laporan sambutan hari merdeka.doc

download laporan sambutan hari merdeka.doc

of 2

Transcript of laporan sambutan hari merdeka.doc

  • 7/27/2019 laporan sambutan hari merdeka.doc

    1/2

    Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

    Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan

    sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-54. Sabutan yang bertujuan memupuk semangat cinta

    akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang. Sambutan yang

    diadakan pada pagi Rabu 24 Ogos 2011. Butir-butir sambutan adalah seperti berikut:

    Tarikh : 24 Ogos 2011

    Masa : 8.00-12.45tgh

    Tempat : Dewan sekolah

    Peserta: Semua pelajar dan guru

    Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum

    sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaantetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan

    bacaan doa oleh wakil pelajar.Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas

    sekolah.Ucapan dimulakan Pn M.Senthamarai selaku setiausaha.Seterunya diikuti oleh ucapan

    guru besar turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan.

    Acara teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah yang membawa jalur

    gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar.

    Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk Tanggal 31. Sebelum sesi

    pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil

    mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap

    warga. Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan selama

    setengah jam.

    Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6.Seterusnya

    murid-murid tahun 5 menyampai sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan dengan

    persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional.

    Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan persembahan oleh

    rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa

    sebarang masalah.

    Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang menyertai

    pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Seterusnya sepatah dua kata oleh

    Ketua PIBG dan nyanyian lagu Malaysiaku Gemilang dan Tanggal 31 yang diketuai oleh

    Guru-guru.

    Laporan disediakan oleh,

    ......................................

    (PIRASILA A/P RAJA)

  • 7/27/2019 laporan sambutan hari merdeka.doc

    2/2