluruhannya, Sambutan Hari Hak Asasi Manusia SUHAKAM Bersama UNIMAS ini

telah berjaya mencapai objektif-objektif berikut:

Memupuk kesedaran kepada pensyarah, pelajar dan staf UNIMAS berkenaan dengan

konsep Hak Asasi Manusia.

Page 3: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

Mengeratkan kerjasama dan kolaborasi antara UNIMAS dan SUHAKAM dalam aspek

perkongsian pengetahuan dan potensi melalukan kajian bersama berkaitan isu hak asasi

manusia di masa akan datang.

Sebagai platform dan percubaan awal kerjasama antara UNIMAS dan SUHAKAM dalam

merealisasikan pembentukan Human Rights Cluster di peringkat UNIMAS.

Page 4: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...

Laporan disediakan oleh:

Cik Shafina Tantiana Bt Zulkipli

Gambar-gambar Sambutan Hak Asasi Manusia SUHAKAM Bersama UNIMAS

Page 5: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...
Page 6: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...
Page 7: LAPORAN SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA SUHAKAM ...